Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Dpt emel panggilan ke exam online PSEE Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 pada kali ni? Dah prepare? Klu belum, nasib baik kerana di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan pada tahun 2021 ini. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 yang diberikan di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 KKM

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada pada tahun ini.

Nota Penting: Bagi yang dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 (calon Semenanjung) ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 14 Januari 2024 – 26 Januari 2024 ini. Sebelum hadir, sila buat persediaan penuh dahulu, baca contoh soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ini.

Kepada korang yg dapat panggilan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 (calon Semenanjung) untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada kali ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11.

Permohonan jawatan kosong Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Sekiranya korang berminat mengisi jawatan kosong Pembantu Perawatan Kesihatan U11 secara rasmi di di pelbagai Kementerian Kesihatan Malaysia, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan U11 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Tempoh luput permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan bagi jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 di portal SPA8i setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan penjadualan peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11 DI PELBAGAI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (SEMENANJUNG DAN SARAWAK)

TARIKH PEPERIKSAAN : 28 JUN 2021

MASA PEPERIKSAAN : 2:30 PETANG – 3:10 PETANG

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/pembantu-perawatan-kesihatan-u11/

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 2:30 petang – 3:10 petang.

Jadual gaji Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ;

Gaji minimum RM 1,216.00
Gaji maksimum RM 2,983.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 80.00
Jadual Gaji Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan bergred U11 layak terima.

Deskripsi tugas Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Apakah skop kerja atau senarai tugas Atendan Hospital atau Pembantu Perawatan Kesihatan U11?

Secara am, tugas seorang Attendan Hospital adalah seperti berikut:

” Bertanggungjawab menyampaikan surat atau dokumen undang-undang (saman, waran, perintah, kaedah/aturan, notis atau apa-apa juga proses mandatori sama ada sivil atau jenayah) kepada satu pihak yang lain secara serahan tangan atau menampal di tempat awam serta menyediakan bukti penyampaian dokumen yang telah diserahkan. “

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf serta lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,216.00)

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (minimum Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf.

Exam Online Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Perawatan Kesihatan U11 untuk tahun 2021 baru sahaja dikeluarkan oleh SPA.

Exam online Pembantu Perawatan Kesihatan U11 akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya ialah pada 28 Jun 2021. Jatuh pada hari Isnin depan.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama seetengah jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 2:30 petang hingga 3:10 petang. Inilah tempoh petang paling singkat dalam hidup korang yang akan menentukan masa hadapan!

Senario Peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Syarat untuk menyandang jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal.

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Pembantu Perawatan Kesihatan U11 terutama di bahagian A.

Format Peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan

Format Peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 sesi 2020/2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 untuk sesi 2020 berbeza dengan format 2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Seperti yang korang pun sedia maklum, sebelum ni peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 mengandungi satu seksyen yakni Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah.

Utk kali ini (2021) Seksyen A telah ditukar kepada Penilaian Psikologi Organisasi. Rujukan utk jenis penilaian ini belum pernah atok dan Tim InfoKerjaya keluarkan.

Perincian seksyen ini atok terangkan di bawah.

Elak ‘terlanggar troli ubat’

Cumanya, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada pecahan ‘interpretasi data’ dan pecahan ‘konsep math’ . Inilah dua pecahan dalam seksyen A yang membuat ramai calon Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ‘terlanggar troli ubat’ lalu gagal dalam keputusan peperiksaan online SPA.

Nasihat atok, untuk seksyen A ini, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi konsep matematik turut diperlukan dalam mencari kaedah penyelesaian.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Pendekatan Menjawab Soalan Peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan sampai ‘air mata mengalir macam air paip’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘loya dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus rasa nak pitam dan padahnya ‘air mata mengalir macam air paip‘ banyaknya setelah result exam SPA keluar.

Namun begitu, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Pecahan Seksyen A

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian & Logik (IQ test)

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Daerah Pitas mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Kota Pitas?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

2) Budak lelaki berbaju biru dan berseluar jeans hitam mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak lelaki berbaju merah hati berseluar jeans biru pula mendapat kurang 250 markah daripada Budak lelaki berbaju hijau lembut. Manakala Budak lelaki berbaju hijau lembut muda mendapat kurang 350 markah daripada Budak lelaki berbaju biru dan berseluar jeans hitam. Berapakah jumlah markah ketiga-tiga budak lelaki tersebut?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

3) Elih dan abangnya Japli baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Elih mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

4) Kristina seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Kristina dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5) Xandra ialah adik kepada Kristina. Selain turut cantik seperti kakaknya, Xandra juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Xandra untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

6) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Rameshan ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Rameshan?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

7) Encik Hendry membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Hendry dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

8) Bala Krishnan baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Attendan Hospital U11 di KKM. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Bala Krishnan membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

9) 27 batang pensil daripada jumlah 156 kotak pensil didapati rosak. Jumlah pensil yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensil. Berapakah jumlah semua pensil tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

10) 257 orang ahli Kelab Kereta Toyota Vios membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan dewan. Berapakah baki wang yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

11) Satu guni Beras Wangi Cap Labu dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ah Hong dan Ah Kam masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Ah Hong mendapat 43.75kg?

A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg

12) Kuboid M lebih ringan daripada Kuboid N tetapi lebih berat daripada Kuboid O. Kubus P pula lebih berat daripada Kuboid O, tetapi lebih ringan daripada Kuboid M. Susun kedudukan kuboid-kuboid tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

13) Harga sebuah kereta Innova terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga Innova itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga Innova terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

14) Harga sebuah apartment 3 bilik tidur dan 2 bilik air di Kuching ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga apartment tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%

15) Sejumlah 16250 keping jubin berwarna kuning dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu A dan ruang tamu B. Berapakah bilangan jubin kuning bagi ruang tamu B?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

Untuk lebih banyak contoh soalan (dan skema jawapan & jalan kira lengkap) bagi seksyen A Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 berikut.

Info terkini: Seksyen A telah ditukar kepada Penilaian Psikologi Organisasi. Rujukan utk jenis penilaian ini, belum pernah atok dan Tim InfoKerjaya keluarkan. Rujukan Daya Menyelesaikan Masalah di bawah tidak sesuai digunakan kali ini.

Namun, oleh kerana ramai yg bertanya ada tak rujukan dalam simpanan atok yg boleh dipakai utk exam U11 kali ni. Atok jawab: Mungkin rujukan yg paling hampir dengan format Penilaian Psikologi Organisasi U11 ialah contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ini. Ia tidak 100% tepat. Tapi boleh la dibelasah daripada langsung tak baca apa-apa.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Kementerian Kesihatan Malaysia

Atau pun,

Baca post satu lagi yang khas membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia pasti menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen A ini.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Untuk sesi 2021, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?

  1. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)
  2. Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
  3. Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
  4. Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih).
  5. Murah giler (smartphone korang harga ribu kot)

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Pembantu Perawatan Kesihatan U11.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Pilih Rujukan Anda’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih ‘Basic B Sahaja’ (yg kaler hijau tu).
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling mustahak, korang da berusaha dangan gigih.

Rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah lupa formula Matematik la tok..

Jangan risau. Dalam rujukan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ni, dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula formula-formula matematik yang da hampir terpadam dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2019.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nak duduk SPM pon. Nak tau apa yg paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 13 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga x perlu bz sgt, semak tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Then binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 yang akan korang hadapi pada tahun ini.

Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Tidak lupa juga kepada calon exam PSEE SPA penolong pegawai tadbir ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Buat cucu atok yang dipanggil peperiksaan PSEE online penolong pegawai pembangunan masyarakat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini akan memberi sedikit input yg berguna.

Dapat panggilan peperiksaan online SPA pembantu tadbir P/O? Tak tahu nak prepare apa? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.

Korang tahukan, exam online PSEE SPA pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Jadi, kepada yang dipanggil PSEE pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

APMM melalui SPA kini membuka pengambilan keanggotaan baharu kepada calon-calon yang layak dan berminat untuk menyertai mereka. Jika korang dah dapat emel panggilan PSEE bagi jawatan KP29 ni, bolehlah baca info penting mengenai contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29.

Jabatan Kerja Raya dijangka akan membuat pengambilan untuk jawatan Penolong Pegawai Senibina JA29. Klu korang ada mohon jawatan ni dlm SPA9, persiapan awal harus dilakukan. Baca beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Senibina JA29 ini.

Jabatan Penjara Malaysia sudah memaklumkan SPA untuk membuat pengambilan jawatan Penguasa Penjara KA41 dalam masa terdekat ini. Sebaik PKP berakhir, kemungkinan panggilan akan dibuat. Buat persediaan dengan mengetahui beberapa contoh soalan peperiksaan Penguasa Penjara KA41.

Last but not least, exam online PSEE SPA yg terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.

Serius, ni baru penutup!

Sesi exam online PSEE SPA untuk pegawai bomba akan dijalankan bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ni.

Pada bila-bila masa, SPA akan keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE SPA Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam SPA8i atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.

Kepada buat yang bakal menganggotai SPRM sebagai penolong pegawai siasatan. Atok ada sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg cukup baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasaan P29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi SPRM nanti k..

Kementerian Kerja Raya Malaysia dan KKMM sedang menantikan calon-calon pembantu kemahiran yang akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang sudah menerima emel panggilan peperiksaan online SPA untuk jawatan ni, suka atok cadangkan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke peperiksaan online PSEE SPA penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

Calon untuk peperiksaan online PSEE SPA pembantu pembangunan masyarakat adalah tinggi bilangannya. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Kalau korang ada mohon jawatan pembantu pendaftaran dalam SPA8i, panggilan PSEE boleh jadi akan dikeluarkan oleh SPA pada bila-bila masa saja. Jangan da last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.

Buat cucu atok yang dipanggil peperiksaan online PSEE SPA pembantu penguasa kastam. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input berguna.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

30 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11”

  1. Assalammualaikum, saya Aziera, saya dah beli soalan daya selesai kan masalah, tetapi saya lupa kata laluan untuk me login masuk di pdf tu, Semoga Tuan dapat membantu masalah saya ini Terima kasih

    Reply
  2. Assalamualaikum, saya dapat tawaran pembantu tadbir dan pembantu perawatan, kena ambik 2 rujukan ke? Ataupun dekat dalam 1 buku dah memang siap ada untuk semua rujukan?

    Reply
    • Wkslm Yaaa,

      Utk HUKM kan?

      Sebetulnya rujukan ni ditulis khas utk calon exam SPA.

      Tapi memandangkan tiada rujukan khusus utk exam HUKM, jadi bagi yg ada bajet lebih tu. Boleh pakai juga la.

      Exam PT N19 dan PPK U11 ni berlainan skop. Jadi soalan berbeza.

      Oleh itu, kena guna rujukan berbeza. Atau pilih salah satu jer.

      Reply
  3. Hi.saya ada minta kerja pembantu perawatan gred u11 ..mcm mana boleh guna buku ni utk rujukan waktu exam atau temuduga nnti

    Reply
    • Haii..

      Bahan rujukan ni boleh digunakan sebagai bahan ulangkaji sebelum hadir ke exam online U11. Tak tepat 100% tapi sekurang-kurangnya ada benda nak baca. Daripada hadir exam tanpa apa-apa..

      Reply
  4. Hii
    Saya ada terima tawaran untuk exam online pembantu perawatan kesihatan gred u11 pada 3 /6/2021 ni . Bagaimna ka saya mendapatkan rujukan untuk ujian penilaian psikologi organisasi ?

    Reply
    • Hai Dexter,

      Rujukan penilaian psikologi organisasi U11 masih belum dikeluarkan lagi. Bila da ada nanti, atok akan bagitau dlm blog ni ya. Terima kasih.

      Reply
    • Salam Atikah,

      Atok dan team tgh buat perbincangan lagi. Seksyen penilaian psikologi organisasi U11 ni seksyen baru. Blm pernah disoal dlm PSEE sebelum ini. So, apa2 keputusan atok akan update dlm blog ni k. Tunggu tau..

      Reply
  5. Assalamualaikum hye atok🙋‍♀️
    Sy dapat offer utk exam online pembantu perawatan kesihatan gred u11 pada 3/6 ni,mcam mana ye contoh soalan mengenai tajuk (penilaian psikologi organisasi) harap atok dapat membantu sy terima kasih😅 sy nervous nii

    Reply
    • Wkslam. Hye Norsyazwani..

      Atok dan Tim Infokerjaya memohon berbanyak kemaafan. Kami belum berkesempatan membuat dan menggubal rujukan contoh soalan penilaian psikologi organisasi. Atok cuma mampu doakan yg terbaik saja utk Syazwani..

      Reply
    • Wkslam. Hye Mazlina..

      Atok dan Tim Infokerjaya minta maaf. Kami belum berkesempatan membuat dan menggubal rujukan contoh soalan penilaian psikologi organisasi U11.

      Rujukan psikometrik yg kami ada tu, atok tak berani cadangkan. Takut2 ia tak sama.

      Apa pun atok doakan yg terbaik Mazlina..

      Reply
    • Wkslm Syafeqa,

      Atok takda rujukan yg sesuai utk penilaian psikologi organisasi U11. Mohon maaf ya.

      eBook daya menyelesaikan masalah dlm post di atas tidak sesuai utk dijadikan rujukan utk exam U11 kali ini.

      Reply
    • Salam Nurul,

      Atok selalu doakan korang semua. Moga berjaya dunia dan akhirat.

      Tapi, exam U11 bukan ditangguhkan ker klu tak silap atok? Ada pengumuman SPA kan?

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!