Khasiat buah kulim untuk buah pinggang

Khasiat buah kulim untuk buah pinggang

Buah kulim ini buah yang jarang untuk ditemui. Ia terdapat hanya di hutan sahaja dan hanya terkenal di Kulim, Kedah sahaja. Itulah asal usul nama daerah Kulim, Kedah. Diambil berdasarkan nama buah kulim yang hanya terdapat di kawasan situ sahaja.

Sesetengah orang turut mengenali buah kulim dengan nama lain iaitu buah hutan yang digunakan sebagai perisa makanan seperti bawang putih. Jadi, jom baca artikel mengenai khasiat buah kulim untuk buah pinggang.

Khasiat buah kulim untuk buah pinggang:

1.Membuang toksin dan mencuci darah secara semula jadi. Darah akan menjadi lebih cair dan akan menjadi lebih sihat.

2.Menghakis kolesterol supaya darah berjalan dengan lancar disepanjang arteri darah seseorang.

3.Sangat berkesan bagi mengawal kencing manis, darah tinggi, gout, menghilangkan buasir dan jerawat.

4.Membantu pesakit buah pinggang dalam menurunkan index kekotoran darah (creatinine).

5.Menambahkan tenaga untuk untuk bekerja seharian tanapa ada rasa keletihan.

6.Mampu menghilangkan bisa-bisa atau sakit badan yang berpunca dari darah yang kotor yang ada dalam badan korang.

7.Membantu mencuci usus, menanggalkan kerak dan lemak di sekeliling usus supaya usus menjadi bersih dan sihat

8.Mengelakkan kembung perut pada bayi.

9.Merawat demam panas kerana bersifat menurunkan suhu badan seseorang.

10.Boleh dijadikan ulam-ulaman.

11.Mencegah pembiakan kulat.

Cara menyediakan rebusan isi buah kulim untuk merawat buah pinggang:

1.Sebiji isi Buah Kulim direbus bersama 1.5 liter air.

2.Rebus sehingga mendidih dan tapis air rebusan tersebut.

3.Segelas air rebusan isi buah kulim diminum sekali sehari ataupun tiga kali sehar. Bergantung kepada keperluan korang juga.

4.Ianya boleh direbus sebanyak satu atau dua kali sahaja.

5.Buahnya juga boleh dimakan. Korang jangan buang.

Manfaat lain Buah Kulim:

1.Isi buah kulim juga boleh dijadikan bahan tumisan untuk masakan dengan menghiris nipis-nipis isi buah tersebut.

2.Pengganti kepada bawang putih.

3.Sebagai pengawal organik bagi masalah tikus dan sesetengah jenis serangga.

4.Boleh juga dijadikan umpan pancing.

Kandungan yang terdapat di dalam buah Kulim:

1.Kalium: 918.8mg
2.Kalsium: 241.41mg
3.Fosforus: 343.86mg
4.Magnesium: 91.1mg
5.Ferum: 2.67mg
6.Zink: 1.41mg

Konklusinya, khasiat buah kulim untuk buah pinggang kebanyakan mereka gunakan sebagai ubatan tradisional sememangnya menjadi. Kebanyakan buah ini dikenali oleh mereka yang duduk di utara dan sangat susah untuk dijumpai kerana tumbuhan hutan.

Pendapat Atok, kalau sudah tidak dapat dirawat korang bolehlah gunakan khasiat buah kulim ini sebagai ikhtiar lain selain daripada bergantung kepada doktor. Buah kulim ni berasal dari pokok kulim yang tumbuh sehingga 40 meter dan hanya di temukan di Asia sahaja, misalnya Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Orang dulu-dulu, air rebusan buah kulim sering diamalkan oleh orang dahulu kerana dipercayai mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan. Salah satunya merawat penyakit buah pinggang. Jadi memang tidak hairanlah kalau mereka dahulu sihat-sihat dan bebas penyakit.

Buah ni memang susah nak jumpa tapi ada je yang jual dan kebanyakan terdapat di bahagia utara Malaysia. Kalau korang jumpa boleh lah cuba amalkan petua ni. Untuk kesihatan korang juga, benda baik boleh la kita amalkan dan kongsikan kepada semua.

Jadi, Atok harap artikel khasiat buah kulim untuk buah pinggang ini sangat bermanfaat kepada korang semua dan diberi kesembuhan dari sebarang penyakit.

Info-info Lain

Nak beli kereta baru? Lagi-lagi kereta Myvi baru 2023 ni. Jadi, hari ni Atok akan kongsikan untuk korang harga myvi baru dan bayaran bulanan..

Senarai ini mungkin sesuai dan dapat membantu korang memilih hadiah untuk kawan perempuan korang. Ada 20 idea bajet di sini..

Dalam artikel ini Atok kongsikan mengenai cara korang buat semakan cukai tanah Selangor melalui kad pengenalan sahaja. Diharap membantu..

Topik yang akan dibincangkan kali ini mengenai ciri-ciri pelajar cemerlang untuk kegunaan karangan dan ulasan korang. Jangan tiru bulat-bulat pula..

Artikel ini berkaitan petua turunkan darah tinggi yang confirm berkesan, khas kepada mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi..

Loan aku ni lepas tak? Rekod CCRIS clear ke? So, hari ini Atok akan kongsikan kepada korang cara semak CCRIS online percuma. Jom baca..

Bagi ibu-ibu yg baru pertama kali bersalin, belum ada pengalaman. Jom baca beberapa tanda-tanda nak bersalin (dan dah perlu ke hospital) yang perlu diketahui..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!