Adakah korang rasa, korang ada masa untuk sakit kepala ketika sedang menjawab soalan peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 ambilan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada kali ni? Memang tak hado la kan. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi.
Buat sehabis baik kali ini, kerana..
Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan online Penolong Penguasa Bomba KB29 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan PSEE SPA pada kali ini.
Nota Penting: Bagi korang yang dipanggil ke sesi temuduga Penolong Penguasa Bomba KB29 untuk penempatan di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia yg dijadualkan pada 16 Januari 2024 – 26 Januari 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Penolong Penguasa Bomba KB29 ini.
Kepada korang yg baru saja dapat panggilan ke ujian psikometrik Penolong Penguasa Bomba KB29 untuk ambilan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada kali ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Penolong Penguasa Bomba KB29.
Permohonan Jawatan Kosong Penolong Penguasa Bomba KB29
Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Penguasa Bomba KB29 secara rasmi di Jabatan Penjara Malaysia atau lain-lain kementerian/jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i). Permohonan jawatan sebagai Penolong Penguasa Bomba KB29 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.
Kekosongan Jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29
Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 30 Jun 2020, bilangan kekosongan jawatan adalah sebanyak 60 tempat sahaja. Manakala, calon simpanan adalah seramai 90 orang.
Tidak perlu atok tekankan betapa perlu. Dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh peperiksaan tiba. Korang da besar dan da bleh pikir sendiri..
Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Penolong Penguasa Bomba KB29 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.
Tempoh Luput Permohonan
Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk permohonan jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29 ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.
Semakan Penjadualan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
PENOLONG PENGUASA BOMBA GRED KB29 DI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
TARIKH PEPERIKSAAN : 19 NOVEMBER 2020 (KHAMIS)
MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI – 11:40 PAGI
Pautan Alternatif:
http://e-semakan.spa.gov.my/psee-penolong-penguasa-bomba-kb29
Sila layari laman web:
http://www.spa.gov.my/ web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
PERHATIAN :
“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”
*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:40 pagi.
Jadual Gaji Penolong Penguasa Bomba KB29
Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Penguasa Bomba KB29 ;
Gaji minimum – RM1,814.00
Gaji maksimum – RM5,700.00
KGT – RM145.00
*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Penguasa Bomba dengan gred KB29 layak terima.
Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Bomba KB29
Apakah skop kerja atau senarai tugas Penolong Penguasa Bomba KB29?
Secara am, tugas seorang Penolong Penguasa Bomba KB29 dibahagikan kepada empat (4) aspek yang utama, yakni:
- Mengawalselia dan mengemaskini pengurusan operasi kebombaan di dalam kawasan jagaan balai.
- Mengawalselia pengurusan latihan kemahiran dan latihan harian di balai.
- Mengurus dan mengawalselia pengurusan personel di balai.
- Mengurus dan menjalankan pelaksanaan aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan di dalam kawasan jagaan balai.
Syarat Lantikan Dan Kelayakan Penolong Penguasa Bomba KB29
Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :
Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;
Dan
Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan / kelayakan yang diiktiraf setaraf.
(Gaji permulaan ialah pada tangga Gred KB29: RM1,814.00)
atau
Diploma dalam bidang kejuruteraan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan / kelayakan yang diiktiraf setaraf.
(Gaji permulaan ialah pada tangga Gred KB29: RM1,889.09)
Dan
Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan dari semasa ke semasa.
Dan
Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera berikut:
- Ketinggian badan sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Dan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Exam Online Penolong Penguasa Bomba KB29
Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Penguasa Bomba KB29 untuk tahun 2020 sudah dikeluarkan oleh SPA.
Exam online Penolong Penguasa Bomba KB29 akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.
Tarikhnya ialah pada 19 November 2020. Bersamaan dengan hari Khamis.
Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Penguasa Bomba KB29 selama satu jam dan empat puluh minit untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.40 pagi.
Inilah tempoh pagi yg paling singkat dalam hidup korang yang akan menentukan masa hadapan!
Senario Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29
Syarat untuk menyandang jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online.
Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Penolong Penguasa Bomba KB29 yang akan dijadualkan kemudian.
Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..
Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 terutama di bahagian A (Seksyen Pengetahuan Am). Aik? Sebab soalan yg naik sukar dijangka.
Format Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29
Format Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 sesi 2019/2020 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.
Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2019/2020. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.
Format 2017/2018 Vs Format 2019/2020
Format Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 – 2016/2017
Seksyen A: Ujian Sahsiah dan Minat
Seksyen B: Pengetahuan Am
Seksyen C: Daya Menyelesaikan Masalah
Format Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 – 2019/2020
Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris
Eh.. Bukan Sama Ke Tok?
Yup, nampak macam sama. Tapi ngak serupa.
Penilaian tetap 3 (tiga) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen UJIAN SAHSIAH DAN MINAT ditiadakan dan telah digantikan dengan seksyen PENGETAHUAN AM.
Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 sesi peperiksaan 2017 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.
Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Ujian Sahsiah dan Minat. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya. Dan paling mengelirukan. Nasib baek dah takda.
Elak Terketuk ‘Hand Control Diffuser Nozzle’ (Sekadar Metafora)
Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen A iaitu Pengetahuan Am. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah leka semasa operasi pemadaman dan penyelamatan kebakaran lantas terketuk kepala sendiri dengan ‘Hand Control Diffuser Nozzle’ (kepala hose bomba). Cuma kali ini, bukan menjejaskan operasi penyelamatan. Tetapi akan berakibat buruk dengan mendapat keputusan GAGAL dalam peperiksaan online SPA Penolong Penguasa Bomba KB29!
Sementara, untuk seksyen C, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense, present continuous tense dan lain-lain benda alah tu. Hadoi..
Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 – Pengetahuan Am
Dalam banyak2 seksyen yang ada dalam peperiksaan online SPA Penolong Penguasa Bomba KB29, paling susah nak skor ialah seksyen A Pengetahuan Am. Kenapa?
Ini adalah disebabkan oleh skop soalan seksyen Pengetahuan Am Penolong Penguasa Bomba KB29 adalah cukup luas. Seluas Malaysia. Dan bidang yg disoal adalah amat sukar diramal.
Walaubagaimanapun, suka sekali atok mencadangkan korang untuk membuat pembacaan ringan mengenai topik-topik yang atok suggest di bawah:
- Soalan Berkaitan Jawatan
- Skop Tugasan Badan dan Penjawatan
- Isu-isu Nasional
- Dasar Pentadbiran Negara
- Tarikh/Sejarah dan Fakta Penting
- Struktur organisasi kerajaan Malaysia
- Majlis Raja-Raja
- Jata dan lambang Negara
- Ketua Setiausaha Negara (KSN)
- Badan perundangan di Malaysia
- Menteri dan Kementerian di Malaysia
- Jabatan-Jabatan kerajaan di Malaysia
- Fungsi dan struktur Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Deskripsi tugas jawatan Gred KB29
Nampak tak? Bapak besar skop dia! Kalau nak prepare semua memang sakit la. Tapi satu ja yang confirm korang boleh buat persediaan tepat:
- Urusan Kebombaan
- Urusan Keselamatan
Pastikan soalan berkaitan BOMBA ni korang jawab semua betul. Pernah peperiksaan Bomba sebelum ni ditanya:
- Berkaitan logo bomba
- Berkaitan unit khas bomba
- Sejarah bomba
- Berkaitan kebakaran
- Berkaitan teknik pemadaman
Jadi bahagian ni korang kena master. Kalau nak study bab PERKEMBANGAN SEMASA memang korang akan ‘melayang tak tentu arah’. Boleh study secara kasar, tapi bab Bomba ni fokus sebab ianya pada skop yang terarah untuk studi.
Dalam rujukan Penolong Penguasa Bomba KB29 ni fokus pada 40 Nota Ringkas Bomba yang disusun. Sila ambil masa untuk hadam nota-nota ni ya.
Lepas tu baru korang sibukkan diri buat semua 90 Soalan Latih Tubi yang ada dalam rujukan ni.
Untuk persediaan Seksyen A Pengetahuan Am Penolong Penguasa Bomba KB29, korang buat 3 benda ni;
- Fokus untuk baca nota-nota Seksyen A (mukasurat 16 – 47)
- Cuba jawab 30 Soalan Seksyen A (mukasurat 48 – 58). Gunakan kertas jawapan di mukasurat 150.
- Semak jawapan dan huraian jawapan Seksyen A (mukasurat 132 – 136).
Kalau ada masa tambahan baru korang explore di Internet berkaitan isu semasa, kenegaraan dan lain-lain skop yang atok maklum tadi.
Apa yang penting, fokus pada benda yang korang tahu dengan jelas apa nak baca iaitu berkaitan Bomba!
Buat secepat mungkin!
Di bawah beberapa contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 – Seksyen A : Pengetahuan Am (yg ni atok bagi jenis kenegaraan punya saja).
1) Nyatakan senarai yang digunakan untuk melantik raja mengikut giliran.
A) Senarai Negeri
B) Senarai Bersama
C) Senarai Persekutuan
D) Senarai yang disusun semula
2) Padanan kenyataan yang manakah tidak benar tentang pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan?
A. Kerajaan Negeri: Agama Islam, pertanian dan Kerajaan Tempatan.
B. Kerajaan Negeri: Bekalan air, penyu dan penangkapan ikan di sungai.
C. Kerajaan Persekutuan: Kewangan, pertahanan, tanah dan perhutanan.
D. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri: Kebajikan masyarakat dan ternakan haiwan.
3) Organisasi manakah yang dicadangkan untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah negara ?
A) OPEC
B) CEDC
C) OECD
D) MTDC
4) Free Trade atau perdagangan bebas merupakan
I. perdagangan antarabangsa yang tidak tertakluk kepada campur tangan kerajaan atau peraturan sebagai contohnya ialah pengenaan sebarang duti.
II. perkongsian dagangan yang bertujuan membangunkan pengeluar – pengeluar di tahap sederhana dan mundur.
III. perdagangan antara negara – negara tanpa adanya halangan seperti tarif dan kuota.
IV. perdagangan berasaskan kepada ideologi neo-liberalisme.
A. III dan IV
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
5) Tingkat pendapatan penduduk tinggi adalah :
A) Penduduk bergantung kepada sektor pertanian
B) Penduduk tidak bergantung kepada sektor industri
C) Variasi pekerjaan pelbagai sektor membolehkan peroleh pendapatan
D) Pendapatan penduduk tinggi menyebabkan pendapatan per kapita tinggi
6) Apakah industri yang dimaksudkan berasaskan Bukan Sumber?
A. Farmaseutikal
B. Berasaskan kayu
C. Berasaskan getah
D. Eletrik dan eletronik
7) Microsoft Office dan Open Office merupakan perisian pejabat yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja. Manakah merupakan padanan yang betul?
I. Microsoft Excel – BASE
II. Microsoft Access – CALC
III. Microsoft Word – WRITER
IV. Microsoft Power Point – IMPRESS
A. I dan III
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan IV
8) Manakah antara berikut merupakan bukan petunjuk negara maju?
A) Dapat mengatasi masalah kependudukan
B) Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi
C) Kebanyakan eksport adalah bukan hasil industri dan perkhidmatan
D) Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi
9) Greater KL merupakan kluster pertumbuhan ekonomi yang penting serta menyumbang lapan kali ganda KDNK berbanding bandar lain di Malaysia. Berikut adalah program yang bakal dilaksanakan sepanjang tempoh RMK-10 kecuali
A. membangunkan Sime Darby Vision Valfey
B. mewujudkan rangkaian ruang awam terbuka
C. meningkatkan akses kepada pasaran antarabangsa
D. mewujudkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur
10) Seni Khat ialah seni yang dikaitkan dengan
A. Seni lukis yang berlatarbelakang kesenian Islam.
B. Seni dan budaya Islam yang menggunakan tulisan Arab.
C. Seni bina bangunan yang berlatarbelakangkan kesenian Islam.
D. Seni lukis yang menggunakan alat tulis khat yang diperbuat daripada daun lontar.
11) Manakah di bawah BUKAN maksud kesedaran dan kepatuhan kepada undang-undang, kesetaraan gender dan penghormatan terhadap hak asasi manusia ?
A) Memiliki disiplin yang tinggi terhadap undang-undang
B) Menghormati hak asasi manusia termasuk golongan minoriti seperti OKU
C) Akauntabiliti adalah satu prinsip dalam melakukan suatu tindakan
D) Keterbukaan dalam tindakan merupakan bukan prinsip akauntabiliti
12) Gempa bumi dan tsunami telah berlaku di negara Jepun pada 11 hb Mac 2011 yang mengakibatkan kebocoran loji nuklear. Di manakah letaknya loji nuklear tersebut?
A. Chiba
B. Kyoto
C. Takashi Kurita
D. Fukushima Daiichi
13) Selepas kapal angkasa yang membawa Angkasawan Negara meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), di manakah kapal tersebut telah mendarat?
A. Moscow, Rusia
B. Arkyik, Kazakhstan
C. Astana, Kazakhstan
D. Baikonour, Kazakhstan
14) Langkah-langkah berikut BUKAN kaedah untuk membina Negara maju Dan Sejahtera ialah :
A) Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapuskan birokrasi
B) Tidak mengambil kira pelaksanaan program sosial merentasi kaum yang bertujuan untuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial
C) Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat
D) Membina ekonomi berasaskan pengetahuan yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti dan inovasi
15) Manakah antara berikut merupakan empat tonggak asas yang telah dilancarkan dalam Dasar Teknologi Hijau Negara?
I. Tenaga
II. Ekonomi
III. Alam sekitar
IV. Sains dan Teknologi
A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. I, III dan IV
Untuk lebih banyak contoh soalan (dan skema jawapan) bagi seksyen A Penolong Penguasa Bomba KB29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 berikut.
Reminder: Jualan rujukan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 ini dibuka untuk tempoh masa yang terhad sahaja. Jualan ditutup pada 18 Nov (Rabu) ini. Jadi, jangan menyesal Cik Salmah!
Atau,
Boleh baca dahulu perkongsian ini yang menerangkan struktur seksyen dan contoh soalan Pengetahuan Am Penolong Penguasa Bomba KB29 dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap cara menangani soalan dalam seksyen A ini.
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :
- kemahiran pemikiran logik,
- kemampuan menginterpretasi data
- melalui pemahanan konsep-konsep matematik.
Jangan Sampai Duk Mencangkung sambil ‘Nangis Di Tepi Pili Bomba’
Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘mata terkebil-kebil’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus rasa ‘kosong’ dan ‘lapang’.
Oleh sebab terlalu ‘lapang’ sangat, maka padahnya duk mencangkung mengesat airmata ‘kat tepi pili bomba’ la selepas result exam SPA keluar nanti dengan keputusan yg dimulakan dengan perkataan – dukacita.
Walaupun dikatakan bahawa dalam peperiksaan online Penolong Penguasa Bomba KB29, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Tetapi korang jangan percaya sangat.
Latih tubi yang banyak diperlukan. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi dpt panggilan ke tak utk exam online yg akan datang kan..
Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian & Logik (macam IQ test)
Di bawah beberapa contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 – Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
1) Herman ialah adik kepada Khalid. Selain turut tampan seperti abangnya, Herman juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Herman untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?
A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun
2) Harga 40 ekor Kerapu yang dibeli Uncle Mijil ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Kerapu Uncle Mijil?
A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50
3) Encik Aliakhbar membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Aliakhbar dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?
A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000
4) Jimmy baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Jimmy membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?
A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00
5) 27 batang pensel warna Amaranth daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna Amaranth yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?
A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082
6) 257 orang ahli Kelab Muay Thai Kolej Chempaka membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang Kelab Muay Thai Kolej Chempaka yang tinggal?
A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70
7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Samson dan Andre masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Samson mendapat 43.75kg?
A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg
8) Prisma heptadekagonal M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Prisma heptadekagonal O. Prisma heptadekagonal P pula lebih berat daripada Prisma heptadekagonal O, tetapi lebih ringan daripada Prisma heptadekagonal M. Susun kedudukan Prisma heptadekagonal tersebut bermula dengan yang paling ringan.
A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N
9) Harga sebuah kereta BMW warna Garnet Red terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW Garnet Red terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?
A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105
10) Harga sebuah kondominium 3 bilik tidur dan 2 bilik air di Kemaman ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?
A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%
11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu D dan ruang tamu E. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu E?
A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416
12) Valery Ixora seorang gadis suku Rungus yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Valery Ixora dalam masa 1 jam 15 minit?
A) 55
B) 50
C) 40
D) 45
13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk heptakaidekagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk heptakaidekagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?
A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit
14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 buah Bacang (banyak ditanam di selatan tanah air). Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah buah Bacang tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah buah Bacang daripada Tajol. Berapakah jumlah buah Bacang yang tinggal pada Tajol?
A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250
15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji kurma jenis Zahidi diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah kurma Zahidi tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki kurma Zahidi tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan kurma Zahidi yang akan diperolehi oleh kumpulan R?
A) 117
B) 142
C) 468
D) 568
Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen B Penolong Penguasa Bomba KB29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 berikut.
Atau pun,
Boleh baca dahulu post atok satu lagi yang khusus membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 – Kefahaman Bahasa Inggeris
Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Penolong Penguasa Bomba KB29. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.
Soalan diolah dalam bentuk;
a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).
Contoh soalan adalah seperti berikut :
1) Mr. Harjil needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:
A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears
2) Taylor Ching has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.
Which of the following is true?
A) Taylor has three animals in total.
B) Taylor has more cats than dogs.
C) One of Taylor’s cats is black.
D) All of Taylor’s dogs have spots.
3) Habibah’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.
A) some
B) many
C) little
D) any
4) Please read the following sentence.
Once Aafiyahtul Izma lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy..
What will the ending be?
A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Aafiyahtul Izma lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.
5) Choose the correct sentence with the same meaning of
“I will cook a special dinner tonight,” Omar said to his wife.
A) Omar told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Omar told his wife to cook his special dinner that night.
C) Omar’s wife will cook a special dinner with Omar at night.
D) Omar’s wife told Omar to cook a special dinner for him that night.
6) Where ____________ Aliun live?
A. are
B. is
C. do
D. does
7) Masidi __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.
A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking
8) King David VI was so feared by his people because his face was ____________ .
A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common
Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 16).
There is a famous expression in English: “Stop the world, I want to get off!” This expression refers to a feeling of panic, or stress, that makes a person want to stop whatever they are doing, try to relax, and become calm again. ‘Stress’ means pressure or tension. It is one of the most common causes of health problems in modern life. Too much stress results in physical, emotional, and mental health problems.
There are numerous physical effects of stress. Stress can affect the heart. It can increase the pulse rate, make the heart miss beats, and can cause high blood pressure. Stress can affect the respiratory system. It can lead to asthma. It can cause a person to breathe too fast, resulting in a loss of important carbon dioxide. Stress can affect the stomach. It can cause stomach aches and problems digesting food. These are only a few examples of the wide range of illnesses and symptoms resulting from stress.
Emotions are also easily affected by stress. People suffering from stress often feel anxious. They may have panic attacks. They may feel tired all the time. When people are under stress, they often overreact to little problems. For example, a normally gentle parent under a lot of stress at work may yell at a child for dropping a glass of juice. Stress can make people angry, moody, or nervous.
Long-term stress can lead to a variety of serious mental illnesses. Depression, an extreme feeling of sadness and hopelessness, can be the result of continued and increasing stress. Alcoholism and other addictions often develop as a result of overuse of alcohol or drugs to try to relieve stress. Eating disorders, such as anorexia, are sometimes caused by stress and are often made worse by stress. If stress is allowed to continue, then one’s mental health is put at risk.
It is obvious that stress is a serious problem. It attacks the body. It affects the emotions. Untreated, it may eventually result in mental illness. Stress has a great influence on the health and well-being of our bodies, our feelings, and our minds. So, reduce stress: stop the world and rest for a while.
9) Which of the following is not a common problem caused by stress?
A) physical problems
B) anecdotal problems
C) mental problems
D) emotional problems
10) According to the essay, which of the following parts of the body does not have physical problems caused by stress.
A) the arms
B) the stomach
C) the lungs
D) the heart
11) Which of the following show how stress can affect the emotions?
A) it can make people feel nervous
B) it can cause panic attacks
C) it can make people feel elated
D) it can make people feel angry
12) Which of the following can result from long-term stress?
A) bliss
B) depression
C) alcoholism
D) whimsy
13) Choose the best answer to explain how alcoholism is caused by stress.
A) alcohol is used to relieve stress
B) alcohol is popular
C) alcohol is a chemical
D) alcohol is similar to medicine
14) Which of the following is not caused by long-term stress?
A) bloating
B) addiction
C) anorexia
D) alcoholism
15) Choose aanswers that can complete this sentence:
Stress can affect the respiratory system by _______________ .
A) causing stomach problems
B) causing asthma
C) a loss of carbon dioxide
D) causing breathing problems
16) Symptoms of emotional stress include ____________ .
A) feeling joyous
B) feeling hungry
C) feeling thirsty
D) feeling tired
Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?
Untuk lebih banyak contoh soalan Penolong Penguasa Bomba KB29 di Seksyen C ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 di bawah.
Atau pun,
Boleh baca dahulu perkongsian atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.
Kunci Kejayaan Calon KB29 Yang Lepas
Kunci kejayaan calon KB29 sebelum ni adalah:
1) Study dengan pantas.
Tak bertangguh. Baca semua nota berkaitan.
2) Buat latihan.
Lagi banyak soalan, lagi bagus. Korang akan jadi lebih bersedia.
Dalam rujukan peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 ni korang akan dapat 90 Soalan latihan dengan lebih 50 nota ringkas keseluruhan seksyen.
Bonus
Tapi hari ni, atok nak paksa korang untuk buat lebih banyak latihan! Korang akan dapat 30 SOALAN TAMBAHAN untuk buat latih tubi.
Ianya dijual dengan harga RM40, tapi korang dapat PERCUMA ja sebagai bonus pembelian rujukan peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29!
Uji persediaan korang. Jawab lebih banyak soalan. Manfaatkan rujukan peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 terlebih dahulu. BONUS 30 SOALAN TAMBAHAN akan dihantar ke email korang (senjata akhir korang).
Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29
Untuk sesi 2020, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.
Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
1) Beramal soleh tanpa sedar
Untuk pengetahuan korang, lima peratus (5%) drpd hasil jualan rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 ini atok salurkan ke badan-badan kebajikan seperti Serantau Muslim, Iman Care dan lain-lain. Bak kata orang – membeli sambil beramal la korang ni. (Nota: Hanya pembelian yang dibuat dari laman ini sahaja).
Ke mana hasil sumbangan tersebut akan diagihkan?
Badan kebajikan Serantau Muslim akan menguruskan dana yang terkumpul untuk disalurkan kepada rakan-rakan yang kurang bernasib baik di sekitar Asia Tenggara. Misalnya utk pembinaan masjid yg runtuh akibat gempa bumi, pembinaan semula pasentren (sekolah pondok) yang ranap akibat tsunami, menggali perigi untuk penduduk yg tiada bekalan air, mendirikan rumah buat fakir miskin, membekalkan Al-Quran kepada pondok-pondok surau/madrasah dan banyak lagi.
Manakala, Badan kebajikan Iman Care lebih berfokuskan kepada nasib umat islam yg berada di negara-negara bergolak. Duit korang tu akan digunakan untuk bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria (berupa selimut, alat pemanas, khemah dll), menanggung kos pembuatan roti untuk penduduk Palestin, membeli bantuan perubatan kepada rakyat Gaza dan banyak lagi.
Best kan? Sambil cuba2 mengubah nasib korang n family. Dapat pula beramal soleh. Korang memang anak yg baik!
Kalau korang gagal dalam peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 ini sekali pun, atok jamin korang masih berpuas hati dapat membantu orang-orang susah yang amat memerlukan ini!
2) Hati korang jadi riang ria
Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan peperiksaan online Penolong Penguasa Bomba KB29 ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran x kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main PUBG
Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn atok pula. Korang kaki game kan? Tak payah susah-payah. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Penolong Penguasa Bomba KB29, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 12 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!
5) Memudahkan hidup korang
Skema jawapan dalam rujukan Penolong Penguasa Bomba KB29 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi Hawau..
Rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Cara Beli Rujukan Penuh
Arahan:
- Klik Rujukan Penolong Penguasa Bomba KB29.
- Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
- Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
- Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
- Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).
Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?
Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..
Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan sebelum tarikh Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 korang tiba.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Dah Lupa Formula Matematik La Tok..
Jangan risau. Dalam rujukan Penolong Penguasa Bomba KB29 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.
Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2020.
Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.
Exam Da Dekat Ni Tok, Sempat Ke Pos Buku Ni?
Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 ni bukan buku. Tiada pengeposan dan tiada penghantaran yg perlu dibuat.
Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 20 minit (pegi ulang-alik amik barang).
Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.
Tapi Tok, Saya Lebih Suka Baca Buku..
Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.
Jadi, Demikianlah Adanya.
Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29 yang akan korang hadapi pada 19 November 2020 ini.
Satu lagi, contoh soalan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki peperiksaan!
Penutup
Agak ramai juga yang bilang (bukan siti bilang yer), peperiksaan Pembantu Makmal agak sukar. Jadi, molek benar kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Makmal C19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok berikan tu naik exam SPA. Sapa tahu kan..
Kpd korang yang mungkin akan menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai seorang Jurutera. Persiapan rapi haruslah dilakukan utk menghadapi exam online. Jawablah exam online tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Jurutera Gred J41.
Tak lupa juga kepada calon exam online SPA penolong pegawai pertahanan awam ambilan under APMM. Sila baca, & hadam maklumat dalam contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29. Atok harap ia boleh membantu korang.
Khas buat cucu atok yang memenuhi kelayakan & sudah dipanggil peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam untuk ambilan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19 ini pasti memberi sedikit sebanyak input bermanfaat.
Dah dapat emel panggilan PSEE Pembantu Tadbir P/O? Jawatan femes nih. Antara bahan bacaan yang amat sesuai kepada korang sebelum duduk peperiksaan SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 ni.
Sudah tentu korang dah tahukan, ke tak? Yang exam online pembantu tadbir (p/o) dan exam pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Kali tak tahu, maka ketahui la olehmu. Jadi, kepada yang dipanggil peperiksaan pembantu tadbir kewangan w19, luangkan sedikit sebanyak masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.
Sape yang sudah menerima emel panggilan ke peperiksaan Pegawai Penjara KA19 ambilan Jabatan Penjara Malaysia? Klu korang dipanggil, alhamdulillah. Kena buat persediaan rapi tu. Boleh baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Penjara KA19.
Last but not least, khusus buat calon exam online SPA utk jawatan Pembantu Operasi Gred N11, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah peperiksaan Gred N11 tu.
Serius, Ni Baru Penutup!
peperiksaan Online SPA yang terakhir untuk jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11 ambilan CGSO bagi tahun 2020 ni akan diadakan dalam a few days lagi. Kepada korang yang dah dipanggil, tidak rugi baca contoh soalan peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 CGSO ni.
Walaupun kita dlm suasana Covid-19 yang sedang membadai negara, sesi exam online SPA untuk jawatan Akauntan WA41 tetap akan dijalankan pada bila-bila masa dalam tahun ni. Molek bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Akauntan Gred WA41 ni.
Kepada korang yang hado mengisi jawatan Pembantu Keselamatan Gred KP19 dalam portal SPA9 (sebelum ni dikenali sebagai SPA8i), panggilan exam online telah diumumkan oleh SPA. Jangan da last minit baru kelam-kabut cari informasi. Awal-awal baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19.
Kpd mereka dijangka akan menjadi kakitangan Jabatan Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19. Atok ada siapkan beberapa bahan bacaan bermutu yang sesuai, termasuk contoh soalan peperiksaan Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi KKR k..
KKM sedang mengalukan kedatangan calon-calon Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) yang akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan berkenaan exam online online SPA untuk jawatan N41 ni, bolehlah tambahkan lagi kemahiran korang tu dengan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ni.
Kpd korang layak & barangkali telah selamat menerima emel panggilan ke peperiksaan online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan bahawa exam online SPA ni jg sedikit sebanyak sukar. Itu cakap-cakap orang la. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, bolehlah usha contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.
Emel panggilan peperiksaan online SPA Pembantu Awam gred H11 masih belum dikeluarkan oleh SPA. Tapi, dengar khabarnya, jumlah yang dipanggil memang tak beragak lagi ramainya. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.
OK, ni btl2 last. Calon peperiksaan SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 adalah tinggi bilangannya pada tahun 2019. Keadaan sama dijangka tahun ini. Jadi, kesilapan kecil sudah cukup membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!
Mcmna nak bli
Nanti atok akan berikan link ke laman tempahan. Arahan ada di sana utk diikuti. Mudah saja caranya.
Sy nak beli