Di bawah merupakan koleksi 21 contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perancang Bandar Dan Desa J9 utk ambilan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia). Koleksi ini boleh dijadikan latih tubi kepada calon-calon yg terlibat ujian psikometrik pada kali ini. Korang yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi set contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9 yang disediakan di bawah.
Isi Kandungan
Di samping itu juga, calon turut digalakkan mendapatkan rujukan khas Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9 yang disarankan di bawah. Untuk dijadikan nota bacaan dan bahan latih tubi sebagai persediaan menduduki ujian psikometrik SPA pada kali ni.
Nota Penting: Bagi yg dah berjaya melepasi ujian psikometrik ini dengan cemerlang, cabaran getir seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9 yg dijadualkan pada 26 September 2023 – 4 Oktober 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9 ini.
Khas orang Kedah: khususnya calon peperiksaan atas talian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. Atok menerima banyak pertanyaan berkenaan rujukan yang sesuai digunakan untuk jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29 pada bulan Mac ni. Berdasarkan skop yang terlibat, atok tidak mempunyai rujukan spesifik untuk negeri Kedah. Atok hanya ada rujukan berkaitan pengetahuan am Malaysia sahaja. Rujukan yang atok ada ini tidak merangkumi maklumat berkenaan Kedah ya. Tetapi kalau untuk bacaan tambahan, tiada masalah. Boleh pakai. Sebab dia nak tanya pasal Kedah dan Malaysia juga secara amnya. Kalau nak tengok, boleh baca di contoh soalan SPA Pengetahuan Am.
” Mohon spa hapuskan exam psikometrik untuk pegawai yg sedang bkhidmat di jabatan yg sama.ada yg lulus kpsl dan berkhidmt lebih dr 10 tahun, tp gagal ujian psikometrik. “
– Farihah
” Hapuskan pada yang belum berkhidmat la jugak. Baru adil sama rata. Psikometrik ni xtau lah apa kriteria dan cara penilaian dia utk kita lulus. “
– Vivie
” Jawapan ya atau tidak.. Tapi kenapa ada gagal dan lulus… Formula permakahan mcm mana tu? “
– Faridzul
” Baca boleh, percaya jangan. Soalan level spm, tapi masa menjawab singkat sangat dengan soalan yg panjang dan lama nak di baca (buang masa!). “
– Syawal
Itu adalah antara lontaran rasa yang diluahkan oleh calon ujian psikometrik SPA lepas. Kalau dalam hati korang ada lontaran rasa yg sama, baca perkongsian ini sampai noktah terakhir.
Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9
MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J9 DI JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (PLANMalaysia)
TARIKH PEPERIKSAAN : 22 OGOS 2024
Pautan Alternatif:
https://online.spa.gov.my/ujian-psikometrik-pegawai-perancang-bandar-dan-desa-j9
Atau
Sila layari laman web :
https://www.spa.gov.my/semakan-jadual-peperiksaan
Apa Itu Psikometrik?
Menurut definisi Wikipedia;
” Psychometrics is a field of study concerned with the theory and technique of psychological measurement. “
Bidang psikometrik adalah berfokus pada pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, sifat kepribadian, dan pencapaian pendidikan.
Konsep asas dalam teori ujian klasikal psikometrik adalah kebolehpercayaan dan kesahihan. Alat ukur yang mempunyai kebolehpercayaan melakukan pengukuran dengan konsisten, sementara ukuran yang sah adalah yang mengukur apa yang akan diukur.
Sesetengah penyelidik psikometrik memberi tumpuan kepada pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian seperti soal selidik, ujian, penghakiman, dan ujian keperibadian.
Psikometrik ialah bidang yang mengamalkan kaedah pengukuran objektif dan kuantitatif dalam psikologi, pendidikan dan sains sosial.
Psikometrik berdigit pula digunakan untuk mengukur dan menilai keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan angka dengan cepat dan tepat. Psikometrik berdigit mengandungi set soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis, kadar, trend, tukaran mata wang dan lain-lain.
Pada masa ini, ujian psikometrik telah dijadikan amalan secara meluas di sektor awam di seluruh dunia (termasuk Malaysia). Ujian psikometrik telah dijadikan sebagai sebahagian instrumen saringan wajib untuk menapis kemasukan anggota baharu ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan / government service system termasuklah untuk kemasukan ke dalam perjawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9.
Apakah Ujian Psikometrik SPA
Dalam konteks negara kita, ujian psikometrik turut diamalkan dan dijadikan salah satu daripada tapisan. Untuk mengasingkan calon-calon yang sesuai untuk satu-satu jawatan. Dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti terhadap jawatan tertentu dalam kerajaan.
Sebelum individu tersebut layak dan diperakukan sesuai, menyandang satu-satu jawatan dalam sektor awam di Malaysia (termasuk jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9).
Proses penapisan ini telah dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).
Kalau korang mengikuti perkembangan ujian psikomerik ini, akan didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yang lama iaitu ‘kertas Sahsiah dan Minat’.
Inilah nama asal kepada ujian psikometrik (semasa era ujian oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam masih lagi dijalankan secara bertulis dan berpusat). Atok suka untuk berikan korang info ini untuk menambah kefahaman korang.
Faktor Kesukaran Ujian Psikometrik
Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format tahun 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan terletak pada ‘tekanan’ / elemen ‘pressure’. Di mana calon ditekan dengan kekangan masa (yang amat pendek).
Masa yang diperuntukkan hampir atau memang tidak cukup bagi menjawab jumlah soalan yang banyak. Ini akan memaksa mengeluarkan apa yang ada dalam diri setiap calon. Sehinggakan ada di antara calon yang main ‘tembak’ sahaja jawapan dan berserah kepada nasib badan.
Kalau tak silap atok, pada waktu itu calon dikehendaki menjawab 200 soalan dalam tempoh 60 minit sahaja! But it was at that time la.
Calon-calon dipaksa menjawab (tanpa sempat berfikir lebih panjang) set item-item (yang telah disusun rapi) bertujuan mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Penerangan Format Ujian Psikometrik SPA
Format soalan dan jenis piihan jawapan Ujian Psikometrik Ujian psikometrik SPA adalah tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.
Aneka pilihan yang macam mana? Calon berkemungkinan hanya diberi :
A) DUA aneka pilihan jawapan.
(Ya, Tidak) atau (Betul, Salah) atau (Wajar, Tidak Wajar)
B) TIGA aneka pilihan jawapan.
(Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti) atau (Ya, Tidak, Tidak Pasti)
C) EMPAT aneka pilihan jawapan.
(Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang) atau (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju)
D) LIMA aneka pilihan jawapan.
(Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) atau (Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang, Tidak pernah)
Selain soalan jenis psikologi di atas, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning’. Apa num?
Korang yang belum tahu, sila baca terlebih dahulu post lepas yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA yg menerangkan jenis soalan ini dengan lengkap.
(Ini hanyalah ringkasan format psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih jelas dalam rujukan yang di bawah).
Cara Jawab Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9
Ada calon yg beranggapan soalan psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9 seolah tidak masuk akal dan seakan dibuat semborono. No! Soalan ujian psikometrik ini telah digubal dengan teliti oleh pakar psikologi yang telah dilantik oleh kerajaan. Ia dirangka untuk menentukan kebenaran jawapan calon. Tip terpenting ialah – jawapan korang hendaklah konsisten.
Terdapat sejumlah soalan yang hampir serupa, bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian ‘lalang’ dan tidak sesuai diberi amanah sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9.
Dah Kenapa Dengan ‘Lalang’ Pulak tu nak?
Sebab pokok lalang ni, dia cuma mengikut dari mana arah angin bertiup. Kejap condong ke kiri. Kejap condong ke kanan. Dan sinonim dengan individu yg mempunyai berpendirian tidak tetap.
Yang paling teruk dengan ‘lalang’ ni tau apa dia? Jangan kata angin yg kencang. Sedangkan angin yg sepoi-sepoi bahasa pun sudah cukup untuk mengalih arah kecondongan rumpai ini.
Mari atok ambil contoh soalan yang bakal memerangkap korang, berdasarkan ciri positif – ‘kebolehan menerima kritikan dan pendapat orang lain’.
Saya merasakan agak kurang perlu mendengar pandangan orang lain.
Pernyataan 1
Saya akan sentiasa memastikan tindakan saya tepat, walau orang lain mengatakan sebaliknya kerana saya mempunyai prinsip terhadap apa yang saya lakukan.
Pernyataan 2
Apabila orang lain memberikan buah fikiran, pasti saya akan dahulukan idea peribadi.
Pernyataan 3
Kesemua pernyataan di atas mewakili nilai ‘ciri negatif’ dalam diri seseorang dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘kebolehan menerima kritikan dan pendapat orang lain’ yang perlu ada pada seorang Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9 yang baik.
That’s why la, jawapan korang harus sama untuk semua 3 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai ‘kebolehan menerima kritikan dan pendapat orang lain’.
Cuba korang bayangkan semua pernyataan di atas ‘diselerakkan’ atau ‘dicampur adukkan’ atau ‘digaulkan’ di antara 70 pernyataan lain, boleh korang pastikan yang korang memberikan jawapan yang konsisten?
Tanpa bantuan nota-nota padat yg betul dan latih tubi yang mencukupi, usaha ini ibarat ‘cari jarum dalam jerami’. Suatu kerja yg hampir mustahil.
(Ini cuma ringkasan cara menjawab psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih terperinci dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).
Tips Lulus Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9
Dua tips penting menjawab dengan baik ujian ini ialah :
Pertama, Kekalkan konsistensi jawapan seperti yang sudah diterangkan di atas
Kedua, jangan sekali-kali berlakon jadi orang lain semasa menjawab item soalan. Ini seolah tindakan bijak. Tapi di situlah perangkapnya terletak.
Sedaya upaya keluarkan ciri positif dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak.
Mungkin korang sudah lupa, tapi sekali lagi diingatkan, soalan psikometrik SPA sudah dirangka dan disusun cukup rapi untuk menapis hal-hal negatif dalam diri korang (termasuk penipuan).
21 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9
1) Sekiranya saya melihat rakan saya memperoleh pencapaian yang lebih baik, saya akan berusaha mencontohinya.
A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti
2) Saya mendapat prestasi baik, kawan sekerja saya mendapat prestasi cemerlang. Saya merasa tidak patut, kerana saya yang seharusnya mendapat prestasi cemerlang.
A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti
3) Saya sering rasa takut kerana kekurangan keyakinan terhadap tugas saya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
4) Jika orang tidak menghormati saya, sudah tentu saya pun tidak akan menghormatinya.
A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti
5) Saya sentiasa bimbang atas kesilapan-kesilapan yang berlaku pada masa lalu.
A. Betul
B. Salah
6) Saya rasa paling gembira apabila bersama ramai kawan.
A. Betul
B. Salah
7) Saya lebih suka gunakan teknik meminta daripada memerintah.
A. YA
B. Bukan
8) Saya tidak takut kesunyian kerana saya boleh lupakannya semasa membaca.
A. YA
B. Bukan
9) Saya harus merendah diri kerana ada ramai orang yang lebih berpengalaman daripada saya.
A. Betul
B. Salah
10) Saya tidak mahu mengambil risiko kerana bimbang kegagalan.
A. Betul
B. Salah
11) Saya cukup tidak suka bergantung kepada orang lain, tetapi suka menyesuaikan diri sendiri.
A. Betul
B. Salah
12) Setiap kejayaan adalah hasil kerjasama atau hasil pertolongan orang lain.
A. Betul
B. Salah
47) Saya cukup sukar bermesra dengan orang yang baru dikenali.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
13) Jika saya merendah diri, saya akan dipandang hina.
A. YA
B. Tidak
14) Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti.
A. YA
B. Tidak
15) Bila saya merasa geram, saya akan menyambung kerja yang sedang diusahakan pada hari esok walaupun kerja tersebut sangat mustahak.
A. YA
B. Tidak
16) Saya paling suka melakukan aktiviti yang memajukan saya.
A. YA
B. Tidak
17) Apabila tersedar kesilapan yang telah dilakukan, saya akan berikhtiar untuk berubah.
A. YA
B. Tidak
18) Walaupun saya tidak mahir atau pandai dalam sesuatu perkara, saya akan bertingkahlaku seperti mahir.
A. YA
B. Tidak
19) Apabila keputusan telah dikeluarkan, mereka tidak boleh menghentikan saya untuk melaksanakannya.
A. YA
B. Tidak
20) Saya akan menjadi lebih tegas apabila tidak berpuas hati dengan kualiti kerja seseorang.
A. YA
B. Tidak
21) Marah merupakan emosi negatif yang boleh menimbulkan masalah lebih teruk jika tidak dikawal.
A. Betul
B. Salah
Demikianlah beberapa contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9 untuk kali ini. Cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.
Kalau perlukan lebih banyak contoh soalan ujian psikometrik (tetapi kali ini yang dilengkapi dengan skema jawapan padu). Segera dapatkan rujukan di bawah.
Atau,
Korang juga boleh baca penjelasan lebih komprehensif dan memuaskan mengenai ujian psikometrik SPA. Termasuk sejarah dan jenis-jenis psychometrics test yg lain.
Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9
Rujukan yg dicadangkan ini mengandungi lebih dari 140 contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9 (dan disertakan jawapan). Berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Bukan itu sahaja, rujukan ini turut dilengkapi dengan nota-nota ringkas dan contoh soalan matematik psikometrik. Ini akan mempertajamkan kemahiran korang dalam menjawab soalan ujian psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9 korang nanti.
Atok tahu da bgtaw sebelum ini, tetapi ditekankan sekali lagi. Ujian psikometrik SPA turut mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Soalan berbentuk numerical.
Itu juga turut di-cover oleh rujukan ni. Dihuraikan sejelas-jelasnya. Termasuk jalan kira untuk mendapatkan jawapan yang sebenar!
Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Psikometrik Ni?
Atok x berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada apa yang pasti (kecuali mati). Entah sempat, entah tidak, nak duduk psikometrik ni. Ada masanya, kita dah ready abis nak duduk ujian ni. Tiba-tiba, last minit SPA umumkan ujian ditangguhkan pulak!
Rujukan ini hanya sekadar usaha meningkatkan peratus peluang korang untuk lulus psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Tapi atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik SPA Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9 terbaik yang wujud di pasaran tika dan saat ini.
Tapi Mahal Sangat La Tok Rujukan Psikometrik Ni..
Yup, memang mahal. Atok akui. Julat harga antara RM40 hingga RM100 (tgk pakej mana korang pilih). Pergghh.. RM100 tu!
Cuma, bila fikir2 balik. Ia masih dianggap terlalu murah, bila dibandingkan faedah dan manfaat yang akan korang perolehi kelak (andai berjaya dilantik).
Lagipun, ia masih tak semahal phone korang (yg harga beribu tu). Think about that..
Sempat Ke Pos Buku Rujukan Psikometrik Ni Tok?
Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi softcopy. Format file ialah PDF. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang pn tak payah duk bertenggek atas pagar rumah. Tunggu kurier hantar barang. Dah masuk 13 hari tunggu masih x sampai2 juga (terutama di kawasan pedalaman).
Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Tapi Tok..
Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus ujian psikometrik SPA?
Kalau nak, kena usaha lebih sikit. Dapatkan rujukan ni, guna utk study, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang disediakan.
Jadi, Demikianlah Adanya.
Sedikit sebanyak contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J9 yang akan korang hadapi pada kali ini.
Namun, harus diingat. Kolekasi Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J9 yang atok bawakan di atas ni bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!
Penutup
Aweks comel yang bakal jadi jururawat tu mesti tgh kelam-kabut cari rujukan PSEE SPA ujian psikometrik SPA kan? Klu korang salah sorang daripadanya, relaks jer dan baca contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U9.
PSEE SPA psikometrik pembantu perawatan kesihatan (boleh dikatakan) wajib diadakan setiap tahun. Jawatan super popular di SPA9. Korang ada mohon jawatan ni dalam borang SPA9? Kalau ada, siap2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1.
Ujian psikometrik bagi jawatan Pembantu Khidmat Am H1 bagi tahun 2025 ni akan diadakan dalam a few days lagi. Kepada korang yang dah dipanggil, tidak rugi baca contoh soalan uian psikometrik Pembantu Khidmat Am H1 ni.
Pegawai imigresen KP19 adalah jawatan yang menjadi tulang belakang kpd Jabatan Imigresen Malaysia. Inilah kategori jawatan yang menggerakkan jabatan ini. Inilah individu yang duk duduk tercongok di kaunter pintu2 keluar masuk utama negara. Kalau korang ada isi, sila baca contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP1 ni.
Selepas Jururawat PSL, jawatan sebagai Penolong pegawai perubatan merupakan antara jawatan dalam kategori latihan separa perubatan yg paling diminati ramai graduan. Atok percaya ramai di kalangan korang mohon jawatan ini. Jadi khas utk korang, atok da sediakan contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U9.
Korang dah sedia utk duduk PSEE ujian psikometrik pembantu hidupan liar? Jawatan ni best untuk mereka yg sukakan nature. Bertugas dekat dengan alam semulajadi seperti di hutan simpan dll. Jika belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Hidupan Liar G1.
Kepada yang dipanggil ke PSEE ujian psikometrik SPA untuk jawatan penolong arkitek landskap, inilah individu yg memastikan keindahan pemandangan di kota-kota kita. Please baca terlebih dahulu contoh soalan ujian psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA5 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.
Panggilan PSEE ujian psikometrik bagi pembantu tadbir (p/o) akan ada saja saban tahun. Jawatan yg laku keras kerana diperlukan di semua jabatan kerajaan. Sudah bersedia utk tahun ini? Kalau sudah, bagus. Klu belum, baik baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N1 ni.
SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai PSEE ujian psikometrik jawatan pembantu tadbir kewangan di portal rasmi dan facebook mereka. Kepada yang dipanggil, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W1 ni.
Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan PSEE – ujian psikometrik kepada calon pembantu pendaftaran utk ditempatkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Jika korang salah sorang yang dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Pendaftaran KP1.
Last but not least. Gred B41 adalah antara ujian psikometrik yg ramai calon dipanggil. Jika korang salah sorang calon tersebut, jemput baca contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Kebudayaan B9.
Ini Baru La Penutup
OK, ni betul2 last. Selain dua belas jawatan di atas, ada sembilan lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan korang membuat rujukan.
Soalan psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S5
Soalan psikometrik Pembantu Kemahiran H1
Soalan psikometrik Juru X-Ray U5
Soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP5
Soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP5
Soalan psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA5
soalan psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!