Korang dipanggil PSEE Pegawai Penguatkuasa KP41 ambilan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) pada kali ni? Sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare dan tengah tercari-cari contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 yg bagus? Gagal Peperiksaan online Pegawai Penguatkuasa KP41 akan ‘mematikan’ peluang korang untuk dipanggil ke stage temuduga dan seterusnya.
Isi Kandungan
Gagal peperiksaan ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi Abang Pegawai Penguatkuasa KP41 yang kacak lagi bergaya. Gagal peperiksaan ini juga semestinya ‘memadamkan’ impian korang untuk menjadi akak Pegawai Penguatkuasa KP41 yang manis menawan dan menjadi permata keluarga – yg byk berbakti. Dan gagal peperiksaan ini sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat korang untuk menjadi nama anak yg menjadi’sebutan’ dan kebanggaan mak di hadapan kawan-kawannya.
Bertuahnya, kerana di bawah ada disediakan koleksi 20 contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Koleksi ini terdiri daripada 10 contoh soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan 10 contoh soalan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.
Nota Penting: Bagi yg dah berjaya melepasi ujian fizikal dan kecergasan Pegawai Penguatkuasa KP41 ini dengan jayanya, cabaran terakhir yg korang kena harung ialah sesi temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41 utk ambilan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup yg dijadualkan pada 25 Jun 2024 – 5 Julai 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh korang baca di soalan temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41 ini.
Untuk korang yg dipanggil ke ujian psikometrik Pegawai Penguat Kuasa KP41 ambilan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup yg dijadualkan pada 23 April 2024 ini. Bahan-bahan utk persiapan ke ujian psikometrik Gred KP41 boleh korang perolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Penguatkuasa KP41 ini.
Khas untuk korang yg baru sahaja dapat panggilan untuk menghadiri ujian fizikal Pegawai Penguatkuasa KP41 bagi ambilan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada kali ini. Apa yang berlaku di sana? Apa persediaan perlu korang buat? Baca di ujian fizikal Pegawai Penguatkuasa KP41.
Kepada korang yg baru saja dipanggil ke ujian SPiER Pegawai Penguatkuasa KP41 pada kali ini. Tolong jangan sia-siakan peluang yg diberi dan buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian ini boleh diperolehi di contoh soalan SPiER Pegawai Penguatkuasa KP41.
Cuba dapatkan sendiri jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi korang.
Lagi menambah tuahnya korang, kerana boleh dapatkan rujukan khas Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada sesi kali ini.
Permohonan jawatan kosong Pegawai Penguatkuasa KP41
Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Penguatkuasa KP41 secara rasmi di Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan di pelbagai kementerian / jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan sebagai Pegawai Penguatkuasa KP41 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.
Kekosongan jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 Tahun 2022
Mengenai jumlah kekosongan, kalau berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 16 Julai 2021 bagi ambilan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Bilangan kekosongan yg diwartakan ialah seramai 30 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 40 tempat.
Sementara, iklan SPA bertarikh 26 Ogos 2021 lalu untuk ambilan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan. Bilangan kekosongan jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 adalah sebanyak 3 tempat sahaja. Manakala, calon simpanan adalah seramai 10 tempat.
Ini satu jumlah yang amat terhad kalau diambilkira jumlah calon yang ramai dipanggil ke peperiksaan online SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan korang terhadap perkongsian ini.
Tempoh luput permohonan
Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon adalah dikehendaki mengemaskini semula permohonan masing-masing di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.
Semakan penjadualan peperiksaan PSEE Pegawai Penguatkuasa KP41
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
PEGAWAI PENGUATKUASA GRED KP41 DI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
TARIKH PEPERIKSAAN : MASIH BELUM DIUMUMKAN
MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI – 11:00 PAGI
Pautan Alternatif:
http://e-semakan.spa.gov.my/pegawai-penguatkuasa-kp41/
Sila layari laman web:
https://www.spa.gov.my/peperiksaan-pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan-kecergasan
PERHATIAN :
” Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA! “
” Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi. “
Jadual gaji Pegawai Penguatkuasa KP41
Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Penguatkuasa ;
Gaji minimum – RM2,081.00
Gaji maksimum – RM9,547.00
Kenaikan Gaji – RM225.00
*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pegawai Penguatkuasa bergred KP41 layak terima.
Deskripsi Tugas Pegawai Penguatkuasa KP41
Apakah skop kerja atau senarai tugas Pegawai Penguatkuasa KP41?
Secara am, tugas seorang Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 di KDN adalah seperti berikut:
” Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun. “
Nota* – Walaubagaimanapun, tugas hakiki seorang Pegawai Penguatkuasa adalah tertakluk kepada kementerian / jabatan yg akan korang ditempatkan. Tiga kementerian atau jabatan yang lazimnya ditempatkan Pegawai Penguatkuasa KP41 ialah di Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan), KPDNHEP dan JPJ.
Syarat lantikan dan kelayakan Pegawai Penguatkuasa KP41
Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :
Warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan;
Dan
Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,081.00);
atau
Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis dan Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);
atau
Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,285.00);
atau
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41:RM2,387.21).
Dan
mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Serta
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf.
Peperiksaan Online Pegawai Penguatkuasa KP41
Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Penguatkuasa KP41 untuk tahun 2022 masih belum dikeluarkan oleh SPA.
Peperiksaan online untuk jawatan ini mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.
Tarikh yg ditentukan masih belum dimesyuaratkan.
Seperti selalu, semua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama satu jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 10.00 pagi sampai la jam 11.00 pagi. Inilah pagi tersingkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!
Senario Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41
Sebagai persediaan awal, beberapa perkara berikut perlulah diketahui.
Syarat untuk menyandang jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 :
Calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).
Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga ke jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 yang akan dijadualkan kemudian.
Namun agak malang, berdasarkan maklumbalas yang diterima kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal ini.
Antara sebab yang dapat dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Pegawai Penguatkuasa KP41 terutama di bahagian B.
Format Peperiksaan Untuk Jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41
Format Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 sesi 2022 berbeza dengan ketara berbanding tahun-tahun lepas.
Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 untuk sesi 2017/2018 berlainan dengan format 2021/2022. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah melakukan perubahan drastik untuk format sesi exam ini. Tambah-tambah lagi lepas musim PKP ni. New Normal la katakan..
Format 2017/2018 vs Format 2021/2022
Format Pegawai Penguatkuasa KP41 – 2017/2018
Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Format Pegawai Penguatkuasa KP41 – 2021/2022
Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris
Eh.. macam sama je tok?
Yup, sekali belek nampak macam sama. Tapi, dua kali belek rupa-rupanya tdk serupa.
Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI kalau korang perasan, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM telah ditiadakan dan digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.
Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 sesi peperiksaan tahun 2018 dan ke bawah, memang korang akan bazir masa dan ke laut la jawabnya.
Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.
Elak tersilap ‘cekup semasa membuat serbuan’ (sekadar metafora)
Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah – tersilap ‘cekup semasa membuat serbuan’ semasa exam. Cuma kali ini bukan dimarahi oleh boss, tetapi – mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA!
Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau teacher masuk pun, memang ‘yes’ ngan ‘no’ je la yg tahu dijawab.
Sementera, untuk seksyen A pula melibatkan daya menyelesaikan masalah. Masalah yang dikemukakan haruslah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai.
Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :
- kemahiran pemikiran logik,
- kemampuan menginterpretasi data
- pemahaman konsep-konsep matematik.
Jangan topup jumlah ‘rekod kegagalan’ peribadi korang lagi
Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘tak suka digit’ atau ‘nyampah digit’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan angka. Asal tengok masalah yang melibatkan formula atau rumus math saja, terus rasa ‘kemalasan’ pun melanda atau dalam hati cakap – ‘nyampah tol den’.
Kenapa ‘nyampah’ sesangat tu?
Ingat lagi tak teori kecerdasan pelbagai kan? Ala.. teori si Howard Gardner tu. Calon yang mengalami simptom ini adalah dari kalangan mereka yang lebih cenderung pada kecerdasan verbal-linguistik / kecerdasan naturalis / kecerdasan kinestetik / kecerdasan muzik berbanding logikal-matematik.
Dan padahnya bilangan ‘rekod kegagalan’ peribadi bertambah lagi! Masuk ni da 3 kali kecundang dalam exam online. Semenjak era sebelum ada PKP lagi. Setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan.
Jika korang salah satu daripadanya, tiada jalan lain kecuali buat latih tubi yang banyak. Percayalah! Ia akan banyak membantu korang dalam exam nanti.
Namun begitu pun, jangan terlalu stress kerana dalam Peperiksaan online Pegawai Penguatkuasa KP41, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidaklah bertaraf dewa. Bahkan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?
Pecahan Seksyen A
Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian & Logik (like IQ test la)
Di bawah merupakan beberapa contoh soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
1) Saudara X dan saudara Y , bila berkerja bersama, habis memasang jubin lantai sebuah bilik dalam masa 6 hari. Bila saudara X bekerja sendiri, dia mengambil masa 5 hari kurang daripada daripada saudara Y yang bekerja sendiri. Berapa lama saudara X and saudara Y ambil untuk menghabiskan kerja ini sendiri tanpa bantuan?
A) X = 11 hari , Y = 16 hari
B) X = 12 hari , Y = 17 hari
C) X = 10 hari , Y = 15 hari
D) X = 10 hari , Y = 16 hari
2) Dick dan abangnya Duni baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu dibeli oleh Dick mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?
A) 454
B) 228
C) 452
D) 226
3) Budak yang duduk di depan kelas 4 Setia mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak yang duduk di belakang kelas pula mendapat kurang 250 markah daripada budak yang duduk di tengah kelas 4 Setia. Manakala budak yang duduk di tengah kelas pula mendapat kurang 350 markah daripada Budak yang duduk di depan kelas. Berapakah jumlah markah ketiga-tiga budak di kelas 4 Setia tersebut?
A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500
4) Daerah Lundu mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Lundu?
A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang
5) Noor Ilya seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Noor Ilya dalam masa 1 jam 15 minit?
A) 55
B) 50
C) 40
D) 45
6) Sarah Izumi ialah adik kepada Noor Ilya. Selain turut cantik seperti kakaknya, Sarah Izumi juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Sarah Izumi untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?
A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun
7) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Jupirin ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Encik Jupirin?
A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50
8) Encik Mohd Zain membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Mohd Zain dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?
A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000
9) Cevianah baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pegawai Penguatkuasa KP41 di Kementerian Dalam Negeri. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Cevianah membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?
A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00
10) Ketulan M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada ketulan O. Ketulan P pula lebih berat daripada ketulan O, tetapi lebih ringan daripada ketulan M. Susun kedudukan semua ketulan tersebut bermula dengan yang paling ringan.
A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N
Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pegawai Penguatkuasa KP41 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 berikut.
Atau pun,
Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 – Kefahaman Bahasa Inggeris
Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ impian menggunung ramai calon. Impian nak kasi mak duit poket setiap bulan. Impian nak ringankan beban ayah. Impian untuk membantu majlis kahwin kakak lagi beberapa bulan ke depan ni. Impian untuk tolong bayar yuran pengajian adik-adik..
Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.
Pecahan Seksyen B
Soalan kefahaman Bahasa Inggeris diolah dalam bentuk sama ada;
a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension,
b) soalan berkaitan vocabulary; dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).
Di bawah beberapa contoh soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 – Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris
Questions 1–5 are based on the following passages.
(The following is an excerpt from a speech by Esther Brimmer.)
We believe that investing in the education of women and girls is not only the “right thing to do; but it is the smart thing to do.” That is why we are committed to working with the United Nations and the international community in the lead up to 2015 to promote gender equality and the global empowerment of women and the education-related Millennium Development Goals. The United States is working with key international partners, including the United Nations, and the UN specialized agencies, such as UNESCO and UNICEF, to expand girls’ and women’s access to education in all forms and at all levels. As we seek to empower women through education, we must think of new ways to reach women and make education and skills training relevant to their lives. Some progress has been made with regard to enrollment in primary school for girls.
According to the 2010 Education For All Global Monitoring Report, the share of out-of-school girls has declined from 58% to 54% and the gender gap is narrowing in primary education in many countries. However we know that one of the challenges is not only enrollment in basic education, but also getting girls to stay in school and creating an environment where they can successfully transfer from primary to secondary school and consider post-secondary options.
We know that literacy is a critical first step for acquiring the skills needed to participate fully in one’s society. Of the 759 million adults who lack basic literacy skills around the world, two-thirds are women. UN organizations are helping governments, teachers, funders, NGOs, and students build capacity and address challenges to reaching these adults that lack basic literacy skills. Since rejoining UNESCO, one of our top priorities has been promoting literacy, with a particular focus on girls and women.
To that end, quality providers of informal/non-formal education have played and will continue to play a key role in decreasing the global adult illiteracy rate. We know that informal education can be more flexible and help reach adults who have long ago dropped out of the formal schools system or who were systematically denied access to school.
As the largest government donor to UNICEF, the United States is supporting efforts to support safe schools, quality education for each and every girl and boy. For example, UNICEF’s Child-Friendly Schools model which has been implemented in more than 50 countries, utilizes curricula that are specifically inclusive and gender-sensitive. Where barriers to gender equity exist, UNICEF works with governments to develop alternative education methods that promote gender inclusiveness in education. In Afghanistan, UNICEF has helped establish community-based schools in rural areas that allow for the participation of girls. In 2008, the Government of Afghanistan ran 815 of these community-based schools, with an enrolment of nearly 30,000 students.
1) What is the rhetorical purpose Brimmer’s first sentence in this passage?
A) She uses an analogy to set up the basic claim of her passage: it’s both smart and right to educate the world’s women.
B) She appeals to the audience by using her authority as the undersecretary for International Organizational Affairs.
C) She uses an appeal to authority to make her opinion more forceful.
D) She utilizes emotional and logical appeal with her inclusive choice of the word “we.”
E) She relies purely on an emotionless, logical approach to appeal to the intellect of the audience.
2) Which statement best explains the importance of the use of statistics in this passage?
A) The statistics back up the claim that fewer women/ girls continue to be illiterate than men/boys around the globe.
B) The statistical information in the passage sets up irrefutable proof that women and girls deserve to be educated.
C) The statistical information in the passage sets up a strong logical appeal designed to convince the audience to advocate for the education of women and girls.
D) The statistical information in the passage appeals to the emotions of the audience in order to provoke a radical change in thinking.
E) The statistical information provides a limited grasp of the available data and is meant to provide a broad overview of the logical argument for women’s education.
3) Which of the following is NOT a political assumption that can be inferred from this passage?
A) Women and girls need formal education because informal education is ineffective.
B) It’s important for us to think of new ways to reach women and girls and provide them with education.
C) Women and girls should be educated.
D) Women become empowered through education.
E) It makes sense to educate women and girls.
4) What strategy in this speech might best appeal to a hostile or critical audience?
A) The explication of the international community’s interest in promoting gender equality.
B) The claim that educating girls is a smart choice because it will benefit everyone.
C) The descriptions of how the United States is collaborating with UNESCO and UNICEF to promote women’s literacy.
D) The advocacy of “nontraditional” ways to educate women.
E) The statistics that back up the claim that fewer women and girls are remaining illiterate.
5) Which sentence best summarizes the importance of education beyond elementary school as it is expressed in the passage?
A) Women’s literacy has increased, but there are still not enough women in post-secondary education.
B) Women and girls are catching up with boys and men in school attendance but lag behind in secondary and post-secondary school.
C) Women’s literacy is important but it must be made relevant to their lives and delivered in non-traditional forms.
D) The gender gap is beyond the ability of elementary education at present to close.
E) While there have been gains in elementary education for women and girls, we need to find more ways to encourage them to stay in school through secondary and beyond.
6) Please read the following sentence.
Once Lailena lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy..
What will the ending be?
A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Lailena lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.
7) Cevian has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.
Which of the following is true?
A) Cevian has three animals in total.
B) Cevian has more cats than dogs.
C) One of Cevian’s cats is black.
D) All of Cevian’s dogs have spots.
8) Where _________ Michelle Nithya live?
A. are
B. is
C. do
D. does
9) Eva Olivia ____________ English, Mandarin and a bit of Arabic.
A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking
10) I have only a ___________ Pesta Gawai cards left to write.
A. few
B. fewer
C. less
D. little
Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?
Untuk lebih banyak contoh soalan Pegawai Penguatkuasa KP41 ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 di bawah.
Atau pun,
Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2022) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.
Rujukan Bantuan Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41
Untuk sesi 2022, rujukan penuh kali ini telah diperhalusi dan dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.
Tapi tok, kenapa saya kena dapatkan rujukan ni segera?
1) Hati korang jadi riang
Kenapa riang ria tu? Sebab, nota Ringkas & padat yang akan menjimatkan masa persediaan korang. Tak perlu berlari ke sana ke mari cari rujukan. Tak perlu buang berjam-jam masa berharga korang mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi riang.
2) Pinjam pengalaman 12 tahun kami
Contoh soalan diberikan akan membiasakan korang dengan format exam. Bukan soalan bocor tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Semenjak dari era exam SPA masih bertulis dan berpusat!
3) Memudahkan hidup korang
Skema jawapan yang disediakan pastinya menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Rumus dan persamaan turut dihulur. Formula matematik yang dah lupa, jadi segar diingatan. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.
4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawen)
Boleh beli asing2, misalnya nak seksyen B saja pun boleh. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawen. Tak lama lagi PKPP akan berakhir. Jadi walimah korang tu dah boleh diadakan secara besar-besaran. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Macam atok baru grab Realme 6 Pro. Hehe..
5) Murah gilerr
Lastly, rujukan ni murah giler. Hanya laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang korang memperolehi masa depan yang cerah. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Tu la sebab kenapa korang bukan saja kena dapatkan. Tetapi kena dapatkan segera rujukan KP41 ni!
Cara beli rujukan penuh
Arahan:
- Klik Rujukan Pegawai Penguatkuasa KP41.
- Scroll ke bawah dan klik button ‘Pilih Rujukan Anda’.
- Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
- Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
- Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).
Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?
Atok bukan Ketua Pengarah SPA. Jadi, atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang sdh berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.
Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 korang.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Adoi.. Dah lupa formula Matematik la tok!
Jangan risau. Dalam rujukan Pegawai Penguatkuasa KP41 ni, dia dah disediakan dgn nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula konsep-konsep matematik yang da hampir ter-delete dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.
Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2014-2022.
Tak perlu ulangkaji & study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya mahu duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni, da pilih topik yg perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂
Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?
Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 ni bukan buku fizikal (yg boleh pegang tu). Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang x perlu tunggu whatapps dari orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 55 minit (pegi ulang-alik amik barang).
Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap minit. Nak tengok barang korang da sampai area mana.
Tapi tok, saya lebih suka baca buku..
Korang yg banyak sgt ink tu, xda masalah. Boleh print eBook ni. Then binding. Menjadi la ia sebuah buku yg comel. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.
Jadi, demikianlah adanya.
Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 yang akan korang hadapi pada tahun 2022 ini.
Contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki peperiksaan!
Penutup
Buat cucu atok yang dipanggil exam online SPA utk juruteknik komputer ambilan The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU). Panggil exam sudah dikeluarkan. Pastinya contoh soalan peperiksaan Juruteknik Komputer FT19 ini akan memberi sedikit input yg berguna.
Dapat panggilan peperiksaan PSEE online pembantu juruaudit? Alhamdulillah.. Tapi tak thu nak prepare apa pula kan? Antara bahan bacaan yg sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19.
Kpd yg dipanggil ke PSEE pegawai imigresen, mohon luangkan sikit daripada masa korang yg berharga tu utk membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap berjumlah puluhan ribu. Berani sambil lewa?
Khas calon yg dipangil ke PSEE latihan separa perubatan bertaraf diploma. Dapatkan info berguna, fahami bentuk, serta contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.
Panggilan peperiksaan exam online SPA untuk Penolong Pegawai Perangkaan ambilan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun ni sudah dibuat. Jumlahnya tidak lah begitu ramai. Jadi ini satu kesempatan yg baik. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29 ni.
Sesi peperiksaan online PSEE untuk jawatan perangkawan ambilan Jabatan Perangkaan Malaysia sudah diadakan utk kali pertama. Mungkin akan ada panggilan untuk kali kedua. Mungkin? Bijak sekali andai korang bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Perangkawan E41 ni.
SPA dah keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE penolong pegawai undang-undang. Huru-hara exam sudah tamat. Tapi akan ada panggilan kali kedua. Kali ini untuk Jabatan Peguam Negara pula. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA9, atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mencari calon-calon Pereka B41 yg sesuai dan berkelayakan untuk diserap masuk. Adakah korang dipanggil utk PSEE Pereka B41? Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Pereka B41 ni.
Last but not least, kepada yang bakal menganggotai Jabatan Tanah dan Galian sebagai penolong pegawai tanah. Tolong pastikan negara kita jangan tergadai apa lagi terjual kepada pihak luar. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29.
Serius, ni baru penutup!
Jabatan Penerangan Malaysia masih sedang menantikan kehadiran calon2 pembantu penerangan yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang dah isi permohonan dalam SPA9 untuk jawatan ni, teruskan pula dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Penerangan S19 ni. Sebagai persediaan awal.
Khusus utk korang yang layak, dan semestinya sdh menerima emel panggilan ke exam PSEE online kawalan trafik udara, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni sedikit sukar daripada biasa kerana ia mengandungi 3 seksyen. Jadi perbanyakkan doa dan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 yang atok kongsi sebelum ni.
Atok dgr khabar, jumlah calon yang dipanggil untuk jawatan pembantu perikanan mcm tak beragak lagi ramainya. Malangnya, jumlah kekosongan cuma sebanyak 32 tempat (iklan SPA, Januari). Tp tu khabar angin la. Apa pun, better bersedia jg la kan. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Perikanan G19 ni.
Calon exam PSEE online gred L41 di Jabatan Peguam Negara (AGC) pun ramai bilangan yg dipanggil. Itu semestinya. Maklumlah, kekosongan jawatan yg kerajaan sediakan amat sedikit tapi orang yang perlukan kerja berlambak. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41.
Bilangan dipanggil ke exam online pembantu tadbir undang-undang boleh tahan juga ramai. Korang rasa cmna? Kalau korang ada mohon jawatan pembantu tadbir undang undang dalam portal SPA9, panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan sudah last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Undang Undang L19.
Buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pembantu syariah. Buat masa ni, panggilan kedua belum lagi keluar. Tapi atok jangkakan, tarikh sudah semakin menghampiri dari hari ke hari. Tapi pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Syariah LS19 ini akan memberi sedikit input bermanfaat sebagai bekalan awal sebelum ke exam nanti.
SPA dah keluarkan panggilan untuk Pegawai Teknologi Maklumat F41. Jika korang dipanggil memang kelam-kabut cari rujukan tu. So chill jer dan baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 ni.
OK, ni btl2 last. Sapa calon exam PSEE online penolong pegawai penerangan? Angkat phone! Dah angkat? OK skrg baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!
Assalamualaikum atok.
Untuk pengetahuan atok, saya dah 3x ke tahap temuduga namun semuanya gagal. Senarai calon simpanan pun tak dapat. Mohon atok tolong saya. 012-9614094.
Wkslm. Mcm yg selalu atok ckp dalam post2 di blog ni. Atok tak ada cara lain nak bantu kecuali berkongsi rujukan dan tips. Keja gomen ni ikut rezeki masing2.
Contohnya – salah sorang anak saudara atok ni (anak kpd kakak), selepas dia exam online 11 kali dan temmuduga 9 kali utk pelbagai jawatan di SPA. Dah hampir give up. Barulah sangkut. Sekarang dah keja gred N19 di KPM. Alhamdulilah. Jadi nasihat atok, janganlah berputus-asa. Kuatkan semangat dan yakinlah rezeki masing2 sudah ditentukan Ilahi.