Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Awam Gred H11

Korang dapat panggilan PSEE SPA utk jawatan Pembantu Awam Gred H11 pada kali ini?? Memang nasib baik betol. Kerana, di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Awam H11 yang diberikan di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 KETSA MINDEF JKDM JPM

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan pada tahun 2023 ini.

Nota Penting: Kepada calon-calon utk sesi temuduga Pembantu Awam Gred H11 untuk ambilan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor pada 15 – 18 Januari 2024 ini. Sila buat persediaan penuh. Selain itu, korang juga boleh dapatkan bahan latihan dan ulangkaji untuk persediaan ke temuduga di contoh soalan temuduga Pembantu Awam Gred H11 ni.

Bagi korang yg dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Awam H11 utk ambilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada kali ini. Dapatkan contoh soalan dan tips psikometrik di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Awam H11.

Permohonan jawatan kosong Pembantu Awam H11

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Awam H11 di sektor awam secara rasmi tidak kira sama ada di KETSA, MINDEF, JKDM, JPM atau di pelbagai kementerian / jabatan lain, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan sebagai Pembantu Awam H11 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan jawatan Pembantu Awam H11 Tahun 2023

Mengenai jumlah kekosongan jawatan Pembantu Awam H11, berdasarkan kepada iklan yg dikeluarkan oleh SPA bertarikh 14 Januari 2022. Jumlah kekosongan jawatan di Jabatan Perdana Menteri adalah sebanyak 36 tempat. Manakala, tempat calon simpanan pula ada seramai 1 000 kekosongan.

Antara kementerian dan jabatan lain yang memerlukan jawatan Pembantu Awam H11 pada tahun 2023 ini termasuklah Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KETSA), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Makaih.. Sampai 1k jumlah simpanan? Korang jangan tanya kenapa sampai camtu punya ramai calon simpanan. Atok pon tak tahu menahu benda tu.

Namun, berdasarkan jumlah kekosongan yang ditawarkan kali ini, atok tak perlu tekankan betapa perlu dan semestinya korang buat persediaan penuh. Kerana jumlah calon yang dipanggil sudah pasti beribu-ribu lemon banyaknya. Lagipun, korang sendiri bley pikir.

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau diambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE. Jadi sila beri tumpuan korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh luput permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon adalah dikehendaki mengemaskini semula permohonan setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan penjadualan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEMBANTU AWAM GRED H11 DI KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI (KETSA), KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA (MINDEF), JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) DAN JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) SERTA DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN (SEMENANJUNG)

TARIKH PEPERIKSAAN : TARIKH TERKINI MASIH BELUM DIUMUMKAN

MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI – 10:30 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-pembantu-awam-gred-h11

Sila layari laman web:

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

Jadual gaji Pembantu Awam

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Awam H11 ;

Gaji minimum RM 1,218.00
Gaji maksimum RM 2,939.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 80.00
Jadual Gaji Pembantu Awam Gred H11

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Awam Gred H11 layak terima.

Deskripsi tugas Pembantu Awam H11

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pembantu Awam?

Secara am, tugas seorang Pembantu Awam adalah seperti berikut:

• Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.

• Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.

• Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.

• Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Awam Gred H11

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).

Serta

Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peperiksaan Online Pembantu Awam H11

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Awam Gred H11 untuk tahun 2023 masih belum dikeluarkan oleh SPA.

Kalau mengikut rekod tahun-tahun sudah, peperiksaan online Pembantu Awam H11 mungkin akan dijalankan beberapa kali dalam tahun ini.

Tarikh peperiksaan terkini masih belum diumumkan lagi.

Pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama setengah jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 10.30 pagi.

Inilah tempoh pagi paling yg paling singkat yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Pembantu Awam Gred H11

Untuk menyandang jawatan Pembantu Awam H11, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal.

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 terutama di bahagian Interpretasi data dan konsep-konsep Matematk.

Format Peperiksaan Pembantu Awam Gred H11

Seperti yang korang pun sedia maklum, peperiksaan Pembantu Awam hanya mengandungi satu seksyen yakni Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah.

Perincian seksyen ini atok terangkan di bawah.

Elakkan tragedi Hitam

Cumanya, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada pecahan ‘interpretasi data’ dan pecahan ‘konsep math’ . Inilah dua pecahan dalam seksyen A yang membuat ramai calon mengalami ‘tragedi hitam’ lalu gagal dalam keputusan peperiksaan online SPA.

Nasihat atok, untuk seksyen A ini, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi konsep matematik turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Pendekatan Menjawab Soalan Peperiksaan Pembantu Awam Gred H11

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran logik,
  2. kebolehan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Pecahan seksyen A

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 pecahan utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Budak berbaju kurung biru mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak berbaju kurung merah pula mendapat kurang 250 markah daripada Budak berbaju kurung hijau muda. Manakala Budak berbaju kurung hijau muda mendapat kurang 350 markah daripada Budak berbaju kurung biru. Berapakah jumlah markah mereka bertiga?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

2) Daerah Seremban mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Seremban?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

3) Kasyaf dan abangnya Jumadil baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Kasyaf mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

4) Samad seorang pemuda yang tampan lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Samad dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5) Niezam ialah adik kepada Shahmyel. Selain turut kacak seperti abangnya, Niezam juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Niezam untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

6) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Zairil ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Zairil?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

7) Encik George Ang membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik George Ang dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

8) Rohaizam baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Awam H11 di KKM. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Rohaizam membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

9) 27 batang pena daripada jumlah 156 kotak pena didapati rosak. Jumlah pena yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pena. Berapakah jumlah semua pena tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

10) 257 orang ahli Kelab Bola Sepak membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk jajan. Berapakah baki wang yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

11) Satu guni Gandum dibahagikan kepada beberapa bahagian. Jeyaram dan Sivaraj masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras itu jika Jeyaram mendapat 43.75kg?

A) 100 Kg
B) 125 Kg
C) 150 Kg
D) 160 Kg

12) Bungkusan M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada guni O. Bungkusan P pula lebih berat daripada bungkusan O, tetapi lebih ringan daripada bungkusan M. Susun kedudukan bungkusan tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

13) Harga sebuah kereta Myvi terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga Myvi itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga Myv terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM114,155
B) RM97 031
C) RM82 477
D) RM70 105

14) Harga sebuah apartment di Kota Kinabalu ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga apartment tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.73%

15) Sejumlah 16250 keping Mozek dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu P dan ruang tamu Q. Berapakah bilangan mozek bagi ruang tamu Q?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

16) Sebuah kon mempunyai luas tapak 154cm² dan isipadu 820cm³. Berapakah ketinggian kon tersebut?

A) 5.3cm
B) 15.0m
C) 16.0cm
D) 91.1cm

17) Sekeping kertas berbentuk separuh bulatan dilipat sehingga menampakkan 6 sudut sektor yang sama besar. Berapakah jumlah nilai 2 sudut tersebut?

A) 20°
B) 30°
C) 60°
D) 90°

18) {2.0, 6.8, 3.3, 5.5, 6.8, 4.0, 2.1} adalah satu set data yang dikumpul. Apakah median data ini?

A) 3.3
B) 4.0
C) 5.5
D) 6.8

19) Diberi jumlah nilai abjad-abjad RAJIN ialah 80 dan jumlah nilai huruf vokal ialah 20. Nilai R ialah 1/2 daripada jumlah J + N. Berapakah nilai R?

A) 10
B) 15
C) 20
D) 30

20) Ketinggian sebuah menara ialah 135m. Cari ketinggian (dalam cm) bangunan tersebut pada kertas lukisan jika dilukis menggunakan skala 1:200.

A) 13.5cm
B) 60.7cm
C) 67.5cm
D) 135.0cm

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan (serta skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pembantu Awam H11 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 berikut :

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 Kementerian Kesihatan Malaysia KETSA MINDEF JKDM JPM

Atau pun,

Baca post atok satu lagi yang khusus membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Awam Gred H11

Good news. Untuk sesi 2023, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

1) Hati korang jadi riang gumbira

Nota Ringkas & padat dlm rujukan daya menyelesaikan masalah Pembantu Awam H11 ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran pon x kusut. Hati jadi riang gumbirah. Haha..

2) Lebih masa main game

Korang jangan acah-acah soleh la dgn atok. Korang kaki game kan. Tak payah susah-payah. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Pembantu Awam H11, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

3) Guna pengalaman 15 tahun kami secara maksima

Contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam H11 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam. Bukan soalan bocor, tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 15 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!

4) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan disediakan dalam rujukan Daya menyelesaikan Masalah Pembantu Awam H11 sudah tentu akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam H11 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

5) Lagi Merecik..

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam H11 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda City dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara beli rujukan penuh Pembantu Awam H11

Step by step cara membuat pembelian:

1. Klik Rujukan Daya Menyelesaikan Masalah. Scroll ke bawah sekali. Klik butang ‘Pilih Rujukan Anda‘.

Pilih rujukan anda

2. Scroll ke bawah, sampai nampak pilihan pakej. Tak bleh scroll ke kanan (atok dah try). So, kena guna butang ke kanan yg atok bulatkan dlm gambar di bawah ni.

scroll ke kanan untuk pilih pakej

3. Korang klik jer sampai jumpa ‘Pilihan SINGLE #2‘ (yg kaler hijau tu). Ini ialah pakej utk eBook Daya Menyelesaikan Masalah. Pastu, klik butang ‘Tempah Sekarang‘.

pilih ebook extra daya menyelesaikan masalah

4. Korang akan sampai ke halaman di bawah.

  • 1) Korang kena isi emel peribadi yg betul (sebaiknya pakai gmail).
  • 2) Jgn lupa tick kotak ‘syarat & terma pembelian‘.
  • 3) Klik butang ‘Proceed to checkout‘.
masuk emel, tick kotak dan proceed to checkout

5. Selepas itu, korang dibawa ke sini. Ikuti betul2 arahan berikut:

  • A) Tak payah isi apa-apa cupon di sini. Biarkan jer kosong.
  • B) Isi billing information dgn lengkap. Ruangan ‘Company‘ tu biarkan kosong.
  • C) Ini pun tak payah buat apa-apa.
  • D) Tick semua kotak yg ada.
  • E) Akhirnya klik butang ‘Complete your order‘.
isi butiran pembeli dan klik complete your order

6. Seterusnya, korang akan sampai ke ruangan pembayaran ni.

  • 1) Pilih online banking korang. Atok bagi contoh guna myBSN. So, korang just klik ikon myBSN.
  • 2) Tick kotak ‘I understand and accept the terms and conditions‘.
  • 3) Klik butang ‘PAY‘.
Pilih online banking dan klik pay

Selepas itu, korang kena login dlm online banking mcm biasa la. Isi username, password dan TAC. Bukan tak biasa beli di shoppee atau Lazada kan..

Jelas tak? Kalau korang masih tak faham jugak. Bleh chat atok, Ada button kecik comel kaler merah kat bawah belah kanan ni. Nnt atok balas klu online.

Confirm lulus ke ni tok kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak berani janji apa2. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang penting, korang da berusaha sebaik mungkin.

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pembantu Awam H11 korang. Nak cari rujukan camni di kedai buku memang tak jual.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah x ingat formula Matematik la tok..

Jangan risau. Dalam rujukan Daya Menyelesaikan Masalah ni, dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh‘ semula formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2023.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukan nak duduk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂

Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier memaklumkan barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm dua jam (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu busy sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai mana.

Tapi kan tok, saya lebih suka baca buku..

Kalau korang yg banyak sangat ink tu, boleh cetak eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Takda masalah. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da habis, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam H11 yang akan korang hadapi pada tahun 2023 ini.

Contoh soalan Pembantu Awam H11 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni. Korang jangan tinggal duduk diam. Tidur, bangun, makan, main Insta, pastu tidur lagi. Terus mulakan usaha dengan membaca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni untuk korang yang betul2 berminat nak masuk kerja kerajaan sahaja.

Bagi yang lebih menyukai kerja swasta (atas sebab jumlah komisyen yg nampak lebih mantul), korang bacalah cara mohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum menggerakkan kaki korang tu ke mana-mana temuduga terbuka swasta, korang kena tahu dahulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta. Jangan da gerak, baru nak rojer atok pula. Dah terlambat.

Penutup lagi

Peperiksaan Pembantu Laut boleh dikatakan sedikit sukar. Elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar exam. Sapa tahu kan..

Kepada yang bakal menganggotai AADK sebagai pembantu Anti Dadah. Tolong musnahkan sama sekali benda alah ini daripada negara kita. Duduklah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Tidak lupa juga kepada calon exam penolong pegawai tadbir ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila ambil pedoman daripada contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khas cucunda yang dipanggil exam penolong pegawai pembangunan masyarakat. Semestinya contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini akan memberi sedikit pendedahan berguna.

Dapat panggilan PSEE online pembantu tadbir N19? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE online tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.

Korang tahukan, peperiksaan pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Jadi, bagi yang dipanggil exam pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

JPN telah mengemukakan permohonan kepada pihak SPA untuk menapis dan mengambil calon Pegawai Pendaftaran yg sesuai dan berkelayakan. Proses pengambilan ini akan dijalankan pada tahun ini. Jika korang calon yg dipanggil, silal baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Pendaftaran KP41 ni.

Last but not least, khusus calon pembantu operasi N11, sila dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah exam tu.

Serius, ni baru penutup!

Peperiksaan online terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Kepada yang dipanggil, tak rugi pon baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.

Sesi peperiksaan SPA untuk pegawai bomba akan dijalankan bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada dengan maklumat berguna seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ni.

Anytime from now, SPA akan keluarkan panggilan exam Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA8i atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.

Khusus buat yang bakal menganggotai SPRM sebagai penolong pegawai siasatan. Atok sdh sediakan beberapa bahan bacaan tambahan termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasaan P29. Sementara, maklumat lain korang boleh layari portal rasmi SPRM k..

KKR dan KKMM sedang menantikan calon-calon pembantu kemahiran yang akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang sudah menerima emel panggilan exam online untuk jawatan ni, suka atok cadangkan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Jabatan Pertanian dalam rangksa usaha memajukan industri pertanian negara selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan negara boleh bermandiri dalam aspek bekalan makanan. Pengambilan Pegawai Pertanian G41 akan diadakan pada bila-bila masa dlm tahun ini. Jika korang terlibat, baca awal-awal beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Pertanian G41 ini.

OK, ni btl2 last. Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke exam penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam ni sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

2 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Awam Gred H11”

  1. Sy rasa ni cuma idea sy jelah tok. Untuk macam sy yg betul last minit buat research sy rasa tok perlu sediakan buku panduan dalam bentuk pdf send by email after candidates bank in bayaran harga buku tersebut. Sy cuma cadang kan sj laa. Hee?

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!