Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19

Di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19 yang boleh dijadikan latihan kepada calon ujian. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap Soalan ujian psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19 yang ada disediakan di bawah.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19

Nota: Bagi yg dipanggil ke peperiksaan online Pembantu Pendaftaran KP19 pada 16 Oktober 2020, sila rujuk contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19 untuk maklumat yg lebih komprehensif dan tepat.

Di samping itu juga, calon digalakkan mendapatkan rujukan khas Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19 yang disarankan di bawah. Untuk dijadikan nota bacaan dan bahan latih tubi sebagai persediaan menduduki ujian psikometrik SPA pada 14 Februari 2020 (Jumaat) ini.

” Pelik. Ada yg lulus kpsl dan berkhidmt lebih dr 10 tahun, tp gagal ujian psikometrik. “

Husniah, 24

” Hapuskan pada yang belum berkhidmat la jugak. Baru adil sama rata. Psikometrik ni xtau lah apa kriteria dan cara penilaian dia utk kita lulus. “

Natalia, 22, Pekerja Kontrak

” Jawapan ya atau tidak.. Tapi kenapa ada gagal dan lulus… Formula permakahan mcm mana tu? “

Fauzul, 20, Lepasan SPM

Itu adalah antara bisikan rasa yang dilontarkan oleh calon ujian psikometrik SPA lepas. Kalau dalam hati korang ada bisikan yg sama, baca perkongsian ini sampai noktah terakhir.

Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19

MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

1) PEMBANTU PENDAFTARAN GRED KP19 (SABAH) DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
(Tarikh Ujian : 14 Februari 2020)

Pautan Alternatif:

http://online.spa.gov.my/online/ psikometrik-pembantu-pendaftaran-kp19-sabah

2) PEMBANTU PENDAFTARAN GRED KP19 (SARAWAK) DI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
(Tarikh Ujian : 14 Februari 2020)

Pautan Alternatif:

http://online.spa.gov.my/online/ psikometrik-pembantu-pendaftaran-kp19-sarawak

Atau

Sila layari laman web :

http://www.spa.gov.my/ web/guest/ senarai-penjadualan-peperiksaan/

Apa itu Psikometrik?

Menurut definisi Wikipedia;

” Psychometrics is a field of study concerned with the theory and technique of psychological measurement. “

Bidang psikometrik adalah berkenaan dengan pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, sifat kepribadian, dan pencapaian pendidikan.

Konsep asas dalam teori ujian klasikal psikometrik adalah kebolehpercayaan dan kesahihan. Alat ukur yang mempunyai kebolehpercayaan melakukan pengukuran dengan konsisten, sementara ukuran yang sah adalah yang mengukur apa yang akan diukur.

Psikometrik berdigit pula digunakan untuk mengukur dan menilai keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan digit dengan cepat dan tepat. Psikometrik berdigit mengandungi set soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend, penukaran mata wang dan lain-lain.

Ujian psikometrik Oleh SPA

Apakah Ujian Psikometrik SPA?

Dalam konteks negara kita, ujian psikometrik turut diamalkan dan dijadikan salah satu daripada tapisan. Untuk mengasingkan calon-calon yang sesuai untuk satu-satu jawatan. Dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti terhadap jawatan tertentu dalam kerajaan.

Proses penapisan ini telah dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Kalau korang mengikuti perkembangan ujian psikomerik ini, akan didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yang lama iaitu ‘kertas Sahsiah dan Minat‘.

Faktor Kesukaran Ujian Psikometrik

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), faktor kesukaran soalan terletak pada elemen ‘tekanan’. Di mana calon dihimpit dengan kekangan masa (yang amat pendek).

Masa yang diperuntukkan hampir tidak mencukupi bagi menjawab jumlah soalan yang banyak. Ini akan memaksa mengeluarkan apa yang ada dalam diri setiap calon. Sehinggakan ada di antara calon yang main ‘tembak’ sahaja jawapan dan berserah kepada nasib.

Kalau atok tak silap, pada waktu itu calon dikehendaki menjawab 200 soalan dalam tempoh 60 minit sahaja! But it was at that time la.

Penerangan Format Ujian Psikometrik Ujian psikometrik SPA

Format soalan psikometrik dan jenis piihan jawapan adalah tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.

Aneka pilihan yang macam mana? Calon berkemungkinan hanya diberi :

A) DUA aneka pilihan jawapan.

(Ya, Tidak) atau (Betul, Salah) atau (Wajar, Tidak Wajar)

B) TIGA aneka pilihan jawapan.

(Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti) atau (Ya, Tidak, Tidak Pasti)

C) EMPAT aneka pilihan jawapan.

(Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang) atau (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju)

D) LIMA aneka pilihan jawapan.

(Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) atau (Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang, Tidak pernah)

Tidak itu sahaja, selain soalan jenis psikologi di atas, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘Numerical Reasoning test’. Apa numeric? Korang yang belum tahu, baca post lepas yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA yg menerangkan jenis soalan ini dengan lebih lanjut.

(Ini hanyalah ringkasan format psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih jelas dalam rujukan yang di bawah).

Cara Jawab Ujian Psikometrik SPA

Ada calon yg beranggapan soalan psikometrik seolah tidak masuk akal dan seakan dibuat semborono. No! Soalan ujian psikometrik ini telah digubal dengan teliti oleh pakar psikologi yang telah dilantik. Ia dirangka untuk menentukan kebenaran jawapan calon. Tip terpenting ialah – jawapan korang hendaklah konsistensi.

Terdapat sejumlah soalan yang hampir serupa, bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian ‘lalang‘.

Apa ada kaitan dengan ‘lalang’ pulak ni?

Sebab ia cuma mengikut dari mana arah angin bertiup. Kejap condong ke kiri. Kejap condong ke kanan. Dan sinonim dengan individu yg mempunyai berpendirian tidak tetap.

Yang paling teruk dengan ‘lalang’ ni tau apa dia? Jangan kata angin yg kencang. Malah angin yg sepoi-sepoi bahasa pun sudah cukup untuk mengalih arah kecondongan rumpai ini.

Mari atok ambil contoh soalan yang bakal memerangkap korang, berdasarkan ciri positif – ‘kebolehan menerima kritikan dan cadangan orang lain‘.

Saya akan cuba sentiasa memastikan tindakan saya betul, biar orang lain mengatakan sebaliknya kerana saya pada pandangan saya setiap orang memiliki pendapat berbeza.

Pernyataan Satu

Apabila orang lain memberikan buah fikiran, sudah semestinya saya akan utamakan idea saya.

Pernyataan dua

Secara peribadi, hasil mesyuarat adalah kurang berkualiti berbanding cerakinan data sendiri.

Pernyataan tiga

Saya cukup tidak suka apabila pandangan saya diketepikan.

Pernyataan empat

Kesemua 4 pernyataan di atas mewakili nilai ‘ciri negatif’ dalam diri seseorang dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘kebolehan menerima kritikan dan cadangan orang lain’.

That’s why la jawapan korang harus sama untuk semua 4 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai ‘kebolehan menerima kritikan dan cadangan orang lain’.

Cuba korang bayangkan semua pernyataan di atas ‘digaulkan‘ di antara 40 pernyataan lain, boleh korang pastikan yang korang memberikan jawapan yang konsisten?

Tanpa bantuan nota-nota padat yg betul dan latih tubi yang mencukupi, usaha ini ibarat ‘cari jarum dalam jerami’. Suatu kerja yg hampir mustahil.

(Ini cuma ringkasan cara menjawab psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih terperinci dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).

2 Tips Lulus Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19

Dua tips penting menjawab dengan baik ujian ini ialah :

Pertama, Kekalkan konsistensi jawapan seperti yang sudah diterangkan di atas

Kedua, jangan sekali-kali berlakon jadi orang lain semasa menjawab item soalan. Ini seolah tindakan bijak. Tapi di situlah perangkapnya terletak.

Sedaya upaya keluarkan ciri positif dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak. 😉

Mungkin korang sudah lupa, tapi sekali lagi diingatkan, soalan psikometrik SPA sudah dirangka dan disusun cukup rapi untuk menapis hal-hal negatif dalam diri korang (termasuk penipuan).

21 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19

1) Saya selalu datang awal ke sekolah.

A. Ya
B. Tidak

2) Saya tidak suka menonton rancangan berunsur kesihatan.

A. Ya
B. Tidak

3) Saya kerap memandu dengan perlahan walaupun kesuntukan masa.

A. Ya
B. Tidak

4) Biarpun menghadapi keadaan menakutkan, saya mesti bersikap tenang.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

5) Walau di mana saya berada, saya tetap mudah menyesuaikan diri dengan situasi.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

6) Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat, saya akan mencari peluang untuk lebih mesra dengan mereka.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

7) Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan sebelum mereka melakukan tugas harian.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

8) Saya tidak suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai supaya dia sedar kesilapannya.

A. Ya
B. Tidak

9) Saya akan berasa bimbang setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

10) Marah merupakan emosi negatif yang boleh menimbulkan masalah lebih teruk jika tidak ditangani.

A. Betul
B. Salah

11) Saya rasa amat gembira apabila bersama ramai rakan taulan.

A. Betul
B. Salah

12) Saya lebih suka menerapkan teknik meminta daripada memerintah.

A. YA
B. Bukan

13) Saya tidak takut kesunyian kerana saya boleh lupakannya semasa membaca buku.

A. YA
B. Bukan

14) Saya harus merendah diri, kerana ramai lagi yang lebih berpengalaman daripada saya.

A. Betul
B. Salah

15) Saya tidak akan mengambil risiko kerana bimbang kegagalan.

A. Betul
B. Salah

16) Bila saya merasa penat, saya akan menyambung kerja yang sedang diusahakan pada hari esok walaupun kerja tersebut sangat mustahak.

A. YA
B. Tidak

17) Saya suka melakukan hobi yang memajukan saya.

A. YA
B. Tidak

18) Apabila sedar kesilapan yang telah dilakukan, saya akan berusaha untuk berubah.

A. YA
B. Tidak

19) Walaupun saya tidak mahir atau padai dalam sesuatu perkara, saya akan bertingkahlaku seperti orang yang tahu.

A. YA
B. Tidak

20) Apabila keputusan telah dikeluarkan, merea tidak boleh menghentikan saya untuk melaksanakannya.

A. YA
B. Tidak

21) Saya akan menjadi lebih tegas apabila kurang berpuashati dengan kualiti kerja seseorang.

A. YA
B. Tidak

Demikianlah beberapa contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19 untuk kali ini. Korang digalakkan cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.

Kalau perlukan lebih banyak contoh soalan ujian psikometrik (tetapi kali ini yang dilengkapi dengan skema jawapan padu). Segera dapatkan rujukan di bawah.

Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran Gred KP19 Jabatan Pendaftaran Negara JPN

Atau pun,

Korang juga boleh baca penjelasan lebih komprehensif dan memuaskan mengenai ujian psikometrik SPA. Termasuk sejarah dan jenis-jenis psychometrics test yg lain.

Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19

Rujukan yg dicadangkan ini mengandungi lebih dari 140 contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19 (dan disertakan jawapan). Berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Rujukan ini turut dilengkapi dengan nota-nota ringkas dan contoh soalan matematik psikometrik. Ini akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab soalan ujian psikometrik Pembantu Pendaftaran Gred KP19 korang nanti.

Atok tahu da gtaw sebelum ini, tetapi ditekankan sekali lagi. Ujian psikometrik SPA turut mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Soalan berbentuk numerical.

Itu juga turut di-cover oleh rujukan ni. Dihuraikan sejelas-jelasnya. Termasuk jalan kira untuk mendapatkan jawapan yang sebenar!

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?

Atok tak berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada apa yang pasti (kecuali mati). Ada masanya, kita sudah bersedia abis nak duduk ujian ni. Tiba-tiba, SPA umun ujian ditangguhkan pulak pada last minit!

Rujukan ini hanya sekadar usaha meningkatkan peratus peluang korang untuk lulus psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Tapi atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik SPA Pembantu Pendaftaran KP19 terbaik yang wujud di pasaran saat ini.

Tapi mahal sangat la rujukan ni tok!

Yup, memang mahal. Atok akui. Julat harga antara RM40 hingga RM100 (tgk pakej mana korang pilih). Pergghh.. RM100 tu!

Cuma, bila fikir2 balik. Ia masih dianggap terlalu murah, bila dibandingkan faedah dan manfaat yang akan korang perolehi kelak (andai berjaya dilantik).

Lagipun, ia masih tak semahal phone korang (yg harga beribu tu). Think about it.. 😉

Jika ia tidak membantu saya, mcamna tok?

Jika korang dah hadir Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19 dan mendapati rujukan ini langsung tidak membantu walau 1 sen pun, korang boleh buat permohonan pengembalian wang dalam tempoh 24 jam selepas ujian tersebut dijalankan. Jadi, tiada apa yang korang perlu risaukan sekarang!

Duit korang dapat, rujukan ni korang simpan. Anggap ni sedekah daripada atok dan syarikat Infokerjaya. No scam! No fraud!

Just, tolong pastikan korang baca dan buat bersungguh2 semua latihan dalam rujukan ini. Atok amat yakin & amat percaya ia bakal membantu korang menjawab soalan Psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19 🙂

Sempat ke pos buku rujukan psikometrik ni tok?

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi softcopy. Format file ialah PDF. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang pn tak payah lg duk bertenggek atas pagar rumah. Tunggu kurier hantar barang. Dah masuk 12 hari tunggu. Masih tak sampai2 juga (terutama di kawasan pedalaman).

Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Tapi tok..

Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus ujian psikometrik SPA?

Kalau nak, kena usaha lebih sikit. Dapatkan rujukan ni, guna utk study, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang disediakan.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19 yang akan korang hadapi pada 14 Februari 2020 (Jumaat) ini.

However, it must be remembered, kolekasi Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19 yang atok bawakan di atas ni bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!

Penutup

Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan PSEE – ujian psikometrik kepada calon pegawai perkhidmatan pendidikan utk ditempatkan di JAWI. Jika korang salah sorang yang dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 / DG41.

Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke PSEE ujian psikometrik jawatan penghantar notis, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA kali ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan ujian psikometrik Penghantar Notis N11 yang atok kongsi sebelum ni.

Aweks comel yang bakal jadi jururawat tu mesti tgh kelam-kabut cari rujukan PSEE ujian psikometrik kan? Klu korang salah sorang daripadanya, relaks jer dan baca contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U41.

PSEE ujian psikometrik online pembantu perawatan kesihatan (boleh dikatakan) wajib diadakan setiap tahun. Jawatan super popular di SPA8i. Korang ada mohon jawatan ni dalam borang SPA8i? Kalau ada, siap2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11.

Selain pembantu perawatan kesihatan, satu lagi jawatan yg juga jarang2 tidak dijalankan PSEE ujian psikometrik online adalah pembantu operasi. X perlu dikatakan lagi betapa perlunya korang mempersiapkan diri. Kalau ada mohon jawatan ni dalam SPA8i, elok sungguh kalau awal2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Operasi N11.

Permintaan untuk jawatan pembantu awam di jabatan-jabatan kerajaan nampaknya stabil pada setiap tahun. Boleh dikatakan tiap tahun selalu ada pengambilan. Amatlah rugi jika korang mengabaikan jawatan ini. Jadi baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Awam H11 ini untuk persiapan awal.

Pegawai imigresen KP19 adalh jawatan yg menjadi tulang belakang kpd Jabatan Imigresen Malaysia. Inilah kategori jawatan yang menggerakkan jabatan ini. Inilah individu yg duk duduk tercongok di kaunter pintu2 keluar masuk utama negara. Kalau korang ada isi, sila baca contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP19 ni.

Selepas Jururawat PSL, jawatan sebagai Penolong pegawai perubatan merupakan antara jawatan dalam kategori latihan separa perubatan yg paling diminati ramai. Atok percaya ramai di kalangan korang mohon jawatan ini. Jadi khas utk korang, atok da sediakan contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41.

Korang dah sedia utk duduk PSEE ujian psikometrik online pembantu hidupan liar? Jawatan ni best untuk mereka yg sukakan nature. Bertugas dekat dengan alam semulajadi seperti di hutan simpan dll. Jika belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Hidupan Liar G19.

Kepada yang dipanggil ke PSEE ujian psikometrik untuk jawatan penolong arkitek landskap, inilah individu yg memastikan keindahan pemandangan di kota-kota kita. Please baca terlebih dahulu contoh soalan ujian psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.

Panggilan PSEE ujian psikometrik online bagi pembantu tadbir (p/o) akan ada saja saban tahun. Jawatan yg laku keras kerana diperlukan di semua jabatan kerajaan. Sudah bersedia utk tahun ini? Kalau sudah, bagus. Klu belum, baik baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N19 ni.

Last but not least, SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai PSEE ujian psikometrik online jawatan pembantu tadbir kewangan di portal rasmi dan facebook mereka. Kepada yang dipanggil, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 ni.

Ini baru penutup

OK, ni betul2 last. Selain dua belas jawatan di atas, ada lapan lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan korang membuat rujukan.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!

Leave a Comment

error: Content is protected !!