Di bawah merupakan koleksi 20 contoh soalan peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Koleksi ini terdiri daripada 10 contoh soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan 10 contoh soalan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.
Isi Kandungan
Cuba dapatkan sendiri jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Undang-Undang Gred L41 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi korang.
Nota Penting: Kepada korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Pegawai Undang-Undang L41 untuk ambilan di Jabatan Peguam Negara pada 15 Oktober 2024 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Undang-Undang L41.
Korang terpilih ke sesi temuduga Pegawai Undang-Undang Gred L41 untuk penempatan di Jabatan Peguam Negara yang dijadualkan pada 27 Februari 2023 – 10 Mac 2023 ini? Dah ready ke? Klu blm, sila baca beberapa contoh soalan temuduga Pegawai Undang-Undang L41 ni.
Selain dari itu, calon juga digalakkan mendapatkan rujukan khas Peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada pada 23 Januari 2020 ini.
Permohonan jawatan kosong Pegawai Undang-Undang L41
Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Undang-Undang L41 secara rasmi di Jabatan Peguam Negara dan di pelbagai kementerian / jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA8 di Portal SPA8i. Permohonan jawatan sebagai Pegawai Undang-Undang adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.
Kekosongan jawatan Pegawai Undang-Undang L41
Mengenai jumlah kekosongan, kalau berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada awal bulan Januari lalu untuk ambilan di Jabatan Peguam Negara. Bilangan kekosongan jawatan adalah sebanyak 36 tempat sahaja. Manakala, calon simpanan adalah seramai 11 orang.
Ini satu jumlah yang amat terhad kalau diambilkira jumlah calon yang ramai dipanggil ke peperiksaan online SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan korang terhadap perkongsian ini.
Tempoh luput permohonan
Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon adalah dikehendaki mengemaskini semula permohonan masing-masing di portal SPA8i setelah tempoh luput tersebut sampai.
Semakan penjadualan peperiksaan PSEE Pegawai Undang-Undang
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41 DI JABATAN PEGUAM NEGARA
TARIKH PEPERIKSAAN : Tarikh akan dikemaskini kemudian.
MASA PEPERIKSAAN: 10:00 pagi – 11:00 pagi
Pautan Alternatif:
Pautan akan dikemaskini kemudian.
Sila layari laman web:
http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
PERHATIAN :
” Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA! “
” *Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi. “
Jadual gaji Pegawai Undang-Undang L41
Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Undang-Undang ;
- Gaji minimum – RM2,418.00
- Gaji maksimum – RM9,607.00
- Kenaikan Gaji – RM225.00
*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pegawai Undang-Undang dengan gred L41 layak terima.
Deskripsi Tugas Pegawai Undang-Undang L41
Apakah skop kerja atau senarai tugas Pegawai Undang-Undang?
Secara am, tugas seorang Pegawai Undang-Undang Gred L41 adalah seperti berikut:
” Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa. “
Syarat lantikan dan kelayakan Pegawai Undang-Undang L41
Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan;
Dan
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf.
(Gaji Permulaan pada Gred L41 : RM2,418.00);
atau
Lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination).
(Gaji Permulaan pada Gred L41 : RM2,418.00)
Dan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf.
Peperiksaan Online Pegawai Undang-Undang L41
Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Undang-Undang L41 untuk tahun 2020 masih belum dikeluarkan oleh SPA.
Peperiksaan online untuk jawatan ini mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.
Walaupun hebahan sudah dikeluarkan SPA (rujuk iklan Januari). Namun, tarikh PSEE masih belum ditentukan.
Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama satu jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan.
Bermula jam 10 pagi sampai la jam 11 pagi (masa standard SPA). Inilah pagi yg paling singkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!
Senario Peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41
Sebagai persediaan awal, beberapa perkara berikut perlulah diketahui.
Syarat untuk menyandang jawatan Pegawai Undang-Undang L41 :
Calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).
Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pegawai Undang-Undang L41 yang akan dijadualkan kemudian.
Namun agak malang, berdasarkan maklumbalas yang diterima kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal ini.
Antara sebab yang dapat dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Pegawai Undang-Undang L41 terutama di bahagian B.
Format Peperiksaan Untuk Jawatan Pegawai Undang-Undang L41
Format Peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41 sesi 2019/2020 berbeza dengan ketara berbanding tahun-tahun lepas.
Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pegawai Undang-Undang L41 untuk sesi 2017/2018 berlainan dengan format 2019/2020. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi exam ini.
Format 2017/2018 vs Format 2019/2020
Format Pegawai Undang-Undang L41 – 2017/2018
Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Format Pegawai Undang-Undang L41 – 2019/2020
Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris
Eh.. macam sama je tok?
Yup, nampak seakan sama. Tapi sebenarnya tak serupa.
Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI kalau korang perasan, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM telah ditiadakan dan digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.
Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41 sesi peperiksaan tahun 2018 dan ke bawah, memang korang akan bazir masa.
Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.
Elak ‘disabitkan bersalah’ (sekadar metafora)
Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon bagaikan ‘disabitkan bersalah’ semasa exam. Cuma kali ini bukan dijatuhkan hukuman atau dipenjara tetapi – mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA!
Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau teacher masuk pun, memang ‘yes’ ngan ‘no’ je la yg tahu dijawab.
Sementera, untuk seksyen A pula melibatkan daya menyelesaikan masalah. Masalah yang dikemukakan haruslah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai.
Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41 – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :
- kemahiran pemikiran logik,
- kemampuan menginterpretasi data
- pemahaman konsep-konsep matematik.
Jangan menambah ‘rekod kegagalan’ peribadi lagi
Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘tak suka nombor’ atau ‘nyampah nombor’ terhadap soalan yang berkaitan angka dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan atau rumus math saja, terus rasa ‘kemalasan’ pun melanda atau dalam hati cakap ‘nyampah tol den’.
Kenapa tu?
Korang ada belajar teori kecerdasan pelbagai kan? Ala.. teori Howard Gardner tu. Calon yang mengalami simptom ini adalah dari kalangan mereka yang lebih cenderung pada kecerdasan verbal-linguistik atau kecerdasan muzikal berbanding logikal-matematik.
Dan padahnya ‘rekod kegagalan’ peribadi bertambah lagi (setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan).
Jika korang salah satu daripadanya, tiada jalan lain kecuali buat latih tubi yang banyak. Percayalah! Ia akan banyak membantu korang dalam exam nanti.
Namun begitu pun, jangan terlalu stress kerana dalam Peperiksaan online Pegawai Undang-Undang L41, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?
Pecahan Seksyen A
Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian & Logik (like IQ test la)
Di bawah merupakan beberapa contoh soalan Pegawai Undang-Undang L41 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
1) Apakah nilai X dalam kumpulan nombor berikut?
19, 29, 41, 31, X, 43
A) 23
B) 38
C) 40
D) 09
2) Farid dan abangnya Hadi baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu dibeli oleh Farid mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?
A) 454
B) 228
C) 452
D) 226
3) Budak yang duduk di depan kelas 1 Cemerlang mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak yang duduk di belakang kelas pula mendapat kurang 250 markah daripada budak yang duduk di tengah kelas 1 Cemerlang. Manakala budak yang duduk di tengah kelas pula mendapat kurang 350 markah daripada Budak yang duduk di depan kelas. Berapakah jumlah markah ketiga-tiga budak di kelas 1 Cemerlang tersebut?
A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500
4) Daerah Saratok mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Saratok?
A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang
5) Musfirana seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Musfirana dalam masa 1 jam 15 minit?
A) 55
B) 50
C) 40
D) 45
6) Syukriah ialah adik kepada Musfirana. Selain turut cantik seperti kakaknya, Syukriah juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Syukriah untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?
A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun
7) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Gintos ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Encik Gintos?
A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50
8) Encik Rais membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Rais dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?
A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000
9) Qusyairy baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pegawai Undang-Undang Gred L41 di Jabatan Peguam Negara. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Qusyairy membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?
A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00
10) Kotak M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Kotak O. Kotak P pula lebih berat daripada Kotak O, tetapi lebih ringan daripada Kotak M. Susun kedudukan semua Kotak tersebut bermula dengan yang paling ringan.
A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N
Untuk lebih banyak contoh (dengan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pegawai Undang-Undang L41 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Undang-Undang Gred L41 berikut.
Atau pun,
Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2020) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih baik terhadap seksyen ini.
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41 – Kefahaman Bahasa Inggeris
Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ harapan menggunung ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.
Pecahan Seksyen B
Soalan kefahaman Bahasa Inggeris diolah dalam bentuk sama ada;
a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension,
b) soalan berkaitan vocabulary; dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition, etc).
Di bawah beberapa contoh soalan Pegawai Undang-Undang L41 – Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris.
Questions 1–5 are based on the following passages.
Passage 1
Identifying snakes has little to do with the myths surrounding poisonous and non-poisonous characteristics and has more to do with body type classification. There are very few tricks that can be used when determining the venom factor, one of which is pupil shape. All snakes with slit-shaped pupils are poisonous. Not all poisonous snakes have slit-shaped pupils. This one certainty is often difficult to ascertain as it requires you to get extremely close to the snake to make your determination. In reality, snake experts use a methodical system to categorize and identify a snake once it has been found.
The first characteristic assessed is body length. Snakes are categorized into three classes: small, medium, and large. Once length is determined, the width of the snake is also examined. If possible, actual dimensions should be gathered. A snake’s head shape can tell a lot about it, but does not necessarily mean anything in regards to venomous or non-venomous. Many vipers have triangular heads, but other snakes can resemble the same shape when they deliberately flatten their heads in aggression or anxiety. Knowing if the snake has a round, long, or oval head will help in identification but is not any proof of venom or lack thereof. Eye color, pupil shape, location on the face, and eye size should all be noted. These three identifiers: body length and width, head shape, and eye characteristics will narrow down the possibilities for species identification.
Color is usually very helpful in determining the type of snake you have located. Many snakes have distinctive patterns. Noting the patterns and the colors is very important. Sometimes the difference between a harmless snake and a deadly viper is one ring of coloration. Blotches usually refer to patterns with no symmetry. These markings are often rectangular with darker edges. If a diamond pattern is noted, color and color pattern should be noted as well. Are there speckles (flecks of color) or spots (large or small defined, solid color circles)? Ring patterns appear like bands around the width of the snake. Stripes are patterns lengthwise down the body. Some snakes are one color on the dorsal side and a different color on the belly. Distinctive markings on the head and neck may be present. Lastly, some snakes have no markings at all and are one, solid color.
Tail characteristics are another guide to identifying a snake. The tail is defined as the length of body stretching beyond the snake’s anus. Tails can end with a rattle. They can be pointed or rounded. Some have specific patterns. Experts are able to use the number and arrangement of scales on a snake to further assist in the identification process. Some snakes are almost identical, and it is these snakes that need the assistance of habitat evaluation. If a snake cannot be identified by appearance alone, the habits of the species will come into play. Some snakes like rocky soil. Some snakes like sand. Some snakes eat only certain animals, or will only be found out at certain times of day. Not all snakes are found everywhere. Having a good, basic knowledge of the local area will help tremendously.
The important thing to remember is that most “quick” identification advice is based loosely on truth. You cannot always be certain of a snake’s venom potential just by the shape of its head, the color of its body, the habitat it lives in, or the color and shape of its eyes.
Passage 1 is adapted from a recent guidebook for “How to Identify a Snake Species.”
1) Passage 2 emphasizes that which of the following can be used to identify a snake species?
A) Color and tail characteristics.
B) Body markings and head shape.
C) Body length and markings.
D) Pupil shape and body width.
2) How are the authors of the passages different in their beliefs regarding snake classification?
A) The first believes one method of classification is less valuable than another form, while the second believes all forms of classification are helpful.
B) The first does not believe that it is possible to identify two separate species without looking at the markings, while the second believes it is.
C) The first believes it is possible to determine whether a snake is poisonous based on its physical characteristics, while the second does not.
D) The first does not believe that variable markings can be scientifically explained, while the second posits that they can be if enough analysis is done on each specific snake.
3) As used in paragraph 3 of Passage 1, the word “dorsal” most nearly means
A) anterior.
B) ventral.
C) back.
D) headmost.
4) According to Passage 1, how could it be determined that a snake is poisonous by examining it?
A) If the snake’s body has specific markings.
B) If the snakes pupils are a specific shape.
C) If the snake’s tail has a specific shape.
D) It cannot generally be determined.
5) The author of Passage 1 would agree with which of the following statements?
A) It is relatively easy to categorize a snake if you can get close enough to it.
B) Snakes can be easily categorized by the color of their skin and the markings on their bodies.
C) Snake categorization may be more challenging than it first appears.
D) Snake categorization should only be attempted by a scientific professional with experience working with reptiles.
6) Please read the following sentence.
Once Rebecca lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy..
What will the ending be?
A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Rebecca lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.
7) Thasnim has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.
Which of the following is true?
A) Thasnim has three animals in total.
B) Thasnim has more cats than dogs.
C) One of Thasnim’s cats is black.
D) All of Thasnim’s dogs have spots.
8) Where _______ Chen Yen Fung live?
A. are
B. is
C. do
D. does
9) Violet Ng _____________ English, Mandarin and a bit of Arabic.
A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking
10) I have only a ___________ Hari Raya Haji cards left to write.
A. few
B. fewer
C. less
D. little
Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?
Untuk lebih banyak contoh soalan Pegawai Undang-Undang L41 ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Undang-Undang Gred L41 di bawah.
Atau pun,
Baca jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.
Rujukan Peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41
Untuk sesi 2020, rujukan penuh kali ini telah diperhalusi dan dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.
Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?
- Murah giler (smartphone korang harga beribu kot)
- Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
- Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
- Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih).
- Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)
Cara beli rujukan penuh
Arahan:
- Klik Rujukan Pegawai Undang-Undang L41.
- Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
- Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
- Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
- Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).
Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?
Atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang sdh berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.
Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41 korang.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Alamek.. Dah lupa formula Matematik la tok!
Jangan risau. Dalam rujukan Pegawai Undang-Undang L41 ni, dia dah disediakan dgn nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula konsep-konsep matematik yang da hampir terpadam dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.
Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2014-2019.
Tak perlu ulangkaji & study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya mahu duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni, da pilih topik yg perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂
Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?
Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang x perlu tunggu whatapps dari orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 10 minit (pegi ulang-alik amik barang).
Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap minit. Nak tengok barang korang da sampai area mana.
Tapi tok, saya lebih suka baca buku..
Korang yg banyak sgt ink tu, xda masalah. Boleh print eBook ni. Then binding. Menjadi la ia sebuauh buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.
Jadi, demikianlah adanya.
Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41 yang akan korang hadapi pada tahun ini.
Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki peperiksaan!
Penutup
Calon exam PSEE online gred S19 di Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) pun ramai bilangan yg dipanggil. Itu semestinya. Maklumlah, kekosongan jawatan yg kerajaan sediakan amat sedikit tapi orang yang perlukan kerja berlambak. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.
Bilangan dipanggil utk exam online pembantu pendaftaran amat-amat ramai. Kalau tak silap atok lebih kurang 47,513 calon dari Sabah dan 30,592 caon dari Sarawak. Belum masuk calon Semenanjung lagi. Korang rasa? Kalau korang ada mohon jawatan pembantu pendaftaran dalam portal SPA8i, panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan sudah last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.
Buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pembantu penguasa kastam. Buat masa ni, panggilan belum lagi keluar. Tapi tarikh yang dijangkakan sudah semakin menghampiri. Tapi pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input bermanfaat sebagai bekalan awal sebelum ke exam nanti.
Jawatan penghantar notis mencatatkan antara panggilan exam PSEE yang wajib dibuat setiap tahun oleh SPA. Boleh dikatakan jawatan ini antara jawatan yang cukup popular di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11.
X lupa juga kepada calon exam PSEE online atendan hospital ambilan under Ministry of Health Malaysia (MOH). Sila baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.
Buat cucu atok yang dipanggil exam online SPA utk juruteknik komputer ambilan The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU). Panggil exam belum dibuat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Juruteknik Komputer FT19 ini akan memberi sedikit input berguna.
Dpt panggilan peperiksaan PSEE online pembantu juruaudit? Alhamdulillah.. Tapi X thu nak prepare apa pula kan? Antara bahan bacaan yg sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19.
Panggilan Jurufotografi B19 untuk ambilan Kementerian Komunikasi telah dikeluarkan. Calon yang terlibat sudah mula membuat persediaan. Adakah korang masih tak pasti apa nak prepare? Baca dahulu contoh soalan peperiksaan Jurufotografi B19.
Last but not least, kepada yg dipanggil ke PSEE pegawai imigresen, sila luangkan sikit daripada masa korang yg berharga tu utk membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap berjumlah puluhan ribu. Berani sambil lewa?
Baru penutup!
Khusus calon yg dipangil ke PSEE latihan separa perubatan bertaraf diploma. Dapatkan info berguna, fahami bentuk, serta contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.
Panggilan peperiksaan exam online SPA untuk Penolong Pegawai Perangkaan ambilan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun ni sudah dibuat. Jumlahnya tidak lah begitu ramai. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29 ni.
Sesi peperiksaan online PSEE untuk perangkawan juga utk Jabatan Perangkaan Malaysia sudah diadakan utk kali pertama. Mungkin akan ada panggilan untuk kali kedua. Mungkin? Bijak sekali andai korang bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Perangkawan E41 ni.
SPA dah keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE penolong pegawai undang-undang. Tapi akan ada panggilan kali kedua. Kali ini untuk Jabatan Peguam Negara pula. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA8i, atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29.
Kepada yang bakal menganggotai Jabatan Tanah dan Galian sebagai penolong pegawai tanah. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29.
Jabatan Penerangan Malaysia masih sedang menantikan kehadiran calon2 pembantu penerangan yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang dah isi permohonan dalam SPA8i untuk jawatan ni, teruskan pula dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Penerangan S19 ni. Sebagai persediaan awal.
Utk korang yang layak, dan semestinya sdh menerima emel panggilan ke exam PSEE online kawalan trafik udara, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni sedikit sukar daripada biasa kerana ia mengandungi 3 seksyen. Jadi perbanyakkan doa dan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 yang atok kongsi sebelum ni.
OK, ni btl2 last, dgr khabar, jumlah calon yang dipanggil untuk jawatan pembantu perikanan tak beragak ramai lagi. Jumlah kekosongan sebanyak 32 tempat (iklan SPA, Januari). Tp tu khabar angin la. Apa pun, better bersedia jg la kan. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Perikanan G19 ni.
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!
Assalam, saya baru beli soalan td tp tiada password diberikan, respon sgt lambat. Mohon respon segera sbb saya perlukan rujukan segera.
Wkslm Nurul,
Boleh email ke support[@]rujukankerjaya.com untuk bantuan lanjut ya..