Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Adakah korang terlibat dengan ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 untuk ambilan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup pada 25 April 2024 ini? Di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yang boleh dijadikan latihan calon ujian. Calon dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan psikometrik KP29 di bawah.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Nota Penting: Bagi yg berjaya dipanggil ke sesi temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 utk ambilan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup yg dijadualkan pada 24 Jun 2024 – 4 Julai 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh korang baca di soalan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ini.

Kepada korang yg dapat panggilan utk ujian psikometrik Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 bagi ambilan di Jabatan Pendaftaran Negara yg dijadualkan pada 23 Mei 2024 dan 24 Mei 2024 ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan latih tubi dan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Pendaftaran KP29.

Khas untuk korang yg baru sahaja mendapat panggilan bagi menghadiri ujian fizikal Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 bagi ambilan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) pada 10 Januari 2024 ini. Apa yang berlaku di sana? Apa persediaan perlu korang buat? Baca di ujian fizikal Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Untuk korang yang akan menduduki ke Online Recruitment Entry Qualification Test (Online REQT) Sarawak bagi jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 pada kali ini. Buat persediaan penuh! Bahan ulangkaji dan latih tubi untuk peperiksaan REQT Sarawak boleh korang dapatkan di Rujukan peperiksaan online Sarawak (REQT) ini.

Kepada korang yg dapat panggilan ke ujian SPiER Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 utk ambilan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada kali ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan bacaan utk ujian SPiER KDN ni boleh diperolehi di contoh soalan SPiER Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29.

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan ujian Psikometrik korang pada kali ini untuk ambilan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.

Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 Tahun 2024

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 30 Januari 2024, bilangan kekosongan jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar adalah sebanyak 10 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 120 orang (dengan pecahan: 100 lelaki dan 20 perempuan).

Penjadualan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29

MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP29 DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

TARIKH UJIAN : 25 APRIL 2024

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/psikometrik/ujian-psikometrik-penolong-pegawai-penguatkuasa-kp29

ATAU

Sila layari laman web :

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

Asal mula ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Kalau korang perasan, seksyen ini sebenarnya berasal dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Atok suka untuk berikan korang perkaitan ini untuk buang sedikit kemusykilan korang.

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012) dahulu, kesukaran soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi. Di mana korang ditekan dengan masa untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri korang.

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Semakan keputusan ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Bagi yang dah menduduki ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 pada sesi-sesi yang lepas, keputusan ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 sudah dikeluarkan oleh pihak SPA.

Semakan keputusan ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 boleh dibuat melalui pautan berikut:

Tahniah diucapkan kepada yang telah berjaya. Kini fokus anda hendaklah diarahkan kepada sesi temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yang akan dijadualkan kemudian.

Bagi yang baru nak duduk ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni, kalau nak lulus juga maka teruskan membaca.

Format Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 juga tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’.

Aneka yang macamana?

Korang berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti); ataupun

Korang berkemungkinan diberi 4 atau 5 pilihan jawapan yang menguji keyakinan korang (Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang), (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan korang dalam membuat pilihan.

Apa? Pening? Ok atok ringkaskan dalam jadual di bawah :

Jumlah Pilihan JawapanContoh Aneka Jawapan
2 pilihan JawapanYa atau Tidak / Betul atau Salah
3 pilihan jawapanYa atau Betul atau Tidak Pasti
4 pilihan jawapanSangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang
5 pilihan jawapanSangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju

Selain yang sudah diperincikan di atas, ujian psikometrik juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa numeric? Bagi yang belum jelas, jemput baca post lepas atok yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA (Updated 2023) dan menerangkan jenis soalan ini sebaiknya.

Tips lulus Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah :

Tidak perlu menjadi hipokrit, jadi diri sendiri. Hanya saja sembunyikan keburukan korang. Hihi..

Sedaya upaya untuk keluarkan kualiti terbaik dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Saya tidak suka mencampuri urusan kawan-kawan.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

Saya sering meminjam wang daripada ibubapa.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

Biarpun membincangkan sesuatu isu yang serius, saya masih boleh bergelak ketawa.

a. YA
b. TIDAK

Saya lebih suka hadiah berupa wang berbanding kad ucapan ketika menyambut ulang tahun.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

Pepatah ‘sudah terhantuk, baru terngadah’ sudah tidak releven pada masa ini.

a. BETUL
b. SALAH

Saya paling tidak suka apabila diberi tekanan oleh guru untuk menyiapakan tugasan semasa sekolah menengah.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

Saya amat suka aktiviti mencabar dan lasak.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

Saya mesti buktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

Menunggu giliran dipanggil semasa berurusan di kaunter bank membosankan saya.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

Semasa kecil, saya lebih suka bermain bersama rakan-rakan sepermainan.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

Apabila berbicara dengan seseorang, saya lebih suka tidak memandang tepat ke matanya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

Saya tidak suka berbaris di ATM untuk mengambil duit.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berwaspada dengan memberitahu orang lain.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

Idea saya banyak, tapi saya berasa sukar mengeluarkannya.

a. YA
b. TIDAK

Apabila ada peluang yang terhidang, kita tidak perlu lagi berusaha.

a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti

Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan menakutkan saya kerana takut keputusan tersebut salah.

a. betul
b. agak betul
c. tidak betul

Demikianlah beberapa Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.

Bagaimanpun, jika korang mahu lebih banyak contoh soalan yang dilengkapi dengan skema jawapan padu. Segera dapatkan rujukan di bawah.

Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Rujukan di bawah mengandungi lebih dari 200 contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 (dan jawapan) yang berkualiti tinggi. Menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh SPA.

Dilengkapi dengan nota-nota ringkas dan skema jawapan padu. Ia akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab ujian psikometrik pada tarikh itu nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 KPDNHEP MAQIS JPJ

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh ringgit saja lagi dalam akaun tu. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Tapi tok, confirm lulus ke kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak berani janjikan bulan dan bintang. Soal lulus ni bukan boleh jamin-jamin. Lainlah kalau Ketua Pengarah SPA tu bestpren atok. Hahaha..

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik terbaik yang ada di pasaran setakat ini.

Pernah beli buku rujukan SPM? Tak confirm lulus kan.. Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Tapi tok, sempat ke pos buku ni?

Rujukan contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download.

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Jadi korang tak payah tercongok depan pintu, tunggu orang yang hantar barang tak muncul-muncul. Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni.

Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Tapi tok..

Tapi tok, tapi tok. Tapi apa lagi?

Korang ni banyak sangat bertapi-tapi la. Nak lulus ke tak nak?

Kalau nak lulus, kena berusaha lebih sikit la. Kena beli rujukan ni, kena baca nota-nota diberi dan kena buat latihan di dalamnya.

Jadi, demikianlah adanya. Sedikit sebanyak contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yang akan korang hadapi pada kali ni.

Namun, harus diingat. Contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian psikometrik!

Penutup

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam. Baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA ni.

Lagi satu, Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni untuk korang yang serius nak masuk kerja kerajaan saja.

Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab bonus dan gaji yang mantul), korang baca cara mohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum korang jln berlenggang-lenggang kangkong, kangkong di tepi paya ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu apa tips-tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.

Penutup juga ke ni?

Tarikh exam pembantu tadbir kewangan da semakin hampir. Elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 ni. Mana tahu ada contoh soalan yang atok bagi tu kuar exam. Sapa tahu kan..

Kepada yang bakal memerangi najis dadah di negara kita. Hapuskan sama sekali ancaman ini daripada negara kita. Duduklah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Bagi yang dipanggil untuk temuduga mengikuti latihan separa perubatan ambilan di bawah KKM. Relaks dan bertenang sambil baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan ni.

Lastly, buat korang yang bakal jadi Jururawat (yang manis-manis tu), perkongsian contoh soalan temuduga Latihan Jururawat ni tanda kasih sayang daripada atok untuk korang. Haha.. orang tua gatai.

Ini baru la penutup

Panggilan peperiksaan online Pembantu Tadbir PO telah dikeluarkan. Jika korang dipanggil, terus baca hasil karya atok berjudul contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi N19.

Tuk yang ke interview pembantu penerangan ambilan bawah Jabatan Penerangan Malaysia. Atok da siapkan untu korang Contoh soalan temuduga Pembantu Penerangan S19. Moga berguna.

Ujian psikometrik ntuk Juruaudio visual dijalankan hampir serentak dengan ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni. Korang yang dipanggil bagi jawatan tu tolong baca contoh soalan psikometrik Juruaudio Visual N19 ni.

OK, ni btl2 last. Selain Juruaudio Visual. Tiga lagi ujian psikometrik yang akan dijalankan adalah Pembantu Kemahiran, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dan Juru X-ray. Jadi baca juga :

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Addio dulu dari atok. Gud luck semua!

7 thoughts on “Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29”

  1. Assalamualaikum tuan, saya nak tanya untuk pencerahan dan lebih paham tentang ujian psikometrik (PSEE) bgi jawatan pegawai penguat kuasa kp29 ni ada mengandungi soalan mathematic (numerical reasoning) atau tidak?

    Reply
    • Wkslm Iqmal,

      Pada kebiasaannya tiada. Namun, tidak boleh jg atok confirmkan. Ia bergantung kepada keputusan semasa pihak SPA.

      So, boleh jadi ada, boleh jadi tiada.

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!