Contoh Soalan Peperiksaan Penghantar Notis N11

Dpt emel panggilan exam online Penghantar Notis Gred N11 pada bulan ni? Dah prepare? Klu belum, nasib baik! Sebab di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11 yang diberikan di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Penghantar Notis N11

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada tahun 2021 ini.

Nota Penting: Sebelum itu, untuk korang yg dapat panggilan ke sesi temuduga Penghantar Notis N11 ambilan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor pada 21 – 23 November 2023 ini. Bahan-bahan utk persediaan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Penghantar Notis N11.

Sementara, bagi korang yg dipanggil ke ujian psikometrik Penghantar Notis N11 utk ambilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada kali ini. Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh didapati di contoh soalan ujian psikometrik Penghantar Notis N11.

Permohonan jawatan kosong Penghantar Notis N11

Sekiranya korang berminat mengisi jawatan kosong sebagai Penghantar Notis Gred N11 secara rasmi di Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Sumber Manusia serta di pelbagai kementerian / jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan sebagai Penghantar Notis N11 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Tempoh luput permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan bagi jawatan Penghantar Notis Gred N11 di portal SPA8i setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan penjadualan peperiksaan Penghantar Notis Gred N11

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PENGHANTAR NOTIS GRED N11 DI KEMENTERIAN KERJA RAYA DAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA SERTA DIPELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN (SEMENANJUNG)

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN

MASA PEPERIKSAAN : 11:30 PAGI – 12:00 TENGAH HARI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-penghantar-notis-gred-n11/

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 11:30 pagi hingga 12:00 tengah hari.

Jadual gaji Penghantar Notis N11

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penghantar Notis N11 ;

Gaji minimum RM 1,216.00
Gaji maksimum RM 2,983.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 80.00
Jadual Gaji Penghantar Notis Gred N11

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Penghantar Notis Gred N11 layak terima.

Deskripsi tugas Penghantar Notis N11

Apakah skop kerja atau senarai tugas Penghantar Notis Gred N11?

Secara am, tugas seorang Penghantar Notis adalah seperti berikut:

” Bertanggungjawab menyampaikan surat atau dokumen undang-undang (saman, waran, perintah, kaedah/aturan, notis atau apa-apa juga proses mandatori sama ada sivil atau jenayah) kepada satu pihak yang lain secara serahan tangan atau menampal di tempat awam serta menyediakan bukti penyampaian dokumen yang telah diserahkan. “

Syarat lantikan dan kelayakan Penghantar Notis N11

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf serta lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00)

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (minimum Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf.

Exam Online Penghantar Notis N11

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penghantar Notis N11 untuk kali pertama tahun 2021 belum dikeluarkan oleh SPA.

Exam online Penghantar Notis N11 mungkin akan dijalankan beberapa kali dalam tahun ini.

Tarikhnya masih dalam perbincangan. Untuk exam kali kedua, tarikhnya masih belum diumumkan lagi.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama setengah jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam11.30 pagi sampai la jam 12.00 tengah hari. Inilah tempoh paling singkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Penghantar Notis N11

Syarat untuk menyandang jawatan Penghantar Notis N11, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Penghantar Notis N11 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal.

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Penghantar Notis N11 terutama di bahagian A.

Format Peperiksaan Penghantar Notis N11

Format Peperiksaan Penghantar Notis N11 sesi 2020/2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pembantu Awam H11 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Seperti yang korang pun sedia maklum, peperiksaan Penghantar Notis N11 mengandungi satu seksyen yakni Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah.

Perincian seksyen ini atok terangkan di bawah.

Elak ‘tergigit lidah’

Cumanya, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada pecahan ‘interpretasi data’ dan pecahan ‘konsep math’ . Inilah dua pecahan dalam seksyen A yang membuat ramai calon ‘tergigit lidah’ lalu gagal dalam keputusan peperiksaan online SPA.

Nasihat atok, untuk seksyen A ini, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi konsep matematik turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Pendekatan Menjawab Soalan Peperiksaan Penghantar Notis N11

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan sampai ‘nangis tak berair mata’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘loya dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus rasa nak pitam dan padahnya ‘nangis tak berair mata‘ setelah result exam SPA keluar.

Namun begitu pun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Penghantar Notis N11, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Pecahan Seksyen A

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Contoh Soalan Peperiksaan Penghantar Notis N11 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Budak perempuan berbaju biru dan berseluar hitam jeans mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak perempuan berbaju merah hati berseluar jeans biru pula mendapat kurang 250 markah daripada Budak perempuan berbaju hijau lembut. Manakala Budak perempuan berbaju hijau lembut muda mendapat kurang 350 markah daripada Budak perempuan berbaju biru dan berseluar jeans hitam. Berapakah jumlah markah ketiga-tiga budak perempuan tersebut?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

2) Daerah Kota Tinggi mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Kota Tinggi?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

3) Zakwan dan abangnya Azhar baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Zakwan mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

4) Elizabeth seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Elizabeth dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5) Jovitha ialah adik kepada Elizabeth. Selain turut cantik seperti kakaknya, Jovitha juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Jovitha untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

6) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Rajan ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Rajan?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

7) Encik Henson membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Henson dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

8) Muniandy baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Penghantar Notis N11 di KKM. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Muniandy membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

9) 27 batang marker pen merah daripada jumlah 156 kotak marker pen didapati rosak. Jumlah marker pen merah yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak marker pen. Berapakah jumlah semua marker pen tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

10) 257 orang ahli Kelab Kereta Honda City membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan dewan. Berapakah baki wang yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

11) Satu guni Beras Wangi Cap Rambutan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ah Tak dan Ah Chan masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Ah Tak mendapat 43.75kg?

A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg

12) Kubus M lebih ringan daripada Kubus N tetapi lebih berat daripada Kubus O. Kubus P pula lebih berat daripada Kubus O, tetapi lebih ringan daripada Kubus M. Susun kedudukan kubus-kubus tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

13) Harga sebuah kereta Avanza terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga Exora itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga Avanza terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

14) Harga sebuah apartment 3 bilik tidur di Johor Bahru ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga apartment tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%

15) Sejumlah 16250 keping jubin berwarna putih dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu A dan ruang tamu B. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu B?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

Untuk lebih banyak contoh soalan (dilengkapi skema jawapan lengkap & jalan kira) bagi seksyen A Penghantar Notis N11 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penghantar Notis Gred N11 berikut.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penghantar Notis Gred N11

Atau pun,

Baca post atok satu lagi yang khas membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2020) dengan detil. Ia pasti menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen A ini.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Penghantar Notis N11

Untuk sesi 2021, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?

  1. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)
  2. Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
  3. Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
  4. Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih).
  5. Murah giler (smartphone korang harga beribu kot)

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Penghantar Notis N11.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha dangan gigih.

Rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Penghantar Notis N11 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Penghantar Notis N11 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah lupa formula Matematik la tok..

Jangan risau. Dalam rujukan Penghantar Notis N11 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula formula-formula matematik yang da hampir terpadam dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2019.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nak duduk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂

Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penghantar Notis N11 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 25 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni dan binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11 yang akan korang hadapi pada tahun 2021 ini.

Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Kepada yang bakal menganggotai AADK sebagai pembantu anti dadah. Tolong hapuskan sama sekali ancaman ini daripada negara kita. Jawablah peperiksaan online SPA tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Tidak lupa juga kepada calon exam online SPA penolong pegawai tadbir ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khusus buat cucu atok yang dipanggil peperiksaan online SPA penolong pegawai pembangunan masyarakat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini akan memberi sedikit input berguna.

Dapat panggilan exam PSEE SPA pembantu tadbir P/O? Tak tahu nak prepare apa? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.

Korang tahukan, exam PSEE SPA pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Jadi, kepada yang dipanggil PSEE pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Khusus calon daion dipangil pembantu operasi, sila dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah PSEE tu. Jangan sekali-kali.

Exam PSEE SPA yg terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.

Jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 merupakan satu lagi jawatan yg merentas jabatan. Banyak jabatan/kementerian memerlukan khidmat seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ataranya MAFI, KPDNHEP, JPJ, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan banyak lagi. Jika korang ada isi dan dah dipanggil, sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KM) telah meminta pihak SPA untuk membuat tapisan dan saringan untuk calon-calon Pegawai Farmasi UF41 yg bakal diserap tidak lama lagi. Jawatan UF41 ni agak sukar nak lepas kalau x buat persediaan betul-betul. Mulakan persiapan korang dengan membaca beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 ni.

Last but not least, sesi exam online SPA untuk pegawai bomba akan dijalankan bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ni.

Serius, ni baru penutup!

Pada bila-bila masa, SPA akan keluarkan panggilan peperiksaan online SPA Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam SPA8i atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.

Kepada buat yang bakal menganggotai SPRM sebagai penolong pegawai siasatan. Atok ada sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasaan P29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi SPRM nanti k..

Kementerian Kerja Raya dan KKMM sedang menantikan calon-calon pembantu kemahiran yang akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang sudah menerima emel panggilan peperiksaan online SPA untuk jawatan ni, suka atok cadangkan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke peperiksaan online SPA penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

Panggilan exam online SPA pembantu awam sudah dikeluarkan oleh SPA. Dengar khabar, jumlah yang dipanggil tak beragak ramai. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

Calon untuk peperiksaan online SPA pembantu pembangunan masyarakat adalah tinggi bilangannya. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Kalau korang ada mohon jawatan pembantu pendaftaran dalam SPA8i, panggilan boleh jadi dikeluarkan oleh SPA pada bila-bila masa saja. Jangan da last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.

Jabatan Pertanian Malaysia sedang berusaha memantapkan industri makanan negara. Dalam rangka itu, pengambilan Penolong Pegawai Pertanian G29 yang baharu adalah amat diperlukan. PSEE Penolong Pegawai Pertanian G29 akan dijalankan oleh SPA utk menapis calon. Jika korang terlibat, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pertanian G29.

OK, ni btl2 last. Buat cucu atok yang dipanggil peperiksaan online SPA pembantu penguasa kastam. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input berguna.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!