Di bawah merupakan koleksi contoh soalan Ujian psikometrik Jururawat Gred U41 yang boleh dijadikan latihan calon-calon ujian untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada kali ini. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan Ujian Psikometrik Jururawat U41 yang disediakan di bawah.
Isi Kandungan
Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U41 yang disarankan di bawah. Untuk dijadikan bahan latih tubi sebagai persediaan ujian psikometrik pada kali ini.
Nota Penting: Spesial untuk korang yg dah dapat panggilan ke ujian psikometrik Jururawat Gred U29 untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 28 Mei 2024 ini. Alhamdulillah. Rezeki jangan disia-siakan. Buat persediaan yg terpaling padu! Bahan-bahan ulangkaji serta contoh soalan psikometrik jururawat lain boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Jururawat Gred U29.
Sementara itu, bagi yg dah berjaya dipanggil sesi temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) sesi Januari 2024 untuk ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 09 Oktober 2023 – 12 Oktober 2023 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 12 Oktober 2023 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 11 Oktober 2023 – 13 Oktober 2023 ini (untuk calon Sabah). Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) ini.
Untuk korang yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL) ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada kali ini. Dapatkan bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian ini di contoh soalan ujian psikometrik Latihan Jururawat Daripada Jururawat Masyarakat (PSL).
Sementara itu, bagi korang yg dapat panggilan ke sesi temuduga Jururawat Gred U41 ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada kali ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk exam ni boleh diperolehi di soalan temuduga Jururawat Gred U41.
Setelah penangguhan yang diumumkan oleh SPA baru-baru ini. Kita berharap jadul ujian psikometrik Jururawat U41 kali ini tiada apa-apa masalah lagi.
Kekosongan Jawatan Jururawat U41 Tahun 2024
Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA bertarikh 28 April 2024, bilangan kekosongan jawatan Jururawat U41 di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebanyak 49 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 110 orang.
Tidak perlu atok tekankan betapa perlu. Dan akan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh peperiksaan tiba. Korang da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..
Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Jururawat U41 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.
Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U41
MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
JURURAWAT GRED U41 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
TARIKH UJIAN : BELUM DIUMUMKAN
Pautan Alternatif:
https://online.spa.gov.my/online/jadual_peperiksaan/psikometrik-jururawat-gred-u41
Atau
Sila layari laman web :
https://www.spa.gov.my/web/guest/ senarai-penjadualan-peperiksaan/
Apa itu Psikometrik?
Psikometrik adalah satu cabang kajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi manusia. Psikometrik merupakan adalah sebahagian daripada bidang berkaitan dengan kaedah pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan.
Psikometrik berdigit pula digunakan untuk mengukur dan menilai keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Psikometrik berdigit mengandungi set soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.
Pada masa ini, ujian psikometrik diaplikasikan secara meluas oleh institusi dan sektor kerajaan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Sebagai sebahagian daripada instrumen untuk menapis kemasukan anggota baharu ke dalam sistem perkhidmatan awam.
Apa itu Ujian psikometrik SPA?
Dalam konteks Malaysia, psikometrik dijadikan salah satu daripada tapisan untuk mengasingkan calon-calon yang sesuai untuk satu-satu jawatan dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti. Sebelum calon tersebut layak dan diperakukan sesuai, menyandang jawatan dalam sektor awam di Malaysia.
Kalau korang mengikuti perkembangan ujian psikomerik dari mula, didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yang lama iaitu kertas Sahsiah dan Minat. Inilah nama original kepada ujian psikometrik (semasa era ujian SPA masih lagi dijalankan secara bertulis). Atok suka untuk berikan korang perkaitan ini untuk menjelaskan kekeliruan korang.
Faktor Kesukaran Ujian Psikometrik
Kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan tekanan. Di mana calon dihimpit dengan kekangan masa (yang amat singkat). Masa pendek yang diperuntukkan bagi menjawab soalan yang agak banyak. Ini akan memaksa calon untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri masing-masing.
Calon-calon dikehendaki menjawab (tanpa sempat berfikir lebih panjang) item-item (yang telah disusun sedemikian rupa) bagi mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Format Ujian Psikometrik Jururawat Gred U41
Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U41 adalah tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.
Aneka yang macamana?
Calon berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan yang menguji keyakinan korang.
- (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah),
- (Setuju atau Tidak Setuju atau Tidak Pasti);
ataupun
Calon berkemungkinan diberi 4 atau 5 pilihan jawapan sebagai refleksi keyakinan korang dalam membuat pilihan.
- (Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang),
- (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)
Selain soalan jenis psikologi di atas, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa reason? Bagi yang belum tahu, sila baca dahulu post lepas atok yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA dan menerangkan jenis soalan ini sejelasnya.
Ini ringkasan format psikometrik. Ia diterangkan dengan lebih jelas dan terperinci dalam rujukan yang dicadangkan di bawah.
Tips lulus Ujian Psikometrik Jururawat Gred U41
Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah :
Jangan berlakon jadi orang lain semasa menjawab item-item. Jadi diri sendiri. Cuma sembunyikan keburukan korang. 😉
Sedaya upaya keluarkan kualiti paling baik dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak.
Harus diingat, soalan psikometrik sudah digubal dan disusun sedemikian rupa untuk menapis perkara-perkara negatif dalam diri korang (termasuk penipuan).
27 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U41
1) Saya tiada masalah mencampuri urusan kawan-kawan.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
2) Saya tidak gemar meminta pinjam duit daripada rakan-rakan.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
3) Biarpun membincangkan sesuatu hal yang boleh dikatakan mustahak, saya masih boleh bergurau-senda.
a. YA
b. TIDAK
4) Saya suka hadiah berbentuk wang. Berbanding ucapan semasa menyambut ulang tahun saya.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
5) Pepatah ‘lebih sudu dari kuah’ sudah tidak releven pada masa ini.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Saya berasa geram apabila diarahkan oleh pensyarah untuk menyiapakan tugasan yang banyak.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Saya tidak suka aktiviti luar dan mencabar.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Saya sedaya-upaya berusaha membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada sepanjang waktu.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Menunggu nombor giliran sampai ketika berurusan di kaunter bank adalah memenatkan dan membuang masa.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Ketika kecil, saya lebih suka bermain bersama sahabat baik berbanding adik-beradik.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Apabila berbincang dengan sesiapa pun, saya berasa perlu memandang tepat ke wajahnya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
12) Saya tidak mahu dan tidak suka berbaris di ATM untuk mengambil wang.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
13) Apabila ada individu yang agak mencurigakan, saya tidak kisah, asalkan dia tidak mengganggu privasi saya.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
14) Idea saya terlalu banyak, apa yang sukar ialah mengeluarkan idea-idea dari kepala.
a. YA
b. TIDAK
15) Apabila peluang baik sudah muncul di depan mata, kita masih perlu lagi berusaha gigih.
a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti
16) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan, adalah hal amat membimbangkan saya.
a. betul
b. agak betul
c. tidak betul
17) Dalam kerja secara berkumpulan di universiti, saya lebih suka menjadi ahli yang membentangkan hasil perbincangan.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
18) Saya tidak gemar meminta pertolongan dalam menyiapkan sesuatu, walaupun ia menyusahkan saya nanti.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
19) Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab amal.
A. Ya
B. Tidak
20) Saya berminat menjadi peniaga.
A. Ya
B. Tidak
21) Saya suka menonton rancangan berunsur kesihatan.
A. Ya
B. Tidak
22) Saya berminat menyertai pertubuhan kebajikan.
A. Ya
B. Tidak
23) Walaupun menghadapi situasi mencemaskan, saya mesti bersikap tenang.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
24) Walau di mana saya berada, saya tetap mudah menyesuaikan diri dengan keadaan.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
25) Saya perlu membalas semula budi sahabat saya apabila dia membantu saya.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
26) Saya takut apabila melihat darah.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
27) Saya boleh pitam ketika mendapat luka yang besar.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
Demikianlah beberapa Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U41 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.
Bagaimanpun, jika korang mahu lebih banyak contoh soalan yang dilengkapi dengan skema jawapan padu. Segera dapatkan rujukan di bawah.
Atau,
Korang juga boleh baca penjelasan komprehensif dan panjang lebar mengenai ujian psikometrik SPA. Amaran : artikel ni super panjang.
Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U41
Rujukan yg dicadangkan ini mengandungi 200 contoh soalan ujian psikometrik Jururawat Gred U41 (yang disertaka jawapan). Berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh SPA.
Bukan itu sahaja, rujukan ini turut dilengkapi dengan nota-nota ringkas dan contoh soalan psikometrik Matematik. Ia akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab ujian psikometrik Jururawat Gred U41 korang nanti.
Atok da gtaw sebelum ni, tapi atok tekankan sekali lagi. Ujian psikometrik turut mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Soalan berbentuk Matematik.
Itu juga turut di-cover oleh rujukan ni. Dijelaskan sedetil-detilnya termasuk cara penyelesaian untuk mendapatkan jawapan yang betul!
Tapi tok, confirm lulus ke kalau saya beli rujukan ini?
Atok tidak berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada apa yang pasti. Esok pun belum tentu kita masih hidup. Entah2 sempat atau tidak nak duduk psikometrik ni!
Rujukan ini cuma sekadar usaha. Usaha meningkatkan kemungkinan korang untuk lulus.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Tapi atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik SPA Jururawat Gred U41 terbaik yang ada di pasaran setakat ini.
Tapi tok, sempat ke pos buku ni?
Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U41 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi softcopy. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.
Jadi korang tak payah duk bertenggek atas pagar rumah, tunggu orang hantar barang tak pandai muncul-muncul.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Tapi tok..
Tapi tok, tapi tok. Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus psikometrik?
Kalau nak, kena usaha lebih sikit la. Dapatkan rujukan ni, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang disediakan.
Jadi, demikianlah adanya. Sedikit sebanyak Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U41 yang akan korang hadapi pada kali.
Namun, harus diingat. Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U41 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki ujian psikometrik!
Penutup
Korang dah ready untuk duduk ujian psikometrik penolong pegawai pertahanan awam? Kalau belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29.
Bagi yang dipanggil ke ujian psikometrik untuk jawatan penolong pegawai penguatkuasa, tolong baca contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.
Panggilan ujian psikometrik penolong pegawai seni bina baru sahaja dikeluarkan SPA. Sudah bersedia? Kalau sudah, usha lebih sikit juga contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 ni. Memang baek punya!
SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai ujian psikometrik untuk jawatan pemandu kenderaan di portal rasmi mereka. Kepada yang dipanggil, molek sungguh kalau korang dapat baca contoh soalan psikometrik Pemandu Kenderaan H11 ni.
Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan melalui ujian psikometrik kepada calon pegawai perkhidmatan pendidikan. Jika korang salah sorang yang dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 / DG41.
Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke ujian psikometrik penghantar notis, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan psikometrik Penghantar Notis N11 yang atok kongsi sebelum ni.
Last but not least, panggilan PSEE ujian psikometrik online bagi pembantu tadbir kewangan akan ada saja saban tahun. Sudah bersedia utk tahun ini? Kalau sudah, bagus. Klu belum, elok baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 ni.
Ini baru la penutup
OK, ni btl2 last. Selain enam jawatan di atas, ada empat lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan rujukan korang.
- Contoh soalan psikometrik Pembantu Kemahiran H19
- Contoh soalan psikometrik Juru X-Ray U29
- Contoh soalan Psikometrik Juruaudio Visual N19
- Contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!
Anak saya akan menduduki ujian psikometrik untuk jawatan pegawai sains c41 ( mikrobiologi)dalam sedikit masa lagi. Ada tak bahan rujukan utk itu? Terima kasih
Wkslm puan Saadiah,
Rujukan khusus utk ujian psikometrik untuk jawatan pegawai sains c41 ( mikrobiologi) memang tiada. Namun, rujukan umum utk ujian psikometrik boleh dapatkan di bawah:
https://www.blogtipskerjaya.net/2020/12/contoh-soalan-ujian-psikometrik-pegawai-sains-c41.html