Di bawah merupakan koleksi 20 contoh soalan peperiksaan Pembantu Syariah LS19 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Koleksi ini terdiri daripada 10 contoh soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan 10 contoh soalan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.
Isi Kandungan
Cuba dapatkan sendiri jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Pembantu Syariah LS19 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi korang.
Nota Penting: Cabaran getir seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga Pembantu Syariah LS19 (calon Sabah) utk ambilan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada 16 Oktober 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Pembantu Syariah LS19 ini.
Sebelum itu, bagi korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Syariah LS19 (calon Semenanjung) utk ambilan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada kali ini. Bahan-bahan latih tubi dan ulangkaji utk ujian ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Syariah LS19.
Selain dari itu, calon juga digalakkan mendapatkan rujukan khas peperiksaan Pembantu Syariah LS19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada kali ini.
Permohonan jawatan kosong Pembantu Syariah LS19
Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Syariah LS19 secara rasmi di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan di pelbagai kementerian / jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA. Permohonan jawatan sebagai Pembantu Syariah LS19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.
Tempoh luput permohonan
Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon adalah dikehendaki mengemaskini semula permohonan masing-masing di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.
Semakan penjadualan peperiksaan PSEE Pembantu Syariah LS19
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
PEMBANTU SYARIAH GRED LS19 DI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA SERTA DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN
TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN
MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI – 11:00 PAGI
Pautan Alternatif:
http://e-semakan.spa.gov.my/pembantu-syariah-ls19/
Sila layari laman web:
http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
PERHATIAN :
” Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19 (Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan) akan dijalankan secara serentak dengan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Pembantu Syariah Gred LS19 (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia serta di pelbagai Kementerian/Jabatan). Bagi calon-calon yang layak menduduki kedua-dua peperiksaan, anda hanya perlu menduduki satu (1) peperiksaan sahaja iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19 (Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan). “
” Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA! “
” *Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi. “
Jadual gaji Pembantu Syariah LS19
Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Syariah ;
- Gaji minimum – RM1,355.00
- Gaji maksimum – RM4,007.00
- Kenaikan Gaji – RM100.00
*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Syariah bergred LS19 layak terima.
Deskripsi Tugas Pembantu Syariah LS19
Apakah skop kerja atau senarai tugas Pembantu Syariah?
Secara am, tugas seorang Pembantu Syariah Gred LS19 adalah seperti berikut:
” Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perundangan syariah, meliputi urusan pendaftaran, perbicaraan, guaman, pendakwaan dan pentadbiran di Mahkamah Syariah. “
Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Syariah LS19
Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :
Warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan;
Dan
1) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf serta:
Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
(Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,355.00)
atau
2) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf serta:
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,411.40)
atau
3) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf serta:
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred LS19: RM1,467.80).
Dan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf.
Peperiksaan Online Pembantu Syariah LS19
Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Syariah LS19 untuk tahun 2020 sudah dikeluarkan oleh SPA.
Peperiksaan online untuk jawatan ini akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.
Tarikhnya ialah pada 13 Februari 2020. Jatuh pada hari Khamis.
Seperti selalu, semua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama satu jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 10 pagi sampai la jam 11 pagi. Inilah pagi tersingkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!
Senario Peperiksaan Pembantu Syariah LS19
Sebagai persediaan awal, beberapa perkara berikut perlulah diketahui.
Syarat untuk menyandang jawatan Pembantu Syariah LS19 :
Calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).
Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pembantu Syariah LS19 yang akan dijadualkan kemudian.
Namun agak malang, berdasarkan maklumbalas yang diterima kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal ini.
Antara sebab yang dapat dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Pembantu Syariah LS19 terutama di bahagian B.
Format Peperiksaan Untuk Jawatan Pembantu Syariah LS19
Format Peperiksaan Pembantu Syariah LS19 sesi 2019/2020 berbeza dengan ketara berbanding tahun-tahun lepas.
Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pembantu Syariah LS19 untuk sesi 2017/2018 berlainan dengan format 2019/2020. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi exam ini.
Format 2017/2018 vs Format 2019/2020
Format Pembantu Syariah LS19 – 2017/2018
Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Format Pembantu Syariah LS19 – 2019/2020
Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris
Eh.. macam sama je tok?
Yup, nampak macam sama. Tapi, rupa-rupanya tak serupa.
Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI kalau korang perasan, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM telah ditiadakan dan digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.
Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Syariah LS19 sesi peperiksaan tahun 2018 dan ke bawah, memang korang akan bazir masa.
Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.
Elak tersilap ‘menyemak draf perintah syariah’ (sekadar metafora)
Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah – tersilap ‘menyemak draf perintah syariah’ semasa exam. Cuma kali ini bukan dimarahi oleh peguam bertugas, tetapi – mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA!
Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau teacher masuk pun, memang ‘yes’ ngan ‘no’ je la yg tahu dijawab.
Sementera, untuk seksyen A pula melibatkan daya menyelesaikan masalah. Masalah yang dikemukakan haruslah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai.
Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.
Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Syariah LS19 – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :
- kemahiran pemikiran logik,
- kemampuan menginterpretasi data
- pemahaman konsep-konsep matematik.
Jangan menambah bilangan ‘rekod kegagalan’ peribadi lagi
Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘tak suka nombor’ atau ‘nyampah nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan angka dalam peperiksaan online Pembantu Syariah Gred LS19. Asal tengok masalah yang melibatkan formula atau rumus math saja, terus rasa ‘kemalasan’ pun melanda atau dalam hati cakap – ‘nyampah tol den’.
Kenapa tu?
Korang ingat lagi tak teori kecerdasan pelbagai kan? Ala.. teori si Howard Gardner tu. Calon yang mengalami simptom ini adalah dari kalangan mereka yang lebih cenderung pada kecerdasan verbal-linguistik atau kecerdasan muzik berbanding kecerdasan logikal-matematik.
Dan padahnya bilangan ‘rekod kegagalan’ peribadi bertambah lagi! Masuk ni da 5 kali kecundang dalam exam online. Setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan.
Jika korang salah satu daripadanya, tiada jalan lain kecuali buat latih tubi yang banyak. Percayalah! Ia akan banyak membantu korang dalam exam nanti.
Namun begitu pun, jangan terlalu stress kerana dalam Peperiksaan online Pembantu Syariah LS19, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?
Pecahan Seksyen A
Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian & Logik (like IQ test la)
Di bawah merupakan beberapa contoh soalan Pembantu Syariah LS19 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
1) Hasil tambah panjang dan lebar sebuah rumah satu tingkat ialah 100 m. Rumah itu mempunyai ruang lantai sebanyak 2500 meter persegi. Apakah panjang darab lebar rumah itu?
A) 40 x 40
B) 40 x 50
C) 50 x 50
D) 60 x 60
2) Mudin dan abangnya Hasmizul baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu dibeli oleh Mudin mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?
A) 454
B) 228
C) 452
D) 226
3) Budak yang duduk di depan kelas 3 Terbilang mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak yang duduk di belakang kelas pula mendapat kurang 250 markah daripada budak yang duduk di tengah kelas 3 Terbilang. Manakala budak yang duduk di tengah kelas pula mendapat kurang 350 markah daripada Budak yang duduk di depan kelas. Berapakah jumlah markah ketiga-tiga budak di kelas 3 Terbilang tersebut?
A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500
4) Daerah Simunjan mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Simunjan?
A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang
5) Nur Baiduri seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Nur Baiduri dalam masa 1 jam 15 minit?
A) 55
B) 50
C) 40
D) 45
6) Intan Syafiqah ialah adik kepada Nur Baiduri. Selain turut cantik seperti kakaknya, Intan Syafiqah juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Intan Syafiqah untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?
A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun
7) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Epher ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Encik Epher?
A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50
8) Encik Geofrey membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Geofrey dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?
A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000
9) Mimie Afeqah baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Syariah LS19 di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Mimie Afeqah membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?
A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00
10) Bebola M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Bebola O. Bebola P pula lebih berat daripada Bebola O, tetapi lebih ringan daripada Bebola M. Susun kedudukan semua Bebola tersebut bermula dengan yang paling ringan.
A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N
Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pembantu Syariah LS19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Syariah Gred LS19 berikut.
Atau pun,
Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2020) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.
Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Syariah LS19 – Kefahaman Bahasa Inggeris
Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ harapan menggunung ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.
Pecahan Seksyen B
Soalan kefahaman Bahasa Inggeris diolah dalam bentuk sama ada;
a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension,
b) soalan berkaitan vocabulary; dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, etc).
Di bawah beberapa contoh soalan Pembantu Syariah LS19 – Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris
Questions 1–5 are based on the following passages.
It can be difficult for even law experts to understand the intricacies of every law in the country, but whether or not you understand a law has no bearing on how that law can affect you. Take for example the practice of eminent domain, a concept that has appeared in different form across cultures for many years. Not everyone knows what eminent domain is, and most people will never have to deal with it. But for the small percentage of Americans who will have to deal with it, a little knowledge can go a long way.
Eminent domain refers to the government’s ability to take ownership of a citizen’s private property without their consent. At first glance, this practice is in diametrical opposition to the Fourth Amendment to the US Constitution, which promises, “the right of the people to be secure in their […] houses […] and effects […] against unreasonable searches and seizures,” but government entities can get around this by “fairly” compensating citizens for their property. Instead of stealing a citizen’s property against the citizen’s wishes, the government is buying it against the citizen’s wishes.
Now, the government has to have a specific reason to seize someone’s property using eminent domain, and it’s not hard to justify the practice on paper. Imagine a property owner who has let several properties in a neighborhood fall into disarray. The government can step in using eminent domain, pay the landowner for her property, and turn it into a park that benefits the entire neighborhood. As you may have guessed, though, this is not exactly how it ends up working in practice. While originally designed so that the government could turn private property into public property (parks, monuments, roadways), they can also seize this private property and give/sell it to another private entity, as long as it “benefits the public.” It’s in this ambiguous idea that real problems arise.
Now, imagine a family in a small town who owns a local hardware store, a store that has been passed down from generation-to-generation for 100 years. The city government of this small town decides that the best way to boost their economy is to develop their downtown area as a new shopping destination for the region. Developing this area, they hope, will bring new life and money into the town and help revitalize the local economy. Using eminent domain, the government takes the family’s hardware store and sells it to a national clothing chain. The government has just legally taken a business from a hard-working American family and given it to private corporation in the name of “public benefit.”
Supporters of eminent domain argue that if citizens are being fairly compensated for their property, the government isn’t taking advantage of anyone. But how do we decide what is fair? Consider the earlier example of the small-town, family-owned hardware store. The value of the property would be decided by the government’s appraisal team, which raises a number of issues. The first is that the appraisers work for the government, so it’s not hard to imagine that their assessment of the property will be low. The second is that the value of a business like this that has sustained a family for generations is more than the worth of the land. The government would be taking away the only source of income this family has ever known, and what appraiser is prepared to put a valuation on the thing that has bound a family for 100 years?
Consider also the population that laws like this will disproportionately affect. The government isn’t going to seize a CEO’s mansion to build a park because that family pays high property taxes and spends a lot of money in the community. An apartment complex downtown that houses 15 families who are on the brink of poverty, however, is ripe for “revitalization.” Regardless of the “public benefit,” the government should be wary of any laws that so blatantly target lower socio-economic communities. Some have even gone so far as to accuse eminent domain laws of being intentionally racist, harassing people of color and running them out of their homes in the name of gentrification.
1) As used in sentence 1, “intricacies” most nearly means
A. indecipherable laws
B. malicious complexities
c. complex details
D. overwhelming injustices
2) The reference to “the Fourth Amendment to the US Constitution” in paragraph 2 primarily serves to
A. provide constitutional support for eminent domain.
B. compare American law to the laws of other countries.
C. respond directly to a criticism of the author’s opinion.
D. challenge the constitutionality of eminent domain.
3) The passage’s discussion of a family in a small town serves primarily to
A. illustrate the ways in which eminent domain can improve a community.
B. provide a hypothetical example of how eminent domain can hurt American citizens.
C. satirize people who support eminent domain.
D. describe the typical types of Americans who support eminent domain.
4) As used in the final sentence of paragraph 3, “ambiguous” most nearly means
A. vague and open to interpretation.
B. neither entirely good nor entirely bad.
C. intentionally confusing.
D. overly specific.
5) The author indicates that although the government compensates citizens when their property is seized through eminent domain,
A. the government has a history of not actually paying the proposed “compensation.”
B. the compensation is decided by the government, and doesn’t take important factors into account.
C. the government, as a matter of practice, pays only half of a property’s true value when it’s seized through eminent domain.
D. they often pay too much, and are too cavalier with taxpayer money.
6) Please read the following sentence.
Once Ariesha lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy..
What will the ending be?
A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Ariesha lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.
7) Marcila has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.
Which of the following is true?
A) Marcila has three animals in total.
B) Marcila has more cats than dogs.
C) One of Marcila’s cats is black.
D) All of Marcila’s dogs have spots.
8) Where ____________ Ying Ying live?
A. are
B. is
C. do
D. does
9) Mei Hui Kham _________ English, Mandarin and a bit of Arabic.
A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking
10) I have only a _____________ Thaipusam cards left to write.
A. few
B. fewer
C. less
D. little
Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?
Untuk lebih banyak contoh soalan Pembantu Syariah LS19 ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Syariah Gred LS19 di bawah.
Atau pun,
Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.
Rujukan Bantuan Peperiksaan Pembantu Syariah LS19
Untuk sesi 2020, rujukan penuh kali ini telah diperhalusi dan dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan Gred LS19.
Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?
- Murah giler (smartphone korang harga beribu kot)
- Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
- Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
- Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih).
- Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)
Cara beli rujukan penuh
Arahan:
- Klik Rujukan Pembantu Syariah LS19.
- Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
- Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
- Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
- Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).
Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?
Atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang sdh berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.
Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Syariah LS19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pembantu Syariah LS19 korang.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Hala Mamak.. Dah lupa formula Matematik la tok!
Jangan risau. Dalam rujukan Pembantu Syariah LS19 ni, dia dah disediakan dgn nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula konsep-konsep matematik yang da hampir terpadam dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.
Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2014-2019.
Tak perlu ulangkaji & study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya mahu duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni, da pilih topik yg perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂
Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?
Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Syariah LS19 ni bukan buku fizikal (yg boleh pegang tu). Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang x perlu tunggu whatapps dari orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 11 minit (pegi ulang-alik amik barang).
Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap minit. Nak tengok barang korang da sampai area mana.
Tapi tok, saya lebih suka baca buku..
Korang yg banyak sgt ink tu, xda masalah. Boleh print eBook ni. Then binding. Menjadi la ia sebuauh buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.
Jadi, demikianlah adanya.
Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Syariah LS19 yang akan korang hadapi pada 13 Februari 2020 ini.
Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki peperiksaan!
Penutup
Buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pembantu penguasa kastam. Buat masa ni, panggilan belum lagi keluar. Tapi atok jangkakan, tarikh sudah semakin menghampiri dari hari ke hari. Tapi pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input bermanfaat sebagai bekalan awal sebelum ke exam nanti.
Jawatan penghantar notis mencatatkan antara panggilan exam PSEE yang ‘wajib’ setiap tahun oleh SPA. Hampir semua jabatan kerajaan memerlukan jawatan ini. Boleh dikatakan jawatan ini antara jawatan yang cukup popular di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11.
Sapa calon exam PSEE online atendan hospital ambilan under Ministry of Health Malaysia (MOH)? Sila baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.
Buat cucu atok yang dipanggil exam online SPA utk juruteknik komputer ambilan The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU). Panggil exam sudah dibuat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Juruteknik Komputer FT19 ini akan memberi sedikit input yg berguna.
Dpt panggilan peperiksaan PSEE online pembantu juruaudit? Alhamdulillah.. Tapi tak thu nak prepare apa pula kan? Antara bahan bacaan yg sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19.
Kepada yg dipanggil ke PSEE pegawai imigresen, mohon luangkan sikit daripada masa korang yg berharga tu utk membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap berjumlah puluhan ribu. Berani sambil lewa?
Khusus calon yg dipangil ke PSEE latihan separa perubatan bertaraf diploma. Dapatkan info berguna, fahami bentuk, serta contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.
Peperiksaan Jurufotografi B19 sudah dikeluarkan tarikhnya. Ramai yang dipanggil. Adakah korang sudah mempersiapkan diri? Baca info penting mengenai peperiksaan ini di contoh soalan peperiksaan Jurufotografi B19.
Last but not least, panggilan peperiksaan exam online SPA untuk Penolong Pegawai Perangkaan ambilan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun ni sudah dibuat. Jumlahnya tidak lah begitu ramai. Jadi ini satu kesempatan yg baik. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29 ni.
Serius, ni baru penutup!
Sesi peperiksaan online PSEE untuk jawatan perangkawan ambilan Jabatan Perangkaan Malaysia sudah diadakan utk kali pertama. Mungkin akan ada panggilan untuk kali kedua. Mungkin? Bijak sekali andai korang bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Perangkawan E41 ni.
SPA dah keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE penolong pegawai undang-undang. Huru-hara exam sudah tamat. Tapi akan ada panggilan kali kedua. Kali ini untuk Jabatan Peguam Negara pula. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA8i, atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29.
Kepada yang bakal menganggotai Jabatan Tanah dan Galian sebagai penolong pegawai tanah. Tolong pastikan negara kita jangan dijual kepada pihak luar. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29.
Jabatan Penerangan Malaysia masih sedang menantikan kehadiran calon2 pembantu penerangan yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang dah isi permohonan dalam SPA8i untuk jawatan ni, teruskan pula dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Penerangan S19 ni. Sebagai persediaan awal.
Utk korang yang layak, dan semestinya sdh menerima emel panggilan ke exam PSEE online kawalan trafik udara, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni sedikit sukar daripada biasa kerana ia mengandungi 3 seksyen. Jadi perbanyakkan doa dan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 yang atok kongsi sebelum ni.
Dgr khabar, jumlah calon yang dipanggil untuk jawatan pembantu perikanan mcm tak beragak ramai lagi. Jumlah kekosongan sebanyak 32 tempat (iklan SPA, Januari). Tp tu khabar angin la. Apa pun, better bersedia jg la kan. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Perikanan G19 ni.
Calon exam PSEE online gred L41 di Jabatan Peguam Negara (AGC) pun ramai bilangan yg dipanggil. Itu semestinya. Maklumlah, kekosongan jawatan yg kerajaan sediakan amat sedikit tapi orang yang perlukan kerja berlambak. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41.
OK, ni btl2 last, bilangan dipanggil ke exam online pembantu tadbir undang-undang boleh tahan juga ramai. Korang rasa cmna? Kalau korang ada mohon jawatan pembantu tadbir undang undang dalam portal SPA8i, panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan sudah last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Undang Undang L19.
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!