Soalan Temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)

Adakah korang bertuah dan terpilih ke sesi temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) Sesi Julai 2024 pada kali ini? Masih tercari-cari rujukan soalan yang sesuai untuk menduduki temuduga yg bagus dan boleh diharapkan? Teruskan membaca, kerana di bawah atok kongsikan contoh soalan temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL).

Contoh soalan temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)

Nota Penting: Khusus untuk korang yang terpilih ke sesi temuduga Jururawat Gred U29 yg dijadualkan pada 15 Julai 2024 – 18 Julai 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga bagi jawatan ini boleh korang baca di soalan temuduga Jururawat Gred U29 ini.

Untuk korang yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 20 Februari 2024 ini. Dapatkan bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian ini di contoh soalan ujian psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL).

Kepada korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Jururawat U41 untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada kali ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U41.

Bagi korang yang betul2 berada dalam ‘kecemasan’. Misalnya – sekarang ni tengah tunggu nombor giliran dipanggil temuduga latihan Jururawat. Tu yg sempat google lagi tu kan. Terus ke tajuk yang korang perlukan. Gunakan kemudahan link dalam isi kandungan di bawah ni.

Korang yang lambat lagi nak temuduga tu, Jangan ngengade. Baca je mcm biasa. Tak pyh langkau2 topik bagai.

Permohonan mengikuti Latihan Jururawat

Sekiranya ingin mengikuti latihan Jururawat secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan mengikuti Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Semakan penjadualan temuduga

Semakan penjadualan temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) boleh disemak melalui pautan berikut:

Pengenalan latihan Jururawat SPA

Diploma kejururawatan merupakan salah satu daripada kursus pra perkhidmatan anggota sains kesihatan bersekutu (separa perubatan) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kerjaya sebagai seorang Jururawat adalah memfokuskan kepada memberi perkhidmatan perawatan kepada semua lapisan masyarakat.

Untuk menceburi profesion ini, korang perlu mempunyai ciri-ciri penyayang, penyabar, berdisiplin dan boleh bekerjasama dengan ahli pasukan kesihatan yang lain.

Bidang tugas am Jururawat

Secara am, deskripsi tugas Jururawat adalah;

  • Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
  • Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
  • Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
  • Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  • Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  • Membuat pesanan bekalan peralatan.
  • Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

I. Hospital

Di hospital, jururawat bertugas di wad-wad, dewan bedah, jabatan pesakit luar dan klinik-klinik pakar. Fungsi utama ialah memberi perawatan holistic kepada semua pesakit.

II. Unit Kesihatan

Di Unit Kesihatan Awam, jururawat bertugas sebagai seorang ahli pasukan kesihatan awam dalam memberi jagaan kesihatan keluaga dan perkhidmatan kesihatan awam dengan objektif untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

Deskripsi tugas Jururawat Gred U29

Tugas-tugas Jururawat Kesihatan U29

Perawatan Kesihatan Keluarga

  • Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
  • Perkhidmatan lawatan ke rumah.
  • Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
  • Perkhidmatan perancang keluarga.
  • Pendidikan kesihatan.

Latihan

  • Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

Menyelia

  • Menyelia pekerja-pekerja ‘Auxilliary’ dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
  • Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

Pentadbiran

  • Mentadbir klinik.
  • Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
  • Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
  • Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.

Tugas-tugas Jururawat U29 Di Hospital

Penjagaan Pesakit

  • Mengurus dan melayan makan minum pesakit.
  • Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
  • Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
  • Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.
  • Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
  • Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
  • Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.

Deskripsi tugas Jururawat U41

Fungsi Klinikal / Penguatkuasaan

Pemantauan Kejururawatan

  • Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad / klinik / unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.

Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan

  • Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
  • Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.

Kawalan Mutu

  • Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.
  • Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) – menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.

Latihan Kejururawatan

  • Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri.

Kelayakan lantikan Jururawat U29 / Jururawat U41

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Lantikan ke Gred U29

Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00)

Lantikan ke Gred U41

Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).

  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tangga gaji skim perkhidmatan Jururawat

GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUMKADAR KGT
U29 RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00
U32 RM2,331.00 RM6,394.00 RM155.00
U36 RM3,590.00 RM7,605.00 RM180.00
U41 RM2,429.00 RM9,656.00 RM225.00

Elaun / Imbuhan tetap Jururawat :

  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam – RM160
  • Imbuhan Tetap Perumahan – RM180
  • Imbuhan Perkhidmatan Kritikal -15% daripada gaji hakiki
  • Elaun Sara Hidup (COLA)*

*Mengikut wilayah bertugas RM100/RM200/RM300

Latihan separa perubatan Jururawat

Sebelum korang layak dilantik ke skim perkhidmatan U29, terlebih dahulu korang kena menjalani latihan separa perubatan (latihan Jururawat) di mana-mana institut latihan KKM berikut :

  1. Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
  2. Institut Latihan KKM Alor Setar (Kejururawatan)
  3. Institut Latihan KKM Bertam (Kejururawatan)
  4. Institut Latihan KKM Kuala Pilah (Kejururawatan)
  5. Institut Latihan KKM Batu Pahat (Kejururawatan)
  6. Institut Latihan KKM Johor Bahru
  7. Institut Latihan KKM Kubang Kerian (Kejururawatan)
  8. Institut Latihan KKM Sibu (Kejururawatan)
  9. Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
  10. Institut Latihan KKM Kangar (Kejururawatan)
  11. Institut Latihan KKM Kuching
  12. Institut Latihan KKM Tawau (Kejururawatan)

Kadar Elaun / Biasiswa Latihan Jururawat

Sepanjang pengajian korang nanti, berikut adalah kadar biasiswa dan kadar elaun yang akan diterima :

  • Biasiswa – RM835.57 sebulan
  • Elaun Buku – RM250.00 setahun
  • Elaun Perkakas – RM25.00 sepanjang tempoh latihan
  • Elaun Kertas Projek – RM90.00 setahun
  • Elaun Jahitan Pakaian Seragam – RM45.00 sepasang

Tempoh latihan separa perubatan Jururawat

Korang akan berada di Institut KKM selama 3 tahun dan perlu melepasi 6 semester yang panjang. Ini bagi calon lantikan terus.

Bagi calon PSL daripada Jururawat Masyarakat. Tempoh latihan Jururawat disingkatkan kepada 1 tahun sahaja.

Kurikulum Diploma Kejururawatan

Matlamat kurikulum kejururawatan ini adalah untuk menyediakan jururawat yang cekap serta komited terhadap tugasnya.

Subjek-subjek yang akan korang pelajari ialah seperti kurikulum di bawah..

• Sains Kesihatan
• Perawatan Medikal
• Perawatan Obstetrik
• Perawatan Kesihatan Komuniti
• Perawatan Kecemasan
• Sains Tingkah Laku
• Perawatan Surgikal
• Perawatan Pediatrik
• Bahasa Inggeris
• Perawatan Ginekologi

Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tamat latihan dengan jayanya akan dilantik ke Jawatan Jururawat Gred U29, tangga gaji (tertakluk pada perubahan semasa).

Alamat dan nombor untuk dihubungi

Sekiranya korang mempunyai sebarang persoalan, atau untuk mendapatkan keterangan lanjut, boleh gunakan maklumat di bawah.

Untuk calon latihan Jururawat Semenanjung

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas,
Aras 7, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA.
Tel : 03-8885 6254/ 6264/ 6296

Untuk calon latihan Jururawat Sabah

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urusetia Cawangan Sabah,
Aras 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah,
Jalan UMS/Sulaman, Likas,
88450 Kota Kinabalu, SABAH.
Tel : 088-488922

Untuk calon latihan Jururawat Sarawak

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Urusetia Cawangan Sarawak,
Tingkat 10, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga,
93520 Kuching, SARAWAK.
Tel : 082-240011

Proses lantikan Jururawat

Mungkin ada di antara korang yang dah mula kompius. Jadi atok ringkaskan proses menjadi Jururawat seperti di bawah.

Aliran proses menjadi Jururawat

Syarat Asas

Memenuhi syarat asas mengikuti latihan Jururawat.

Ikut Latihan / kursus

Mengikuti latihan jururawat selama 3 tahun (lantikan terus) dan 1 tahun (calon PSL) di institut under KKM.

Graduate

Menamatkan latihan jururawat dengan jayanya dan dianugerahkan diploma kejururawatan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

Gred U29

Dilantik ke skim Jururawat Gred U29.

Kursus lanjutan

Lepas 5 tahun berkhidmat dengan kerajaan, korang boleh memohon mengikuti kursus lanjutan di peringkat ijazah di universiti awam.

Gred U41

Tamat belajar, boleh korang boleh mohon untuk dilantik ke jawatan lebih tinggi / naik pangkat ke skim Jururawat Gred U41

Ada faham?

Contoh Soalan Temuduga Latihan Jururawat (berkenaan kementerian / jabatan)

Percaya cakap atok, soalan temuduga Latihan Jururawat yang paling popular diajukan adalah berkaitan dengan kementerian dimana korang bakal bertugas kelak.

Dalam kes ni, tidak lain dan tidak bukan. Sudah pasti MOH atau Ministry of Health Malaysia.

Adalah amat patut untuk korang mengetahui :

Misi, visi dan objektif utama MOH.

Siapa Ketua Pengarah Kesihatan sekarang?

Contoh Soalan Temuduga Latihan Jururawat

Paling penting, ambil tahu peranan yang dimainkan oleh Bahagian Separa Perubatan di MOH.

Namakan timbalan menteri kesihatan kita.

Contoh Soalan Temuduga Latihan Jururawat

Sila sediakan info mengenai menteri kesihatan, timbalan beliau, KSU kesihatan, pengarah kesihatan negeri masing-masing dan lain-lain.

Boleh rujuk portal rasmi MOH untuk mendapatkan maklumat yang patut.

Contoh Soalan Temuduga Latihan Jururawat (yang paling lazim diajukan)

Apakah dua contoh soalan temuduga Latihan Jururawat yang paling lazim diajukan kepada calon temuduga untuk sektor awam?

Soalan ni tak pernah miss.

Biasanya dua contoh soalan temuduga Latihan Jururawat yang paling lazim ditanya kepada calon adalah:

a. Korang diminta memperkenalkan diri.

Tips – perkenalkan diri dengan memastikannya ringkas, padat dan menyeluruh. Nama, latar belakang family, kelulusan dan pengalaman kerja (if any).

b. Alasan kenapa korang memohon Latihan Jururawat.

Tips – bagi alasan memohon pula, gunakan kreativiti korang tetapi jangan lupa menyatakan bahawa Latihan Jururawat merupakan peluang untuk korang memberi sumbangan dan berbakti kepada negara.

Dua soalan lazim temuduga latihan jururawat ini merupakan peluang terbaik untuk mempamerkan kesesuaian diri korang agar terpilih mengikuti Latihan Jururawat ini berbanding calon-calon lain.

Contoh Soalan Temuduga Latihan Jururawat (yang popular)

  • Sila duduk. Boleh beritahu sikit mengenai diri awak.
  • Ada pengalaman kerja tak sebelum ni?
  • Cuba terangkan tentang nilai integriti?
  • Dalam banyak2 bidang yang ditawarkan ni, mana paling awak minati? Kenapa?
  • Nampaknya awak memang begitu berminat dengan bidang ini. Baiklah cuba terangkan kepada saya skop kerja seorang Jururawat?
  • Boleh awak terangkan sedikit tentang darah B?
  • Kalau begitu, golongan darah jenis apakah yang boleh menderma kepada darah jenis B?
  • Mengapa golongan lain tak boleh derma darah kepada darah jenis O?
  • Baiklah. Siapakah menteri kesihatan kita?
  • Nama Ketua Pengarah Kesihatan Sabah.
  • Berikan 5 jenis penyakit berjangkit?
  • Jika penyakit tersebut boleh berjangkit,bagaimanakah kita boleh mendapat minimakan risiko?
  • If sorang pesakit ni mengamuk. Apa tindakan awak?
  • Salah bagi ubat boleh kena saman kan. Iya ke tak?
  • MOH tak akan lindungi Jururawat ke camna bagi kes seperti ini?
  • Hhmm.. berapa tekanan darah yang dianggap tinggi?
  • Tinggi tu. Yakin dengan jawapan kamu?
  • Tekanan normal pula?

Contoh soalan temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) di atas untuk rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang sama sebiji.

Jangan cakap atok tak payung

Tapi nasihat atok, cuba sediakan jawapan untuk contoh-contoh soalan temuduga Latihan Jururawat ini sebagai ‘payung’ sebelum hujan pada hari kejadian.

Untuk ‘payung’ yang lebih besar. Lebih lebar dan lebih kalis peluru. Boleh dapatkan rujukan di bawah.

Korang dipanggil temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)?

Bagi korang yang pertama kali menduduki sesi temuduga Latihan Jururawat, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.

Korang patut miliki dan mesti miliki segera panduan menduduki temuduga separa perubatan di bawah. Untuk kemudahan korang.

soalan temuduga latihan separa perubatan jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)
Rujukan soalan temuduga latihan separa perubatan jururawat

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Kedua-dua rujukan temuduga yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)).

Selain itu,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak janjikan korang lulus. Apa yang atok recommend ni adalah rujukan termasuk nota, contoh soalan dan penerangan jawatan untuk memudahkan persediaan temuduga Latihan Jururawat korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Camtula lebih kurang situasinya.

Namun, pastikan korang dah baca dan buat semua latihan dalam rujukan ini. Atok yakin ianya bakal membantu temuduga korang.

Selamat menduduki temuduga!

Penutup

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam masa terdekat, korang jangan duduk diam pula. Baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, contoh soalan temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) ni untuk korang yang nak kerja dengan kerajaan.

Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab bonus power), korang baca cara mohon kerja swasta yang atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum korang berani mati pegi ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.

Untuk yang dipanggil ke PSEE Penolong Pegawai Pembangunan, korang hadam dahulu contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29. Mustahak ni.

Sapa cakap atok lupakan brader-brader driver H11 kita, brader2 semua jemput baca perkongsian contoh soalan temuduga Pemandu Kenderaan H11 ni.

Ini Betul-betul Penutup

Lastly, yang kena hadir temuduga Penolong Pegawai Penilaian di JPPH. Atok hadiahkan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penilaian W29 ni. Buat bekal.

Lagi beberapa hari SPA akan jalankan peperiksaan PPT N29 untuk penempatan di KKM. Jadi, Atok da coretkan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (Pengurusan Stor).

Serius, ni baru penutup!

Yang bakal menjadi warga ILP dan IKTBN, temuduga korang akan dijalankan tidak lama lagi. Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 ni pasti akan banyak membantu.

Korang yang bakal memerangi najis dadah habis-habisan di negara kita ini. Syabas atok ucapkan. Duduklah PSEE dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Anti Dadah S19.

OK, ni btl2 last. Bagi yang dipanggil untuk temuduga bagi mengikuti latihan separa under KKM. Atok percaya, korang akan mendapat faedah membaca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis weh.

Proshchay dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

4 thoughts on “Soalan Temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL)”

Leave a Comment

error: Content is protected !!