Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Korang dipanggil PSEE Pegawai Khidmat Pelanggan N19 (calon Sabah dan Sarawak) utk ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 19 Ogos 2021 ni? Sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare dan tengah cari-cari contoh soalan peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 yg bagus?

contoh soalan peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Gagal Peperiksaan online Pegawai Khidmat Pelanggan N19 akan ‘mematikan’ peluang korang untuk dipanggil ke stage temuduga dan seterusnya. Gagal peperiksaan ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi Abang staff kerajaan yang kacak lagi bergaya. Gagal peperiksaan ini juga semestinya ‘memadamkan’ impian korang untuk menjadi anak yang soleh dan solehah yg menjadi permata keluarga – yg byk berbakti. Dan gagal peperiksaan ini sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat korang untuk menjadi nama anak yg menjadi’sebutan’ dan kebanggaan mak di hadapan kawan-kawannya.

Nota Penting: Untuk korang yang berjaya dipanggil ke sesi temuduga Pegawai Khidmat Pelanggan N19 (calon Semenanjung) untuk ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia yg telah ditetapkan pada 13 Mei 2024 – 17 Mei 2024 ini. Korang boleh dapatkan bahan persediaan temuduga di contoh soalan temuduga Pegawai Khidmat Pelanggan N19.

Sebelum itu, bagi korang yang terlibat dengan ujian psikometrik Pegawai Khidmat Pelanggan N19 untuk ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam pada kali ini. Korang digalakkan untuk mendapatkan bahan ulangkaji dan persediaan temuduga di contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Khidmat Pelanggan N19.

Bertuahnya, kerana di bawah merupakan koleksi 20 contoh soalan peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Koleksi ini terdiri daripada 10 contoh soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan 10 contoh soalan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Cuba dapatkan sendiri jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi korang.

Lagi menambah tuahnya korang, kerana boleh dapatkan rujukan eXtra Peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada tahun 2021 ini.

Permohonan jawatan kosong Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan N19 secara rasmi di Kementerian Kesihatan Malaysia dan di pelbagai kementerian / jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA8 di Portal SPA8i. Permohonan jawatan sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan N19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Tempoh luput permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon adalah dikehendaki mengemaskini semula permohonan masing-masing di portal SPA8i setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan penjadualan peperiksaan PSEE Pegawai Khidmat Pelanggan N19

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N19 DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (SABAH / SARAWAK)

TARIKH PEPERIKSAAN : 19 OGOS 2021 (KHAMIS)

MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI – 11:00 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/pegawai-khidmat-pelanggan-n19-sabah-sarawak

Sila layari laman web:

https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/peperiksaan-pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan-kecergasan

PERHATIAN :

” Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA! “

” Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi – 11:00 pagi. “

Jadual gaji Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Khidmat Pelanggan ;

Gaji minimum – RM1,352.00

Gaji maksimum – RM4,003.00

Kenaikan Gaji – RM100.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan bergred N19 layak terima.

Deskripsi Tugas Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pegawai Khidmat Pelanggan N19?

Secara am, tugas seorang Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 adalah seperti berikut:

” Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon, melayani pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi, membantu pelanggan/tetamu yang berurusan dengan jabatan sehingga isu berbangkit selesai. Merekod dan memantau aduan perkhidmatan sehingga selesai dan memaklumkan kepada pelanggan/tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan/tetamu. “

Nota* – Walaubagaimanapun, tugas hakiki seorang Pegawai Khidmat Pelanggan adalah tertakluk kepada kementerian / jabatan yg akan korang ditempatkan.

Syarat lantikan dan kelayakan Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan;

Dan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

Serta

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf.

Peperiksaan Online Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Khidmat Pelanggan N19 untuk tahun 2021 sudah dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online untuk jawatan ini akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya ialah pada 19 Ogos 2021. Hari Khamis yg akan datang.

Seperti selalu, semua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama satu jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 10:00 pagi sampai lah 11:00 pagi. Inilah petang tersingkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Sebagai persediaan awal, beberapa perkara berikut perlulah diketahui.

Syarat untuk menyandang jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 :

Calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga ke jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun agak malang, berdasarkan maklumbalas yang diterima kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal ini.

Antara sebab yang dapat dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Pegawai Khidmat Pelanggan N19 terutama di bahagian B.

Format Peperiksaan Untuk Jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Format Peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 sesi 2021 berbeza dengan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 untuk sesi 2017/2018 berlainan dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah melakukan perubahan drastik untuk format sesi exam ini. Tambah-tambah lagi lepas musim PKP ni. New Normal la katakan..

Format 2017/2018 vs Format 2020/2021

Format Pegawai Khidmat Pelanggan N19 – 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pegawai Khidmat Pelanggan N19 – 2020/2021

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. macam sama je tok?

Yup, nampak macam sama. Tapi, rupa-rupanya tdk serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI kalau korang perasan, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM telah ditiadakan dan digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 sesi peperiksaan tahun 2018 dan ke bawah, memang korang akan bazir masa dan ke laut la jawabnya.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak tersilap ‘jawab panggilan telefon’ (sekadar metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah – tersilap ‘menjawab panggilan telefon jabatan’ semasa exam. Cuma kali ini bukan dimarahi oleh ketua jabatan, tetapi – mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA!

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau teacher masuk pun, memang ‘yes’ ngan ‘no’ je la yg tahu dijawab.

Sementera, untuk seksyen A pula melibatkan daya menyelesaikan masalah. Masalah yang dikemukakan haruslah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai.

Ada Satu Masa’ela

Sebelum kita ke contoh soalan peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19, atok nak kongsi satu masalah.

Boleh dikatakan setiap minggu, akan ada saja yg bertanya soalan ini kepada atok:

Salam Atok, adakah markah akan dikira kalau tak sempat jawab habis semua soalan?

Jawapannya:

Yup.. Markah tetap akan dikira. Cuma peluang untuk lulus adalah rendah!

Kenapa korang nak rendahkan peluang utk lulus? Sudah tentu bukan saja-saja kan..

Situasinya begini:

” Ada sorang budak (calon exam la). Budak ni baik dan taat kepada raja dan negara. Haha.. Dia sedang menjawab soalan berkaitan diskaun di seksyen A peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19. Dia pun mengira untuk mendapatkan jawapan. Sambil membuat kira-kira tu, dia cuba mengingat formula diskaun. Masa terus berlalu. Soalan seterusnya mengenai halaju. Rumus halaju pun dia dah tak berapa nak ingat. Aahh.. sudah. Akhirnya, dia tak sempat menjawab beberapa soalan terakhir di seksyen A kerana kehabisan masa. “

So, elakkan masa’ela ni menimpa korang. Buat ulangkaji dan latih tubi sekarang juga. Agar semua rumus dan persamaan math tu jelas dan bold dlm ingatan!

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. pemahaman konsep-konsep matematik.

Jangan topup jumlah ‘rekod kegagalan’ peribadi korang lagi

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘tak suka digit’ atau ‘nyampah digit’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan angka. Asal tengok masalah yang melibatkan formula atau rumus math saja, terus rasa ‘kemalasan’ pun melanda atau dalam hati cakap – ‘nyampah tol den’.

Kenapa ‘nyampah’ sesangat tu?

Ingat lagi tak teori kecerdasan pelbagai kan? Ala.. teori si Howard Gardner tu. Calon yang mengalami simptom ini adalah dari kalangan mereka yang lebih cenderung pada kecerdasan verbal-linguistik / kecerdasan naturalis / kecerdasan kinestetik / kecerdasan muzik berbanding logikal-matematik.

Dan padahnya bilangan ‘rekod kegagalan’ peribadi bertambah lagi! Masuk ni da 3 kali kecundang dalam exam online. Semenjak era sebelum ada PKP lagi. Setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan.

Jika korang salah satu daripadanya, tiada jalan lain kecuali buat latih tubi yang banyak. Percayalah! Ia akan banyak membantu korang dalam exam nanti.

Namun begitu pun, jangan terlalu stress kerana dalam Peperiksaan online Pegawai Khidmat Pelanggan N19, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidaklah bertaraf dewa. Bahkan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Pecahan Seksyen A

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian & Logik (like IQ test la)

Di bawah merupakan beberapa contoh soalan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Saudara X dan saudara Y , bila berkerja bersama, habis memasang jubin lantai sebuah bilik dalam masa 6 hari. Bila saudara X bekerja sendiri, dia mengambil masa 5 hari kurang daripada daripada saudara Y yang bekerja sendiri. Berapa lama saudara X and saudara Y ambil untuk menghabiskan kerja ini sendiri tanpa bantuan?

A) X = 11 hari , Y = 16 hari
B) X = 12 hari , Y = 17 hari
C) X = 10 hari , Y = 15 hari
D) X = 10 hari , Y = 16 hari

2) Dick dan abangnya Duni baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu dibeli oleh Dick mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

3) Budak yang duduk di depan kelas 4 Setia mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak yang duduk di belakang kelas pula mendapat kurang 250 markah daripada budak yang duduk di tengah kelas 4 Setia. Manakala budak yang duduk di tengah kelas pula mendapat kurang 350 markah daripada Budak yang duduk di depan kelas. Berapakah jumlah markah ketiga-tiga budak di kelas 4 Setia tersebut?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

4) Daerah Lundu mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Lundu?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

5) Noor Ilya seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Noor Ilya dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

6) Sarah Izumi ialah adik kepada Noor Ilya. Selain turut cantik seperti kakaknya, Sarah Izumi juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Sarah Izumi untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

7) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Jupirin ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Encik Jupirin?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

8) Encik Mohd Zain membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Mohd Zain dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

9) Cevianah baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan N19 di Kementerian Dalam Negeri. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Cevianah membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

10) 257 orang ahli Kelab Kaunseling dan Kerjaya membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan dewan. Berapakah baki wang Kelab Kaunseling dan Kerjaya yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pegawai Khidmat Pelanggan N19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Daya Menyelesaikan Masalah berikut.

contoh soalan daya menyelesaikan masalah Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Atau pun,

Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ impian menggunung ramai calon. Impian nak kasi mak duit poket setiap bulan. Impian nak ringankan beban ayah. Impian untuk membantu majlis kahwin kakak lagi beberapa bulan ke depan ni. Impian untuk tolong bayar yuran pengajian adik-adik..

Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Pecahan Seksyen B

Soalan kefahaman Bahasa Inggeris diolah dalam bentuk sama ada;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension,
b) soalan berkaitan vocabulary; dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Di bawah beberapa contoh soalan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 – Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris

Questions 1–5 are based on the following passages.

(The following is an excerpt from A Man of Letters as a Man of Business by William Dean Howells.)

I think that every man ought to work for his living, without exception, and that when he has once avouched his willingness to work, society should provide him with work and warrant him a living. I do not think any man ought to live by an art. A man’s art should be his privilege, when he has proven his fitness to exercise it, and has otherwise earned his daily bread; and its results should be free to all. There is an instinctive sense of this, even in the midst of the grotesque confusion of our economic being; people feel that there is something profane, something impious, in taking money for a picture, or a poem, or a statue. Most of all, the artist himself feels this. He puts on a bold front with the world, to be sure, and brazens it out as business; but he knows very well that there is something false and vulgar in it; and that the work which cannot be truly priced in money cannot be truly paid in money.

He can, of course, say that the priest takes money for reading the marriage service, for christening the new-born babe, and for saying the last office for the dead; that the physician sells healing; that justice itself is paid for; and that he is merely a party to the thing that is and must be. He can say that, as the thing is, unless he sells his art he cannot live, that society will leave him to starve if he does not hit its fancy in a picture, or a poem, or a statue; and all this is bitterly true. He is, and he must be, only too glad if there is a market for his wares. Without a market for his wares he must perish, or turn to making something that will sell better than pictures, or poems, or statues. All the same, the sin and the shame remain, and the averted eye sees them still, with its inward vision. Many will make believe otherwise, but I would rather not make believe otherwise; and in trying to write of Literature as Business I am tempted to begin by saying that Business is the opprobrium of Literature.

Literature is at once the most intimate and the most articulate of the arts. It cannot impart its effect through the senses or the nerves as the other arts can; it is beautiful only through the intelligence; it is the mind speaking to the mind; until it has been put into absolute terms, of an invariable significance, it does not exist at all. It cannot awaken this emotion in one, and that in another; if it fails to express precisely the meaning of the author, it says nothing, and is nothing. So that when a poet has put his heart, much or little, into a poem, and sold it to a magazine, the scandal is greater than when a painter has sold a picture to a patron, or a sculptor has modeled a statue to order. These are artists less articulate and less intimate than the poet; they are more exterior to their work. They are less personally in it.

If it will serve to make my meaning a little clearer we will suppose that a poet has been crossed in love, or has suffered some real sorrow, like the loss of a wife or child. He pours out his broken heart in verse that shall bring tears of sacred sympathy from his readers, and an editor pays him a hundred dollars for the right of bringing his verse to their notice. It is perfectly true that the poem was not written for these dollars, but it is perfectly true that it was sold for them.

The poet must use his emotions to pay his bills; he has no other means. Society does not propose to pay his bills for him. Yet, and at the end of the ends, the unsophisticated witness finds the transaction ridiculous, finds it repulsive, finds it shabby. Somehow he knows that if our huckstering civilization did not at every moment violate the eternal fitness of things, the poet’s song would have been given to the world, and the poet would have been cared for by the whole human brotherhood, as any man should be who does the duty that every man owes it.

1) What is the thesis or controlling opinion in this passage?

A) “There is an instinctive sense of this, even in the midst of the grotesque confusion of our economic being; people feel that there is something profane, something impious, in taking money for a picture, or a poem, or a statue.”
B) “I think that every man ought to work for his living, without exception …”
C) “…once avouched his willingness to work, society should provide him with work and warrant him a living.”
D) “Business is the opprobrium of Literature.”
E) “Without a market for his wares he must perish, or turn to making something that will sell better than pictures, or poems, or statues.”

2) What is the philosophical dilemma in this passage?

A) Artists should be supported and allowed to work on their art without worrying about money.
B) Art should be free to the viewer; however, many artists know they would starve unless they make art that people will buy.
C) A priest and a doctor get paid for performing their services, so an artist should too.
D) Even though artists create beauty, they are getting paid way too much, especially considering the relatively little that writers get paid.
E) Artists in general should assert their willingness to work.

3) What rhetorical strategy is contained in the examples of the doctor, the priest, and the justice?

A) Appeal to authority
B) Example
C) Smilie
D) Allegory
E) Analogy

4) Which sentence best supports the writer’s claim that a man should not live by an art?

A) Unless he sells his art he cannot live, that society will leave him to starve if he does not hit its fancy in a picture, or a poem, or a statue.
B) Its (art’s) results should be free to all.
C) When he has once avouched his willingness to work, society should provide him with work and warrant him a living.
D) A man’s art should be his privilege, when he has proven his fitness to exercise it.
E) Without a market to sell his product, there’s no point in an artist’s perseverance in his craft.

5) The author would be critical of a work of literature if it were

A) too fanciful and not grounded in truth
B) unable to contain the author’s intent
C) misinterpreted by the general readership
D) too literal and without imaginative appeal
E) emotional at the expense of being intellectual

6) Please read the following sentence.

Once Lailena lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Lailena lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

7) Cevian has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Cevian has three animals in total.
B) Cevian has more cats than dogs.
C) One of Cevian’s cats is black.
D) All of Cevian’s dogs have spots.

8) Where __________ Michelle Nithya live?

A. are
B. is
C. do
D. does

9) Eva Olivia ______________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

10) I have only a ___________ Pesta Gawai cards left to write.

A. few
B. fewer
C. less
D. little

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Kefahaman Bahasa Inggeris di bawah.

contoh soalan kefahaman bahasa inggeris Pegawai Khidmat Palanggan N19

Atau pun,

Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Kunci Kejayaan Calon Pegawai Khidmat Pelanggan N19 Yang Lepas-Lepas

Kunci kejayaan calon Pegawai Khidmat Pelanggan N19 sebelum ni adalah:

1) Study dengan pantas.
Tak bertangguh. Terus baca semua nota berkaitan. Terus hafal mana yg patut. Terutama rumus dan formula math.

2) Buat latihan.
Lagi banyak soalan, lagi bagus. Korang akan jadi lebih bersedia. Dalam rujukan eXtra seksyen Pegawai Khidmat Pelanggan N19 ni, korang akan dapat 70 contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah dan jawapan dan 65 contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris dan jawapan.

Paling istimewa ialah..

Bonus Eksklusif – Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Untuk sesi Ogos 2021 ini, sebuah bonus eksklusif khas utk korang.

Bonus eksklusif Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Percuma sahaja. Bagi korang yg dah dptkan rujukan eXtra seksyen sebelum ni, jgn bimbang. Just kembali semula ke laman download korang utk muaturun! Tidak perlu keluarkan bajet lebih utk mendapatkannya.

Rujukan Bantuan Peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Untuk sesi 2021, rujukan eXtra kali ini telah diperhalusi dan dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi tok, kenapa saya kena dapatkan rujukan eXtra ni segera?

1) Hati korang jadi riang

Kenapa riang ria tu? Sebab, nota Ringkas & padat yang akan menjimatkan masa persediaan korang. Tak perlu berlari ke sana ke mari cari rujukan. Tak perlu buang berjam-jam masa berharga korang mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi riang.

2) Pinjam pengalaman 13 tahun kami

Contoh soalan diberikan akan membiasakan korang dengan format exam. Bukan soalan bocor tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam pengalaman kami selama 13 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Semenjak dari era exam SPA masih bertulis dan berpusat!

3) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan yang disediakan pastinya menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Rumus dan persamaan turut dihulur. Formula matematik yang dah lupa, jadi segar diingatan. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawen)

Boleh beli asing2, misalnya nak seksyen B saja pun boleh. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawen. Tak lama lagi PKPP akan berakhir. Jadi walimah korang tu dah boleh diadakan secara besar-besaran. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Macam atok baru grab Realme 6 Pro. Hehe..

5) Murah gilerr

Lastly, rujukan ni murah giler. Hanya laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang korang memperolehi masa depan yang cerah. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Tu la sebab kenapa korang bukan saja kena dapatkan. Tetapi kena dapatkan SEGERA rujukan eXtra seksyen ni!

Cara Beli Rujukan Penuh

Berikut step by step cara membuat pembelian:

1. Klik Rujukan eXtra Seksyen. Scroll ke bawah sekali. Klik butang ‘Pilih Rujukan Anda‘.

Pilih rujukan extra Pegawai Khidmat Pelanggan N19 korang

2. Scroll ke bawah, sampai nampak pilihan pakej. Tak bleh scroll ke kanan (atok dah try). So, kena klik guna butang ke kanan yg atok bulatkan dlm gambar di bawah ni.

scroll ke kanan untuk pilih pakej rujukan Pegawai Khidmat Pelanggan N19

3. Korang klik jer sampai jumpa ‘Pilihan SINGLE #2‘ (yg kaler hijau tu). Ini kalau korang nak pakej utk eBook Daya Menyelesaikan Masalah. Pastu, klik butang ‘Tempah Sekarang‘.

pilih ebook extra daya menyelesaikan masalah Pegawai Khidmat Pelanggan N19

4. Tapi klu korang nak pakej utk eBook Kefahaman Bahasa Inggeris. Korang klik lagi sampai jumpa ‘Pilihan SINGLE #3‘ (yg kaler kuning aka gold tu). Pastu, klik butang ‘Tempah Sekarang‘.

pilih ebook extra kefahaman bahasa inggeris Pegawai Khidmat Pelanggan N19

4. Korang akan sampai ke halaman di bawah.

  • 1) Korang kena isi emel peribadi yg betul (sebaiknya pakai gmail).
  • 2) Jgn lupa tick kotak ‘syarat & terma pembelian‘.
  • 3) Klik butang ‘Proceed to checkout‘.
masuk emel, tick kotak dan proceed to checkout

5. Selepas itu, korang dibawa ke sini. Ikuti betul2 arahan berikut:

  • A) Tak payah isi apa-apa ‘Cupon’ di sini. Biarkan jer kosong.
  • B) Isi billing information dgn lengkap. Ruangan ‘Company’ tu biarkan kosong.
  • C) Ini pun tak payah buat apa-apa.
  • D) Tick semua kotak yg ada.
  • E) Akhirnya klik butang ‘Complete your order‘.
isi butiran pembeli dan klik complete your order

6. Seterusnya, korang akan sampai ke ruangan pembayaran ni.

  • 1) Pilih online banking korang. Atok bagi contoh guna myBSN. So, korang just klik ikon myBSN.
  • 2) Tick kotak ‘I understand and accept the terms and conditions‘.
  • 3) Klik butang ‘PAY‘.
Pilih online banking dan klik pay

Selepas itu, korang akan dibawa utk login dlm online banking mcm biasa la. Username, password dan nombor TAC. Alaaa.. Bukan tak biasa beli di shoppee atau Lazada kan.

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?

Atok bukan Ketua Pengarah SPA. Jadi, atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang sdh berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.

Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Adoi.. Dah lupa formula Matematik la tok!

Jangan bimbang. Dalam rujukan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 ni, dia dah disediakan dgn nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula konsep-konsep matematik yang da hampir ter-delete dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2014-2019.

Tak perlu ulangkaji & study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya mahu duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni, da pilih topik yg perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂

Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 ni bukan buku fizikal (yg boleh pegang tu). Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps dari orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 55 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap minit. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Lagi pun, kalau korang beli menggunakan FPX (via Billplz) / online banking. Link download rujukan ni akan diterima dlm tempoh 1 – 2 jam sahaja.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Korang yg banyak sgt ink tu, xda masalah. Boleh print eBook ni. Then binding. Menjadi la ia sebuah buku yg comel. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 yang akan korang hadapi pada tahun 2021 ini.

Contoh soalan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Senarai FAQ

Rujukan ni sesuai tak dengan calon Semenanjung?

Amat sesuai. Ia telah di-tune khas untuk membantu persiapan calon-calon exam SPA Pegawai Khidmat Pelanggan N19 (Semenanjung).

Ada tak contoh soalan Pengetahuan Am Pegawai Khidmat Pelanggan N19 dalam rujukan ini?

Tiada. Oleh kerana peperiksaan online Pegawai Khidmat Pelanggan, kerana kali ini tiada seksyen tersebut dalam exam.

Contoh soalan pegawai khidmat pelanggan n19 Daya Menyelesaikan Masalah ada dalam rujukan ni?

Ada. Ia telah digubal setara dengan aras yang telah ditetapkan oleh SPA dalam pengendalian exam secara online.

Contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris pegawai khidmat pelanggan n19 sudah pasti ada bukan?

Sudah tentu ada. Ia telah disediakan dalam jumlah yang mencukupi untuk membantu persediaan anda.

Ini soalan bocor ke?

Bukan sayang. Ini pakej yang mengandungi latih tubi dan nota-nota padat. Ia membantu korang study sahaja.

Penutup

Dapat panggilan peperiksaan PSEE online pembantu juruaudit? Alhamdulillah.. Tapi tak thu nak prepare apa pula kan? Antara bahan bacaan yg sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19.

Kpd yg dipanggil ke PSEE pegawai imigresen, mohon luangkan sikit daripada masa korang yg berharga tu utk membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap berjumlah puluhan ribu. Berani sambil lewa?

Khas calon yg dipangil ke PSEE latihan separa perubatan bertaraf diploma. Dapatkan info berguna, fahami bentuk, serta contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.

Panggilan peperiksaan exam online SPA untuk Penolong Pegawai Perangkaan ambilan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun ni sudah dibuat. Jumlahnya tidak lah begitu ramai. Jadi ini satu kesempatan yg baik. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29 ni.

Sesi peperiksaan online PSEE untuk jawatan perangkawan ambilan Jabatan Perangkaan Malaysia sudah diadakan utk kali pertama. Mungkin akan ada panggilan untuk kali kedua. Mungkin? Bijak sekali andai korang bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Perangkawan E41 ni.

SPA dah keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE penolong pegawai undang-undang. Huru-hara exam sudah tamat. Tapi akan ada panggilan kali kedua. Kali ini untuk Jabatan Peguam Negara pula. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA8i, atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29.

Kepada yang bakal menganggotai Jabatan Tanah dan Galian sebagai penolong pegawai tanah. Tolong pastikan negara kita jangan tergadai apa lagi terjual kepada pihak luar. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29.

Jabatan Perangkaan Malaysia pada ketika ini sedang melakukan proses tapisan untuk menentukan calon Pembantu Perangkaan E19 yg sesuai untuk mereka serap masuk. Bagi yg dipanggil ke PSEE utk jawatan ini, sila bersedia. Baca 20 contoh soalan peperiksaan Pembantu Perangkaan E19 ini sekarang!

Last but not least, Jabatan Penerangan Malaysia masih sedang menantikan kehadiran calon2 pembantu penerangan yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang dah isi permohonan dalam SPA8i untuk jawatan ni, teruskan pula dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Penerangan S19 ni. Sebagai persediaan awal.

penutup juga

Khusus utk korang yang layak, dan semestinya sdh menerima emel panggilan ke exam PSEE online kawalan trafik udara, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni sedikit sukar daripada biasa kerana ia mengandungi 3 seksyen. Jadi perbanyakkan doa dan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 yang atok kongsi sebelum ni.

Atok dgr khabar, jumlah calon yang dipanggil untuk jawatan pembantu perikanan mcm tak beragak lagi ramainya. Malangnya, jumlah kekosongan cuma sebanyak 32 tempat (iklan SPA, Januari). Tp tu khabar angin la. Apa pun, better bersedia jg la kan. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Perikanan G19 ni.

Calon exam PSEE online gred L41 di Jabatan Peguam Negara (AGC) pun ramai bilangan yg dipanggil. Itu semestinya. Maklumlah, kekosongan jawatan yg kerajaan sediakan amat sedikit tapi orang yang perlukan kerja berlambak. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41.

Bilangan dipanggil ke exam online pembantu tadbir undang-undang boleh tahan juga ramai. Korang rasa cmna? Kalau korang ada mohon jawatan pembantu tadbir undang undang dalam portal SPA8i, panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan sudah last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Undang Undang L19.

Buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pembantu syariah. Buat masa ni, panggilan kedua belum lagi keluar. Tapi atok jangkakan, tarikh sudah semakin menghampiri dari hari ke hari. Tapi pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Syariah LS19 ini akan memberi sedikit input bermanfaat sebagai bekalan awal sebelum ke exam nanti.

SPA dah keluarkan panggilan untuk Pegawai Teknologi Maklumat F41. Jika korang dipanggil memang kelam-kabut cari rujukan tu. So chill jer dan baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 ni.

Sapa calon exam PSEE online penolong pegawai penerangan? Angkat phone! Dah angkat? OK skrg baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

OK, ni btl2 last. Buat cucu atok yang dipanggil exam online SPA utk pegawai penguatkuasa ambilan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Panggil exam sudah dikeluarkan. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 ini akan memberi sedikit input yg berguna.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

8 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19”

    • Salam, untuk beli eBook Daya Menyelesaikan Masalah sahaja. Ikuti cara di bawah :

      1. Klik Rujukan Daya Menyelesaikan Masalah.
      2. Scroll ke bawah, klik ‘Pilih Rujukan Anda’
      3. Scroll ke bawah, pilih ‘Pilihan SINGLE #2’ (yg kaler hijau tu).
      4. Scroll ke bawah,masukkan emel dan klik ‘Proceed to checkout’.
      5. Tunggu 10 minit baru semak emel, cara pembelian akan diemelkan kpd korang.

      Reply
  1. Salam, saya dah buat pembayaran untuk buku rujukan ebook tu semalam, tapi masih belum menerima apa2 email untuk hantar resit bayaran.. macam mana tu ya ?

    Reply
    • Wkslm Nur Sabrina,

      Bayar guna online banking ker? Sepatutnya dah terima link download dlm tempoh 1-2 jam.

      Klu masih belum dpt, mohon beri bukti bayaran dan beri juga emel yg digunakan semasa membuat pembelian ke emel ni: support@rujukankerjaya.com

      Reply
    • Hai El,
      Atok mmg tak sediakan jawapan utk contoh soalan di atas. Kalau nak yg versi penuh. Lengkap soalan dan jawapan. Boleh dptkan rujukan penuh yg dicadangkan. Tq..

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!