Di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Jururawat Gred U9 yang boleh dijadikan latihan calon-calon ujian untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 19 Ogos 2025 ini. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U9 yang disediakan di bawah.
Isi Kandungan

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U9 yang disarankan di bawah. Untuk dijadikan bahan latih tubi sebagai persediaan ujian psikometrik pada kali ini.
Nota penting: Istimewa untuk korang yg baru sahaja mendapat panggilan ke ujian psikometrik Jururawat Gred U5 untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 19 September 2025 ini. Alhamdulillah. Peluang jangan disia-siakan. Buat persediaan yg terpaling padu! Bahan-bahan ulangkaji serta contoh soalan psikometrik jururawat boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Jururawat Gred U5.
Sementara itu, bagi korang yg dapat panggilan ke sesi temuduga Jururawat Gred U9 ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada kali ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk exam ni boleh diperolehi di soalan temuduga Jururawat Gred U9.
Sementara itu, bagi yg dah berjaya dipanggil sesi temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) sesi Januari 2024 untuk ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 09 Oktober 2023 – 12 Oktober 2023 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 12 Oktober 2023 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 11 Oktober 2023 – 13 Oktober 2023 ini (untuk calon Sabah). Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) ini.
Untuk korang yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada kali ini. Dapatkan bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian ini di contoh soalan ujian psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL).
Setelah penangguhan yang diumumkan oleh SPA baru-baru ini. Kita berharap jadul ujian psikometrik Jururawat U9 kali ini tiada apa-apa masalah lagi.
Kekosongan Jawatan Jururawat U9 Tahun 2025
Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA bertarikh 19 Jun 2025, bilangan kekosongan jawatan Jururawat U9 di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebanyak 33 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 93 orang.
Tidak perlu atok tekankan betapa perlu. Dan akan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh peperiksaan tiba. Korang da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..
Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Jururawat U9 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.
Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U9
MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
JURURAWAT GRED U9 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
TARIKH UJIAN : 19 OGOS 2025
Pautan Semakan:
Apa itu Psikometrik?
Psikometrik adalah satu cabang kajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi manusia. Psikometrik merupakan adalah sebahagian daripada bidang berkaitan dengan kaedah pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan.
Psikometrik berdigit pula digunakan untuk mengukur dan menilai keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Psikometrik berdigit mengandungi set soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.
Pada masa ini, ujian psikometrik diaplikasikan secara meluas oleh institusi dan sektor kerajaan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Sebagai sebahagian daripada instrumen untuk menapis kemasukan anggota baharu ke dalam sistem perkhidmatan awam.
Apa itu Ujian psikometrik SPA?
Dalam konteks Malaysia, psikometrik dijadikan salah satu daripada tapisan untuk mengasingkan calon-calon yang sesuai untuk satu-satu jawatan dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti. Sebelum calon tersebut layak dan diperakukan sesuai, menyandang jawatan dalam sektor awam di Malaysia.
Kalau korang mengikuti perkembangan ujian psikomerik dari mula, didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yang lama iaitu kertas Sahsiah dan Minat. Inilah nama original kepada ujian psikometrik (semasa era ujian SPA masih lagi dijalankan secara bertulis). Atok suka untuk berikan korang perkaitan ini untuk menjelaskan kekeliruan korang.
Faktor Kesukaran Ujian Psikometrik
Kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan tekanan. Di mana calon dihimpit dengan kekangan masa (yang amat singkat). Masa pendek yang diperuntukkan bagi menjawab soalan yang agak banyak. Ini akan memaksa calon untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri masing-masing.
Calon-calon dikehendaki menjawab (tanpa sempat berfikir lebih panjang) item-item (yang telah disusun sedemikian rupa) bagi mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Format Ujian Psikometrik Jururawat Gred U9
Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U9 adalah tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.
Aneka yang macamana?
Calon berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan yang menguji keyakinan korang.
- (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah),
- (Setuju atau Tidak Setuju atau Tidak Pasti);
ataupun
Calon berkemungkinan diberi 4 atau 5 pilihan jawapan sebagai refleksi keyakinan korang dalam membuat pilihan.
- (Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang),
- (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)
Selain soalan jenis psikologi di atas, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa reason? Bagi yang belum tahu, sila baca dahulu post lepas atok yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA dan menerangkan jenis soalan ini sejelasnya.
Ini ringkasan format psikometrik. Ia diterangkan dengan lebih jelas dan terperinci dalam rujukan yang dicadangkan di bawah.
Tips lulus Ujian Psikometrik Jururawat Gred U9
Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah :
Jangan berlakon jadi orang lain semasa menjawab item-item. Jadi diri sendiri. Cuma sembunyikan keburukan korang. 😉
Sedaya upaya keluarkan kualiti paling baik dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak.
Harus diingat, soalan psikometrik sudah digubal dan disusun sedemikian rupa untuk menapis perkara-perkara negatif dalam diri korang (termasuk penipuan).
27 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U9
1) Saya tiada masalah mencampuri urusan kawan-kawan.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
2) Saya tidak gemar meminta pinjam duit daripada rakan-rakan.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
3) Biarpun membincangkan sesuatu hal yang boleh dikatakan mustahak, saya masih boleh bergurau-senda.
a. YA
b. TIDAK
4) Saya suka hadiah berbentuk wang. Berbanding ucapan semasa menyambut ulang tahun saya.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
5) Pepatah ‘lebih sudu dari kuah’ sudah tidak releven pada masa ini.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Saya berasa geram apabila diarahkan oleh pensyarah untuk menyiapakan tugasan yang banyak.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Saya tidak suka aktiviti luar dan mencabar.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Saya sedaya-upaya berusaha membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada sepanjang waktu.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Menunggu nombor giliran sampai ketika berurusan di kaunter bank adalah memenatkan dan membuang masa.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Ketika kecil, saya lebih suka bermain bersama sahabat baik berbanding adik-beradik.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Apabila berbincang dengan sesiapa pun, saya berasa perlu memandang tepat ke wajahnya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
12) Saya tidak mahu dan tidak suka berbaris di ATM untuk mengambil wang.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
13) Apabila ada individu yang agak mencurigakan, saya tidak kisah, asalkan dia tidak mengganggu privasi saya.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
14) Idea saya terlalu banyak, apa yang sukar ialah mengeluarkan idea-idea dari kepala.
a. YA
b. TIDAK
15) Apabila peluang baik sudah muncul di depan mata, kita masih perlu lagi berusaha gigih.
a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti
16) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan, adalah hal amat membimbangkan saya.
a. betul
b. agak betul
c. tidak betul
17) Dalam kerja secara berkumpulan di universiti, saya lebih suka menjadi ahli yang membentangkan hasil perbincangan.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
18) Saya tidak gemar meminta pertolongan dalam menyiapkan sesuatu, walaupun ia menyusahkan saya nanti.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
19) Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab amal.
A. Ya
B. Tidak
20) Saya berminat menjadi peniaga.
A. Ya
B. Tidak
21) Saya suka menonton rancangan berunsur kesihatan.
A. Ya
B. Tidak
22) Saya berminat menyertai pertubuhan kebajikan.
A. Ya
B. Tidak
23) Walaupun menghadapi situasi mencemaskan, saya mesti bersikap tenang.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
24) Walau di mana saya berada, saya tetap mudah menyesuaikan diri dengan keadaan.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
25) Saya perlu membalas semula budi sahabat saya apabila dia membantu saya.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
26) Saya takut apabila melihat darah.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
27) Saya boleh pitam ketika mendapat luka yang besar.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
Demikianlah beberapa Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U9 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.
Bagaimanpun, jika korang mahu lebih banyak contoh soalan yang dilengkapi dengan skema jawapan padu. Segera dapatkan rujukan di bawah.
Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Psikometrik Jururawat Gred U9?
Korang mesti. Korang wajib. Korang harus, mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan psikometrik Jururawat Gred U9!
Kini, dua soalan berikut bermain di minda korang..
Bagaimana saya nak belajar mengenalpasti perangkap soalan psikometrik Jururawat Gred U9?
Dan
Bagaimana pula saya boleh meningkatkan ketekalan semasa menjawab soalan psikometrik Jururawat Gred U9?
Jawapan pendek – buat latih tubi bebanyak. Sebanyak yg boleh.
Jawapan lagi pendek – baca eBook ini!

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Panduan Ni?
Ada enam sebab utama kenapa korang kena dapatkan Panduan Lulus Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Sebab nombor 3 tu paling win sekali!
1) Korang jadi insan mulia
Sebagai makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan psikometrik ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, andai korang gagal sekalipun dalam sesi ujian psikometrik Jururawat Gred U9, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yang sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan belas ihsan korang pada saat ini.
2) Hati jadi riang gembira
Nota ringkas & padat dlm rujukan psikometrik ni akan menjimatkan tenaga korang. Tidak perlu berlari seluruh Internet mencari bahan utk menghadiri ujian psikometrik Jururawat Gred U9 yang betul. Tidak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main ML
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Korang grab jer rujukan umum psikometrik (yang sesuai digunakan oleh calon ujian psikometrik Jururawat Gred U9 ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa ujian psikometrik je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Jom.. streaming sampai pagi!
4) Guna pengalaman 18 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan psikometrik dan skema jawapan yang diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar ujian psikometrik. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi format soalan psikometrik yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 18 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan psikometrik kerajaan. Semenjak ujian psikometrik masih bertulis dan berpusat lagi. Pada ketika itu masih dikenali sebagai ujian sahsiah dan minat!
5) Boleh simpan duit lebih (utk kawin)
Rujukan ujian psikometrik ni murah giler. Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Malah, ini akan menjimatkan duit korang.
Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
6) Dan lagi hawau..
Disebabkan kemurahan rujukan ujian psikometrik ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yang ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku Psikometrik ni?
Rujukan ujian psikometrik ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
eBook akan diemailkan kepada korang selepas bayaran diselesaikan.
Berapa lama baru leh dapat eBook ni pas bayar?
Biasanya proses ni memakan masa lebih kurang daripada 12 jam. Sebab nak validate bayaran yg korang buat. Tapi selalunya lebih cepat daripada itu!
Lagi pun..
Cara ni lebih cepat utk korang mula study!
Tapi tok..
Tapi tok, tapi tok. Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus psikometrik?
Kalau nak, kena usaha lebih sikit la. Dapatkan rujukan ni, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang disediakan.
Jadi, demikianlah adanya. Sedikit sebanyak Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U9 yang akan korang hadapi pada kali.
Namun, harus diingat. Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U9 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki ujian psikometrik!
Penutup
Korang dah ready untuk duduk ujian psikometrik penolong pegawai pertahanan awam? Kalau belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP5.
Bagi yang dipanggil ke ujian psikometrik untuk jawatan penolong pegawai penguatkuasa, tolong baca contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP5 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.
Panggilan ujian psikometrik penolong pegawai seni bina baru sahaja dikeluarkan SPA. Sudah bersedia? Kalau sudah, usha lebih sikit juga contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA5 ni. Memang baek punya!
Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan melalui ujian psikometrik kepada calon pegawai perkhidmatan pendidikan. Jika korang salah sorang yang dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9.
Last but not least, panggilan PSEE ujian psikometrik online bagi pembantu tadbir kewangan akan ada saja saban tahun. Sudah bersedia utk tahun ini? Kalau sudah, bagus. Klu belum, elok baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W1 ni.
Ini baru la penutup
OK, ni btl2 last. Selain enam jawatan di atas, ada empat lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan rujukan korang.
- Contoh soalan psikometrik Pembantu Kemahiran H1
- Contoh soalan psikometrik Juru X-Ray U5
- Contoh soalan Psikometrik Juruaudio Visual N1
- Contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S5
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!
Anak saya akan menduduki ujian psikometrik untuk jawatan pegawai sains c41 ( mikrobiologi)dalam sedikit masa lagi. Ada tak bahan rujukan utk itu? Terima kasih
Wkslm puan Saadiah,
Rujukan khusus utk ujian psikometrik untuk jawatan pegawai sains c41 ( mikrobiologi) memang tiada. Namun, rujukan umum utk ujian psikometrik boleh dapatkan di bawah:
https://www.blogtipskerjaya.net/2020/12/contoh-soalan-ujian-psikometrik-pegawai-sains-c41.html