Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Yayasan Terengganu)

Adakah korang dipanggil ke peperiksaan online Pegawai Tadbir N41 (Contract of Service) untuk ambilan di Yayasan Terengganu pada 31 Julai 2023 ini? Di bawah merupakan koleksi contoh soalan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan.

Contoh Soalan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41

Korang digalakkan untuk cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan online Pegawai Tadbir Gred N41 yang diberikan di bawah.

Nota Penting: Bagi korang yg dipanggil ke sesi temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 untuk ambilan di Jabatan Perkhidmatan Awam yang dijadualkan akan dijalankan pada 13 Mei 2024 – 7 Jun 2024 ini. Sila buat persiapan yang paling padu. Beberapa contoh soalan temuduga untuk jawatan ini, boleh korang baca di soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 ini.

Info penting: Rujukan ini juga sesuai dan boleh digunakan untuk exam-exam kelolaan kerajaan Negeri Terengganu yang lain. Ini kerana, Seksyen Pengetahuan Am yg terdapat dalam rujukan ini releven untuk dijadikan panduan menduduki exam-exam under Negeri Terengganu.

Semakan Penjadualan Ujian Bertulis Pegawai Tadbir Negeri Gred N41 Terengganu

MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR GRED N41 (CONTRACT OF SERVICE) DI YAYASAN TERENGGANU

TARIKH : 31 JULAI 2023

HARI : ISNIN

MASA : 10.00 PAGI – 11.30 PAGI

Jadual Gaji Pegawai Tadbir Negeri Terengganu Gred N41

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41;

Gaji minimum – RM2,080.00
Gaji maksimum – RM9,546.00
KGT – RM225.00

*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu dengan gred N41 layak terima.

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41?

Secara am, tugas seorang Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 adalah seperti berikut:

” Bertanggungjawab dalam merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. “

Selain itu, Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 juga menggalas tugas dalam..

” Menguruskan perolehan peralatan pejabat agensi-agensi kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan kakitangan, membantu urusan pindah milik, gadaian, melepaskan gadaian dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka. “

Syarat Lantikan Dan Kelayakan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-istitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,080.00 ];

atau

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,114.43 ];

atau

Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,216.64] ;

Dan

Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41

Panggilan peperiksaan online Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 untuk tahun 2023 sudah dikeluarkan.

Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 akan dijalankan satu (1) kali dalam bulan Julai ini.

Iaitu pada 31 Julai 2023. Ngam-ngam hari Isnin ini.

Senario Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41

Untuk menyandang jawatan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online yang dijalankan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan dipanggil untuk menghadiri temuduga jawatan yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal.

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 terutama di Bahagian B – Pengetahuan Am.

Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41

Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 pada 31 Julai 2023 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Jika korang perasan, format soalan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 untuk sesi 2020 berbeza dengan format 2023. Pihak kerajaan negeri Terengganu sudah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2020 Vs Format 2023

Format Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 – 2020

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya menyelesaikan Masalah

Format Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 – 2023

  • Seksyen A: Psikometrik
  • Seksyen B: Pengetahuan Am

Eh.. Bukan Sama Ke Tok?

Penilaian masih lagi 2 bahagian.Tetapi Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah telah ditiadakan dan digantikan dengan bahagian Psikometrik.

Jadi jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 sesi peperiksaan 2020, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyen Daya Menyelesaikan Masalah. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 – Psikometrik

Seperti yang diterangkan dalam format terkini peperiksaan online Pegawai Tadbir N41 di atas. Bahagian A ialah ujian psikometrik.

Apa benda psikometrik ni? Betul ke banyak perangkapnya? Benarkah ramai yang keliru di bahagian ini?

Atok takkan terangkan di sini kerana ada post khusus untuk bahagian A – psikometrik ini. Rujukan untuk bahagian A ini juga tidak sama dengan bahagian B.

Korang boleh baca penjelasan lanjut berkenaan bahagian A – psikometrik ini di contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Tadbir N41.

Dalam post ini, kita hanya akan membincangkan bahagian B iaitu Pengetahuan Am.

Jom kita..

Elak Tersilap Menggubal Dasar Awam (Sekadar Metafora)

Calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada bahagian B iaitu Pengetahuan Am. Ini memang ‘masalah’ betul.

Kerana inilah seksyen yang membuat ramai calon cuai hingga seolah-olah ‘tersilap menggubal dasar awam’ sehingga tak layak melepasi peperiksaan online Pegawai Tadbir N41.

Topik Ulang Kaji Untuk Seksyen Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Negeri Terengganu Gred N41

Untuk seksyen B, ia melibatkan keluasan pengetahuan am seseorang. Soalan yang dikemukakan menguji sama ada korang ‘alert’ dengan hal-ehwal semasa dalam negara atau tidak. Isu luar negara turut disoal.

Sudah tentu skop yang diajukan dalam seksyen ini luas dan sukar diramal. Walaubagaimana pun, daripada pemerhatian atok, antara topik yang agak kerap keluar adalah seperti di bawah:

1) Skop soalan mengenai kerajaan persekutuan:

  • Struktur organisasi kerajaan Malaysia
  • Majlis Raja-Raja
  • Jata dan lambang Negara
  • Ketua Setiausaha Negara (KSN)
  • Badan perundangan di Malaysia
  • Menteri dan Kementerian di Malaysia
  • Jabatan-Jabatan kerajaan di Malaysia

2) Skop soalan mengenai kerajaan negeri Terengganu:

  • Jata dan lambang Negeri Terengganu
  • Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu
  • Cuti-cuti Negeri Terengganu
  • Sistem pemerintahan Negeri Terengganu
  • Struktur organisasi kerajaan Negeri Terengganu
  • PBT-PBT dalam Negeri Terengganu

Jadi bolehlah mulakan ulangkaji korang daripada topik-topik yang atok cadangkan tu yer..

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 – Pengetahuan Am

Dalam Bahagian B ini calon-calon adalah dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan kenegaraan Malaysia. Selain pengurusan sumber manusia, perhubungan perusahaan, pentadbiran kerajaan serta lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara.

Selain itu, calon juga dinasihatkan agar mendapatkan informasi sebanyak mungkin mengenai perjawatan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41. Termasuklah diskripsi tugas dan semua info mengenai jawatan ini.

1. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah

A. Setiausaha Bahagian Gred Khas B
B. Setiausaha Bahagian Gred Khas A
C. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52
D. Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

2. Siapa mantan Perdana Menteri yang mengasaskan Transformasi Pembangunan Luar Bandar Pertama pada tahun 1957?

A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Onn Jaafar

3. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk urusan di peringkat antarabangsa melalui agensi di bawahnya TIDAK TERMASUK

A. United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC)
B. United Nations High Commissioner on Refugees (UNHCR)
C. Gagasan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)
D. Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR)

4. Perdana Menteri perlu merujuk kepada satu pihak sebelum membuat lantikan Hakim Besar. Siapakah pihak tersebut?

A. Ketua Hakim Terengganu
B. Ketua Hakim Sarawak
C. Ketua Hakim Negara
D. Hakim-Hakim Besar

5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyelia agensi dan jabatan kerajaan di bawah KECUALI

A. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
B. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
C. Lembaga Tabung Haji (TH)
D. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

6. Seorang ahli Dewan Rakyat mempunyai had umur minimum untuk menjadi ahli. Had bermula pada umur..

A. 18 tahun
B. 21 tahun
C. 25 tahun
D. 30 tahun

7) Organisasi pembentukan dasar negara yang tertinggi adalah _____________ .

A. Majlis Dasar Negara
B. Kabinet
C. Majlis Tertinggi Negara
D. Yang DiPertuan Agong

8) Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berteraskan kepada hasil dapatan Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960 yang menumpukan aspek-aspek berkaitan perpaduan negara. Pilih penyataan yang PALING TEPAT menggambarkan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

A. Sekolah-sekolah vernakular terpisah antara satu sama lain mengikut kedudukan geografi dan taburan penduduk.
B. Mewujudkan sistem pendidikan yang bersifat demokrasi dari segi peluang dan kualiti menerusi pengagihan peruntukan yang adil serta kurikulum dan peperiksaan yang sama kandungannya.
C. Menumpukan kepada pendidikan agama yang lebih teratur seperti Sekolah Pondok.
D. Menggalakkan guru-guru yang mengajar di sekolah Cina dibawa masuk dari China dan guru-guru tempatan turut dilatih mengikut sistem dari negara China.

Untuk lebih banyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 – Pengetahuan Am (beserta skema jawapan lengkap), korang boleh dapatkan rujukan berikut (sebagai latih tubi) :

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu Gred N41

Atau

Baca dahulu perkongsian yang membincangkan skop dan contoh soalan SPA Pengetahuan Am dengan detil. Ia akan meningkatkan lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen B Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu Gred N41 ini.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu Gred N41

Untuk sesi Julai 2023, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online N41 Terengganu yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

1) Hati korang jadi riang gumbira

Nota Ringkas & padat dlm rujukan ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran pon x kusut. Hati jadi riang gumbirah. Haha..

2) Lebih masa main game

Korang jangan acah-acah soleh la dgn atok. Korang kaki game kan. Tak payah susah-payah. Buka je jualan, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

3) Guna pengalaman 15 tahun kami secara maksima

Contoh soalan ujian bertulis Pegawai Tadbir N41 Terengganu yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam. Bukan soalan bocor, tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 15 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA.

4) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan di seksyen Daya menyelesaikan Masalah yang disediakan sudah tentu akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir N41 Terengganu ada beberapa pakej. Ada murah, ada kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

5) Lagi Merecik..

Lastly, rujukan contoh peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir N41 Terengganu ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang cerah. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri N41 Terengganu.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Yang penting korang da berusaha sebaik mungkin.

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan dan penerangan untuk memudahkan persediaan menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Sempat Ke Pos Buku Ni Tok?

Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 55 minit. Pegi ulang-alik amik barang. Redah jem bagai.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, boleh print eBook ni. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 yang akan korang hadapi pada tanggal 31 Julai 2023 nanti.

Satu lagi, contoh soalan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja. Harap maklum ya..

Selamat menduduki peperiksaan

Penutup

Pada bila-bila masa, SPA akan keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA9 atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.

Kepada yang bakal menganggotai SPRM sebagai penolong pegawai siasatan yg cukup bertanggungjawab. Panggilan exam online sudah keluar beberapa hari lepas. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasaan P29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi SPRM nanti k..

KKMM & KKR sedang menantikan calon2 pembantu kemahiran yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan exam online PSEE untuk jawatan ni, suka atok cadangkan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Utk korang yang berlayakan, dan mungkin sdh menerima emel panggilan ke exam PSEE online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni sedikit sukar daripada biasa. Jadi perbanyakkan doa dan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

Dengar cerita, jumlah calon yang dipanggil untuk pembantu awam tak beragak ramai. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

Calon peperiksaan PSEE online pembantu pembangunan masyarakat pun ramai bilangannya. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Kalau korang ada isi jawatan pembantu pendaftaran dalam portal SPA9, panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan da last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.

Last but not least, buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE SPA untuk pembantu penguasa kastam. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input berguna sebagai bekalan ke exam.

Serius, Ni Baru Penutup!

Jawatan penghantar notis mencatatkan rekod antara panggilan peperiksaan PSEE yang wajib dibuat kerajaan pada setiap tahun. Boleh la dikatakan antara salah satu daripada jawatan yang cukup popular di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11.

Tak lupa juga kepada calon exam PSEE online atendan hospital atau pembantu perawatan ambilan under MOH. Sila baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Buat cucu atok yg dipanggil exam online SPA utk jawatan juruteknik komputer (ambilan MAMPU). Pastinya contoh soalan peperiksaan Juruteknik Komputer FT19 ini akan memberi sedikit ilmu berguna.

Dapat panggilan peperiksaan PSEE online pembantu juruaudit? Alhamdulillah.. Tapi x tahu nak prepare apa? Itu mmg masalah. Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19.

Kpd yg dipanggil PSEE pegawai imigresen, sila luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19. Jgn ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap berjumlah puluhan ribu. Berani ambil mudah?

Khas calon yang dipanggil ke exam online latihan separa perubatan bertaraf diploma, dapatkan maklumat berguna dan fahami bentuk serta contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini. Jangan pandang mudah PSEE tu. Jangan sekali-kali.

Panggilan peperiksaan PSEE online SPA untuk Penolong Pegawai Perangkaan bagi tahun ni sudah dibuat. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29 ni.

OK, ni btl2 last. Sesi peperiksaan online PSEE untuk perangkawan akan dijalankan lagi beberapa hari. Bijak sekali andai korang bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada dgn maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Perangkawan E41 ni.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!