Korang dipanggil sesi temuduga SPA bulan ini? Sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare dan masih tercari-cari contoh soalan temuduga SPA yg bagus? Gagal temuduga SPA akan ‘mematikan’ peluang korang untuk dilantik ke jawatan kerajaan. Gagal temuduga SPA juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abang Penjawat Awam’ yang hensem gila.
Isi Kandungan
Gagal temuduga SPA juga semestinya ‘memadamkan’ impian korang untuk menjadi anak yang soleh dan solehah yg menjadi permata keluarga – yg byk berbakti kelak. Dan gagal temuduga SPA sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat korang untuk menjadi nama anak yg menjadi ‘sebutan’ dan kebanggaan mak dan ayah di hadapan kawan-kawan mereka.
Perkongsian ini atok nukilkan berasaskan pembacaan dan sedikit pengalaman atok sebagai penemuduga. Yup.. Atok pernah jadi panel penemuduga. Tapi bukan SPA. Atok tak keja dengan SPA. Jabatan lain.
Jawatan atok taklah tinggi mana. Bak kata orang – cuma kuli kuli sahaja. Tetapi atok ada sedikit pengalaman. Jadi soalan apa yang biasanya ditanya dalam temuduga atok ringkaskan di sini. Semoga ianya memberi manfaat kepada korang.
Andainya korang tengah mengejar masa dan mungkin tak sempat baca perkongsian ni dengan tenang dan aman. Korang boleh lompat mana-mana tajuk yang betul-betul perlu sahaja. Gunakan kemudahan daftar isi kandungan berikut.
Permohonan jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Untuk mengisi kekosongan jawatan secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan kosong SPA adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.
Tempoh sahlaku permohonanan SPA
Suka diingatkan, tempoh sahlaku permohonan melalui SPA adalah satu (1) tahun. Korang dikehendaki mengisi semula atau mengemaskini permohonan apabila tempoh sahlaku telah luput.
Semakan penjadualan temuduga
Dua kaedah yang sering digunakan oleh pihak SPA untuk mengumumkan penjadualan temuduga terkini mereka adalah seperti di bawah :
Facebook SPA :
https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov/
Portal SPA :
https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-temu-duga/
Persaingan jawatan kosong SPA
Saban tahun, panggilan temuduga SPA adalah ramai. Amat ramai sekali. Ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah!
Ini kerana, tidak lain, sesi temuduga SPA lah yang akan menjadi medan pembuangan calon.
Jadi sekiranya korang calon yang dipanggil,
Berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi temuduga SPA yang mantap!
Pesan Atok
Atok tidak mahu, korang gagal padahal sudah pergi sejauh ini.
Soalan Temuduga SPA mengenai Skop Kerja
Korang mesti tahu deskripsi tugas jawatan yang dipohon. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak disoal dalam temuduga SPA untuk mana-mana jawatan kerajaan.
Hafal senarai kerja atau deskripsi tugas jawatan.
Pesan Atok
Misalnya, hafal skop kerja jawatan Pembantu Operasi N11, jika korang dipanggil temuduga untuk jawatan ni.
Contoh Soalan Temuduga SPA berkaitan jabatan / kementerian
Pada kebiasaannya, sesuatu jawatan sudah ditentukan penempatan. Boleh semak dalam emel panggilan temuduga yang korang terima.
Contoh: kalau penempatan jawatan adalah di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), korang kena study kementerian ni dan jabatan-jabatan di bawahnya betul2.
Siapa menteri yang menerajui KKM sekarang?
Contoh Soalan Temuduga SPA
Soalan temuduga SPA mengenai kementerian ini dijamin akan keluar. Cuma tak tahu la yang mana satu.
Siapa nama Ketua Pengarah Kesihatan? Timbalan beliau?
Contoh Soalan Temuduga SPA
Basicly, atok nasihatkan hafal maklumat seperti nama menteri, timbalan menteri, Ketua Pengarah, timbalan Ketua Pengarah, fungsi jabatan-jabatan, fungsi institut-institut, misi, visi dan lain-lain.
Dimana mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai kementerian dan jabatan ni?
Korang boleh layari Portal Rasmi Kementerian atau jabatan atau institut yang terlibat.
Contoh Soalan Bonus dalam temuduga SPA
Kenapa awak mohon jawatan ni?
Contoh Soalan Temuduga SPA
Never ever jawab camni – ” saya bukan mohon jawatan ni tuan, dah ni panggilan SPA yang saya dapat “. Kalau korang jawab camni, boleh ucap selamat tinggal kepada jawatan tersebut awal-awal lagi.
Biasanya ini juga merupakan antara soalan yang sering diajukan. Atok tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak korang, kerana lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya.
Sila baca semua yang korang mampu mengenai jawatan dan kementerian / jabatan terlibat. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan korang sebagai seorang penyandang jawatan yang berkaliber. – pesan atok
Contoh Soalan Wajib Dalam Temuduga SPA
Sila ceritakan serba sedikit mengenai diri awak.
Contoh Soalan Temuduga SPA
Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah wajib di dalam mana-mana temuduga tidak kira untuk jawatan kerajaan mahupun swasta.
Sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup korang termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). Pesan atok
Tekankan aspek-aspek ini agar korang tampak sesuai untuk jawatan tersebut. Cuma pastikan korang tak melalut. 2 – 3 minit minit adalah jangkamasa yang sesuai, lebih daripada itu, penemuduga akan mula berasa bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap korang.
Pada pandangan awak, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan ini?
Contoh Soalan Temuduga SPA
Jawapan untuk soalan ini hanya akan korang perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan. Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan tersebut.
Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan ini?
Contoh Soalan Temuduga SPA
Sekiranya bernasib baik dan korang diajukan dengan soalan ini. Maka, ini adalah soalan yang menjadi peluang terbaik korang untuk menunjukkan kebolehan.
Kaitkan pengalaman dan kemahiran korang kemudian sesuaikan dengan jawatan tersebut. Korang perlu kreatif dalam soal ini.
Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana korang boleh berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.
7 Soalan dan Jawapan Temuduga SPA
Antara soalan lazim temuduga SPA, merangkumi bidang-bidang berikut;
- Pengenalan diri
- Kelayakan dan pengalaman
- Info jawatan
- Temuduga dalam Bahasa Inggeris
- Penyelesaian masalah
- Kenegaraan
- Isu Semasa
Bidang Pengenalan diri
Soalan temuduga SPA berkenaan pengenalan diri berfungsi mengesan kelemahan dalam diri calon. Di samping, melihat sejauh mana kesediaan calon dalam aspek peribadi. Korang boleh menjawabnya menggunakan kaedah :
- kronologi
- kreatif
- retorik
Perhatikan contoh di bawah :
Sila terangkah mengenai diri awak.
Contoh Jawapan Temuduga SPA:
Nama saya Abu bin Bakar. No kad pengenalan, 808080-80-8080. Sejak dari sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk menjadi Penolong Pegawai Kesihatan yang akan berkhidmat kepada negara. Untuk mencapai matlamat ini, saya telah mengambil pengajian dalam bidang diploma kesihatan awam. InsyaAllah selepas ini, jika berpeluang saya, akan menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda kesihatan awam di UMT.
Saya berusaha bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan terbaik dalam bidang pengajian saya. Saya mempunyai pengalaman 1 tahun bekerja dalam bidang kesihatan awam di sektor swasta dan terlibat dalam projek-projek berkaitan kesihatan awam. Saya yakin dan percaya, dengan gabungan kelayakan akademik dan pengalaman yang saya miliki, saya mampu memikul tanggungjawab yang diberi.
Bidang Kelayakan dan pengalaman
Soalan temuduga berkenaan kelayakan dan pengalaman berperanan melihat sejauh mana kesungguhan, kreativiti dan daya usaha calon.
Korang akan diteliti dari segi kesesuaian dan kaitan pengalaman dengan tugas yang dipohon dan bagaimana pengalaman tersebut membantu calon menjalankan tugasan kelak.
Lihat contoh di bawah :
Oleh kerana awak baru saja habis pengajian, adakah awak mempunyai pengalaman kerja?
Contoh Jawapan Temuduga SPA:
Walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian, saya tidak duduk diam tanpa berusaha. Buat masa ini, saya menghabiskan masa membantu keluarga di restoran. Selain dapat mencari wang tambahan, saya boleh membantu keluarga menguruskan restoran.
Semasa bekerja, saya belajar bagaimana menguruskan pembelian barang-barang dapur, menguruskan akaun perniagaan, berkomunikasi dengan pelanggan. Saya juga menimba ilmu bagaimana berhubung dengan pelanggan agar mereka lebih kerap datang dan melipatgandakan keuntungan restoran kami.
Bidang Info jawatan
Soalan temuduga berkenaan info jawatan. Di sini korang akan dilihat adakah korang mengambil tahu jabatan atau kementerian yang bakal korang ditugaskan kelak. Ini menjadi kunci kepada panel untuk melihat minat sebenar korang.
Jadi ambil tahu sebanyak mungkin mengenai bidang tugas yang korang mohon. Soalan boleh berkisar mengenai misi, visi, bidang tugas, indeks KPI dan lain-lain. Hal ini sudah atok bincangkan di atas.
Temuduga dalam Bahasa Inggeris
Sekiranya panel penemuduga bertanya dalam bahasa Melayu, jawab dengan bahasa Melayu yang amat bagus. Tapi jika panel soal dalam bahasa Inggeris, jangan ternganga. Jawab dengan dalam bahasa Inggeris yang amat baik. Ingat tu!
Teliti contoh berikut :
What do you learn from your practical training?
Contoh Jawapan Temuduga SPA:
I gained a lot of new knowledge anda also practice the knowledge that I have dduring my study before this. I feel very happy because i can observe how the system and also the work are implemented. Therefore it is a best time for me to know about my field more deeply.
Bidang Penyelesaian masalah
Soalan temuduga berkaitan penyelesaian masalah juga sering diajukan. Mana tahu korang ‘terkena’ soalan jenis ini. Korang boleh ambil tips bagaimana menjawab temuduga SPA di bawah.
Analisa contoh ini:
Apakah yang awak dapat sumbangkan untuk mewujudkan situasi bekerja yang positif dalam jabatan sekiranya awak diterima?
Contoh Jawapan Temuduga SPA:
Bagi menjadikan sesuatu jabatan / institusi / pasukan itu bekerja dengan gembira, setiap anggotanya perlulah mempunyai bebanan kerja seimbang. Ini akan mewujudkan rasa keadilan di samping rasa diri masing-masing adalah penting kepada jabatan / institusi / pasukan.
Oleh itu, saya berpendapat, pembahagian tugas kepada semua anggota adalah penting berdasarkan kelemahan dan kekuatan setiap anggota. Hal ini dapat memberikan produktiviti yang tinggi dan menjadikan situasi kerja lebih baik dari sebelumnya.
Bidang Kenegaraan
Soalan temuduga SPA jenis kenegaraan ini memang azab sikit. Lebih-lebih lagi bagi calon yang kurang memberi perhatian kepada soal-soal nasional.
Cuba ambil tahu apa kempen kerajaan yang sedang dijalankan sekiranya korang dipanggil ke temuduga.
Lihat contoh ini :
Boleh terangkan secara ringkas dan padat apa itu 1Malaysia?
Contoh Jawapan Temuduga SPA:
1Malaysia adalah gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada 2 April 2009. Antara intipati gagasan ini adalah idea satu bangsa. Tanpa mengira kepelbagaian etik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakan idea ini.
Aspek utama ialah sikap saling menghormati dan sikap menerima di antara satu sama lain. Masyarakat di negara ini perlu disatukan melalui konsep ‘1Malaysia’ dengan mengeratkan hubungan kaum untuk jangka masa panjang.
Bidang Isu Semasa
Soalan temuduga jenis ini memang lazim sekali diajukan. Pasti korang sering mendengar cadangan agar membaca akhbar bercetak / akhbar online daripada rakan atau saudara mara apabila korang beritahu mereka yang korang dipanggil ke temuduga SPA.
Soalannya boleh jadi apa saja yang sedang menjadi trending semasa di dalam dan luar negara. Persiapkan diri. Di bawah hanya contoh sahaja.
Perhatikan contoh soalan berikut :
Apa pendapat awak mengenai kenaikan harga barang?
Contoh Jawapan Temuduga SPA:
Pada pendapat saya, jika kenaikan tersebut adalah disebabkan oleh kenaikan harga barangan mentah dan minyak seperti di pasaran minyak global, saya boleh menerimanya.
Tapi sekiranya kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh pihak yang memonopoli pasaran seperti yang terjadi di musim perayaan dan musim kenaikan gaji. Hal ini adalah suatu yang tidak harus berlaku sama sekali. Pihak kerajaan perlu memantau kenaikan harga barang yang tidak sepatutnya berlaku ini.
Sediakan Resume Korang
Satu lagi yg juga tidak kurang pentingnya ialah penyediaan resume.
Korang sudah bersedia untuk menjawab soalan-soalan temuduga. Itu bagus!
Tapi tahukah korang, semasa sesi temuduga itu berlangsung. Salah sorang panel sebenarnya sedang membaca dan memerhatikan dokumen penting diri korang yg disebut sebagai resume itu.
Dokumen ini wajib disediakan. Ia umpama surat jualan yg membantu memasarkan diri korang untuk jawatan yg sedang dipohon itu.
Tak tahu cara menyediakan resume yg betul? Korang baca contoh resume – cara menulis resume yg power.
Kesimpulan
Jadi itulah dia 7 Soalan dan jawapan temuduga SPA yang boleh atok cadangkan kepada korang. Soalan temuduga SPA ini boleh jadi pelbagai ragam dan aneka. Tapi kebiasaannya, skop dan bidang soalan itu tidak lari jauh daripada apa yang atok bincangkan di atas.
Contoh Soalan Temuduga SPA yang atok beri di atas hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang serupa.
Untuk persediaan yang lebih rapi, terus dapatkan rujukan di bawah.
Rujukan & Contoh Soalan Temuduga SPA
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan temuduga (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
1) Korang jadi insan mulia
Untuk pengetahuan korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga SPA ini akan atok salurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga kerajaan, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga SPA ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main PUBG
Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn atok pula. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan temuduga SPA ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan contoh skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga SPA. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
5) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang gorang la kan..
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan temuduga SPA ni murah giler. Cuma RM40. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40? Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi Hawau..
Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Tok, agak-agak sempat ke pos buku ni?
Ianya bukan buku, tetapi eBook dalam versi download. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muatturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam (kalau korang bayar menggunakan blillpliz / online banking).
Jadi tak perlu lagi tunggu J&T datang ke rumah. Cara ni lebih cepat untuk korang mula berlatih temuduga di rumah! Lagi pun, tarikh iv tu dah makin hampir.
Korang patut miliki segera rujukan temuduga SPA ni, kerana cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga kerja.
Rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga SPA. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga di sektor awam.
Penutup
Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam tempoh terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam pula sambil cuma berdoa lulus sahaja. Doa, doa juga tapi jangan lupa berusaha! Jadi usaha sikit dengan membaca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.
Lagi satu, perkongsian contoh soalan temuduga SPA ni untuk korang yang minat kerja dengan kerajaan saja.
Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab prospek kerjaya yang lebih menjanjikan), korang bleh baca cara memohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.
Sebelum korang jalan berlenggang kangkong, kangkong masak belachan ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.
Contoh Soalan Temuduga SPA Untuk Pelbagai Jawatan
Berikut beberapa jawatan ambilan SPA yang atok sempat kongsikan sebelum ini. InsyaAllah atok akan cuba tambah lagi dari masa ke masa.
Jika korang terlibat dengan mana-mana jawatan di bawah ni, terus saja baca contoh-contoh soalan temuduga SPA yang disediakan dalam setiap post tersebut.
- Pemandu Kenderaan H11
- Penolong Pegawai Penilaian W29
- Pembantu Penyelidik Q19
- Pembantu Penerangan S19
- Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29
- Latihan Separa Perubatan
- Latihan Jururawat
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Rekod Perubatan)
- Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19
- Pemandu/Operator Jentera Pemunggah H11
- Konstabel Polis YA1/YT1/YP1
- Inspektor Polis YA13
Aribaa dulu dari atok. Gud luck semua!
Assalamualaikum tok, contoh soalan temuduga untuk jawatan akauntan gred wa41 tok ada jual tak? Saya nak beli tok
Wkslm Abu,
Rujukan khusus utk temuduga Akauntan W41 mmg tiada. Namun, rujukan umum dan boleh digunakan untuk temuduga WA41, Abu boleh baca di post contoh soalan temuduga Akauntan WA41 ni.
Asalamualaikum tok, rujukan untuk temuduga penolong pemeriksa kilang dan jentera gred j29 takda ke tok? Huhu
Wkslm.
Klu khusus utk temuduga penolong pemeriksa kilang dan jentera gred j29 mmg takde Rau.
Cuma rujukan umum utk semua jenis temuduga kelolaan SPA saja yg ada.
Tapi org ckp, ‘takde rotan, akar pun berguna’. Ye dak? 🙂
Nak tanya soalan secara umum xde ke atok
Hai Prema,
Ada. Set soalan dan skema ada pada penemuduga. Akan ada rotation utk setiap sesi pengambilan. Sukar nak teka..
Assalamualaikum Atok, contoh soalan temuduga untuk jawatan gred pegawai penilaian gred W41 ada tak ? Terima kasih atas perkongsian
Wkslm Aqilah,
Sama2. Klu soalan temuduga khusus utk Pegawai Penilaian W41 mmg tidak ada. Apa yg dikongsikan di atas adalah soalan asas dan lazim ditanyakan dalam sesi temuduga..
Salam, adakah e-book contoh soalan temuduga SPA ini masih dijual?
terima kasih.
Wkslm.
Iya betul. eBook ini masih dijual..
assalammualaikum tok,
ada tak soalan ujian psychometric untuk jawatan juruaudit gred w29?
Wkslm Faiz,
Kalau khusus utk jawatan Penolong Juruaudit W29 – memang tiada.
Tapi rujukan umum utk ujian psikometrik ada. Boleh baca di contoh soalan ujian psikometrik Penolong Juruaudit W29.
Salam, Ada contoh soalan temuduga untuk JA29 -Pembantu jurutera?
Wkslm Syafiqah,
Utk contoh-contoh soalan Penolong Jurutera JA29, boleh baca di pautan berikut:
https://soalantemuduga.com/soalan-temuduga-penolong-jurutera-ja29/
Salam. Atok ada panduan khusus untuk Penolong Pegawai Senibina JA29 tak?
Wkslm Nik,
Panduan khusus belum ada buat masa ini. Tapi rujukan umum ada. Cer tgk di contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 ni.
Langganan Rujukan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 melalui email
Hai Gil,
Utk Pegawai Khidmat Pelanggan N19, boleh baca penerangan di :
https://atokpencen.com/contoh-soalan-peperiksaan-pegawai-khidmat-pelanggan-n19/
As salam atok…ada contoh soalan temuduga jawatan pembantu penguat kuasa gred kp19 dibawah kementerian MAFI dan veterinar ?
Wkslm wbt Syukri,
Utk MAFI tiada, tapi boleh baca contoh soalan temuduga pembantu penguatkuasa kp19 ni, utk info-info penting:
https://soalantemuduga.com/soalan-temuduga-pembantu-penguatkuasa-kp19/