Adakah korang dipanggil ke peperiksaan online Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 pada 16 Oktober 2025 (Khamis), jam 10.00 pagi ini? Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred N9 yang diberikan di bawah.
Isi Kandungan
Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan pada pada 16 Oktober 2025 ini.
Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Negeri Johor N9
Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang online SPAJ-JOHOR CAREER.
Jumlah Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Negeri Johor N9
Berdasarkan iklan SPA Johor bulan Julai 2020, jumlah jawatan kosong Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor adalah sebanyak 21 tempat (jawatan tetap) dan 20 tempat (jawatan kontrak). Banyak juga tu. Nampaknya ada peluang nak menyelit ni..
Semakan Penjadualan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred N9
𝐏𝐀𝐍𝐆𝐆𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 (𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊) 𝐆𝐑𝐄𝐃 𝐍𝟗
TARIKH PEPERIKSAAN : 16 Oktober 2025
MASA PEPERIKSAAN : 10.00 PAGI
𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡 :
- Hanya calon yang melepasi syarat tapisan SPAJ akan dipanggil melalui emel untuk menduduki peperiksaan online.
- Sila semak emel (inbox/spam/junkmel) atau portal eSPAJ bagi status calon yang dipanggil menduduki peperiksaan.
- Calon peperiksaan hendaklah membuat semakan ID Pengguna dan Kata laluan melalui sistem eSPAJ sekurang-kurangnya 1 hari sebelum tarikh peperiksaan.
- Calon hendaklah menyediakan keperluan peralatan seperti komputer dan internet yang stabil bagi menghadiri peperiksaan online.
Sila rujuk:
Panduan ePeperiksaan https://bit.ly/3GRw9pe
Panduan Teknikal https://bit.ly/3ILGNiq
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi melalui perkhidmatan Whatsapp Business SPAJ di talian 07-266 6422 atau 07266 6423.
Jadual Gaji Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred N9
Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Tadbir Negeri Johor N9;
Gaji minimum | RM 2,080.00 |
Gaji maksimum | RM 9,546.00 |
Kenaikan Gaji Tahunan | RM 225.00 |
*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Pegawai Tadbir Negeri Johor dengan gred N9 layak terima.
Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Negeri Johor N9
Apakah skop kerja atau senarai tugas Pegawai Tadbir Negeri Johor N9?
Secara am, tugas seorang Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 adalah seperti berikut:
” Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ daerah/ tempatan/ tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. “
Selain itu, Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 juga bertanggungjawab..
” Menguruskan perolehan peralatan pejabat agensi-agensi kerajaan, memberi khidmat pakar runding terhadap sistem kerja serta pengurusan kakitangan, membantu urusan pindah milik, gadaian, melepaskan gadaian dan pajakan serta bertanggungjawab ke atas pembahagian pusaka. “
Syarat Lantikan Dan Kelayakan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9
Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :
Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;
Dan
Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-istitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,080.00 ];
atau
Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,114.43 ];
atau
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,216.64] ;
Dan
Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Johor N9
Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 untuk tahun 2025 sudah dikeluarkan oleh SPA Johor.
Peperiksaan online Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 akan dijalankan satu (1) kali dalam bulan Oktober ini.
Iaitu pada 16 Oktober 2025. Ngam-ngam hari Khamis ini.
Kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama sejam lime belas minit untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.15. Inilah tempoh singkat yang akan menentukan masa hadapan korang!
Senario Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9
Untuk menyandang jawatan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online yang dijalankan.
Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan dipanggil untuk menghadiri temuduga jawatan yang akan dijadualkan kemudian.
Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal.
Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 terutama di bahagian B.
Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9
Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 pada 16 Oktober 2025 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.
Jika korang perasan, format soalan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 untuk sesi 2018 berbeza dengan format 2025. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Johor sudah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.
Format 2018 Vs Format 2025
Format Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 – 2018
- Bahagian A (Ujian Psikometrik)
- Bahagian B (Pengetahuan Am)
- Bahagian C (Daya Menyelesaikan Masalah)
Format Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 – 2025
- Seksyen A: Pengetahuan Am
- Seksyen B: Daya Penyelesaian Masalah
- Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris
Eh.. Bukan Sama Ke Tok? Nampak Saja Macam Sama.
Nampak macam sama jer. Macam 3 seksyen juga. Tapi Bahagian A sudah bukan ujian psikometrik tetapi digantikan dengan Seksyen A Pengetahuan Am.
Dan SPAJ memperkenalkan seksyen baharu yakni Kefahaman bahasa Inggeris yang diletakan di Seksyen C.
Dan, oh.. ya sudah tentu, tahap kesukaran soalan juga di-upgrade sikit!
Jadi jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 sesi peperiksaan 2018, memang korang akan buang masa.
Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyen ujian psikometrik. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.
Elak Tersilap Menggubal Dasar Awam (Sekadar Metafora)
Cumanya, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Ini memang ‘masalah’ betul.
Kerana inilah seksyen yang membuat ramai calon cuai hingga seolah-olah ‘tersilap menggubal dasar awam’ sehingga tak layak melepasi PSEE N9.
Topik Ulang Kaji Untuk Seksyen Pengetahuan Am Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred N9
Untuk seksyen A, ia melibatkan keluasan pengetahuan am seseorang. Soalan yang diutarakan menguji sama ada korang ‘alert’ dengan hal-ehwal semasa dalam negara atau tidak. Isu luar negara turut disoal.
Sudah tentu skop yang diajukan dalam seksyen ini luas dan sukar diramal. Walaubagaimana pun, daripada pemerhatian atok, antara topik yang agak kerap keluar adalah seperti di bawah:
1) Skop soalan mengenai kerajaan persekutuan:
- Struktur organisasi kerajaan Malaysia
- Majlis Raja-Raja
- Jata dan lambang Negara
- Ketua Setiausaha Negara (KSN)
- Badan perundangan di Malaysia
- Menteri dan Kementerian di Malaysia
- Jabatan-Jabatan kerajaan di Malaysia
2) Skop soalan mengenai kerajaan negeri:
- Jata dan lambang Negeri Johor
- Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Johor
- Cuti-cuti Negeri Johor
- Sistem pemerintahan Negeri Johor
- Struktur organisasi kerajaan Negeri Johor
- PBT-PBT dalam Negeri Johor
Jadi bolehlah mulakan ulangkaji korang daripada topik-topik yang atok cadangkan tu yer..
Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 – Pengetahuan Am
Dalam seksyen A ini calon-calon adalah dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan kenegaraan Malaysia. Selain pengurusan sumber manusia, perhubungan perusahaan, pentadbiran kerajaan serta lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara.
Selain itu, calon juga dinasihatkan agar mendapatkan informasi sebanyak mungkin mengenai perjawatan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9. Termasuklah diskripsi tugas dan semua info mengenai jawatan ini.
1. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah
A. Setiausaha Bahagian Gred Khas B
B. Setiausaha Bahagian Gred Khas A
C. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52
D. Ketua Penolong Setiausaha Gred F48
2. Siapa mantan Perdana Menteri yang mengasaskan Transformasi Pembangunan Luar Bandar Pertama pada tahun 1957?
A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Onn Jaafar
3. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk urusan di peringkat antarabangsa melalui agensi di bawahnya TIDAK TERMASUK
A. United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC)
B. United Nations High Commissioner on Refugees (UNHCR)
C. Gagasan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)
D. Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR)
4. Perdana Menteri perlu merujuk kepada satu pihak sebelum membuat lantikan Hakim Besar. Siapakah pihak tersebut?
A. Ketua Hakim Johor
B. Ketua Hakim Sarawak
C. Ketua Hakim Negara
D. Hakim-Hakim Besar
5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyelia agensi dan jabatan kerajaan di bawah KECUALI
A. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
B. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
C. Lembaga Tabung Haji (TH)
D. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
6. Seorang ahli Dewan Rakyat mempunyai had umur minimum untuk menjadi ahli. Had bermula pada umur..
A. 18 tahun
B. 21 tahun
C. 25 tahun
D. 30 tahun
7) Organisasi pembentukan dasar negara yang tertinggi adalah _____________ .
A. Majlis Dasar Negara
B. Kabinet
C. Majlis Tertinggi Negara
D. Yang DiPertuan Agong
8) Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub di dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berteraskan kepada hasil dapatan Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960 yang menumpukan aspek-aspek berkaitan perpaduan negara. Pilih penyataan yang PALING TEPAT menggambarkan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
A. Sekolah-sekolah vernakular terpisah antara satu sama lain mengikut kedudukan geografi dan taburan penduduk.
B. Mewujudkan sistem pendidikan yang bersifat demokrasi dari segi peluang dan kualiti menerusi pengagihan peruntukan yang adil serta kurikulum dan peperiksaan yang sama kandungannya.
C. Menumpukan kepada pendidikan agama yang lebih teratur seperti Sekolah Pondok.
D. Menggalakkan guru-guru yang mengajar di sekolah Cina dibawa masuk dari China dan guru-guru tempatan turut dilatih mengikut sistem dari negara China.
Untuk lebih banyak contoh soalan (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pegawai Tadbir N9 Johor ini. Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Pengetahuan Am berikut.
Atau pun,
Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Pengetahuan Am dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap Seksyen A Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 ini.
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 – Daya Penyelesaian Masalah
Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :
- kemahiran logik,
- kebolehan menginterpretasi data
- melalui pemahanan konsep-konsep matematik.
Pening Dan Mual-Mual Nombor
Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘pening dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan angka dan pengiraan. Asal tengok masalah yang melibatkan pengiraan dan rumus saja terus rasa nak pitam.
Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Lega bukan?
Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)
Berikut Beberapa Contoh Soalan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 – Seksyen A : Daya Penyelesaian Masalah
1) Budak baju belang mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak baju petak pula mendapat kurang 250 markah daripada Budak baju kapas. Manakala Budak baju kapas mendapat kurang 350 markah daripada Budak baju belang. Berapakah jumlah markah mereka bertiga?
A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500
2) Daerah Kulai mempunyai suku M seramai 0.47 juta orang. Suku N pula seramai ¼ daripada bilangan suku M. Manakala suku O adalah seramai ¾ dari bilangan suku N. Berapakah jumlah suku O di Daerah Kulai?
A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang
3) Afifah Lyana dan kakaknya Afizah Syahmina baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Afifah Lyana mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?
A) 454
B) 228
C) 452
D) 226
4) Hanis Syuhadah seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Math yang boleh dijawab oleh Hanis Syuhadah dalam masa 1 jam 15 minit?
A) 55
B) 50
C) 40
D) 45
5) Alea Dyanna ialah adik kepada Hanis Syuhadah. Selain turut cantik seperti kakaknya, Alea Dyanna suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman Alea Dyanna untuk mendapat dividen sebanyak RM81?
A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun
6) Harga 40 ekor Lobster Pak Mat ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Lobster Pak Mat?
A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50
7) Ejul membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Ejul dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?
A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000
8) Antara 2kg beras, 2kg batu dan 2kg kapas yang manakah yang lebih berat?
A. Kapas
B. Beras
C. Batu
D. Sama berat
Untuk lebih banyak contoh soalan (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen B Pegawai Tadbir Negeri N9 Johor ini. Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Daya Menyelesaikan Masalah berikut.
Atau pun,
Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah dengan detil. Ia akan meningkatkan lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam Seksyen B peperiksaan online Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred N9 ini.
Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor Gred N9
Untuk sesi Oktober 2025, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPAJ yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.
Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?
- Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)
- Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
- Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
- Boleh beli asing2. Cth: Cuma nak seksyen Daya Menyelesaikan Masalah saja. Pon boley..
Cara beli rujukan penuh.
Arahan:
- Klik Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9.
- Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
- Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
- Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
- Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).
Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?
Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Yang penting korang da berusaha sebaik mungkin.
Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan dan penerangan untuk memudahkan persediaan menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 korang.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Dah Tak Ingat Formula Matematik La Tok..
Jangan risau. Rujukan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 ni dah sediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari kenangan.
Paling penting sekali, nota-nota padat Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2017-2025.
Tak perlu ulangkaji dan study semua topik dalam buku teks Matematik. Korang bukan nak duduk SPM pun. Yang bestnya, dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu dan penting sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses sahaja!
Sempat Ke Pos Buku Ni Tok?
Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 55 minit. Pegi ulang-alik amik barang. Redah jem bagai.
Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Kalau korang yg banyak sgt ink tu, boleh print eBook ni. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.
Jadi, demikianlah adanya.
Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 yang akan korang hadapi pada tanggal 16 Oktober 2025 nanti.
Satu lagi, contoh soalan Pegawai Tadbir Negeri Johor N9 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja. Harap maklum ya..
Selamat menduduki peperiksaan
Penutup
Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni. Korang jangan tinggal duduk diam. Tidur, bangun, makan, main Insta, main FB, pastu tidur lagi. Terus mulakan usaha dengan membaca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.
Lagi satu, Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni untuk korang yang betul2 berminat nak masuk kerja kerajaan sahaja.
Bagi yang lebih menggemari kerja swasta (atas sebab jumlah komisyen yg nampak lebih mantul), korang bacalah cara mohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.
Sebelum menggerakkan kaki korang tu ke mana-mana temuduga terbuka swasta, korang kena tahu dahulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta. Jangan da gerak, baru nak rojer atok pula. Dah terlambat.
Penutup Lagi
Peperiksaan Online Pembantu Laut boleh dikatakan sedikit sukar. Elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar peperiksaan. Sapa tahu kan..
Kepada yang bakal menganggotai AADK sebagai pembantu Anti Dadah. Tolong musnahkan sama sekali benda alah ini daripada negara kita. Duduklah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.
Tidak lupa juga kepada calon peperiksaan penolong pegawai tadbir ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila ambil pedoman daripada contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.
Khas cucunda yang dipanggil peperiksaan penolong pegawai pembangunan masyarakat. Semestinya contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini akan memberi sedikit pendedahan berguna.
Dapat panggilan PSEE SPA pembantu tadbir N19? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE online tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.
Korang tahukan, peperiksaan pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Jadi, bagi yang dipanggil peperiksaan pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.
Serius, Ni Baru Penutup!
Peperiksaan online terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni (mungkin) akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Kepada yang dipanggil, tak rugi pon baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.
Sesi peperiksaan SPA untuk pegawai bomba akan dijalankan bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada dengan maklumat berguna seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ni.
Anytime from now, SPA akan keluarkan panggilan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA8i atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.
Khusus buat yang bakal menganggotai SPRM sebagai penolong pegawai siasatan. Atok sdh sediakan beberapa bahan bacaan tambahan termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasaan P29. Sementara, maklumat lain korang boleh layari portal rasmi SPRM k..
KKR dan KKMM sedang menantikan calon-calon pembantu kemahiran yang akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang sudah menerima emel panggilan peperiksaan online untuk jawatan ni, suka atok cadangkan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.
OK, ni btl2 last. Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke peperiksaan penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan peperiksaan ni sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!
assalamualaikum saya nak tanye, kan format bertukar, jadi berapa tapisan ye utk lulus jawatan ini? ade 4 tapisan ke? boleh kemukakan tapisan tapisan tersebut?
Wkslm Nur Amira,
Maafkan atok kalau tersilap. Setakat yang atok tahu, tapisan untuk jawatan yang dipohon melalui SPAJ akan melalui tapisan berikut:
1) Tapisan dalam sistem SPAJ
2) Tapisan Peperiksaan Online
3) Tapisan kelayakan temuduga (dibuat sebelum panggilan temuduga dikeluarkan)
4) Tapisan temuduga
Kalau sy nak walk in beli buku ni dekat mana.. macam masa dah suntuk untuk pos
Salam Siti,
Pakej rujukan ni tak jual kat kedai. Hanya boleh dapatkan secara online sahaja. Boleh ikuti link di atas untuk membuat belian. Tiada buku akan dipos. Link download eBook akan diberikan ke dalam emel Siti dalam tempoh 24jam selepas bayaran. Boleh baca melalui smartphone, laptop dan tab. Nak print ponn boleh..