Contoh Soalan Peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11

Korang rasa, korang ada masa untuk sakit kepala ketika tengah jawab exam online Pengawal Keselamatan Gred KP11 itu nanti? Memang tak sempat nak sakit kepala punya. Masa diberi amatlah singkat. Tapi nasib baik, sebab di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan.

Contoh Soalan Peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 CGSO

Korang digalakkan dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 yang diberikan di bawah. Ini sebagai latihan.

Nota Penting: Korang dipanggil ke sesi temuduga Pengawal Keselamatan KP11 untuk ambilan di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (Semenanjung) yg dijadualkan pada 28 April 2024 – 30 April 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga KP11 boleh korang baca di soalan temuduga Pengawal Keselamatan KP11 ini.

Bagi korang yang terpilih untuk menduduki ujian psikometrik Pengawal Keselamatan KP11 (calon Semenanjung) untuk ambilan di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia pada 6 Mac 2024 ini. Sila dapatkan bahan latih tubi di contoh soalan ujian psikometrik Pengawal Keselamatan KP11 ini.

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan online pada tahun ini.

Jika korang dapati ada antara info atau maklumat yg atok berikan berkenaan Peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 dalam post ni kurang tepat. Misalnya seksyen yg disoal adalah salah. Mohon berikan info yg lebih tepat dalam ruangan komen di bawah k. Atok sebenarnya tak dapat info yang sahih mengenai Peperiksaan Online Pengawal Keselamatan KP11 kali ni. Tq..

Permohonan Jawatan Kosong Pengawal Keselamatan KP11

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pengawal Keselamatan KP11 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan sebagai Pengawal Keselamatan KP11 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Pengawal Keselamatan KP11

Berdasarkan iklan kekosoangan jawatan yang diterbitkan oleh SPA pada 8 April 2022. Kekosongan jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11 di CGSO (Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia) adalah seramai 249 tempat. Manakala, jumlah untuk calon simpanan adalah sebanyak 350 orang.

Ini adalah jumlah yang menarik. Tetapi masih terhad. Jika dibandingkan dengan panggilan ke PSEE Pengawal Keselamatan Grad KP11 yang memang ramai gila. Jadi sila buat persiapan penuh dan tumpukan perhatian korang pada perkongsian di bawah.

Semakan Penjadualan Peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11 DI PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA (CGSO)

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN

MASA PEPERIKSAAN : 2.30 PETANG – 3.00 PETANG

Pautan Alternatif:

https://e-semakan.spa.gov.my/pengawal-keselamatan-kp11-cgso

Sila layari laman web:

https://www.spa.gov.my/web/guest/ senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 2:30 petang hingga 3:00 petang.

Jadual Gaji Pengawal Keselamatan Grad KP11

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pengawal Keselamatan KP11;

Gaji minimum – RM1,205.00
Gaji maksimum – RM2,939.00
KGT – RM80.00

*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Pengawal Keselamatan bergred KP11 layak terima.

Deskripsi Tugas Pengawal Keselamatan KP11

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pengawal Keselamatan Grad KP11?

Secara am, tugas seorang Pengawal Keselamatan KP11 adalah seperti berikut:

” Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298). “

Syarat Lantikan Dan Kelayakan Pengawal Keselamatan KP11

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KP11 : RM1,205.00);

atau

Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan pada Gred KP11 : RM1,205.00;

Dan

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Dan

Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peperiksaan Online Pengawal Keselamatan KP11

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pengawal Keselamatan KP11 untuk tahun 2022 masih belum dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online Pengawal Keselamatan KP11 mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya masih belum dimesyuaratkan lagi.

Kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama 30 minit peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam2.30 petang sampai la jam 3.00 petang. Inilah tempoh petang tersingkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11

Untuk menyandang jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan dipanggil untuk menghadiri peperiksaan fizikal dan pancaindera yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Agak malang sedikit!

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11.

Format Peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11

Format peperiksaan Pengawal Keselamatan Gred KP11 adalah terdiri daripada satu seksyen sahaja iaitu seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah.

Masalah Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pengawal Keselamatan KP11

Dalam banyak2 seksyen yang ada dalam peperiksaan online SPA, paling susah nak skor ialah seksyen Daya Menyelesaikan Masalah. Kenapa?

Ini adalah disebabkan skop soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah Pengawal Keselamatan KP11 adalah cukup luas dan bidang yg disoal adalah sukar diramal.

Elak Tertidur Semasa Membuat Kawalan (Sekadar Metafora)

Selain itu, calon juga adalah dinasihatkan agar lebih fokus dalam peperiksaan kali ini kerana inilah seksyen yang membuat ramai calon Pengawal Keselamatan KP11 seolah-olah ‘tertidur semasa membuat kawalan‘. Kali ini bukan dimarahi oleh pegawai peronda tetapi berakibat gagal dalam PSEE.

Jadi sila jangan terlalu ambil mudah seksyen ini.

Topik Ulang Kaji Untuk Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah Pengawal Keselamatan KP11

Di dalam seksyen ini, korang dikehendaki menyelesaikan masalah dengan menggunakan pendekatan-pendekatan di bawah :

(I) kemahiran Logika

Korang dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut bagi memilih jawapan yang betul.

(II) Kemahiran Menginterpretasi Data

Korang akan diberi soalan jenis penyelesaian masalah yang menggunakan perangkaan atau statistik. Anda perlu membuat analisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon mencari jawapan.

(III) Konsep Matematik

Konsep matematik yang korang perlu gunakan merangkumi (tetapi tidak terhad) kepada algebra dan geometri.

Konsep-konsep asas matematik tersebut bagaimanapun tidak melebihi Sukatan Pelajaran SPM. Oleh yang demikian, aras soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon yang terlibat, tanpa mengira latar belakang akademik calon.

Contoh Soalan Peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 – Daya Menyelesaikan Masalah

1) Azis ialah adik kepada Rafiq. Selain turut tampan seperti abangnya, Azis juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Azis untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

2) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Henry ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Henry?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

3) Encik Mopun Luang membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Mopun Luang dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

4) James baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pengawal Keselamatan di CGSO. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana James membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

5) 27 batang pensel warna jingga daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna jingga yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

6) Kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura ialah RM100=S$31.56. Berapakah nilai RM jika S$157.78?

A) 500
B) 550
C) 600
D) 650

7) Negara Q mempunyai bangsa A seramai 0.47 juta orang. Bangsa B pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa A. Manakala Bangsa C adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa B. Berapakah jumlah Bangsa C di negara Q itu?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

8) Sebuah buku rujukan mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

9) Harga kos set pinggan di Syarikat Jirun ialah RM120. Harga jual set pinggan itu ialah RM150. Set pinggan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Jirun mengalami..

A) Keuntungan sebanyak RM60
B) Keuntungan sebanyak RM30
C) Kerugian sebanyak RM60
D) Kerugian sebanyak RM30

  1. Sebuah tangki minyak berbentuk silinder mempunyai diameter

10) 10 meter di isi penuh dengan minyak. Tinggi silinder itu adalah 1.28 meter lebih dari jejarinya. Berapakah isipadu minyak dalam tangki itu dalam unit meter padu?

A. 191.03
B. 190.00
C. 192.00
D. 191.14

Untuk lebih banyak Contoh Soalan Peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 – Daya Menyelesaikan Masalah (beserta skema jawapan lengkap), korang boleh dapatkan rujukan berikut (sebagai latih tubi) :

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pengawal Keselamatan Daya Menyelesaikan Masalah KP11 CGSO

Atau

Baca dahulu perkongsian yang membincangkan skop dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022) dengan detil. Ia akan meningkatkan lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen A ini.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11

Untuk sesi 2022, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?

  1. Singkatkan masa persediaan korang
  2. Membiasakan korang dengan format
  3. Menambah kepandaian korang
  4. Nota Ringkas & padat
  5. Contoh Soalan
  6. Skema jawapan

Cara beli rujukan penuh.

Arahan:

  1. Klik Rujukan Peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Pilih Rujukan Anda’.
  3. Scroll ke bawah dan klik ‘Pilihan SINGLE #1‘ – yg kaler biru tu.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Atok ni sapa nak bagi jaminan begitu. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Yang penting korang da berusaha sebaik mungkin.

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan dan penerangan untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Sempat Ke Pos Buku Ni Tok?

Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 46 minit. Pegi ulang-alik amik barang dari Shoppe. Calon-calon duk pedalaman tahu benda ni.

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 ni bukan buku. Tiada pengeposan berlaku. Tiada barang yang perlu dihantar.

Tetapi eBook dalam versi download. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, boleh print eBook ni. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 yang akan korang hadapi pada tanggal kali nanti.

Satu lagi, contoh soalan Pengawal Keselamatan KP11 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Ramai cakap, peperiksaan online Penolong Pegawai Penyelidik sedikit sukar. Jadi, elok benar kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penyelidik Q29 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu naik exam SPA. Sapa tahu kan..

Kepada yg bakal menyertai sektor perkhidmatan kerajaan Negeri Johor Darul Takzim. Persiapan rapi perlu dilakukan utk menghadapi exam. Jawablah exam online tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

Tidak lupa juga kpd calon exam online SPA penolong pegawai pertahanan awam ambilan under APMM. Sila baca, dan hadam maklumat dalam contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khusus buat cucu atok yang dipanggil peperiksaan online PSEE Laskar Kelas II Maritim T1 untuk ambilan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Pastinya contoh soalan peperiksaan Laskar Kelas II Maritim T1 ini akan memberi sedikit input bermanfaat.

Dapat panggilan PSEE SPA pembantu tadbir P/O? Antara bahan bacaan yang amat sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 ni.

Korang tahukan, PSEE pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Jadi, kepada yang dipanggil PSEE pembantu tadbir kewangan w19, luangkan sedikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Sapa yg dpt surat panggilan ke ujian bertulis Pegawai Tadbir N41 untuk kerajaan negeri Terengganu? Exam ni agak rare sebab masih diadakan secara bertulis dan berpusat. Klu korang dipanggil, alhamdulillah. Kena buat persediaan rapi tu. Boleh baca Contoh Soalan Ujian Bertulis Pegawai Tadbir N41 Terengganu.

Peperiksaan (PSEE) Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ambilan KKM sudah hampir dimuktamadkan. Iklan sudah dikeluarkan dan panggilan exam akan menyusul bila-bila masa. Sila persiapkan diri korang dengan bacaan seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ni.

Last but not least, khusus calon PSEE pembantu operasi, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah PSEE Gred N11 tu.

Serius, Ni Baru Penutup!

PSEE Online SPA yg terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni akan diadakan dalam beberapa days lagi. Kepada yang dipanggil, tidak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.

Walaupun dalam suasana Covid-19, sesi exam online SPA untuk pegawai bomba Gred KB19 akan dijalankan pada bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ni.

Kalau korang ada mengisi jawatan pembantu pendaftaran kp19 dalam portal SPA9 (sebelum ni dikenali sebagai SPA8i), panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan da last minit baru kelam-kabut cari informasi. Awal-awal baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.

Kepada buat yang bakal menganggotai Jabatan Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19. Atok ada siapkan beberapa bahan bacaan bermutu yg sesuai, termasuk contoh soalan peperiksaan Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi KKR k..

KKR dan KKMM sedang menantikan calon-calon pembantu kemahiran Gred H11 yang akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan berkenaan exam online SPA untuk jawatan ni, bolehlah tambahkan lagi kemahiran korang tu dengan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Kepada korang yang layak & mungkin sudah menerima emel panggilan ke online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan bahawa exam SPA ni juga sedikit sukar. Itu cakap-cakap orang la. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, bolehlah usha contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

Panggilan PSEE online SPA pembantu awam sudah dikeluarkan oleh SPA. Dengar khabar, jumlah yang dipanggil x beragak lagi ramainya. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

SPA baru sahaja mengeluarkan panggilan PSEE utk jawatan Pembantu Hidupan Liar G19. Adakah korang dpt panggilan ini? Kalau iya, sila buat latih tubi dan baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Hidupan Liar G19 ini.

OK, ni btl2 last. Calon utk peperiksaan online pembantu pembangunan masyarakat adalah tinggi bilangannya pada tahun 2019. Dijangka tahun ini pun sama. Jadi, jesilapan kecil sudah cukup membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!