Soalan Ujian Psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29

Di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 yang boleh dijadikan latihan kepada calon ujian. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 yang disediakan di bawah.

Selain itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas Ujian Psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 yang disarankan di bawah. Untuk dijadikan nota bacaan dan bahan latih tubi sebagai persediaan menduduki ujian psikometrik pada 08 Januari 2020 ini.

” Jawapan ya atau tidak.. Tapi kenapa ada gagal dan lulus… Formula permakahan mcm mana tu? “

Fahezol

” Baca boleh, percaya jangan. Soalan level spm, tapi masa menjawab singkat sangat dengan soalan yg panjang dan lama nak di baca (buang masa!). “

Syazwana

Itu adalah antara rintihan di hati kecil calon ujian psikometrik SPA lepas. Kalau rintihan dalam hati korang hampir serupa, baca perkongsian ini sampai noktah terakhir.

Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29

MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA29 DI JABATAN LANDSKAP NEGARA, KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
(Tarikh Ujian : 08 Januari 2020)

Pautan Alternatif:

http://online.spa.gov.my/online/ jad_xm_psikometrik/ jadual_peperiksaan.php/ penolong-arkitek-landskap-ja29

Atau

Sila layari laman web :

http://www.spa.gov.my/ web/guest/ senarai-penjadualan-peperiksaan/

Apa itu Psikometrik?

Secara ringkas;

” Psychometrics is a field of study concerned with the theory and technique of psychological measurement. “

Dipetik daripada Wikipedia

Psikometrik adalah bidang yang mengamalkan kaedah pengukuran objektif dan kuantitatif dalam psikologi, pendidikan dan sains sosial.

Sesetengah penyelidik bidang psikometrik memberi tumpuan kepada pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian seperti soal selidik, ujian, penghakiman, dan ujian keperibadian.

Nowadays psikometrik diamalkan secara meluas di institusi-institusi luar dan dalam sektor awam di seluruh dunia. Ujian psikometrik telah dijadikan sebagai sebahagian instrumen saringan wajib untuk menapis kemasukan anggota baharu ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan / government service system.

Ujian Psikometrik SPA

Apa itu Ujian psikometrik SPA?

Dalam konteks negara kita, psikometrik turut diamalkan dan dijadikan salah satu daripada tapisan. Untuk mengasingkan calon-calon yang sesuai untuk satu-satu jawatan. Dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti terhadap jawatan tertentu dalam kerajaan.

Proses penapisan ini telah dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Kalau korang mengikuti perkembangan ujian psikomerik ini, akan didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yang lama iaitu ‘kertas Sahsiah dan Minat‘.

Faktor Kesukaran Ujian Psikometrik

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format tahun 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan terletak pada ‘tekanan’ / ‘pressure’. Di mana calon dihimpit dengan kekangan masa (yang amat pendek).

Masa yang diperuntukkan hampir tidak mencukupi bagi menjawab jumlah soalan yang banyak. Ini akan memaksa mengeluarkan apa yang ada dalam diri setiap calon.

If I’m not mistaken, pada waktu itu calon dikehendaki menjawab 200 soalan dalam tempoh 60 minit sahaja! At that time la.

Penerangan Format Ujian Psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29

Format soalan dan jenis piihan jawapan Ujian Psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 adalah tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.

Aneka jawapan yang macamana? Calon berkemungkinan diberi :

A) DUA pilihan jawapan.

  • (Ya atau Tidak)
  • (Betul atau Salah)
  • (Wajar atau Tidak Wajar)

B) TIGA pilihan jawapan.

  • (Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti)
  • (Ya, Tidak, Tidak Pasti)

C) EMPAT pilihan jawapan.

  • (Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang),
  • (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju)

ataupun,

D) LIMA pilihan jawapan.

  • (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)
  • (Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang, Tidak pernah)

Selain above type of psychological questions, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning’. Apa numeric? Yang belum tahu, baca post yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA yg menerangkan jenis soalan ini dengan lengkap.

(Ini adalah ringkasan format psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih jelas dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).

Cara Menjawab Ujian Psikometrik SPA

Soalan ujian psikometrik ini telah dirangka dengan teliti oleh pakar psikologi. Ia digubal untuk menentukan kebenaran jawapan calon. Tip terpenting ialah – jawapan korang hendaklah konsisten.

Terdapat sejumlah soalan yang hampir serupa, bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian ‘lalang’.

Kenapa ‘lalang’ pulak tu?

Sebab ia cuma mengikut arah angin bertiup. Sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan. Sinonim dengan individu yg mempunyai berpendirian tidak tetap.

Mari atok ambil contoh soalan yang bakal memerangkap korang, berdasarkan ciri positif – ‘kesanggupan menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

Pada pendapat saya, tidak perlu mendengar pandangan orang lain.

Pernyataan 1

Apabila orang lain memberikan pandangan, sudah pasti saya akan utamakan idea saya.

Pernyataan 2

Hasil mesyuarat pengurusan kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.

Pernyataan 3

Kesemua 3 pernyataan di atas mewakili nilai ‘kualiti negatif’ dalam diri seseorang dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘kesanggupan menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

That is why jawapan korang harus SAMA untuk semua 3 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai ‘kesanggupan menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

Cuba korang bayangkan semua soalan atau pernyataan di atas ‘dicampur adukkan’ di antara 80 pernyataan lain, boleh korang pastikan yang korang memberikan jawapan yang konsisten?

Ap yg lagi teruk ialah – bukan ciri positif ini saja yang ‘dicampur aduk’!

Tanpa latih tubi yang mencukupi, usaha ini bak ‘cari jarum dalam jerami’. Suatu kerja yg hampir mustahil.

(Ini cuma ringkasan cara menjawab psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih terperinci dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).

Tips lulus Ujian Psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29

Tips utama untuk menjawab dengan baik ujian ini ialah :

Pertama, Kekalkan konsistensi jawapan seperti yang sudah dijelaskan di atas.

Kedua, jangan berlakon jadi orang lain semasa menjawab item-item. Jadi diri sendiri.

Sedaya upaya keluarkan kualiti positif dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak. 😉

Kalau sudah lupa, sekali lagi diingatkan, soalan psikometrik SPA sudah dirangka dan disusun rapi untuk menapis hal-hal negatif dalam diri korang (termasuk penipuan).

21 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29

1) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan, adalah perkara yang merungsingkan saya.

a. betul
b. agak betul
c. tidak betul

2) Dalam kerja secara berpasukan di universiti, saya tidak suka menjadi ahli yang membentangkan hasil perbincangan.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

3) Saya paling tidak gemar meminta pertolongan dalam menyiapkan sesuatu, walaupun ia mungkin akan menyusahkan saya nanti.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

4) Saya tetap memandu dengan perlahan walaupun mengejar masa.

A. Ya
B. Tidak

5) Biarpun menghadapi situasi menekan, saya mesti bersikap tenang.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

6) Walau di mana saya berada, saya tetap mudah menyesuaikan diri dengan keadaan.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

7) Saya akan berasa menyampah apabila orang lain berperangai aneh.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

8) Demi memastikan kejayaan rakan saya dalam bidang akademik, saya sebagai kawan yang setia sanggup membimbingnya.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

9) Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat, saya akan mencari peluang untuk lebih dekat dengan mereka.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

10) Marah merupakan emosi negatif yang boleh menimbulkan masalah lebi teruk jika tidak dikawal.

A. Betul
B. Salah

11) Sekiranya saya melihat rakan saya mendapat pencapaian yang lebih baik, saya akan berusaha mencontohinya.

A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti

12) Saya mendapat prestasi baik, kawan sekerja saya mendapat prestasi cemerlang. Saya sedih kerana saya yang sepatutnya mendapat prestasi cemerlang.

A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti

13) Saya rasa amat gembira apabila bersama ramai kawan.

A. Betul
B. Salah

14) Saya lebih suka gunakan teknik meminta daripada memerintah.

A. YA
B. Bukan

15) Saya tidak takut kesunyian kerana saya boleh lupakannya semasa membaca.

A. YA
B. Bukan

16) Setiap kejayaan adalah hasil kerjasama atau hasil pertolongan orang lain.

A. Betul
B. Salah

17) Saya amat sukar bermesra dengan orang yang baru dikenali.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

18) Jika saya merendah diri, saya akan dipandang rendah.

A. YA
B. Tidak

19) Apabila tersedar kesilapan yang telah dilakukan, saya akan berikhtiar untuk berubah.

A. YA
B. Tidak

20) Walaupun saya tidak mahir atau padai dalam sesuatu perkara saya akan bertingkahlaku seperti tahu.

A. YA
B. Tidak

21) Apabila keputusan telah dikeluarkanl merea tidak boleh menghentikan saya untuk melaksanakannya.

A. YA
B. Tidak

Demikianlah beberapa contoh soalan ujian psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.

Kalau korang perlukan lebih banyak contoh soalan ujian psikometrik yang dilengkapi dengan skema jawapan padu. Segera dapatkan rujukan di bawah.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Arkitek Landskap Gred JA29 SPA

Atau,

Korang juga boleh baca penjelasan komprehensif lagi memuaskan mengenai ujian psikometrik SPA. Termasuk sejarah dan jenis psychometrics test yg lain.

Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29

Rujukan yg dicadangkan ini mengandungi lebih dari 140 contoh soalan ujian psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 (dan disertakan jawapan). Berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Bukan itu sahaja, in this reference either dilengkapi dengan nota-nota ringkas dan contoh soalan matematik psikometrik. Ini akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab soalan ujian psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 korang nanti.

Atok tahu da gtaw sebelum ini, tetapi ditekankan sekali lagi. Ujian psikometrik SPA turut mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Soalan berbentuk numerical.

Itu juga turut di-cover oleh rujukan ni. Dihuraikan sejelas-jelasnya. Termasuk jalan kira untuk mendapatkan jawapan yang betul!

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan psikometrik ni?

Atok x berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada apa yang pasti (kecuali mati). Ada masanya, kita dah prepare abis2 utk ujian ni. Tapi last2 minit ujian kena tangguh pulak!

Rujukan ini hanya sekadar usaha meninggikan peluang korang untuk lulus psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Tapi atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik SPA Penolong Arkitek Landskap JA29 terbaik yang ada di pasaran setakat ini.

Tapi mahal sangat la tok rujukan psikometrik ni..

Yup, memang mahal. Atok akui. Julat harga antara RM40 hingga RM100 (tgk pakej mana korang pilih). Pergghh.. RM100 tu!

Cuma, bila fikir2 balik. Ia masih murah giler bila dibandingkan faedah dan manfaat yang akan korang perolehi kelak (andai berjaya).

Dan, ia masih tak semahal phone korang (yg harga beribu tu). Think about it.. 😉

Jika ia tidak membantu saya, mcamna tok?

Atok tahu, inilah kerisauan terbesar korang kn. Tentu membazir jadinya.

Camni la, jika korang sudah hadir Ujian Psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 dan dapati rujukan ini langsung tidak membantu (walau setengah sen dibelah sembilan pun), korang boleh buat permohonan pengembalian wang dalam tempoh 24 jam selepas ujian tersebut dijalankan. Jadi, tiada apa yang perlu korang risaukan!

Duit korang dapat, rujukan ni korang simpan. Anggap ni sedekah daripada atok dan syarikat Infokerjaya. No scam! No fraud!

Just, tolong pastikan korang baca dan buat betui2 semua latihan dalam rujukan ini. Atok amat yakin & amat percaya ia bakal membantu korang menjawab soalan Psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 🙂

Sempat ke pos buku rujukan psikometrik ni tok?

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi softcopy. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang pn tak payah duk bertenggek atas pagar rumah. Tunggu kurier hantar barang. Dah dua minggu tunggu masih tak sampai2 juga.

Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Tapi tok..

Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus ujian psikometrik SPA?

Kalau nak, kena usaha lebih sikit. Dapatkan rujukan ni, guna utk study, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang telah disediakan.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 yang akan korang hadapi pada 08 Januari 2020 ini.

However, keep in mind bahawa contoh Soalan Psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!

Lain-Lain Jawatan

Bagi yang dipanggil ke PSEE ujian psikometrik online untuk jawatan penolong pegawai penguatkuasa, tolong baca contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.

Panggilan PSEE ujian psikometrik online bagi penolong pegawai seni bina baru sahaja dikeluarkan SPA. Sudah bersedia? Kalau sudah, usha lebih sikit juga contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 ni. Memang baek punya!

SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai PSEE ujian psikometrik jawatan pemandu kenderaan di portal rasmi mereka. Kepada yang dipanggil, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan ujian psikometrik Pemandu Kenderaan H11 ni.

Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan PSEE – ujian psikometrik kepada calon pegawai perkhidmatan pendidikan. Jika korang salah sorang yang dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 / DG41.

Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke PSEE ujian psikometrik penghantar notis, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan ujian psikometrik Penghantar Notis N11 yang atok kongsi sebelum ni.

Aweks comel yg bakal jadi jururawat tu mesti tengah kelam-kabut sekarang ni cari rujukan ujian psikometrik kan? Kalau korang salah sorang daripadanya, relaks jer dan baca contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U41.

PSEE Ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan wajib diadakan setiap tahun. Korang ada mohon jawatan ni dalam borang SPA8i? Kalau ada, siap2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11.

Selain pembantu perawatan kesihatan, satu lagi jawatan yg jarang tidak dijalankan PSEE ujian psikometrik ialah pembantu operasi. Tak perlu dikatakan lagi betapa perlunya korang mempersiapkan diri. Kalau ada mohon jawatan ni, elok sungguh kalau awal2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Operasi N11.

Permintaan untuk jawatan pembantu awam di kalangan jabatan-jabatan kerajaan pada setiap tahun, boleh dikatakan stabil. Amatlah rugi jika korang mengabaikan jawatan ini. Jadi baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Awam H11 ini untuk persiapan awal.

Pegawai imigresen KP19 adalah tulang belakang kepada Jabatan Imigresen Malaysia. Inilah kategori jawatan yang menggerakkan jabatan ini. Kalau korang ada isi, sila baca contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP19 ni.

Penolong pegawai perubatan adalah antara jawatan dalam kategori separa perubatan yg paling diminati ramai. Atok percaya ramai di kalangan pembaca blog ini ada memohon jawatan ini. Jadi khas utk korang, atok da sediakan contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41.

Last but not least, korang dah ready untuk duduk PSEE ujian psikometrik online pembantu hidupan liar? Kalau belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Hidupan Liar G19.

Penutup

OK, ni btl2 last. Selain dua belas jawatan di atas, ada lima lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan rujukan korang.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!

Leave a Comment

error: Content is protected !!