Rujukan Psikometrik (Versi Rahmah)

Nak sangat beli rujukan psikometrik tu tapi duit dalam akaun dah tak sampai RM40 lagi. Korang nak tak, kalau atok bagi pilihan membeli rujukan psikometrik yang jauh lebih murah?

Rujukan Ringkas - Versi Rahmah

Kisahnya begini..

Tahun lepas ada sorang calon ni. Nama dia Alysha (bukan nama sebenar). Baru habis SPM. Dia kena panggil ke ujian psikometrik SPA. Tak ingat untuk jawatan apa. Masa panggilan tu dibuat ialah pertengahan bulan. Dia yang baru je masuk kerja di sebuah hypermarket, memang belum gaji masa tu.

Dia hubungi atok dan cakap,

‘Tok, saya nak beli rujukan psikometrik Tim Infokerjaya tu. Tapi gaji tak masuk lagi. Boleh tak atok bagi dulu rujukan tu? Lepas gaji baru bayar. Saya janji.’

Masalahnya, bukan atok taknak bagi hutang. Tapi rujukan tu Tim Infokerjaya punya. Bukan atok punya. Mau kena perambat atok nanti dengan owner rujukan tu.

Dan budak Alysha ni bukan calon yang pertama mencuba nasib..

Ramai lagi yang tanya atok.

Fikir punya fikir..

Atok ambil keputusan untuk menghasilkan sendiri rujukan psikometrik. Kali ni biar atok owner-nya.

So, atok boleh kasi percuma kalau nak.

Tapi, problem dengan barang free ni ialah – orang tak hargai. Ia akan dianggap barang tak bernilai.

Segala susah payah atok buat research dan menulis eBook tu jadi sia-sia belaka.

Atok dah masak hal ni. Tak payah pujuk pujuk atok.

Jadi untuk korang yang betul-betul nak berjimat. Untuk korang yang cuma ada balance RM40 atau beberapa puluh dalam akaun.

Atok cadangkan korang dapatkan Rujukan Ringkas Ujian Psikometrik SPA – Versi Rahmah di bawah.

eBook ni atok tulis sendiri..

Makluman: rujukan ringkas psikometrik ini adalah bersifat umum dan tidak spesifik untuk mana-mana jawatan.

Rujukan Ringkas Ujian Psikometrik SPA

Dalam rujukan ringkas ni, senarai perkara yang akan disentuh merangkumi:

  • Apakah itu ujian psikometrik?
  • Sejarah ringkas Ujian Psikometrik
  • Kenapa perlu duduk Ujian Psikometrik?
  • Bila ujian psikometrik dibuat?
  • Kenapa Psikometrik dijalankan oleh SPA?
  • Apakah 3 Komponen utama dalam psikometrik SPA?
  • Ujian Psikometrik SPA
  • Senarai jawatan yang ada ujian psikometrik SPA
  • Format Ujian Psikometrik SPA
  • Berapa markah lulus Ujian Psikometrik SPA?
  • Kenapa masih ada calon yang terjatuh dalam ‘lubang maut’ psikometrik?
  • Semakan tarikh & jadual Psikometrik
  • Cara mengambil ujian psikometrik SPA
  • Tips Penting kepada calon Ujian psikometrik online SPA
  • Sukatan Peperiksaan ujian psikometrik SPA
  • Berapa Jumlah soalan ujian psikometrik SPA?
  • Berapa Masa diperuntukkan menjawab ujian psikometrik SPA?
  • Soalan Matematik dalam psikometrik
  • Tak sempat jawab semua soalan ujian psikometrik SPA
  • Apa yang diuji dalam segmen Matematik di ujian psikometrik SPA ni?
  • Soalan psikologi dalam ujian psikometrik SPA
  • Latih tubi
  • Format ujian berubah
  • Peringatan mengenai ujian psikometrik online free
  • 17 Latih tubi soalan matematik psikometrik
  • Jawapan Latih tubi soalan matematik psikometrik
  • 15 Latih tubi soalan psikologi psikometrik
  • Jawapan Latih tubi soalan psikologi psikometrik

Rujukan ni nipis saja, tapi topik yang di-cover banyak sungguh. Memang berbaloi!

Kenapa ada versi Rahmah tu?

Bukan makanan jer ke ada menu rahmah?

Sebab rujukan ni atok jual dengan harga RM7 sahaja!

Yup.. Tujuh ringgit saja harganya.

Termurah di dunia!

  • Oleh kerana murah, jadi tak boleh hutang.
  • Oleh kerana murah, jadi contoh soalan dalam tu pun tak banyak.
  • Oleh kerana murah, penerangan pun ringkas dan padat saja.
  • Oleh kerana murah, ada 48 muka surat sahaja keseluruhan.
  • Oleh kerana murah, korang jangan banyak komplen. Itu takda la, ini takda la..

Kalau nak lengkap, korang beli yang Tim Infokerjaya punya.

Tapi saya takut nanti atok jadi kaya pula..

Begini..

Untuk pengetahuan korang, RM6 daripada duet yang korang bayar tu, atok akan salurkan ke Aman Palestin (AP) atau Cinta Gaza Malaysia (CGM) atau lain-lain badan kemanusiaan. Kesemua NGO ni ialah badan yang ditubuhkan di Malaysia dan dipertanggungjawabkan membantu Negara Palestin dan beberapa negara lain yang sedang bergolak.

Duet yang NGO itu terima nanti, antara lain akan digunakan untuk membeli bahan makanan, membina semula rumah-rumah yang musnah, membaiki Masjidil Aqsa, menyediakan keperluan anak-anak yatim, untuk mendapatkan juadah mereka berbuka puasa dan banyak lagi.

Dan bukan setakat itu, sumbangan ke Aman Palestin juga turut diagihkan kepada pelarian di Syria dan Yaman. Mereka ini sedang dilanda kebuluran dan ramai mati kesejukan. Tiada makanan, tiada pakaian dan tiada air bersih yang mencukupi.

Hanya RM1!

Yup.. Hanya RM1 saja daripada duit pembelian korang tu yang akan atok guna untuk diri dan keluarga!

Jadi, rasanya atok tak akan kaya dengan menjual rujukan ni. So, korang jangan risau.

Selain korang bantu diri sendiri, korang juga sebenarnya sedang bantu orang lain yang lebih memerlukan. Korang sebenarnya sedang membina dunia yang lebih baik.

Dengan ini, korang bolehlah membuang rasa was-was itu sejauh-jauhnya dan buatlah pembelian dengan sepenuh keyakinan..

Dengan RM7 tu, takda apa yang korang akan rugi.

Kalau tak beli rujukan ni pun, duit tu akan hilang ntah ke mana-mana jugak.

Malangnya..

Tawaran harga RM7 ini adalah terhad.

Promosi dalam bulan Mac dan April ini saja.

Selepas ini, harga akan dinaikkan semula ke harga asal iaitu RM15.

Jadi, jangan fikir panjang. Grab dahulu, fikir kemudian!

Cara beli:

1) Transfer ke no akaun ni – 7607906203 (CIMB BANK)

2) Emelkan resit bayaran tu ke atokpencen.com@gmail.com dengan tajuk ‘Bayaran Psikometrik Rahmah

Pastu, bagi atok tempoh 48 jam (maksimum) untuk mengesahkan bayaran korang. Jika tiada masalah, atok akan emelkan eBook ni dengan kadar segera.

Sedikit Peringatan:

Dan, korang jangan sesuka hati pulak nak share share dengan kawan. Harga korang bayar ni untuk kegunaan peribadi sahaja. Belajar hargai susah payah orang lain. Belajar hargai penat lelah orang lain. Atok pun ada family juga nak kena suap.

Dah. Transfer cepat!

error: Content is protected !!