Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11

Korang dapat panggilan peperiksaan online Pembantu Operasi Gred N11 bulan ni untuk ambilan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli & ambilan Kementerian Pertahanan Malaysia? Tgh pening kepala? Nasib baik! Sebab di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11 yang diberikan di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11 Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli Dan Kementerian Pertahanan Malaysia

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan pada pada tahun ini.

Nota Penting: Sebelum tu, bagi yg berjaya terpilih ke sesi temuduga Pembantu Operasi N11 (calon Sarawak) utk ambilan di Jabatan Perdana Menteri yg dijadualkan pada 29 Januari 2024 – 1 Februari 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Pembantu Operasi Gred N11 ini.

Kepada yang dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Operasi N11 (calon Semenanjung) untuk ambilan di Jabatan Perdana Menteri Serta Di Pelbagai Kementerian/Jabatan pada kali ini. Sila dapatkan maklumat penting dan bahan latih tubi berkenaan ujian ini di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Operasi N11.

Permohonan jawatan kosong Pembantu Operasi N11

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Operasi N11 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA. Permohonan jawatan sebagai Pembantu Operasi N11 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Pembantu Operasi N11 Tahun 2022

Berdasarkan iklan kekosongan jawatan Pembantu Operasi N11 yang telah dikeluarkan oleh SPA pada 28 Januari 2022, jumlah kekosongan yang ditawarkan di Jabatan Perdana Menteri ialah sebanyak 13 tempat. Manakala, jumlah calon simpanan yg dinyatakan adalah sebanyak 500 tempat.

Semakan peperiksaan Pembantu Operasi N11

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEMBANTU OPERASI GRED N11 DI JABATAN PERDANA MENTERI

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/peperiksaan-pembantu-operasi-n11

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 12:00 tengah hari hingga 12:30 tengah hari.

Jadual gaji Pembantu Operasi N11

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Operasi N11;

Gaji minimum RM 1,216.00
Gaji maksimum RM 2,983.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 80.00
Jadual Gaji Pembantu Operasi Gred N11

*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Operasi N11 layak terima.

Deskripsi tugas Pembantu Operasi N11

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pembantu Operasi N11?

Secara am, tugas seorang Pembantu Operasi N11 adalah seperti berikut:

• Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E [Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)].

• Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Operasi N11

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00);

atau

Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).

Dan

Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peperiksaan Pembantu Operasi N11

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Operasi N11 untuk tahun 2022 belum dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online Pembantu Operasi N11 mungkin akan dijalankan beberapa kali dalam tahun ini.

Tarikh terkini peperiksaan Pembantu Operasi N11 masih diperingkat perbincangan.

Bagaimanapun, seperti kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama setengah jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam12 tengah hari sampai la jam 12.30 tengah hari. Cuma setengah jam. Tapi inilah temph tengah hari paling singkat yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Pembantu Operasi N11

Untuk menyandang jawatan Pembantu Operasi N11, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan dipanggil untuk menghadiri temuduga yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal.

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pembantu Operasi N11 terutama di pecahan soalan ‘konsep-konsep matematik’.

Format Peperiksaan Pembantu Operasi N11

Format Peperiksaan Pembantu Operasi N11 pada 2022 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Jika korang perasan, format soalan Pembantu Operasi N11 untuk sesi 2018 berbeza dengan format 2022. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2018 vs Format 2022

Format Pembantu Operasi N11 2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pembantu Operasi N11 2022

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Eh.. bukan sama ke tok?

Nampak saja macam sama.

Penilaian telah dikurangkan daripada 2 (dua) Seksyen menjadi satu (1) seksyen sahaja. Alhamdulillah.

Tapi korang jangan hepi sangat. Dgr khabar taraf/standard soalan telah ditingkatkan! Kata mudahnya – soalan kali ini lebih ‘mencabar’ berbanding sebelumnya.

Jadi jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Operasi N11 sesi peperiksaan 2018, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak ‘Sesat Dalam Terang’

Camno tu? Kan dah terang, apesal buleh sesat pulak?

Untuk seksyen A, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal.

Selain itu, aplikasi konsep matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian.

Mudah kata – soalan-soalan dalam seksyen A ini telah di-tune khas untuk membuang korang!

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran logik,
  2. kebolehan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Pening dan mual-mual nombor

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘pening dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Tengok masalah yang melibatkan pengiraan dan rumus Math saja terus give up.

Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Pembantu Operasi N11, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Lega bukan?

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Berikut beberapa contoh soalan Pembantu Operasi N11 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah :

1) Maria mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Mariana pula mendapat kurang 250 markah daripada Mariani. Manakala Mariani mendapat kurang 350 markah daripada Maria. Berapakah jumlah markah mereka bertiga?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

2) Negara Kripton mempunyai bangsa M seramai 0.47 juta orang. Bangsa N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala Bangsa O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah Bangsa O di Negara Kripton?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

3) Gwendellin dan kaknya Silvia baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Gwendellin mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

4) Lya Mysara seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Math yang boleh dijawab oleh Lya Mysara dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5) Lilyanna ialah adik kepada Lya Mysara. Selain turut cantik seperti kakaknya, Lilyanna suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman Lilyanna untuk mendapat dividen sebanyak RM81?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

6) Harga 40 ekor Lobster Gred D ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Lobster Grad D?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

7) Kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura ialah RM100=S$31.56. Berapakah nilai RM jika S$157.78?

A) 500
B) 550
C) 600
D) 650

8) Harga kos set pinggan di Syarikat Hanafi ialah RM120. Harga jual set pinggan itu ialah RM150. Set pinggan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Hanafi mengalami..

A) Keuntungan sebanyak RM60
B) Keuntungan sebanyak RM30
C) Kerugian sebanyak RM60
D) Kerugian sebanyak RM30

9) Sebuah tangki berbentuk silinder mempunyai diameter 7.10 meter di isi penuh dengan air. Tinggi silinder itu adalah 1.28 meter lebih dari jejarinya. Berapakah isipadu air dalam tangki itu dalam unit meter padu?

A. 191.03
B. 190.00
C. 192.00
D. 191.14

10) Ada satu masa’elah. Ada satu nombor. Nombor itu adalah 1 lebih daripada sutu nombor yang lain. Beza kuasa dua nombor ini ialah 17. Apakah nombor-nombor ini?

A) 10, 9
B) 10, 11
C) 9, 8
D) 7, 6

Untuk contoh lengkap dan skema jawapan lengkap bagi seksyen A Pembantu Operasi N11 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Operasi N11 berikut :

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi Gred N11 Tugas

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11

Untuk sesi 2022, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?

  1. Murah giler (smartphone korang harga beribu kot)
  2. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)
  3. Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
  4. Skema jawapan (menambah kepandaian korang)

Cara beli rujukan penuh Pembantu Operasi N11

Arahan:

  1. Klik rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Pilih Rujukan Anda’.
  3. Scroll ke bawah dan ambil pakej ‘Pilihan SINGLE #2’ (yg kaler hijau tu). Then klik ‘Tempah Sekarang’.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’. Jangan lupa tick box ‘Syarat & Terma Pembelian’ tu.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Yang penting korang da berusaha sebaik mungkin.

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan dan penerangan untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pembantu Operasi N11 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah tak ingat formula Matematik la tok..

Jangan risau. Rujukan ni dah sediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari kenangan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2018-2022.

Tak perlu ulangkaji dan study semua buku teks Matematik. Korang bukan nak duduk SPM pun. Yang bestnya, dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂

Sempat ke pos buku ni tok?

Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm setengah jam. Pegi ulang-alik amik barang.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, boleh print eBook ni. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Lebih daripada itu, korang kena buat sehabis baik kali ini! Jangan gagal lagi! Kerana..

Lulus Peperiksaan Pembantu Operasi Gred N11

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 yang akan korang hadapi pada tahun 2022 ini.

Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan tambahan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni. Korang jangan tinggal duduk diam sambil asyik main Call of Duty saja. saja. Baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11 ni untuk korang yang nak masuk kerja kerajaan sahaja.

Bagi yang lebih suka kerja swasta (atas sebab peluang peningkatan karier yang lebih cerah), korang baca cara mohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum korang gerak ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta. Jangan da gerak, baru nak rojer atok pula.

Penutup betul ni

Tarikh exam Pembantu Laut da semakin hampir. Elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar exam. Sapa tahu kan..

Kepada yang bakal memerangi najis dadah di negara kita dan akan menganggotai AADK. Tolong hapuskan sama sekali ancaman ini daripada negara kita. Duduklah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Tak lupa juga kepada calon exam penolong pegawai tadbir ambilan under KKM. Sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Selepas musim PKP bakal berakhir tidak lama lagi, SPA terus mengeluarkan keputusan untuk membuat panggilan ke exam online bagi jawatan S29. Jika korang dipanggil, terus baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29 ini.

Khas cucu atok yang dipanggil exam penolong pegawai pembangunan masyarakat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini akan memberi sedikit pendedahan berguna.

Dalam pada suasana negara masih dalam keadaan berjaga-jaga terhadap penularan semula COVID-19, dan penguatkuasaan pemakaian pelitup muka di tempat awam. SPA tetap menjalankan tugas-tugas pengambilan. Kali ini mereka mengeluarkan panggilan exam C41. Jemput baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Sains C41 kepada yg terlibat.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bakal mengadakan pengambilan bagi jawatan Leftenan Muda Maritim T13 pada tahun ini. Andainya korang ada isi jawatan ni dalam SPA9, baik bersiap sedia. Mulakan dengan membaca beberapa contoh soalan peperiksaan Leftenan Muda Maritim T13 ni.

Last but not least, CGSO telah membuka peluang kepada korang yang ada mengisi jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11. Bagi yg dah dapat panggilan PSEE, sila buat rujukan di contoh soalan peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11.

Hokey, ni baru penutup!

SPA Johor sudah mengeluarkan panggilan PSEE kepada calon-calon yang layak. Jika korang dapat panggilan tu, sila rujuk Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41 ni.

Dapat panggilan PSEE pembantu tadbir P/O? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.

Exam pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir kewangan dijalankan serentak. Bagi yang dipanggil exam pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembanu Tadbir Kewangan W19.

Dapat panggilan peperiksaan PSEE online pegawai imigresen? Yeay.. Tapi tak tahu nak prepare apa pula. Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19.

Panggilan peperiksaan PSEE online SPA jawatan Perangkawan untuk ambilan di Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun ni sudah dikelurkan. Kepada yang dah dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Perangkawan E41 ni.

Jabatan Perikanan Malaysia sedang giat meningkatkan kapisiti pengeluaran ikan dan makanan laut negara. Dalam usaha itu, pengambilan Pegawai-Peagwai Perikanan baharu turut dijalankan. Jika korang dipanggil PSEE utk jawatan ini, sila baca 30 contoh soalan peperiksaan Pegawai Perikanan G41 ini.

OK, ni btl2 last, kpd yang bakal menganggotai Jabatan Penerangan Malaysia sebagai pembantu penerangan. Panggilan exam akan keluar bila-bila masa. Better bersedia. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Pembantu Penerangan S19.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Bon Voyage dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

4 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Operasi N11”

Leave a Comment

error: Content is protected !!