Ujian Fizikal Polis

Korang dipanggil ke ujian fizikal Polis pada bulan September dan Oktober ini? Adakah untuk ujian fizikal konstabel polis YA1 atau YT1? Ujian fizikal sarjan polis YA5 mungkin? Atau ujian fizikal inspektor polis YA13? Tak kisahlah mana-mana pun. Korang tahukan, penempatan jawatan-jawatan ni adalah di Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)? Dah sedia ke? Apa benda kena prepare untuk ujian fizikal Polis ni sebenarnya?Jom.. Hayati bebelan atok kali ni. Haha..

Ujian Fizikal Polis

Nota Penting: Bagi yg dah berjaya melepasi ujian fizikal dan kecergasan Polis ini dengan jayanya, cabaran terakhir yg korang kena harung ialah sesi temuduga Polis utk ambilan di Jabatan Polis Diraja Malaysia yg dijadualkan dalam bulan Oktober ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh anda baca di contoh soalan temuduga Polis ini.

Kepada korang yg dapat jadual ujian SPiER Polis pada kali ini. Tolong jangan sia-siakan peluang yg diberi dan buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian ini boleh diperolehi di contoh soalan SPiER Polis.

Semakan Jadual Pemeriksaan Fizikal Dan Ujian Kecergasan Fizikal

Calon yang telah mengisi permohonan jawatan pada tarikh iklan yang terdahulu seperti yang tertera di bawah sahaja boleh menyemak status panggilan:

I) Inspektor Polis Gred YA13 (Awam)

Tarikh iklan pada 26 Jun 2023 hingga 10 Julai 2023.

Korang boleh membuat semakan status di laman sesawang e-Pengambilan PDRM bermula 29 September 2023 hingga 9 Oktober 2023.

Korang adalah dikehendaki untuk:

  • Klik ‘Log Masuk’
  • Klik ‘Semak Status Permohonan’
  • Klik ‘Semak’

Untuk mengetahui status panggilan dalam sistem e-Pengambilan PDRM.

Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti yg tertera di dalam surat panggilan pemeriksaan fizikal tersebut.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian:

  • Help Desk: 03-22668348 / 8350 / 8351

Ujian Fizikal ni hape?

Nama penuh ujian fizikal ni ialah Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan. Singkatannya pula ialah UFPK. Ujian pemeriksaan fizikal dan pancaindera berperanan menentusahkan bahawa korang memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal yang telah ditetapkan dan memiliki kebolehan pancaindera yang diisyaratkan serta mempunyai tahap kecergasan yang diperlukan untuk menjadi seorang Polis.

Ujian pemeriksaan fizikal termasuk BMI

Fizikal calon-calon Polis akan diperiksa untuk memastikan syarat ujian fizikal polis berikut dipenuhi :

1) Tinggi korang hendaklah mencapai 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita. Minta maaf cakap, kalau tinggi korang tak sampai. Jangan buang masa pegi ujian fizikal PDRM ni. Konfem korang kena reject mentah-mentah. Daripada korang sedih dan hampa. Elok jangan datang terus. Baik mohon kerja lain..

Tak payah terfikir nak pakai kasut tumit tinggi (untuk wanita) atau kasut sukan tapak tebal (untuk lelaki). Masa korang diukur ketinggian tu korang kena bukak kasut!

Stage ni memang tak leh bawak bincang. Di sinilah pembuangan calon paling ramai berlaku. Katakanlah, ujian fizikal Polis kali ni dihadiri oleh 300 calon. Dan 70 ke 80 calon akan stack sini. Hanya 220 saja boleh terus ke stage berikutnya..

2) Sekurang-kurangnya berat 50 kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita. Jadi kalau korang agak berisi. Sila jangan makan dahulu sebelum menjalani ujian fizikal ni. Kalau gemuk, kena diet dulu.

3) Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (ini lelaki sahaja yang diuji).

4) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26. Kalau tinggi korang dan berat badan korang dalam lingkungan di atas, biasanya tiada masalah. Boleh lepas ujian BMI ni punya.

Ujian Vision Acquity dan pendengaran

Ujian fizikal Polis yg seterusnya ialah pemeriksaan pancaindera calon. Korang hendaklah menenuhi syarat yang telah ditetapkan, yakni :

Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens).

Juga, lepas pengecaman warna (rabun warna) dan pendengaran yang tidak cacat.

Ujian Pemeriksaan Tubuh

Korang akan diuji dan ditentusahkan sama ada cukup sihat dan cergas. Latar belakang kesihatan korang juga akan disemak. Sama ada korang pernah menjalai pembedahan sebelum ini atau tidak pun akan disiasat. Serta diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

Ujian kawad

Ujian fizikal (UFPK) Polis yang ini paling getir. Sini la tempatnya dimana ramai yang kantoi. Calon lulus atau tidak akan ditentukan sebahagian besar adalah melalui ujian kawad ini. Korang akan diarah berdiri tegak dan disuruh angkat tangan.

Pemeriksaan akan dilakukan ke atas keadaan lutut dan tangan korang. Bengkok sedikit pun sudah menjadi satu kekurangan yang ketara.

Stage yang ni juga tak boleh bawa bincang. Ntah la kenapa. Asal siku bengkok sikit, habis. Asal lutut tak rapat, habis. Asal celah jari jemari banyak lobang atau renggang, pun habis. Korang akan disuruh balik kampung tanam jagung!

Ujian kecergasan

Bila dah lepas yang atas tu. Memang alhamdulillah la kan. Tapi ujian kecergasan ni pun satu lagi.

Ini ujian kedua paling getir.

Kenapa?

Setelah lepas semua ujian di atas, korang akan diuji tahap kecergasan pula. Bagi memastikan korang mempunyai tahap fizikal dan mental yang kuat. Antara ujian kecergasan yang dilakukan adalah :

  • Larian 2.4km dalam 14 minit.
  • Bangkit tubi dalam masa 2 minit sebanyak 30 kali.
  • Lari ulang alik 4x10m dalam 11 saat.
  • Lompat jauh berdiri.

Nota : Jenis ujian kecergasan ni tak tetap ya. Ikut jabatan yang buat ujian fizikal tu. Contohnya, ujian fizikal untuk imigresen sedikit berbeza daripada ujian fizikal Polis.

Panduan Penilaian Masa Larian 2.4 Km (Lelaki/ Wanita) Polis Diraja Malaysia

Bermula tahun 2023 dan bagi tahun yang seterusnya, calon yang telah berjaya melepasi pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan wajib menjalani larian 2.4 Km bagi semua jawatan yang ditawarkan oleh pihak PDRM.

Di bawah adalah panduan penilaian masa larian 2.4 Km (Lelaki/Wanita)

UmurKandas
30 TAHUN KE BAWAHLELAKI – 14:01 MINIT KE ATAS
WANITA – 16:01 MINIT KE ATAS
31 TAHUN – 34 TAHUNLELAKI – 15:01 MINIT KE ATAS
WANITA – 17:01 MINIT KE ATAS
35 TAHUN – 39 TAHUNLELAKI – 16:01 MINIT KE ATAS
WANITA – 18:01 MINIT KE ATAS
40 TAHUN – 44 TAHUNLELAKI – 17:01 MINIT KE ATAS
WANITA – 19:01 MINIT KE ATAS

Maksudnya, korang kena habiskan larian tersebut di bawah masa yang tertera dalam jadual di atas. Contohnya, korang adalah calon lelaki berumur 32 tahun, wajib selesai lari 2.4 Km dalam tempoh 14 minit 59 saat. Baru dikira lulus.

Tips tambahan

A) Pada hari ujian fizikal tu, korang hendaklah berpakaian kemas (bukan jeans atau kemeja-T), berkasut, berambut pendek dan kemas, membawa alat tulis secukupnya dan pakaian sukan.

B) Bawa bersama kad pengenalan dan surat panggilan Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan (UFPK) Polis.

C) Korang mestilah mematuhi arahan ketua penguji / pemeriksa. Jangan tunjuk degil. Suruh berdiri, berdiri. Suruh duduk, duduk. Jangan cari pasal. Mentah-mentah nanti pegawai penguji suruh balik.

D) Korang hendaklah berada di pusat Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan Polis lima belas (15) minit lebih awal daripada masa ujian fizikal bermula.

E) Seminggu sebelum ujian fizikal, korang hendaklah tidur dan rehat dengan secukupnya. Jangan pengsan waktu ujian kecergasan gais! Memang naya Pak Karim..

F) Atok tahu, korang nak buat badan sebelum ujian fizikal dijalankan. Ada yang makan protien powder, ada yang masuk gym, ada yang joging. Macam-macam lagi la. Tapi buatlah latihan dengan cara yang betul dan berperingkat. Jangan sampai cedera. Takut tak sempat sembuh sampai waktu ujian fizikal tu tiba.

G) Makan dengan kadar yang betul dan minum air secukupnya. Pastikan diri korang dalam keadaan yang paling tip top semasa ujian fizikal PDRM itu berlangsung.

H) Satu lagi, ni last. Kuda-kuda lu kasi mantap geng. Kisah benar. Semasa ujian fizikal tu, jangan pelik atau terkejut jika tiba-tiba ada pegawai penguji datang tolak korang dari belakang. Kadang-kadang mereka langgar korang dari tepi. Jangan sampai jatuh geng. Itu ujian sampingan. Boleh dapat markah tambahan kalau korang tak jatuh.

Beberapa FAQ mengenai pengambilan Polis

Apakah jawatan yang ditawarkan di PDRM?

Jawatan-jawatan yang ditawarkan PDRM adalah seperti berikut:

  • Jawatan Inspektor
  • Jawatan sarjan
  • Jawatan Konstabel
  • Jawatan Konstabel Orang Asli
  • Jawatan Konstabel Sokongan

Apakah kelayakan akademik diperlukan untuk menjadi polis?

Kelayakan minimum akademik yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Konstabel Sokongan – Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  • Konstabel – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Kadet Sarjan – Diploma
  • Inspektor – Ijazah

Di manakah ujian fizikal Polis diadakan? Dan berapa lama?

Calon yang berjaya pada peringkat awal akan dipanggil untuk menjalani ujian fizikal PDRM dalam tempoh satu hari. Ujian fizikal ini diadakan di institusi-institusi latihan PDRM yang telah ditetapkan. Antara ujian fizikal yang dilakukan adalah mengukur ketinggian dan berat badan, memeriksa keseluruhan badan, kecergasan calon, command kawad.

Sekianlah

Ok, sekian sahaja bebelan atok kali ini dan disudahi dengan ucapan selamat menempuh onak dan ranjau ujian fizikal Polis. Atok doakan korang yang baca post ni beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Aamin..

Atok
Follow me

57 thoughts on “Ujian Fizikal Polis”

    • InsyaAllah boleh. Tak susah mana pun, tunjukkan keyakinan jer.

      Pro tips: Jangan byk ketawa, bergurau atau tersenyum semasa ujian fizikal tu nanti. Penguji akan anggap calon sebegitu tidak serius. Kena serius dan selalu fokus dengan keadaan sekeliling, maklumlah nak jadi polis kan.

      Reply
  1. kalau tidak dapat hadir disebabkan bencana alam.. kiranya kena mohon baru ke atau kita terus bagitahu unit pengambilan sebab2 kita tak dapat hadir?

    Reply
  2. Aslm tok, saya kurang faham tatacara pakaian tu, untuk calon polis wanita bila dikehehendaki datang, berbaju kurung dan membawa baju sukan, atau perlu berbaju sukan terus atau bagaimana ye tok?

    Reply
    • Utk ujian fizikal, kena pakai pakaian sukan. Sementara, utk temuduga lisan, kena pakai baju kurung atau pakai yang sesuai.

      Reply
  3. Atok kalau dah lepas ujian lisan dan dah ambil cap jari 10 jari berapa lama proses untuk kita tunggu bila dapat tarikh lapor diri??

    Reply
    • Wkslm. Tiada dinyatakan secara hitam putih. Jadi, kita boleh anggap ia sebagai mitos. Tapi sebaiknya, cuba mohon dulu. Baru puas hati.

      Reply
  4. atok,,kalau ade anak memang tak bole jadi polis ke?
    anak bawah 2 tahun,,betul ke mase ujian fizikal kalau dorang dh tahu dorang reject terus sbb nk suruh perempuan tumpukan pada family

    Reply
    • Macam atok jawab sebelum ni, tiada dinyatakan secara hitam putih. Tapi, kalau ikut logik, memang kurang sesuai kondisi tersebut dengan tugas-tugas dan masa bekerja sebagai polis yg tidak menentu.

      Reply
  5. Salam atok, nak tanya, kalau semua dah lepas..dah hantar medical checkup, tetapi tak terpilih dalam panggilan yg pertama..ada kah nama kita di simpan untuk panggilan yg akan ada lagi 2nd intake…jawatan sarjen.

    Reply
    • Wkslm Zati,

      Kalau ikutkan, mmg tak cukup tinggi tu.

      Tapi untuk puas hati, elok Zati jalan juga. Kalau dah kena suruh balik pun sekurang-kurangnya tak nyesal kan. Dah usaha sedaya upaya. Berjuang dulu, sebelum menyerah kalah.

      Reply
  6. Salam tok, sya obese..bmi 34, sya akan mnjalankan ujian fizikal 29/10/2023 ni,, dan sya rabun juga,, ada kemungkinan ka sya dpt diserap?

    Reply
  7. Atok, kalau pakai braces boleh pergi fizikal ke atok? sbb saya dapat panggilan fizikal dan saya pakai braces, takde masalahkan?

    Reply
    • Rasanya braces takda masalah. Tapi untuk keterangan yang lebih tepat, boleh hubungi nombor yang atok sertakan dalam perkongsian ni..

      Reply
  8. Assalamualaikum tok,Soalan saya serius,kawan saya tahun 2019 ada penyakit tumor dekat dalam kepala tapi dah pulih sepenuhnnya tahun 2021…sekarang ni dia cergas dalam aktiviti sukan dengan program KBS,
    Tok rasa dia boleh ke mohon untuk anggota polis YA13

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!