Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1

Korang dapat panggilan SPA ke ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U1 pada Bulan Mei 2026 ini? Di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 yang boleh dijadikan latihan calon ujian. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 yang disediakan di bawah.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 KKM

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 yang disarankan di bawah. Untuk dijadikan bahan latih tubi sebagai persediaan ujian psikometrik pada tahun ini.

Nota Penting: Bagi korang yang dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 (calon Semenanjung) ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1 Feb 2026 – 13 Feb 2026 ini. Sebelum hadir, sila buat persediaan penuh dahulu, baca contoh soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1 ini.

Oppss.. sebelum itu, jika korang sampai ke sini tanpa sengaja. Sedangkan apa yang korang cari sebenarnya adalah contoh soalan exam online PSEE U1. Terus ke post sebenar mengenai contoh soalan peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U1 ini.

Bagi yang memang akan duduk ujian psikometrik U1. Sila teruskan bacaan di bawah..

Pengambilan Pembantu Perawatan Kesihatan 2026

Berita baik! KKM telah membuka pengambilan PPK Gred U1 untuk tahun 2026 di seluruh negara. Permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.

Calon yang berjaya akan ditempatkan di hospital, klinik kesihatan dan fasiliti KKM mengikut keperluan semasa.

  • Tarikh tutup permohonan: 7 Ogos 2025, Hari Khamis, Jam11.59 malam.
  • Jenis jawatan: Tetap / Kontrak (bergantung kepada penempatan)
  • Penempatan: Seluruh Malaysia

Berikut adalah iklan yang dikeluarkan oleh pihak SPA pada 01 Ogos 2025 lalu:

Iklan Pengambilan Pembantu Perawatan Kesihatan 2025

Berdasarkan iklan ini, jumlah kekosongan jawatan embantu Perawatan Kesihatan untuk tahun 2026 ialah seramai 2 404 tempat. Dan calon simpanan sebanyak 3 500.

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang teramat tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini!

Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1

MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

  • PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U1(SARAWAK)
    (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [ Tarikh PSEE: Belum Diumumkan]
  • PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U1 (SABAH)
    (KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [ Tarikh PSEE: Belum Diumumkan]

Pautan Semakan :

https://spa.gov.my/perkhidmatan/semakan-online/semakan-penjadualan/senarai-penjadualan-penilaian-psee

Apa itu Psikometrik?

Psikometrik adalah satu cabang kajian berkaitan dengan teori, amali dan teknik pengukuran psikologi manusia. Lebih tepat lagi, psikometrik adalah bidang berkaitan dengan kaedah pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan.

Psikometrik bernombor pula digunakan untuk mengukur dan menilai keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Psikometrik bernombor mengandungi set soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.

Pada masa ini, ujian psikometrik diaplikasikan secara meluas oleh institusi dan sektor awam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Sebagai sebahagian daripada instrumen saringan untuk menapis kemasukan anggota baharu ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan.

Apa itu Ujian psikometrik SPA?

Dalam konteks negara kita, psikometrik dijadikan salah satu daripada tapisan untuk mengasingkan calon-calon yang sesuai untuk satu-satu jawatan dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti. Sebelum individu tersebut layak dan diperakukan sesuai, menyandang jawatan dalam sektor awam di Malaysia.

Kalau korang mengikuti perkembangan ujian psikomerik ini dari mula, akan didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yang lama iaitu kertas Sahsiah dan Minat. Inilah nama asal kepada ujian psikometrik (semasa era ujian SPA masih lagi dijalankan secara bertulis dan berpusat). Atok suka untuk berikan korang info ini untuk menjelaskan kekeliruan korang.

Faktor Kesukaran Ujian Psikometrik

Kertas sahsiah diri dan minat (format tahun 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan yang diajukan berkaitan dengan tekanan. Di mana calon dihimpit dengan kekangan masa (yang amat singkat). Masa yang diperuntukkan adalah pendek bagi menjawab soalan yang banyak. Ini akan memaksa mengeluarkan apa yang ada dalam diri setiap calon.

Calon-calon dikehendaki menjawab (tanpa sempat berfikir lebih mendalam) item-item (yang telah disusun rapi) bertujuan mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Format Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1

Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 adalah tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.

Aneka pilihan yang macamana?

Calon berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan yang menguji keyakinan korang.

  • (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah),
  • (Setuju atau Tidak Setuju atau Tidak Pasti);

ataupun

Calon berkemungkinan diberi 4 atau 5 pilihan jawapan sebagai refleksi keyakinan korang dalam membuat pilihan.

  • (Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang),
  • (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)

Selain soalan jenis psikologi di atas, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning’. Apa Numeric? Bagi yang belum tahu, sila baca dahulu post lepas yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA yg menerangkan jenis soalan ini sejelasnya.

Ini hanyalah ringkasan format psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih jelas dan terperinci dalam rujukan yang dicadangkan di bawah.

Tips lulus Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1

Tips utama untuk menjawab dengan baik ujian ini ialah :

Jangan berlakon jadi orang lain semasa menjawab item-item. Jadi diri sendiri.

Sedaya upaya keluarkan kualiti paling baik dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak. 😉

Harus diingat, soalan psikometrik SPA sudah digubal dan disusun sedemikian rupa untuk menapis perkara-perkara negatif dalam diri korang (termasuk penipuan).

27 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1

1) Saya tiada masa untuk mencampuri urusan kawan-kawan.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

2) Saya gemar meminjam duit daripada rakan-rakan.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

3) Sungguh pun membincangkan sesuatu hal yang boleh dikatakan mustahak, saya masih boleh bergurau-senda.

a. YA
b. TIDAK

4) Saya kurang suka menerima hadiah berbentuk wang. Berbanding ucapan semasa menyambut ulang tahun saya.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

5) Pepatah ‘biar putih tulang, jangan putih mata’ sudah tidak releven pada masa ini.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

6) Saya berasa malas apabila diarahkan oleh pensyarah untuk menyiapakan tugasan yang banyak.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

7) Saya mengemas katil dan tempat tidur.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

8) Saya akan berhempas-pulas berusaha membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada sepanjang waktu.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9) Saya tidak suka berkawan dengan orang yang pengotor.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

10) Sains adalah subjek kegemaran saya.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

11) Apabila berbincang dengan sesiapa pun, saya berasa kurang perlu memandang tepat ke wajahnya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

12) Kalau boleh saya cuba mengelak berbaris di ATM untuk mengambil wang.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

13) Apabila ada insan yang mencurigakan, saya tidak kisah, asalkan dia tidak mengganggu privasi saya.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

14) Idea saya tidak banyak, apa yang lebih sukar ialah mengeluarkan idea-idea itu dari kepala.

a. YA
b. TIDAK

15) Apabila ruang dan peluang baik sudah muncul di depan mata, kita masih perlu lagi berusaha gigih.

a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti

16) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan, adalah perkara membimbangkan saya.

a. betul
b. agak betul
c. tidak betul

17) Dalam kerja secara berpasukan di universiti, saya lebih suka menjadi ahli yang membentangkan hasil perbincangan.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

18) Saya paling tidak gemar meminta pertolongan dalam menyiapkan sesuatu, walaupun ia menyusahkan saya nanti.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

19) Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab alam sekitar.

A. Ya
B. Tidak

20) Saya selalu datang lambat ke sekolah.

A. Ya
B. Tidak

21) Saya suka menonton rancangan berunsur kesihatan.

A. Ya
B. Tidak

22) Saya tetap memandu dengan perlahan walaupun kesuntukan masa.

A. Ya
B. Tidak

23) Biarpun menghadapi situasi menakutkan, saya mesti bersikap tenang.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

24) Walau di mana saya berada, saya tetap mudah menyesuaikan diri dengan keadaan. dan situasi

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

25) Saya mesti membalas semula budi sahabat saya apabila dia membantu saya.

A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti

26) Saya takut apabila melihat darah yang banyak.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

27) Saya mungkin pitam ketika melihat kecederaan yang teruk.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

Demikianlah beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.

Jika korang mahu lebih banyak contoh soalan yang dilengkapi dengan skema jawapan padu. Segera dapatkan rujukan di bawah.

Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah)

Dah bersedia untuk ujian psikometrik bagi jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U1? Rujukan persediaan yang paling tepat untuk ujian psikometrik ini adalah:

Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah)

Atau pun,

Bagi korang yang ada bajet lebih dan nak kan rujukan yang lebih premium. Boleh dapatkan Rujukan Ujian Psikometrik (Kemasukan Perkhidmatan Awam) ini. Cukup lengkap dan amat memudahkan persiapan korang!

Kedua-dua rujukan ujian psikometrik yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1).

Selain itu,

Korang juga boleh baca penerangan yg super detil mengenai ujian psikometrik di ujian psikometrik SPA – kemasukan perkhidmatan awam.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada 8 sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan panduan lulus ujian psikometrik SPA ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) Korang jadi insan mulia

Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan ujian psikometrik SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan ujian psikometrik ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Korang dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan ujian psikometrik ini ditulis oleh AtokPencen.com. Siapakah beliau?

AtokPencen.com merupakan penulis rujukan ujian psikometrik dan temuduga yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau telah menghasilkan puluhan eBook rujukan kerjaya untuk pelbagai jenis jawatan.

Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel. Selain itu, beliau pernah menjadi ahli lembaga pemilihan tender pembekalan. Maksudnya menemuduga dan memilih syarikat untuk kesesuaian harga dan bahan. Jadi Atokpencen.com ni memang bukan calang-calang orang!

Korang rasa?

4) Lebih masa main League of Legends

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan ujian psikometrik SPA ni (sesuai dimanfaatkan oleh calon ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1). Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

5) Guna pengalaman 18 tahun kami sepenuhnya

Panduan lulus psikometrik SPA dan skema jawapan yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar ujian psikometrik kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan ujian psikometrik yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 18 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan ujian psikometrik SPA.

6) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan ujian psikometrik dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan ujian psikometrik tu yang naik masa ujian nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah) ni murah giler. Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya.

Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan panduan lulus ujian psikometrik SPA ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan soalan ujian psikometrik kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

eBook akan dihantar melalui emel kepada korang.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Klu payment korang tiada masalah, kurang daripada 12 jam (maksimum) sudah boleh dapat. Biasanya lebih cepat daripada itu!

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang patut miliki segera panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan ujian psikometrik ini.

Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Tapi tok..

Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus psikometrik SPA?

Kalau nak, kena usaha lebih sikit la. Guna rujukan ni, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang telah disediakan.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 yang akan korang hadapi pada tahun ini.

Namun, harus diingat. Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian psikometrik!

Penutup

Tahun ini menyaksikan pengambilan Pembantu Perawatan Kesihatan 2026 dibuat secara besar-besaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara.

Korang dah ready untuk duduk ujian psikometrik penolong pegawai pertahanan awam? Kalau belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP5.

Bagi yang dipanggil ke ujian psikometrik untuk jawatan penolong pegawai penguatkuasa, tolong baca contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP5 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.

Panggilan ujian psikometrik penolong pegawai seni bina baru sahaja dikeluarkan SPA. Sudah bersedia? Kalau sudah, usha lebih sikit juga contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA5 ni. Memang baek punya!

SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai ujian psikometrik untuk jawatan pemandu kenderaan di portal rasmi mereka. Kepada yang dipanggil, molek sungguh kalau korang dapat baca contoh soalan psikometrik Pemandu Kenderaan H11 ni.

Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan melalui ujian psikometrik kepada calon pegawai perkhidmatan pendidikan. Jika korang salah sorang yang dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9.

Last but not least, awek-awek juruawat yg comel2 tu tengah kelam-kabut sekarang ni cari rujukan psikometrik. Kalau korang salah sorang daripadanya, relaks jer dan baca contoh soalan psikometrik Jururawat U9.

Ini baru la penutup

OK, ni btl2 last. Selain tujuh jawatan di atas, ada empat lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan rujukan korang.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!

6 thoughts on “Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1”

    • Salam Athira,

      Atok takda rujukan yg sesuai utk penilaian psikologi organisasi U11. Mohon maaf ya.

      eBook daya menyelesaikan masalah di atas tidak sesuai utk dijadikan rujukan utk exam U11 kali ini.

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!