Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA (Updated 2022)

Di bawah merupakan koleksi contoh soalan Matematik Psikometrik SPA (Updated 2022) yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan / ujian. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan Matematik ujian psikometrik SPA yang disediakan di bawah.

Contoh Soalan Matematik Ujian Psikometrik SPA

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan psikometrik Matematik SPA yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama ujian psikometrik pada tahun ini.

Nota semasa: Mulai Tahun 2020, pihak SPA sudah mengugurkan komponen matematik dalam ujian psikometrik. Namun seperti biasa, keputusan SPA boleh berubah sekiranya ada keperluan. Tapi buat masa ini, korang bolehlah berasa lega.

Bagi yang lain, adakah korang sedang mencari contoh soalan SPA Matematik yang maksudnya soalan peperiksaan atau exam atau PSEE SPA berkaitan pengiraan atau lebih dikenali sebagai Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah itu? Perkongsian yang menerangkan seksyen itu atok ada coretkan di contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022).

Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik SPA

Semakan penjadualan ujian psikometrik boleh dibuat dengan melayari:

Facebook SPA:

https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov/

Atau

Portal SPA :

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

Pihak SPA akan mengeluarkan makluman mengenai jadual ujian psikometrik terkini menggunakan kedua-dua saluran di atas. Di samping menghantar emel panggilan kepada calon yang terpilih menduduki psikometrik.

Apa itu psikometrik?

Basicly, psikometrik adalah suatu bidang kajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Psikometrik adalah sebahagian daripada bidang yang berkaitan dengan pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan.

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Soalan Psikometrik matematik / berangka pula digunakan untuk mengukur keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Ujian ini mengandungi soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.

Soalan Psikometrik SPA

Kalau korang perasan, ujian ini sebenarnya adaptasi dari seksyen lama iaitu kertas Sahsiah dan Minat. Inilah nama asal ujian psikometrik pada era ketika ujian SPA masih lagi dijalankan secara bertulis.

Ketika kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012) terdahulu, penyumbang tahap kesukaran soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan tekanan. Di mana korang dihimpit da ditekan dengan tempoh yang amat terhad. Masa diberikan amat sedikit untuk menjawab soalan yang banyak.

Format Soalan Psikometrik SPA

Berdasarkan Soalan Psikometrik SPA yang sudah dijalankan sebelum ini. Soalan psikometrik dapat di bahagikan kepada dua jenis. Yakni :

  • Soalan Psikometrik Psikologi
  • Soalan Psikometrik Matematik

Soalan Psikometrik Psikologi

Format soalan dan pilihan jawapan Soalan Psikometrik Psikologi juga tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.

Aneka yang macamana?

A) Korang berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan yang menguji keyakinan korang.

  • (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah),
  • (Ya atau Betul atau Tidak Pasti);

ataupun

B) Korang berkemungkinan diberi 4 atau 5 pilihan jawapan sebagai refleksi keyakinan korang dalam membuat pilihan.

  • (Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang),
  • (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)

Untuk penjelasan yang lebih lengkap, korang rujuk perkongsian lepas atok mengenai ujian psikometrik SPA (soalan psikologi) ni.

Soalan Psikometrik Matematik

Format soalan dan pilihan jawapan Soalan Psikometrik Matematik juga turut tidak tetap. Namun, pada kebiasaanya calon akan diberi soalan melibatkan angka dan pengiraan. Pilihan jawapan : A, B, C dan D.

Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA dan Jawapan

Soalan di bawah merupakan versi update. Jawapan turut disediakan untuk setiap soalan. Korang boleh cuba lihat dan jawab contoh soalan Matematik Psikometrik SPA di bawah. Cuba jawab dahulu tanpa melihat jawapan. Dapat ke tak korang mencari jawapannya.

Sila bandingkan jawapan korang dengan skema jawapan yang telah disediakan di bahagian bawah.

Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA (Updated 2022)

1) Edward Chang membeli sebuah Sofa dengan harga RM 6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Edward Chang membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A. RM5,640.00
B. RM7,540.00
C. RM4,640.00
D. RM5,540.00

2) Sujeetha memerlukan 1 m tali untuk mengikat 4 kotak buah. Berapakah panjang reben yang diperlukannya untuk mengikat 350 kotak buah?

A. 7.85 m
B. 78.5 m
C. 87.5 m
D. 8.75 m

3) Di sebuah pusat kajian terdapat seramai 40 subjek. 40% didapati mendapat penyakit kaki, mulut dan tangan. ¼ daripadanya sihat dan selebihnya demam. Berapakah jumlah subjek yang demam?

A. 16 orang
B. 18 orang
C. 17 orang
D. 24 orang

4) Sebuah syarikat mempunyai 80 orang pekerja. 25% adalah pekerja pengurusan dan 15% daripadanya adalah pekerja atasan. Berapakah jumlah pekerja selain daripada pekerja pengurusan dan pekerja atasan?

A. 30 orang
B. 35 orang
C. 48 orang
D. 49 orang

5) Gopala mencatat skor 82,91,86 dan 88 dalam empat kertas ujian percubaan. Berapakah markah yang harus dia capai dalam kertas percubaan kelima untuk mendapatkan purata markah 85?

A. 78
B. 82
C. 83
D. 86

6) Sekiranya harga petrol meningkat daripada RM2.72 kepada RM 3.70 seliter, berapakah peratus peningkatan harga petrol tersebut?

A. 42.34%
B. 35.52%
C. 40.33%
D. 36.03%

7) Kelas 4 Anggerik ada 50 orang murid, 80% daripada pelajar telah memasuki kuiz dan 1/2 daripadanya gagal. Berapakah bilangan pelajar yang lulus dalam kuiz tersebut?

A. 23
B. 32
C. 20
D. 25

8) Dalam Persatuan Silat SMK Melati, terdapat 10 orang berat 35 kg, 20 orang berat 40 kg. Berapakah purata berat pesilat dalam persatuan tersebut?

A. 45.3 kg
B. 50.3 kg
C. 38.3 kg
D. 48.3 kg

9) Hitungkan 144 ÷ (14 – 6 + 4) x ( – 6) =

A. -72
B. -60
C. -54
D. -46

10) Sharina mempunyai RM220. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli M buah buku dengan harga RM22 seunit dan N batang pensil dengan harga RM2 seunit. Persamaan yang menyambungkan P dan Q ialah

A. N + 11M = 110
B. 11M + 2N = 220
C. M + N = 22
D. 22M + N = 120

Skema Jawapan Psikometrik Matematik SPA

1) Jawapan A

Jalan Kira:

Jumlah potongan
= 6 % x RM6000
= RM 360

Harga sebuah Sofa
= RM 6000 – 360
= RM 5640

2) Jawapan C

Jalan Kira:

¼ = 0.25 m reben untuk 1 kotak hadiah
3 kotak hadiah
= 0.25 x 350
= 87.5 m

3) Jawapan B

Jalan Kira:

Jumlah subjek sakit mulut kaki dan tangan
= 40 % x 40
= 16 orang

Subjek sihat
= ¼ x (40-16)
= 6 orang

Jumlah subjek demam
= 40 – 16 – 6
= 18 orang

4) Jawapan C

Jalan Kira:

Jumlah pengurusan & atasan
= 25% + 15%
= 40%

Jumlah selain pengurusan & atasan
= 100% – 40%
= 60%
= 0.6 x 80
= 48 orang

5) Jawapan A

Jalan Kira:

(82 + 88 + 86 + 91 + M ) / 5 = 85
347 + M = 425
M = 425 – 347
M = 78

6) Jawapan D

Jalan Kira:

= (3.70-2.72) ÷ 2.72
= 0.98 ÷ 2.72 x 100
= 36.03 %

7) Jawapan C

Jalan Kira:

80% x 50 = 40 orang memasuki kuiz
Murid lulus kuiz = 2 – 1/2 = 1/2
Murid lulus kuiz
= 1/2 x 40 orang murid
= 20 orang murid lulus

8) Jawapan C

Jalan Kira:

Purata berat
= Berat keseluruhan pesilat ÷ Bilangan pesilat
= ((35 x 10) + (20 x 40)) ÷ 30 orang
= 1150 ÷ 30
= 38.33 kg

9) Jawapan A

Jalan Kira:

Peraturan matematik : Selesaikan yang dalam kurungan dahulu.
= 144 ÷ (12) x (- 6)
= – 72

10) Jawapan A

Jalan Kira:

22M + 2N = 220
Dipermudahkan
= (22M + 2N = 220 ) ÷ 2
= 11M + N =110

Begitulah adanya..

Jadi, demikianlah beberapa contoh soalan Matematik Psikometrik SPA yang sempat dibincangkan dalam perkongsian ni. Sekali lagi atok ingatkan, korang cuba dulu jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.

Kemudian barulah semak jawapan tu betul ke idok. Dengan menggunakan skema yang disediakan. Jangan tipu diri sendiri ya..

Rujukan & Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA

Bagaimanpun, jika korang mahu lebih banyak contoh soalan Matematik psikometrik yang dilengkapi dengan skema jawapan yang lebih padu. Segera dapatkan rujukan di bawah.

Contoh Soalan Psikometrik SPA 2022

Rujukan ini disertakan sekali latihan dan contoh soalan Matematik psikometrik yang berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Selain itu,

Bagi korang yang lebih suka menonton video, mungkin lebih mudah hadam dan faham. Korang boleh tengok video Panduan Ujian Psikometrik Oleh SPA ini. Disampaikan oleh Bahagian Penilaian Kompetensi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Tapi tok, kenapa saya kena dapatkan rujukan ni?

Berikut lima sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan psikometrik ni :

1) Hati korang jadi riang, minda pula tenang

Nota Ringkas & padat yang akan menjimatkan masa persediaan korang. Tak perlu berlari ke sana ke mari cari rujukan psikometrik. Tak perlu buang berjam-jam masa berharga korang mengadap skrin. Mata tak juling tgk tulisan kecil. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi riang. Minda pula tenang bila dan dah tahu ada rujukan lengkap.

2) Pinjam pengalaman 15 tahun kami

Contoh soalan diberikan akan membiasakan korang dengan format ujian psikometrik. Bukan soalan bocor. Tapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam (secara legally) pengalaman kami selama 15 tahun (semenjak 2008) meneliti, merekod dan mengkaji soalan psikometrik SPA. Semenjak dari era ia masih dikenali sebagai ‘ujian sahsiah dan minat’ dan semasa ujian psikometrik SPA masih lagi dijalankan secara bertulis dan berpusat!

3) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan yang disediakan sudah pasti menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak perlu tarik rambut cari formula math. Rumus dan persamaan turut dihulur. Persamaan matematik yang dah lupa, jadi segar diingatan. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Boleh beli ikut pakej yg sesuai dengan bajet korang. Misalnya, kalau taknak pakej advance boleh pilih pakej extra. Pun boleh. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik tu!

5) Honda pasti mari

Lastly, rujukan ni murah giler. Hanya laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang korang memperolehi masa depan yang cerah. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Rumah idaman dah boleh dapat. Bahkah kereta Honda pun pasti mari. Inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Itu la sebabnya kenapa korang bukan saja kena dapatkan. Tetapi kena SEGERA dapatkan rujukan psikometrik ni!

Tapi tok, confirm lulus ke kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada yang pasti. Esok pun belum tentu kita masih hidup.

Rujukan ini hanya sekadar usaha. Usaha untuk meningkatkan kemungkinan korang untuk lulus.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Namun, atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan contoh soalan psikometrik SPA terbaik yang ada di pasaran setakat ini.

Tapi tok, sempat ke pos buku ni?

Rujukan & contoh soalan Matematik psikometrik SPA ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download.

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran di-approve. Jadi korang x payah duduk tercongok depan pintu, tunggu orang hantar barang tak kunjung tiba.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Walau bagaimanapun, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku.

Namun, harus diingat. Contoh-contoh soalan Matematik psikometrik SPA yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian psikometrik!

Penutup

Lagi satu, contoh soalan Matematik psikometrik SPA ni untuk korang yang serius nak masuk kerja kerajaan saja.

Kalau yang lagi suka kerja swasta (sebab upah dan bonus yang mantep), korang baca cara mohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum korang jalan sehelai sepinggang ke mana-mana karnival kerjaya swasta, elok sangat kalau korang tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.

Penutup Lagi

Terkini, SPA sudah mengeluarkan hebahan mengenai ujian psikometrik untuk jawatan pemandu kenderaan. Kepada yang dipanggil, molek sangat kalau korang dapat baca 22 contoh soalan psikometrik Pemandu Kenderaan H11 ni.

Korang dan bersedia untuk ujian psikometrik penolong pegawai pertahanan awam? Kalau belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29.

Bagi yang dipanggil untuk jawatan penolong pegawai penguatkuasa, tolong baca contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.

Panggilan psikometrik penolong pegawai seni bina baru sahaja dikeluarkan SPA. Sudah bersedia? Kalau belum, baik usha sikit contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 ni.

Baru la penutup

OK, ni btl2 last. Selain empat jawatan di atas, ada lima lagi ujian psikometrik yang akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk memudahkan rujukan korang.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!