Di bawah merupakan koleksi 20 contoh soalan peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Koleksi ini terdiri daripada 10 contoh soalan seksyen A (Pengetahuan Am), 10 contoh soalan seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) dan 10 contoh soalan seksyen C (Kefahaman Bahasa Inggeris).
Cuba dapatkan sendiri jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 dan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi korang.
Selain dari itu, calon juga digalakkan mendapatkan rujukan khas Kawalan Trafik Udara A41/A29 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada pada 23 Januari 2020 ini.
Semakan penjadualan peperiksaan PSEE Kawalan Trafik Udara A41 / A29
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
1) PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A41 DI PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA
TARIKH PEPERIKSAAN : 23 JANUARI 2020 (KHAMIS)
Pautan Alternatif:
http://e-semakan.spa.gov.my/ pegawai-kawalan-trafik-udara-a41
2) PENOLONG PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A29 DI PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA
TARIKH PEPERIKSAAN : 23 JANUARI 2020 (KHAMIS)
Pautan Alternatif:
http://e-semakan.spa.gov.my/ penolong-pegawai-kawalan-trafik-udara-a29
Sila layari laman web:
http://www.spa.gov.my/web/guest/ senarai-penjadualan-peperiksaan/
PERHATIAN :
” Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA! “
” Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 akan dijalankan secara serentak dengan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29. Bagi calon-calon yang layak menduduki kedua-dua peperiksaan, anda hanya perlu menduduki satu (1) peperiksaan sahaja iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41. “
” *Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 12:25 tengah hari. “
Jadual gaji Pegawai Kawalan Trafik Udara A41
Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Kawalan Trafik Udara ;
- Gaji minimum – RM2,325.00
- Gaji maksimum – RM9,637.00
- KGT – RM225.00
*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pegawai Kawalan Trafik bergred A41 layak terima.
Deskripsi Tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara A41
Apakah skop kerja atau senarai tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara A41?
Secara am, tugas seorang Pegawai Kawalan Trafik Udara adalah seperti berikut:
” Bertanggungjawab merangka dan melaksanakan tugas-tugas memberikan perkhidmatan trafik udara kepada pengguna-pengguna ruang udara Malaysia (FIR Kuala Lumpur dan FIR Kota Kinabalu) mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mengikut kuasa yang diberikan dalam Akta Penerbangan Awam Malaysia (MCAA 1969) dan Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 1996) agar sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan lancar. “
Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara A41
Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 untuk tahun 2020 sudah dikeluarkan oleh SPA.
Peperiksaan online untuk kedua-dua jawatan ini akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.
Tarikhnya ialah pada 23 Januari 2020.
Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama 2 jam 25 minit untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 10.00 pagi sampai la jam 12.25 tengah hari. Inilah hari yg paling singkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!
Senario Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41/A29
Syarat untuk menyandang jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara :
Calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).
Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 yang akan dijadualkan kemudian.
Namun agak malang, berdasarkan maklumbalas yang diterima kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal ini.
Antara sebab yang dapat dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 terutama di bahagian B.
Sebelum korang mendalami apakah jenis soalan seksyen B tu, jom lihat dahulu seimbas format exam online A41 dan A29 ni..
Format Peperiksaan Untuk Jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41/A29
Format Exam 2019/2020
Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris
Elak gejala pesawat ‘terhempas’ (sekadar metafora)
Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen C iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah memandu pesawat yang akan ‘terhempas’ semasa exam lalu mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA.
Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau teacher masuk pun, memang ‘yes’ ngan ‘no’ je la yg tahu dijawab.
Sementera, untuk seksyen B yg atok katakan tadi pula melibatkan daya menyelesaikan masalah. Masalah yang dikemukakan haruslah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai.
Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 – Pengetahuan Am
Berikut adalah beberapa contoh soalan peperiksaan online Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 yang boleh dijadikan rujukan untuk memahami bentuk soalan yang mungkin akan dikemukakan nanti.
Soalan-soalan yang dikemukakan mungkin adalah berkenaan perkara berkaitan dengan air safety, sains teknologi, ekonomi, hal ehwal semasa, politik, sosial, sukan dan lain-lain lagi.
1) Syarikat manakah yg mengeluarkan pesawat F-22 Raptor?
A. Sukhoi
B. Lockheed Martin
C. Boeing
D. Dassault
2) Siapakah orang pertama yang menggunakan pesawat berenjin?
A. Over Weight
B. Charlie Taylor
C. Orville Wright
D. Leonardo da Vinci
3) Angin apakah yang dianggap bahaya pada pesawat?
A. Awan cumulonimbus
B. Awan nano
C. Awan Cirrocumulus
D. Awan Virga
4) Dimanakah fungsi de icing yang terdapat dalam pesawat?
A. Sayap
B. Pitot
C. Badan pesawat [fuselage]
D. Tayar
5) Apa slogan Malaysian Airlines System?
A. Going Beyond Expectations
B. Now Everyone Can Fly
C. Beyond Convenience
D. Not Just Low Cost
6) Mana bukan Kod IATA?
A. ATL – Atlanta
B. SIN – Singapura
C. JNB – Johor Bharu
D. JKT –Jakarta
7) Apa terjadi kalau lagi tinggi altitude..
A. Mengalami masalah pernafasan
B. Cepat mengantuk
C. Mudah terapung
D. Pergerakan semakin pantas
8) Pesawat apakah yang tidak dibenarkan mendarat di KLIA?
A. A380
B. A330
C. Mcdonnell md-11
D. Boeing 747
9) Unit apakah yang digunakan untuk mengukur jarak antara 2 pesawat?
A. Inci
B. Meter
C. Kaki
D. Batu Nautika
10) Yang manakah pengeluar Twin Otter?
A. Boeing
B. Rolls Royce
C. McDonnell Douglas
D. ATR-42
Untuk lebih banyak contoh (dilengkapi skema jawapan lengkap) bagi seksyen A ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 berikut.
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :
- kemahiran pemikiran logik,
- kemampuan menginterpretasi data
- pemahaman konsep-konsep matematik.
Jangan menambah ‘statistik’ kegagalan peribadi lagi
Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘pening nombor’ atau ‘benci nombor’ terhadap soalan yang berkaitan angka dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan atau rumus math saja, terus rasa ‘kemalasan’ pun melanda atau dalam hati cakap ‘nyampah den’.
Kenapa tu?
Korang ada belajar kecerdasan pelbagai kan? Ala.. teori Howard Gardner tu. Calon yang mengalami simptom ini adalah dari kalangan mereka yang lebih cenderung pada kecerdasan kinestetik atau kecerdasan muzik berbanding kecerdasan logikal-matematik.
Dan padahnya ‘statistik kegagalan’ peribadi bertambah lagi (setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan).
Jika korang salah satu daripadanya, tiada jalan lain kecuali buat latih tubi yang banyak. Percayalah! Ia akan banyak membantu korang dalam exam nanti.
Pecahan Seksyen B
Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian & Logik (like IQ test la)
Di bawah beberapa contoh soalan Kawalan Trafik Udara A41/A29 – Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
1) Shafiqin dan abangnya Iskandar baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu dibeli oleh Shafiqin mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?
A) 454
B) 228
C) 452
D) 226
2) Budak yang duduk di depan kelas 5 Anggerik mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak yang duduk di belakang kelas pula mendapat kurang 250 markah daripada budak yang duduk di tengah kelas 5 Anggerik. Manakala budak yang duduk di tengah kelas pula mendapat kurang 350 markah daripada Budak yang duduk di depan kelas. Berapakah jumlah markah ketiga-tiga budak di kelas 5 Anggerik tersebut?
A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500
3) Daerah Sri Aman mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Sri Aman?
A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang
4) Ain Zahira seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Ain Zahira dalam masa 1 jam 15 minit?
A) 55
B) 50
C) 40
D) 45
5) Nurazeda ialah adik kepada Ain Zahira. Selain turut cantik seperti kakaknya, Nurazeda juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Nurazeda untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?
A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun
6) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Elias ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Encik Elias?
A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50
7) Encik Danny membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Danny dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?
A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000
8) Norhaniza baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 di Pihak Berkuasa Penerangan Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Norhaniza membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?
A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00
9) Kampit M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Kampit O. Kampit P pula lebih berat daripada Kampit O, tetapi lebih ringan daripada Kampit M. Susun kedudukan Kampit tersebut bermula dengan yang paling ringan.
A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N
10) Nilai bagi Y ialah
CAR – 54 | TRAIN – 45 360 | BOOK – 4 950 | SHIP – Y |
A) 10 368
B) 16 888
C) 21 888
D) 23 368
Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen B ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 berikut.
Atau pun,
Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2020) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 – Kefahaman Bahasa Inggeris
Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ harapan menggunung ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen C ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.
Pecahan Seksyen C
Soalan kefahaman Bahasa Inggeris diolah dalam bentuk sama ada;
a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension,
b) soalan berkaitan vocabulary; dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).
Di bawah beberapa contoh soalan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 – Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris
Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 1 – 5).
This passage is adapted from R. Smith’s “The Organic Way of Life.”
Compared to the atmosphere, soil is a place where temperature fluctuations are small and slow. Consequently, soil animals are generally intolerant to sudden temperature changes and may not function well over a very wide range. That’s why leaving bare earth exposed to the hot summer sun often slows plant growth and why many thoughtful composters either put down a thin mulch in summer or try to rapidly establish a cooling leaf canopy to shade raised beds. Except for a few microorganisms, soil animals breathe oxygen just like other living things and so are dependent on an adequate air supply. Where soil is airless due to compaction, poor drainage, or large proportions of very fine clay, soil animals are few in number.
The soil environment is generally quite moist, and even when the soil seems dry the relative humidity of soil air usually approaches 100 percent. Soil animals consequently have not developed the ability to conserve their body moisture and are speedily killed by dry conditions. When faced with desiccation they retreat deeper into the soil if there is oxygen and pore spaces large enough to move about. So we see another reason why a thin mulch that preserves surface moisture can greatly increase the beneficial population of soil animals. Some single-cell animals and roundworms are capable of surviving stress by encysting themselves, forming a little “seed” that preserves their genetic material and enough food to reactivate it, coming back to life when conditions improve. These cysts may endure long periods of severe freezing and sometimes temperatures of over 150 degree F.
Inhabitants of leaf litter reside close to the surface and so must be able to experience exposure to dryer air and light for short times without damage. These are called primary decomposers. They spend most of their time chewing on the thick reserve of moist leaves contacting the forest floor. Primary decomposers are unable to digest the entire leaf. They extract only the easily-assimilated substances from their food: proteins, sugars and other simple carbohydrates and fats. Cellulose and lignin are the two substances that make up the hard, permanent, and woody parts of plants; these materials cannot be digested by most soil animals. Interestingly, there are a few larvae whose digestive tract contains cellulose-decomposing bacteria but these larvae have little overall effect.
By the time the primary decomposers are finished, the leaves have been mechanically disintegrated and thoroughly moistened, worked over, chewed to tiny pieces and converted into minuscule bits of moist excrement still containing active digestive enzymes. Many of the bacteria and fungi that were present on the leaf surfaces have passed through this initial digestion process alive or as spores waiting and ready to activate. Digestive wastes of primary decomposers are thoroughly inoculated with microorganisms that can consume cellulose and lignin. Even though it looks broken down, it has not yet fully decomposed. It does have a water-retentive, granular structure that facilitates the presence of air and moisture throughout the mass creating perfect conditions for microbial digestion to proceed. Both secondary and primary decomposers are necessary to complete the composting process.
1) According to the passage, which of the following is true about primary decomposers?
A. Most of them are unable to digest cellulose and lignin.
B. Most have a digestive tract that contains cellulose-decomposing bacteria.
C. They can encyst themselves to protect against unfavorable weather conditions.
D. They desiccate leaves, creating mulch.
2) Which choice provides the best evidence for the answer to the previous question?
A. Paragraph 1, Sentences 1-3 (“Compared to the atmosphere…shade raised beds.”).
B. Paragraph 2, Sentences 3-5 (“When faced with desiccation…when conditions improve.”).
C. Paragraph 3, Sentences 4-6 (“Primary decomposers are…by most soil animals.”).
D. Paragraph 4, Sentences 2-4 (“Many of the bacteria…yet fully decomposed.”).
3) What can be inferred about the atmosphere as it is described in paragraph 1?
A. Its inhabitants do not require as much moisture as creatures that live in soil.
B. Changes in temperature can be abrupt.
C. It is not a habitat for primary decomposers.
D. Single-cell organisms cannot encyst in the atmosphere.
4) Which choice provides the best evidence for the answer to the previous question?
A. Paragraph 1, Sentences 1–2 (“Compared to the atmosphere…a very wide range.”).
B. Paragraph 1, Sentence 3 (“That’s why leaving…shade raised beds.”).
C. Paragraph 1, Sentence 4 (“Except for a few…adequate air supply.”).
D. Paragraph 1, Sentence 5 (“Where soil is…are few in number.”).
5) As used in paragraph 2, the word “encysting” most nearly means
A. encroaching.
B. embellishing.
C. encrusting.
D. enclosing.
6) Please read the following sentence.
Once Bonie lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy..
What will the ending be?
A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Bonie lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.
7) Merlisa has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.
Which of the following is true?
A) Merlisa has three animals in total.
B) Merlisa has more cats than dogs.
C) One of Merlisa’s cats is black.
D) All of Merlisa’s dogs have spots.
8) Where ______________ Maryam live?
A. are
B. is
C. do
D. does
9) Jonathan ____________ English, Mandarin and a bit of Arabic.
A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking
10) I have only a __________ Hari Raya cards left to write.
A. few
B. fewer
C. less
D. little
Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?
Untuk lebih banyak contoh soalan peperiksaan Kawalan Trafik Udara A41/A29 ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 ini.
Atau pun,
Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.
Rujukan Kawalan Trafik Udara A41/A29
Untuk sesi 2020, rujukan penuh kali ini telah diperhalusi dan dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.
Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?
- Murah giler (smartphone korang harga beribu kot)
- Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
- Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
- Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih).
- Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)
Cara beli rujukan penuh
Arahan:
- Klik Rujukan Kawalan Trafik Udara A41/A29.
- Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
- Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
- Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
- Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).
Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?
Atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang sdh berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.
Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 korang.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Adoi.. Dah lupa formula Matematik la tok!
Jangan risau. Dalam rujukan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula konsep-konsep matematik yang da hampir terpadam dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.
Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2014-2019.
Tak perlu ulangkaji & study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya mahu duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni, da pilih topik yg perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂
Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?
Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 dan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang x perlu tunggu whatapps dari orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 55 minit (pegi ulang-alik amik barang).
Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap minit. Nak tengok barang korang da sampai area mana.
Tapi tok, saya lebih suka baca buku..
Korang yg banyak sgt ink tu, xda masalah. Boleh print eBook ni. Then binding. Menjadi la ia sebuauh buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.
Jadi, demikianlah adanya.
Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 dan Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 yang akan korang hadapi pada 23 Januari 2020 ini.
Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki peperiksaan!
Penutup
Utk korang yang layak, dan semestinya sdh menerima emel panggilan ke exam PSEE online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni sedikit sukar daripada biasa. Jadi perbanyakkan doa dan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.
Dgr khabar, jumlah calon yang dipanggil untuk pembantu awam tak beragak ramai lagi. Tp tu khabar angin la. Apa pun, better bersedia jg. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.
Calon exam PSEE online pembantu pembangunan masyarakat pun ramai bilangan yg dipanggil. Itu semestinya. Maklumlah, kekosongan jawatan yg kerajaan sediakan amat sedikit tapi orang yang perlukan kerja berlambak. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.
Bilangan dipanggil utk exam online pembantu pendaftaran amat-amat ramai. Dan itu baru calon Sabah dan Sarawak Belum masuk calon Semenanjung lagi. Korang rasa? Kalau korang ada mohon jawatan pembantu pendaftaran dalam portal SPA8i, panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan sudah last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.
Buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pembantu penguasa kastam. Buat masa ni, panggilan belum keluar. Tapi tarikh yang dijangkakan semakin hari semakin dekat. Tapi pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input bermanfaat sebagai bekalan awal sebelum ke exam nanti.
Jawatan penghantar notis mencatatkan antara panggilan exam PSEE yang wajib dibuat setiap tahun. Boleh la dikatakan antara salah satu daripada jawatan yang cukup popular di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11.
Tk lupa juga kepada calon exam PSEE online atendan hospital ambilan under Ministry of Health Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.
Last but not least, buat cucu atok yg dipanggil exam online SPA utk juruteknik komputer ambilan The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU). Panggil exam belum dibuat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Juruteknik Komputer FT19 ini akan memberi sedikit input berguna.
Serius, ni baru penutup!
Dapat panggilan peperiksaan PSEE online pembantu juruaudit? Alhamdulillah.. Tapi X thu nak prepare apa pula kan? Antara bahan bacaan yg sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19.
Kepada yg dipanggil ke PSEE pegawai imigresen, sila luangkan sikit daripada masa korang yg berharga tu utk membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap berjumlah puluhan ribu. Berani ambil mudah?
Khusus calon yg dipangil ke exam online latihan separa perubatan bertaraf diploma. Dapatkan info berguna, fahami bentuk, serta contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini. Jangan ambil mudah PSEE tu. Jangan sekali-kali.
Panggilan peperiksaan PSEE online SPA untuk Penolong Pegawai Perangkaan ambilan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun ni sudah dibuat. Jumlahnya tidak lah begitu ramai. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29 ni.
Sesi peperiksaan online PSEE untuk perangkawan juga utk Jabatan Perangkaan Malaysia akan dijalankan lagi beberapa hari. Jumlahnya lagi sedikit daripada E29. Memang peluang baik. Bijak sekali andai korang bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Perangkawan E41 ni.
Anytime, SPA akan keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE penolong pegawai undang-undang. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA8i, atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29.
Kepada yang bakal menganggotai Jabatan Tanah dan Galian sebagai penolong pegawai tanah. Panggilan exam sudah keluar beberapa hari lepas. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29.
OK, ni btl2 last, Jabatan Penerangan Malaysia masih sedang menantikan kehadiran calon2 pembantu penerangan yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang dah isi permohonan dalam SPA8i untuk jawatan ni, teruskan pula dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Penerangan S19 ni. Sebagai persediaan awal.
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!