Contoh Soalan Temuduga Pembantu Penerangan S19

Korang dipanggil sesi temuduga Pembantu Penerangan S19 untuk ambilan di Jabatan Penerangan Malaysia pada 20 November 2023 – 22 November 2023 ini (untuk calon Semenanjung)? Sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare dan masih tercari-cari contoh soalan temuduga Pembantu Penerangan S19 yg bagus?

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Penerangan S19 Sabah Sarawak Semenanjung

Gagal temuduga Pembantu Penerangan S19 akan ‘mematikan’ peluang korang untuk dilantik. Gagal temuduga ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abang Pembantu Penerangan’ yang hensem. Gagal temuduga ini juga semestinya ‘memadamkan’ impian korang untuk menjadi anak yang soleh dan solehah yg menjadi permata keluarga – yg byk berbakti. Dan gagal temuduga ini sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat korang untuk menjadi nama anak yg menjadi’sebutan’ dan kebanggaan mak di hadapan kawan-kawannya.

Nota Penting: Bagi korang yg baru saja dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Penerangan S19 (Calon Semenanjung) untuk ambilan Jabatan Penerangan Malaysia pada 22 September 2023 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Penerangan S19.

Sebelum itu, bagi korang yg terlibat dengan PSEE Pembantu Penerangan S19 utk ambilan Jabatan Penerangan Malaysia pada kali ini, persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Contoh-contoh soalan peperiksaan online S19 boleh korang dapatkan di contoh soalan peperiksaan Pembantu Penerangan S19.

Andainya korang tengah mengejar masa dan mungkin tak sempat baca perkongsian ni sampai habis. Korang boleh lompat mana-mana tajuk yang betul-betul perlu. Klik mana yang berkenan dalam daftar isi kandungan berikut.

Permohonan jawatan kosong Pembantu Penerangan S19

Sekiranya ingin memohon jawatan kosong Pembantu Penerangan S19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Pembantu Penerangan S19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Jadual gaji Pembantu Penerangan S19

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Penerangan S19;

Gaji minimum – RM1,352.00
Gaji maksimum – RM4,003.00
KGT – RM100.00

*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Penerangan S19 layak terima.

Deskripsi tugas Pembantu Penerangan S19

Berikut adalah skop kerja seorang Pembantu Penerangan S19 :

Apakah skop kerja Pembantu Penerangan S19?

Antara lain, bertugas membantu mengeluarkan nota kepada pengarang mengenai aktiviti-aktiviti Kementerian, Jabatan dan Agensi-agensi kerajaan, mengeluarkan siaran akhbar berbentuk teks ucapan, menerima dan menyemak ucapan-ucapan, kenyataan-kenyataan akhbar, membantu menganalisa dan memproses laporan bulanan aktiviti pemimpin negara, menjawab pertanyaan mengenai dasar-dasar kerajaan, mengesahkan ketetapan maklumat sebelum siaran akhbar dikeluarkan dan membantu dalam pengurusan serta penyelarasan pusat media.

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Penerangan S19

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00);

Atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40);

Atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

Dan

Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Semakan Jadual Temuduga Pembantu Penerangan S19

Semakan panggilan Temuduga memasuki perkhidmatan awam, Pembantu Penerangan S19, Kementerian Penerangan, boleh dibuat melalui pautan berikut :

MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA PEMBANTU PENERANGAN GRED S19

Portal SPA :

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-temu-duga

Tempat Bertugas Pembantu Penerangan S19

Untuk penjadualan temuduga November, SPA mengadakan temuduga bagi penempatan di Jabatan Penerangan Malaysia di seluruh negara.

Contoh Soalan temuduga Pembantu Penerangan S19 (berkenaan kementerian / jabatan)

Percaya cakap atok, soalan temuduga yang paling popular diajukan adalah berkaitan dengan kementerian / jabatan / institut dimana korang bakal ditempatkan.

Dalam ambilan kali ini, sudah tentu Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Adalah patut untuk korang mengetahui :

Misi, visi dan objektif utama penubuhan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Siapa KP Penerangan sekarang?

Contoh soalan temuduga Pembantu Penerangan S19

Paling penting, ambil tahu peranan yang dimainkan oleh Jabatan Penerangan.

Tahu sejarah penubuhan Jabatan Penerangan? Ceritakan pada kami.

Contoh soalan temuduga Pembantu Penerangan S19

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Jabatan Penerangan Malaysia.

Contoh soalan temuduga Pembantu Penerangan S19 yang paling lazim diajukan

Apakah dua contoh soalan temuduga Pembantu Penerangan S19 yang paling lazim diajukan kepada calon temuduga untuk kerja kerajaan?

Biasanya dua soalan yang paling lazim ditanya kepada calon adalah:

a. Korang diminta memperkenalkan diri.

Tips – perkenalkan diri dengan memastikannya ringkas, padat dan menyeluruh.

b. Alasan kenapa korang memohon jawatan sebagai Pembantu Penerangan S19.

Tips – bagi sebab memohon pula, gunakan kreativiti korang tetapi jangan lupa menyatakan bahawa jawatan ini merupakan peluang untuk korang memberi sumbangan dan berbakti kepada negara.

Dua soalan ini merupakan peluang terbaik untuk mempamerkan kesesuaian diri korang dengan jawatan Pembantu Penerangan S19.

  • Apakah visi Jabatan Penerangan Malaysia dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat jati diri dan cintakan negara?
  • Apakah misi Jabatan Penerangan Malaysia dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat jati diri dan cintakan negara?
  • Apakah fungsi utama Jabatan Penerangan Malaysia kepada masyarakat?
  • Sebutkan tiga Piagam Pelanggan Jabatan?
  • Nyatakan 10 bahagian di Jabatan Penerangan Malaysia?
  • Apakah matlamat Program Pertandingan Pengisahan Kenegaraan?
  • Apakah fungsi PENTARAMA?
  • Adakah anda tahu mengenai Pusat Maklumat Rakyat (PMR) dan jelaskan?
  • Adakah anda mengetahui tanggungjawab Komuniti Harapan Malaysia?
  • Bagaimana kita ingin membeli foto-foto yang terdapat di Jabatan Penerangan?
  • Dimana boleh memperoleh maklumat-maklumat mengenai kenegaraan?

Topik ulangkaji temuduga Pembantu Penerangan S19

Antara topik yang dicadangkan untuk korang ulangkaji meliputi :

Bidang tugas jawatan ni,

Di mana jawatan ini akan ditugaskan,

Dasar-dasar negara,

National Key Result Areas (NKRA),

Strategi Lautan Biru Kebangsaan,

Menteri-menteri Kabinet,

Menteri dan Timb Komunikasi dan Multimedia,

Komuniti Harapan Malaysia

Kelab Malaysiaku

Program Pewaris Muda

Pengisahan Kenegaraan

Anak-Anak Malaysia

Bulan Kebangsaan

Kenapa Ramai Gagal Temuduga Pembantu Penerangan S19?

Ni sedih ckit. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kegagalan calon dalam proses temuduga Pembantu Penerangan S19.

Antara yang dikenalpasti adalah :

  1. Tidak tahu apa soalan yang bakal dikemukakan
  2. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan yang dikemukakan
  3. Tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan penemuduga

Ramai calon gagal menjawab soalan dengan baik semasa temuduga diadakan. Mereka juga tidak pasti apa soalan temuduga Pembantu Penerangan S19 yang akan diajukan panel.

Faktor di atas inilah yang menjadi penyumbang utama kepada kegagalan calon. Termasuk juga tidak pandai ‘mengambil hati’ panel, penampilan ‘selekeh’ dan lain-lain.

Tidak setakat itu sahaja. Faktor kegagalan dalam menyediakan resume Pembantu Penerangan S19 yang ‘menggiurkan’ kepada panel penemuduga juga telah menjadi halangan utama calon lulus temuduga Pembantu Penerangan S19.

Sayang bukan?

Sudah tentu korang tidak mahu jadi seperti mereka!

Rujukan khas soalan temuduga Pembantu Penerangan S19

Untuk korang, geng karas atok buka juga jualan ini untuk beri manfaat penuh.

Apa yang penting adalah korang hadir ke sesi temuduga Pembantu Penerangan S19 nanti dengan penuh keyakinan dan persediaan.

Ambil peluang ini dan jangan sia-siakan panggilan temuduga korang.

Kemungkinan korang tidak dipanggil lagi selepas ini? Jadi berikan yang terbaik untuk temuduga Pembantu Penerangan S19 kali ini.

Rujukan temuduga Pembantu Penerangan S19 ini disusun dengan pengalaman dan perkongsian calon-calon sebenar sebelum ini.

Jadi korang bakal mendapat satu rujukan yang tepat disertakan dengan contoh soalan untuk persediaan korang.

Rujukan khas temuduga Pembantu Penerangan S19 ini boleh korang gunakan untuk persediaan temuduga tahun ini untuk semua jawatan ambilan under SPA.

Contoh Soalan dan Jawapan Temuduga Pembantu Penerangan S19

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Kedua-dua rujukan temuduga yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Pembantu Penerangan S19).

Selain itu,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak janjikan korang lulus. Apa yang atok recommend ni adalah rujukan terbaik yang ada di pasaran. Termasuk nota, contoh soalan dan penerangan untuk memudahkan persediaan temuduga Pembantu Penerangan S19 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Camtula lebih kurang situasinya.

Demikianlah adanya, sedikit sebanyak contoh soalan Pembantu Penerangan S19 yang akan korang hadapi pada tahun ni.

Contoh soalan temuduga Pembantu Penerangan S19 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki temuduga!

Penutup

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam pula. Baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, contoh soalan temuduga Pembantu Penerangan S19 ni untuk korang yang nak kerja dengan kerajaan.

Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab bonus yang bukan kaleng-kaleng), korang baca cara mohon kerja swasta yang atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum korang jalan berlenggang lenggok ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.

Untuk yang dipanggil ke PSEE online Penolong Pegawai Pembangunan, korang cerna dahulu contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.

Siapa kata atok lupakan sahabat2 driver H11 kita. Untuk calon dipanggil temuduga H11, jemput baca perkongsian contoh soalan temuduga Pemandu Kenderaan H11 ni.

Penutup betul ni

Korang kena hadir temuduga Penolong Pegawai Penilaian di JPPH? Jangan bimbang. Atok bekalkan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penilaian W29 ni. Sebagai hadiah.

Sapa calon peperiksaan PPT N29 untuk penempatan di KKM tu? Sila angkat tangan. Atok ada coretkan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir (Pengurusan Stor).

Serius, ni baru penutup!

Tarikh exam Pembantu Laut da semakin hampir. Elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar exam.

Kepada yang bakal memerangi najis dadah di negara kita. Syabas atok ucapkan. Duduklah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Bagi yang dipanggil untuk temuduga bagi mengikuti latihan separa under KKM. Jangan menggiggil, relaks la dan baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan ni.

Lastly, buat korang yang bakal jadi Jururawat (yang cute miut tu), perkongsian contoh soalan temuduga Latihan Jururawat ni tanda kasih sayang daripada atok untuk korang. Haha.. orang tua gatai.

OK, ni btl2 last. Panggilan temuduga Q19 under Jabatan Perhutanan telah dikeluarkan. Jika korang dipanggil, terus baca hasil karya atok berjudul contoh soalan temuduga Pembantu Penyelidik Gred Q19.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Sayonara dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!