Di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N1 yang boleh dijadikan latihan kepada calon yg terlibat pada kali ini utk ambilan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N1 yang disediakan di bawah sebagai latih tubi.
Isi Kandungan
Nota Penting: Sementara itu, bagi korang yang bertuah dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Tadbir N1 utk ambilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang dijadualkan pada bulan 04 November 2024 – 07 November 2024 ini. Tahniah diucapkan. Sila perkemaskan lagi persiapan ke temuduga N1 korang dengan membaca contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir N1 ini.
Khas untuk korang yang dipanggil ke peperiksaan online REQT Sarawak (JKR) untuk jawatan Pembantu Tadbir Gred N1 yang dijadualkan pada kali ini. Setinggi-tinggi tahniah atok ucapkan! Bahan-bahan ulangkaji dan latih tubi untuk ujian REQT Sarawak ini boleh korang perolehi di Nota Exam REQT Sarawak (JKR).
Untuk korang yg terlibat dengan peperiksaan online Pembantu Tadbir N1 untuk pengambilan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu pada kali ini. Buat persediaan secukupnya sebab peluang tidak selalu datang. Baca beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir N1 ini.
Selain itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir N1 yang disarankan di bawah. Untuk dijadikan nota bacaan dan bahan latih tubi sebagai persediaan menduduki ujian psikometrik pada tahun ini.
” Ada yg lulus kpsl dan berkhidmt lebih dr 10 tahun, tp gagal ujian psikometrik. “
Husnah
” Psikometrik ni xtau lah apa kriteria dan cara penilaian dia utk kita lulus. “
Nafisah
Itu adalah antara komen yang disuarakan oleh calon ujian psikometrik SPA lepas. Kalau dalam hati korang ada luahan yg hampir serupa, baca perkongsian ini sampai noktah terakhir.
Kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir N1 Tahun 2025
Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 06 Jun 2024, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N1 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis adalah sebanyak 2 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 15 orang.
Tidak perlu ditekankan betapa perlu dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh ujian psikometrik tiba. Korang da besar dan da bleh pikir sendiri..
Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Tadbir N1 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini!
Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir N1
MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N1 DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS
TARIKH UJIAN: 11 OGOS 2024
Pautan Alternatif:
https://www.spa.gov.my/ujian-psikometrik-pembantu-tadbir-n1
Atau
Sila layari laman web :
https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
Apa itu Psikometrik?
Menurut Wikipedia;
” Psychometrics is a field of study concerned with the theory and technique of psychological measurement. “
Psikometrik adalah bidang berkenaan dengan pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, sifat kepribadian, dan pencapaian pendidikan.
Sesetengah penyelidik psikometrik memberi tumpuan kepada pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian seperti soal selidik, ujian, penghakiman, dan ujian keperibadian.
Pada masa ini, ujian psikometrik telah dijadikan amalan secara meluas di institusi-institusi luar dan dalam sektor awam di seluruh dunia (termasuk Malaysia). Ujian psikometrik telah dijadikan sebagai sebahagian instrumen saringan wajib untuk menapis kemasukan anggota baharu ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan / government service system.
Ujian psikometrik SPA
Apa itu Ujian Psikometrik SPA?
Di dalam konteks negara kita, ujian psikometrik turut diamalkan dan dijadikan salah satu daripada tapisan. Untuk mengasingkan calon-calon yang sesuai untuk satu-satu jawatan. Dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti terhadap jawatan tertentu dalam kerajaan.
Sebelum individu tersebut layak dan diperakukan sesuai, menyandang satu-satu jawatan dalam sektor awam di Malaysia.
Proses penapisan ini telah dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
Kalau korang mengikuti development of psychometric tests, akan didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yang lama iaitu ‘kertas Sahsiah dan Minat‘ yang kemudiannya dikenali sebagai Ujian Sahsiah dan Minat. Dan kini dipanggil Ujian Psikometrik.
Faktor Kesukaran Ujian Psikometrik
Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format tahun 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan terletak pada elemen ‘pressure’. Di mana calon ditekan dengan kekangan masa (yang amat pendek).
Masa yang diperuntukkan hampir tidak mencukupi bagi menjawab jumlah soalan yang banyak. Ini akan memaksa mengeluarkan apa yang ada dalam diri setiap calon. Sehinggakan ada di antara calon yang main ‘tembak’ sahaja jawapan dan berserah kepada nasib.
If not mistaken, pada waktu itu calon dikehendaki menjawab 200 soalan dalam tempoh 60 minit sahaja! But it was at that time la.
Penerangan Format Ujian Psikometrik Ujian psikometrik SPA
Format soalan dan jenis piihan jawapan Ujian Psikometrik Ujian psikometrik SPA adalah tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.
Aneka pilihan yang macam mana? Calon berkemungkinan hanya diberi :
A) DUA pilihan jawapan.
- (Ya atau Tidak)
- (Betul atau Salah)
- (Wajar atau Tidak Wajar)
B) TIGA pilihan jawapan.
- (Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti)
- (Ya, Tidak, Tidak Pasti)
C) EMPAT pilihan jawapan.
- (Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang),
- (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju)
D) LIMA pilihan jawapan.
- (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)
- (Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang, Tidak pernah)
In addition to the above type of psychological questions, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning’. Apa test? Baca dahulu post lepas yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA (Updated 2023) yg menerangkan jenis soalan ini dengan lengkap.
(Ini hanyalah ringkasan format psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih jelas dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).
Cara Menjawab Ujian Psikometrik SPA
Soalan ujian psikometrik ini telah dirangka dengan teliti oleh pakar psikologi yang telah dilantik. Ia digubal untuk menentukan kebenaran jawapan calon. Tip terpenting ialah – jawapan korang hendaklah konsisten.
Terdapat sejumlah soalan yang hampir serupa, bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian ‘lalang’.
Apa kena mengena dengan ‘lalang‘ pulak tu?
Sebab lalang ni cuma mengikut dari mana arah angin bertiup. Kejap ke kiri. Kejap ke kanan. Sinonim dengan individu yg mempunyai berpendirian tidak tetap.
Mari atok ambil contoh soalan yang bakal memerangkap korang, berdasarkan ciri positif – ‘menerima kritikan dan pendapat orang lain’.
Saya akan sentiasa memastikan tindakan saya betul, biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas yang kukuh terhadap apa yang saya lakukan.
Pernyataan 1
Apabila orang lain memberikan pandangan yang bertentangan, saya akan utamakan idea saya.
Pernyataan 2
Hasil mesyuarat pengurusan akhir tahun adalah kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
Pernyataan 3
Kesemua pernyataan di atas mewakili nilai ‘kualiti negatif’ dalam diri seseorang dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pendapat orang lain’.
Oleh kerana itulah, jawapan korang harus SAMA untuk semua 3 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai ‘menerima kritikan dan pendapat orang lain’.
Cuba korang bayangkan semua pernyataan di atas ‘digaulkan’ di antara 80 pernyataan lain, boleh korang pastikan yang korang memberikan jawapan yang konsisten?
Tanpa bantuan nota-nota dan latih tubi yang mencukupi, usaha mencari pernyataan yang sudah bercampur gaul ini bak ‘cari jarum dalam jerami’. Suatu kerja yg hampir mustahil.
(Ini cuma ringkasan cara menjawab psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih terperinci dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).
Tips lulus Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir N1
Dua tips penting menjawab dengan baik ujian ini ialah :
Pertama, Kekalkan konsistensi jawapan seperti yang sudah diterangkan di atas. Kedua, jangan sekali-kali berlakon jadi orang lain semasa menjawab item-item. Jadi diri sendiri.
Sedaya upaya keluarkan ciri positif dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak. 😉
Mungkin korang sudah lupa, tapi sekali lagi diingatkan, soalan psikometrik SPA sudah dirangka dan disusun cukup rapi untuk menapis hal-hal negatif dalam diri korang (termasuk penipuan).
23 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir N1
1) Saya tetap memandu dengan perlahan walaupun kesuntukan masa.
A. Ya
B. Tidak
2) Biarpun menghadapi situasi menakutkan, saya mesti bersikap tenang.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
3) Walau di mana saya berada, saya tetap mudah menyesuaikan diri dengan keadaan. dan situasi
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
4) Saya mesti membalas semula budi sahabat saya apabila dia membantu saya.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
5) Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat, saya akan mencari peluang untuk lebih dekat dengan mereka.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
7) Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai supaya dia sedar kesilapannya.
A. Ya
B. Tidak
8) Saya akan berasa gementar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Jika orang tidak menghormati saya, saya pun tidak akan menghormatinya.
A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti
10) Saya selalu bimbang atas kesilapan-kesilapan yang berlaku pada masa lalu.
A. Betul
B. Salah
11) Saya rasa amat gembira apabila bersama ramai kawan.
A. Betul
B. Salah
12) Saya lebih suka gunakan teknik meminta daripada memerintah.
A. YA
B. Bukan
13) Setiap kejayaan adalah hasil kerjasama atau hasil pertolongan orang lain.
A. Betul
B. Salah
14) Saya amat sukar bermesra dengan orang yang baru dikenali.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
15) Jika saya merendah diri, saya akan dipandang rendah.
A. YA
B. Tidak
17) Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti
A. YA
B. Tidak
18) Apabila keputusan telah dikeluarkanl merea tidak boleh menghentikan saya untuk melaksanakannya.
A. YA
B. Tidak
19) Saya akan menjadi lebih tegas apabila tidak berpuashati dengan kualiti kerja seseorang.
A. YA
B. Tidak
20) Saya peka kepada perubahan persekitaran.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
21) Saya gemar meminjam duit daripada rakan-rakan.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
22) Sungguh pun membincangkan sesuatu hal yang boleh dikatakan mustahak, saya masih boleh bergurau-senda.
a. YA
b. TIDAK
23) Saya kurang suka menerima hadiah berbentuk wang. Berbanding ucapan semasa menyambut ulang tahun saya.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
Demikianlah beberapa contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N1 untuk kali ini. Cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.
Perlukan lebih banyak contoh soalan ujian psikometrik (tetapi kali ini yang dilengkapi dengan skema jawapan padu)? Segera dapatkan rujukan di bawah.
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Korang juga boleh baca penjelasan lebih komprehensif dan memuaskan mengenai ujian psikometrik SPA. Termasuk sejarah dan jenis-jenis psychometrics test yg lain.
Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir N1
Rujukan yg dicadangkan ini mengandungi 200 contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N1 (dan disertakan huraian setiap jawapan). Berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Bukan itu sahaja, dalam rujukan ini juga dilengkapi dengan nota-nota ringkas dan contoh soalan matematik psikometrik. Ini akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N1 korang nanti.
Atok tahu da gtaw sebelum ini, tetapi ditekankan sekali lagi. Ujian psikometrik SPA turut mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Soalan berbentuk numerical. Tidak setiap tahun ada, tetapi ada masanya.
Itu juga turut di-cover oleh rujukan ni. Dihuraikan sejelas-jelasnya. Termasuk jalan kira untuk mendapatkan jawapan yang tepat!
Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan psikometrik ni?
Atok x berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada apa yang pasti (kecuali mati). Entah sempat, entah tidak, nak duduk psikometrik ni. Ada masanya, kita dah ready abis nak duduk ujian ni. Tiba-tiba, last minit SPA umumkan ujian ditangguhkan pulak!
Rujukan ini hanya sekadar usaha meningkatkan peratus peluang korang untuk lulus psikometrik Pembantu Tadbir N1.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Tapi atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik SPA Pembantu Tadbir N1 terbaik yang ada di pasaran setakat ini.
Tapi mahal sangat la tok rujukan psikometrik ni..
Yup, memang mahal. Atok akui. Julat harga antara RM40 hingga RM100 (tgk pakej mana korang pilih). Pergghh.. RM100 tu!
Cuma, bila fikir2 balik. Ia masih dianggap terlalu murah, bila dibandingkan faedah dan manfaat yang akan korang perolehi kelak (andai berjaya).
Lagipun, ia masih tak semahal phone korang (yg harga beribu tu). Think about it.. 😉
Kalau beli yang versi rahmah tu, modal tak sampai lima ringgit pun. Mahal lagi ke?
Sempat ke pos buku rujukan psikometrik ni tok?
Rujukan contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N1 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi softcopy. Format file ialah PDF. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang pn tak payah duk bertenggek atas pagar rumah. Tunggu kurier hantar barang. Dah masuk 10 hari tunggu masih tak sampai2 juga (terutama di kawasan pedalaman).
Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Tapi tok..
Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus ujian psikometrik SPA?
Kalau nak, kena usaha lebih sikit. Dapatkan rujukan ni, guna utk study, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang disediakan.
Jadi, demikianlah adanya.
Sedikit sebanyak contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir N1 yang akan korang hadapi pada tahun ini.
Namun, harus diingat. Contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N1 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!
Penutup
Panggilan PSEE ujian psikometrik online bagi penolong pegawai seni bina baru sahaja dikeluarkan SPA. Sudah bersedia? Kalau sudah, usha lebih sikit juga contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA5 ni. Memang baek punya!
SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai PSEE ujian psikometrik online jawatan pemandu kenderaan di portal rasmi mereka. Kepada yang dipanggil, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan ujian psikometrik Pemandu Kenderaan H1 ni.
Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan PSEE – ujian psikometrik online kepada calon pegawai perkhidmatan pendidikan. Jika korang salah sorang yang dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9.
Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke PSEE ujian psikometrik online penghantar notis, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan ujian psikometrik Penghantar Notis N1 yang atok kongsi sebelum ni.
Aweks comel yg bakal jadi jururawat tu mesti tengah kelam-kabut sekarang ni cari rujukan PSEE ujian psikometrik kan? Kalau korang salah sorang daripadanya, relaks jer dan baca contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U9.
PSEE ujian psikometrik online pembantu perawatan kesihatan wajib diadakan setiap tahun. Korang ada mohon jawatan ni dalam borang SPA9? Kalau ada, siap2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1.
Pegawai imigresen KP19 adalah jawatan yg menjadi tulang belakang kepada Jabatan Imigresen Malaysia. Inilah kategori jawatan yang menggerakkan jabatan ini. Kalau korang ada isi, sila baca contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP1 ni.
Penolong pegawai perubatan adalah antara jawatan dalam kategori latihan separa perubatan yg paling diminati ramai. Atok percaya ramai di kalangan korang mohon jawatan ini. Jadi khas utk korang, atok da sediakan contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U9.
Korang dah sedia untuk menduduki PSEE ujian psikometrik online pembantu hidupan liar? Jika belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Hidupan Liar G1.
Last but not least, bagi yang dipanggil ke PSEE ujian psikometrik online untuk jawatan penolong arkitek landskap, tolong baca terlebih dahulu contoh soalan ujian psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA5 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.
Ini baru la penutup
OK, ni betul2 last. Selain dua belas jawatan di atas, ada enam lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan rujukan korang.
- Soalan Psikometrik Juruaudio Visual N1
- Soalan psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S5
- Soalan psikometrik Pembantu Kemahiran H1
- Soalan psikometrik Juru X-Ray U5
- Soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP5
- Soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP5
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!