Korang dipanggil ujian psikometrik Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 untuk ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam pada 7 Mac 2024 ni? Panggilan kali ini adalah untuk calon Sabah dan calon Srawak. Sampai saat ini masih lagi tak pasti apa benda nak prepare? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 yg bagus? Gagal ujian psikometrik akan ‘membunuh’ peluang korang untuk dipanggil ke stage temuduga dan seterusnya dilantik ke jawatan tetap.
Isi Kandungan
Gagal ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 juga akan ‘meranapkan’ harapan yg korang anyam untuk menjadi ‘Abang Pembantu Tadbir’ yang hensem atau ‘Akak Pembantu Tadbir’ Gomen yg cantik. Gagal ujian psikometrik juga semestinya ‘memadamkan’ bara impian korang untuk menjadi anak yang soleh dan solehah yg menjadi permata keluarga – yg bakal byk berbakti kelak. Gagal ujian psikometrik ini sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat korang untuk menjadi nama anak yg sering menjadi ‘sebutan’ mak di hadapan kawan-kawannya semasa membawang. Dan semestinya, gagal ujian psikometrik ini sudah tentu ‘memudarkan’ anganan korang untuk menjadi nama anak yg selalu menjadi ‘kebanggaan’ ayah di hadapan rakan-rakannya semasa kupi-kupi di kedai mamak.
Nota Penting: Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 untuk penempatan di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia yg dijadualkan pada 10 November 2024 – 15 November 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 ini.
Bagi korang yg dapat panggilan ke Peperiksaan Atas Talian Bagi Memasuki Perkhidmatan Negeri Terengganu Darul Iman untuk jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19 pada 02 Mei 2024 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk exam ni boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.
Di bawah adalah koleksi contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 yang boleh dijadikan latihan kepada calon ujian. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap Soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 yang disediakan di bawah.
Calon juga boleh dapatkan rujukan khas ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 yang disarankan di bawah. Untuk dijadikan nota bacaan dan bahan latih tubi sebagai persediaan menduduki ujian psikometrik SPA pada tahun ini.
” Ada yg lulus kpsl dan berkhidmt lebih dr 10 tahun, tp gagal ujian psikometrik. “
Husnazila
” Psikometrik ni xtau lah apa kriteria dan cara penilaian dia utk kita lulus. “
Natasha Airaa
” Jawapan ya atau tidak.. Tapi kenapa ada gagal dan lulus… Formula permakahan mcm mana tu? “
Faridzul
” Baca boleh, percaya jangan. Soalan level spm, tapi masa menjawab singkat sangat dengan soalan yg panjang dan lama nak di baca (buang masa!). “
Ella Syazwani
Itu adalah antara suara-suara kekecewaan yang dilontarkan oleh calon ujian psikometrik SPA lepas. Kalau dalam hati korang ada suara yg sama, baca perkongsian ini sampai noktah terakhir.
Kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19 Tahun 2024
Berdasarkan iklan yg dikeluarkan oleh SPA bertarikh 18 Januari 2024, jumlah kekosongan jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19 di Jabatan Perkhidmatan Awam (Sabah dan Sarawak) adalah sebanyak 69 tempat. Dengan pecahan : kekosongan di Sabah ialah 39 tempat, manakala kekosongan di Sarawak ialah 30 tempat. Manakala, calon simpanan keseluruhanan yg diperlukan adalah sebanyak 240 orang.
Ini adalah jumlah yg amat terhad, berbanding jumlah calon yang cukup ramai dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 ini. Jadi, sila beri tumpuan penuh terhadap perkongsian kali ini.
Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19
MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19 DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
TARIKH UJIAN : 7 MAC 2024
Pautan Alternatif:
https://online.spa.gov.my/online/ujian-psikometrik-pembantu-tadbir-kewangan-w19-sabah/
https://online.spa.gov.my/online/ujian-psikometrik-pembantu-tadbir-kewangan-w19-sarawak/
Atau
Sila layari laman web :
https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
Pengenalan Psikometrik?
Apa itu Psikometrik?
Menurut Wikipedia;
” Psychometrics is a field of study concerned with the theory and technique of psychological measurement. “
Konsep asas dalam teori ujian klasikal psikometrik adalah kebolehpercayaan dan kesahihan. Alat ukur yang mempunyai kebolehpercayaan melakukan pengukuran dengan konsisten, sementara ukuran yang sah adalah yang mengukur apa yang akan diukur.
Sesetengah penyelidik psikometrik memberi tumpuan kepada pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian seperti soal selidik, ujian, penghakiman, dan ujian keperibadian.
Pada hari ini, ujian psikometrik telah dijadikan amalan secara meluas di institusi-institusi luar dan dalam sektor awam di seluruh dunia (termasuk Malaysia). Ujian psikometrik telah dijadikan sebagai sebahagian instrumen saringan wajib untuk menapis kemasukan anggota baharu ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan / government service system.
Ujian psikometrik SPA
Apakah Ujian Psikometrik SPA?
Dalam konteks negara kita, ujian psikometrik turut diamalkan dan dijadikan salah satu daripada tapisan. Untuk mengasingkan calon-calon yang sesuai untuk satu-satu jawatan. Dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti terhadap jawatan tertentu dalam kerajaan.
Sebelum individu tersebut layak dan diperakukan sesuai (eligible and validated), menyandang satu-satu jawatan dalam sektor awam di Malaysia.
Proses penapisan ini telah dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
If you follow the progress of development of ujian psikomerik ni, akan didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yang lama iaitu ‘kertas Sahsiah dan Minat‘.
Inilah nama asal kepada ujian psikometrik (semasa era ujian oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam masih lagi dijalankan secara bertulis dan berpusat). Atok suka untuk berikan korang info ini untuk menambah kefahaman korang.
Semakan keputusan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19
Bagi yang dah menduduki ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 pada sesi yang lepas, keputusan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 sudah dikeluarkan oleh pihak SPA.
Semakan keputusan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 boleh dibuat melalui pautan berikut:
- Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19
(Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka)
(Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
Tahniah diucapkan kepada yang telah berjaya. Kini fokus korang hendaklah diarahkan kepada sesi temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 yang akan dijadualkan kemudian.
Bagi yang baru nak duduk ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 ni, kalau nak lulus juga maka teruskan membaca.
Faktor Kesukaran Ujian Psikometrik
Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format tahun 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan terletak pada ciri ‘pressure’. Di mana calon ditekan dengan kekangan masa (yang amat pendek).
Masa yang diperuntukkan hampir tidak mencukupi bagi menjawab jumlah soalan yang banyak. Sehingga ada di antara calon yang main ‘tembak’ sahaja dan menyerahkan keputusan kepada nasib.
Kalau tak silap, pada waktu itu calon dikehendaki menjawab 200 soalan dalam tempoh 60 minit sahaja! But it was at that time la.
Calon-calon dipaksa menjawab (tanpa sempat berfikir lebih panjang) set item-item (yang telah disusun rapi) bertujuan mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Penerangan Format Ujian Psikometrik Ujian psikometrik SPA
Format soalan dan jenis piihan jawapan Ujian Psikometrik Ujian psikometrik SPA adalah tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.
Aneka pilihan yang macam mana? Calon berkemungkinan hanya diberi :
A) DUA aneka pilihan.
(Ya, Tidak) atau (Betul, Salah) atau (Wajar, Tidak Wajar)
B) TIGA aneka pilihan.
(Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti) atau (Ya, Tidak, Tidak Pasti)
C) EMPAT aneka pilihan.
(Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang) atau (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju)
D) LIMA aneka pilihan.
(Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) atau (Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang, Tidak pernah)
Selain soalan jenis psikologi di atas, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning’. Apa numeric? Korang yang belum tahu, baca post lepas yang mengenai Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA yg menerangkan jenis soalan ini dengan lengkap.
(Ini hanyalah ringkasan format psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih jelas dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).
Cara Menjawab Ujian Psikometrik SPA
Soalan ujian psikometrik ini telah digubal dengan teliti oleh pakar psikologi yang telah dilantik. Ia dirangka untuk menentukan kebenaran jawapan calon. Tip terpenting ialah – jawapan korang hendaklah konsisten.
Terdapat sejumlah soalan yang hampir serupa, bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian ‘lalang‘.
Apa ada kaitan dengan ‘lalang’ pulak tu?
Sebab lalang ni dia cuma mengikut dari mana arah angin bertiup. Kejap ke kiri. Kejap ke kanan. Dan sinonim dengan individu yg mempunyai berpendirian tidak tetap.
Yang paling teruk tentang ‘lalang’ ni tau apa dia? Jangan kata angin yg kencang. Sedangkan angin yg sepoi-sepoi bahasa tu pun sudah cukup untuk mengalih arah kecenderungan rumpai ini.
Mari atok ambil contoh soalan yang bakal memerangkap korang, berdasarkan ciri positif – ‘menerima kritikan dan cadangan orang lain‘.
Saya merasakan kurang perlu mendengar pandangan orang lain.
Statement 1
Saya akan sentiasa memastikan tindakan saya betul, biar orang lain mengatakan sebaliknya kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.
Statement 2
Apabila orang lain memberikan buah fikiran, saya akan utamakan idea saya.
Statement 3
Hasil mesyuarat kurang berkualiti berbanding cerakinan data saya sendiri.
Statement 4
Kesemua pernyataan di atas mewakili nilai ‘kualiti negatif’ dalam diri seseorang dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan cadangan orang lain’.
That’s why la, jawapan korang harus konsisten untuk semua 4 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai ‘menerima kritikan dan cadangan orang lain’.
Cuba korang bayangkan semua pernyataan di atas atau ‘dicampur adukkan’ di antara 80 pernyataan lain, boleh korang pastikan yang korang memberikan jawapan yang konsisten?
Tanpa bantuan nota-nota padat dan latih tubi yang mencukupi, usaha ini bak ‘cari jarum dalam jerami’. Suatu kerja yg hampir mustahil.
(Ini cuma ringkasan cara menjawab psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih terperinci dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).
Tips lulus Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19
Dua tips penting menjawab dengan baik ujian ini ialah :
Pertama, Kekalkan konsistensi jawapan seperti yang sudah diterangkan di atas. Kedua, jangan sekali-kali berlakon jadi orang lain semasa menjawab item-item. Jadi diri sendiri.
Sedaya upaya keluarkan ciri positif dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak. 😉
Mungkin korang sudah lupa, tapi sekali lagi diingatkan, soalan psikometrik SPA sudah dirangka dan disusun cukup rapi untuk menapis hal-hal negatif dalam diri korang (termasuk penipuan). So beware!
20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19
1) Saya cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
2) Menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
3) Saya akan berasa menyampah apabila orang lain berperangai pelik.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
4) Demi memastikan kejayaan rakan saya dalam bidang akademik, saya sebagai kawan yang setia sanggup membimbingnya.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
5) Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat, saya akan mencari peluang untuk lebih dekat dengan mereka.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Saya mendapat prestasi baik, kawan sekerja saya mendapat prestasi cemerlang. Saya sedih kerana saya yang sepatutnya mendapat prestasi cemerlang.
A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti
7) Saya senantiasa rasa takut kerana kekurangan keyakinan terhadap tugas saya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Jika orang tidak menghormati saya, saya pun tidak akan menghormatinya.
A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti
9) Saya selalu bimbang atas kesilapan-kesilapan yang berlaku pada masa lalu.
A. Betul
B. Salah
10) Saya rasa amat gembira apabila bersama ramai kawan.
A. Betul
B. Salah
11) Setiap kejayaan adalah hasil kerjasama atau hasil pertolongan orang lain.
A. Betul
B. Salah
12) Saya amat sukar bermesra dengan orang yang baru dikenali.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
13) Jika saya merendah diri, saya akan dipandang rendah oleh orang.
A. YA
B. Tidak
14) Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti.
A. YA
B. Tidak
15) Bila saya merasa letih, saya akan menyambung kerja yang sedang diusahakan pada hari esok walaupun kerja tersebut sangat penting.
A. YA
B. Tidak
16) Saya peka kepada perubahan persekitaran.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
17) Saya tidak akan meminjam duit daripada rakan-rakan.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
18) Sungguh pun membicarakan hal yang boleh dikatakan mustahak, saya masih boleh bergurau-senda.
a. YA
b. TIDAK
19) Saya suka kalau dapat hadiah berbentuk wang, berbanding ucapan semasa menyambut ulang tahun saya.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
20) Pepatah ‘hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah’ sudah tidak releven pada masa ini.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
Demikianlah beberapa contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 untuk kali ini. Cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.
Perlukan lebih banyak contoh soalan ujian psikometrik (tetapi kali ini yang dilengkapi dengan skema jawapan padu). Segera dapatkan rujukan di bawah!
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19
Rujukan yg dicadangkan ini mengandungi lebih dari 200 contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 (dan disertakan jawapan). Berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Bukan itu sahaja, dilengkapi dengan nota-nota ringkas dan contoh soalan matematik psikometrik. Ini akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 korang nanti.
Atok tahu da gtaw sebelum ini, tetapi ditekankan sekali lagi. Ujian psikometrik SPA turut mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Soalan berbentuk numerical.
Itu juga turut di-cover oleh rujukan ni. Dihuraikan sejelas-jelasnya. Termasuk jalan kira untuk mendapatkan jawapan yang sebenar!
Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan psikometrik ni?
Atok x berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada apa yang pasti (kecuali mati). Entah sempat, entah tidak, nak duduk psikometrik ni. Ada masanya, kita dah ready abis nak duduk ujian ni. Tiba-tiba, last minit SPA umumkan ujian ditangguhkan pulak!
Rujukan ini hanya sekadar usaha meningkatkan peratus peluang korang untuk lulus psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Tapi atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik SPA Pembantu Tadbir Kewangan W19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini.
Tapi mahal sangat la tok rujukan psikometrik ni..
Yup, memang mahal. Atok akui. Julat harga antara RM40 hingga RM100 (tgk pakej mana korang pilih). Pergghh.. RM100 tu!
Cuma, bila fikir2 balik. Ia masih dianggap terlalu murah, bila dibandingkan faedah dan manfaat yang akan korang perolehi kelak (andai berjaya dilantik).
Lagipun, ia masih tak semahal phone korang (yg harga beribu tu). Think about it.. 😉
Sempat ke pos buku rujukan psikometrik ni tok?
Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi softcopy. Format file ialah PDF. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang pn tak payah duk bertenggek atas pagar rumah. Tunggu kurier hantar barang. Dah masuk 11 hari tunggu masih tak sampai2 juga (terutama di kawasan pedalaman).
Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Tapi tok..
Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus ujian psikometrik SPA?
Kalau nak, kena usaha lebih sikit. Dapatkan rujukan ni, guna utk study, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang disediakan.
Jadi, demikianlah adanya.
Sedikit sebanyak Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 yang akan korang hadapi pada tahun ini.
However, it must be remembered. / Namun, harus diingat. Kolekasi Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 yang atok bawakan di atas ni bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!
Penutup
SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai PSEE ujian psikometrik online jawatan pemandu kenderaan di portal rasmi dan facebook mereka. Kepada yang dipanggil, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan ujian psikometrik Pemandu Kenderaan H11 ni.
Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan PSEE – ujian psikometrik online kepada calon pegawai perkhidmatan pendidikan utk ditempatkan di JAWI. Jika korang salah sorang yang dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 / DG41.
Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke PSEE ujian psikometrik penghantar notis, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA kali ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan ujian psikometrik Penghantar Notis N11 yang atok kongsi sebelum ni.
Aweks comel yang bakal jadi jururawat tu mesti tgh kelam-kabut sekarang ni cari rujukan PSEE ujian psikometrik kan? Kalau korang salah sorang daripadanya, relaks jer dan baca contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U41.
PSEE ujian psikometrik online pembantu perawatan kesihatan wajib diadakan setiap tahun. Jawatan super popular di SPA8i. Korang ada mohon jawatan ni dalam borang SPA8i? Kalau ada, siap2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11.
Selain pembantu perawatan kesihatan, satu lagi jawatan yg juga jarang2 tidak dijalankan PSEE ujian psikometrik online ialah pembantu operasi. Tak perlu dikatakan lagi betapa perlunya korang mempersiapkan diri. Kalau ada mohon jawatan ni dalam SPA8i, elok sungguh kalau awal2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Operasi N11.
Permintaan untuk jawatan pembantu awam di jabatan-jabatan kerajaan adalah stabil pada setiap tahun. Boleh dikatakan tiap tahun selalu ada pengambilan. Amatlah rugi jika korang mengabaikan jawatan ini. Jadi baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Awam H11 ini untuk persiapan awal.
Pegawai imigresen KP19 adalah jawatan yg menjadi tulang belakang kepada Jabatan Imigresen Malaysia. Inilah kategori jawatan yang menggerakkan jabatan ini. Inilah individu yg duduk tercongok di kaunter pintu2 keluar masuk utama negara. Kalau korang ada isi, sila baca contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP19 ni.
Selepas Jururawat PSL, jawatan sebagai Penolong pegawai perubatan inilah antara jawatan dalam kategori latihan separa perubatan yg paling diminati ramai. Atok percaya ramai di kalangan korang mohon jawatan ini. Jadi khas utk korang, atok da sediakan contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41.
Korang dah sedia untuk menduduki PSEE ujian psikometrik online pembantu hidupan liar? Jawatan ni best. Bertugas dekat dengan alam semulajadi seperti di hutan simpan dll. Jika belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Hidupan Liar G19.
Kepada yang dipanggil ke PSEE ujian psikometrik untuk jawatan penolong arkitek landskap, tolong baca terlebih dahulu contoh soalan ujian psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.
Last but not least, panggilan PSEE ujian psikometrik online bagi pembantu tadbir akan ada saja saban tahun. Sudah bersedia utk tahun ini? Kalau sudah, bagus. Klu belum, baik baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N19 ni.
Ini baru la penutup
OK, ni betul2 last. Selain dua belas jawatan di atas, ada tujuh lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan korang membuat rujukan.
- Soalan Psikometrik Juruaudio Visual N19
- Soalan psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
- Soalan psikometrik Pembantu Kemahiran H19
- Soalan psikometrik Juru X-Ray U29
- Soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29
- Soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
- Soalan psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!
Atok.. soalan kat atas tu apa jawapannya? Risaunya saya sbb dpt panggilan utk exam 10/11 ni . Persediaan pun belum buat lg 😭😭 .
Soalan atas mmg atok tak kasi jawapan Hanis.. 🙂
Kena dapatkan rujukan yg atok cadangkan di atas. Lengkap dgn nota, jawapan dan penerangan.