Dapat panggilan exam online Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 pada bulan ni? Dah prepare? Klu belum, nasib baik! Sebab di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM Gred P29 yang diberikan di bawah.
Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan pada tahun 2021 ini.
Nota Penting: Cabaran getir terakhir yg korang kena harung ialah sesi temuduga Penolong Pegawai Siasatan P29 utk ambilan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yg dijadualkan antara 5 September 2023 – 7 September 2023 ini. Persediaan padu haruslah dibuat sebelum datang ke iv. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh korang baca di soalan temuduga Penolong Pegawai Siasatan P29 ini.
Sebelum itu, bagi korang yg terlibat dengan ujian psikometrik Penolong Pegawai Siasatan P29 untuk ambilan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada kali ini, persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir ujian tu. Contoh-contoh soalan ujian P29 boleh korang dapatkan di contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Siasatan P29 ini.
Khas untuk yg baru sahaja dapat panggilan untuk menghadiri ujian fizikal Penolong Pegawai Siasatan P29 bagi ambilan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 23 Mei 2023 – 24 Mei 2023 ini. Apa yang berlaku di sana? Apa persediaan perlu korang buat? Baca di ujian fizikal Penolong Pegawai Siasatan P29.
Permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Siasatan P29
Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Siasatan P29 secara rasmi di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan sebagai Penolong Pegawai Siasatan adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.
Tempoh luput permohonan
Suka diingatkan, tempoh luput permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan setelah tempoh luput tersebut sampai.
Semakan penjadualan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
PENOLONG PEGAWAI SIASATAN GRED P29 DI SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN
HARI PEPERIKSAAN: BELUM DIUMUMKAN
Pautan Alternatif:
http://e-semakan.spa.gov.my/psee-penolong-pegawai-siasatan-p29
Sila layari laman web:
http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
PERHATIAN :
“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”
*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.
Jadual gaji Penolong Pegawai Siasatan P29
Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 ;
Gaji minimum | RM 1,824.00 |
Gaji maksimum | RM 5,801.00 |
Kenaikan Gaji Tahunan | RM 150.00 |
*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Pegawai Siasatan P29 layak terima.
Deskripsi tugas Penolong Pegawai Siasatan Gred P29
Apakah skop kerja atau senarai tugas Penolong Pegawai Siasatan?
Secara am, tugas seorang Penolong Pegawai Siasatan SPRM adalah seperti berikut:
• Aspek Siasatan
• Aspek Perisikan
• Aspek Pendidikan Masyarakat
• Aspek Pemeriksaan dan Perundingan
• Aspek Perundangan dan Pendakwaan
• Aspek Penyelidikan dan Perancangan
• Aspek Latihan
• Aspek Keselamatan
• Aspek Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am
Syarat lantikan dan kelayakan Penolong Pegawai Siasatan P29
Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :
Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;
Dan
Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, perakaunan, undang-undang atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P29 : RM1,824.00)
Atau
Diploma dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred P29 : RM1,863.82)
Dan
Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Ringkasan Aliran Proses Pelantikan Jawatan
Atok ringkaskan di bawah stage atau tapisan2 yg perlu korang lalui :
- Wajib lulus Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Penolong Pegawai Siasatan Gred P29.
- Calon yg lulus akan dipanggil ke Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan dan lepas.
- Calon-calon yang lepas Ujian Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan akan dipanggil ke Program Assessment Center (PAC).
- Dan hanya calon yang lulus PAC sahaja akan dipanggil temuduga.
- Last sekali, calon-calon lulus temuduga inilah yg akan dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29.
PSEE adalah stage pertama dalam aliran proses ini. Dan inilah yang akan kita bincangkan dalam post ini. So, sila beri perhatian penuh..
Exam Online Penolong Pegawai Siasatan P29
Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Pegawai Siasatan P29 untuk tahun 2021 belum dikeluarkan oleh SPA.
Exam online Penolong Pegawai Siasatan P29 mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.
Tarikhnya masih di peringkat perbincangan.
Pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10.00 pagi sampai la jam 11.00. Inilah tempoh paling singkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang! Gunakan sebaiknya.
Senario Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29
Untuk menyandang jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan.
Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga yang akan dijadualkan kemudian.
Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Ini adalah adalah amat malang sekali.
Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29 terutama di bahagian B.
Format Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29
Format Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29 2020/2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.
Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Penolong Pegawai Siasatan P29 untuk sesi 2017/2018 berbeza dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.
Format 2017/2018 vs Format 2020/2021
2017/2018
Seksyen A : Pengetahuan Am |
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah |
2020/2021
Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah |
Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris |
Eh.. bukan sama ke tok?
Nampak saja macam sama. Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ.
Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.
Jadi jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29 sesi peperiksaan 2018, memang korang akan buang masa.
Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.
Elak terliur dengan rasuah
Cumanya, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘terliur dengan rasuah‘ lalu disabitkan gagal dalam keputusan peperiksaan online SPA.
Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau cikgu English masuk pun, memang ‘yes teacher’ ‘no teacher’ je la.
Sementera, untuk seksyen A, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi konsep matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian.
Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29 – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :
- kemahiran logik,
- kebolehan menginterpretasi data
- melalui pemahanan konsep-konsep matematik.
Jangan sampai tersasar dari jalan yang benar
Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘loya dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan dan rumus saja terus rasa nak pitam dan hampir-hampir ‘tersasar dari jalan yang benar’.
Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?
Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian & Logik (macam IQ test)
Berikut beberapa contoh soalan Penolong Pegawai Siasatan P29 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
1) Budak berbaju oren mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak berbaju hitam pula mendapat kurang 250 markah daripada Budak berbaju putih. Manakala Budak berbaju putih mendapat kurang 350 markah daripada Budak berbaju oren. Berapakah jumlah markah mereka bertiga?
A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500
2) Daerah Pitas mempunyai bangsa M seramai 0.47 juta orang. Bangsa N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala Bangsa O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah Bangsa O di Daerah Pitas?
A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang
3) Afiati Idora dan kakaknya Safiah baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Afiati Idora mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?
A) 454
B) 228
C) 452
D) 226
4) Zakirah Imanna seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Zakirah Imanna dalam masa 1 jam 15 minit?
A) 55
B) 50
C) 40
D) 45
5) Farrah Aina ialah adik kepada Zakirah Imanna. Selain turut cantik seperti kakaknya, Farrah Aina juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun tabungan Farrah Aina untuk mendapat dividen sebanyak RM81?
A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun
6) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Maisin ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap?
A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50
7) Encik Moidin membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Moidin dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?
A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000
8) Dave membeli sebuah Sofa dengan harga RM 6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Dave membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?
A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00
Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29 berikut :
Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29 – Kefahaman Bahasa Inggeris
Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.
Soalan diolah dalam bentuk; sama ada petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, soalan berkaitan vocabulary, soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain).
Contoh soalan adalah seperti berikut :
1) Devra has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.
Which of the following is true?
A) Devra has three animals in total.
B) Devra has more cats than dogs.
C) One of Devra’s cats is black.
D) All of Devra’s dogs have spots.
2) Please read the following sentence.
Once Akma lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy..
What will the ending be?
A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Akma lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.
3) He stopped ________________ to us. We spent ten minutes having a really nice chat before he moved on again.
A) to talk
B) talking
C) talks
D) talked
4) How many people _______________ in your family?
A. are there
B. is there
C. there are
D. there
5) The sentence below does not have any punctuation. Choose the option with the correct punctuation.
dont you understand what im saying shouted his father get down at once
A) Don’t you understand what Im saying, shouted his father. Get down at once.
B) “Don’t you understand what I’m saying”, shouted his father, “Get down at once.”
C) “Don’t you understand what Im saying”, shouted his father. “Get down at once”
D) “Dont you understand what I’m saying.” shouted his father. “Get down at once”
E) “Don’t you understand what I’m saying?” shouted his father. “Get down at once.”
6) Choose the option which will best replace the underlined word in the sentence to make it correct.
The hotel accomodation was luxurious.
A) acommodation
B) accommodation
C) accomadation
D) accommerdation
7) Please read the following sentences.
We all love to win. However, we also have to know how to accept defeat.
If we change the above into a single sentence and begin:
We have to know how to accept defeat…
What will the best ending be?
A. however, we all love to win.
B. but winning is better.
C. so we can also love to win.
D. even though we all love to win.
Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 8 – 9).
A hare was very popular with the other beasts who all claimed to be her friend, but one day she heard the hounds approaching and hoped to escape them with the help of her many friends. “What are friends for,” she asked herself, “if not to help out in time of need?” Furthermore, most of her friends were big and brave, so at least one should be able to help. First she went to the horse, and asked him to carry her away from the hounds on his back. But he declined, stating that he had important work to do for his master. ” I feel sure,” he said, “that all your other friends will come to your assistance.” She then applied to the bull, and hoped that he would repel the hounds with his horns. The bull replied: “I am very sorry, but I have an appointment with a lady. However, I feel sure that our friend the goat will do what you want.” The goat, however, feared that his back might be harmed if he took her upon it. The ram, he felt sure, was the proper friend to apply to. So she went to the ram and told him the case. The ram replied: “Another time, my dear friend. I do not like to interfere on the present occasion, as hounds have been known to eat sheep as well as hares.” The hare then applied, as a last hope, to the calf, who regretted that he was unable to help her. He did not like to take the responsibility upon himself, as so many older persons had declined the task. By this time the hounds were quite near, so the hare had to take to her heels. Luckily, she escaped.
8) The hare was confident she would find a friend to help for all the following reasons except:
A) she knew she was popular.
B) she assumed friends were there to help.
C) most of her friends were big and strong.
D) her friends had promised help whenever she needed it.
E) she had a wide range of friends.
9) A suitable moral for this story would be:
A) a friend in need is a friend indeed.
B) never rely on your friends in a time of crisis.
C) popularity does not mean friendship.
D) friendship does not exist among animals.
E) in a time of crisis you discover who your true friends are.
Dapat tak jawapan untuk contoh-contoh soalan di atas?
Untuk lebih banyak contoh soalan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 ini (yang dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29 di bawah :
Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29
Untuk sesi 2021, rujukan penuh kali ini masih sedang dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.
Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?
- Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)
- Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
- Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
- Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih)
- Murah giler (smartphone korang harga beribu kot)
Cara beli rujukan penuh
Arahan:
- Klik Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29.
- Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
- Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
- Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
- Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).
Confirm lulus ke ni tok kalau saya beli rujukan ini?
Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Yang penting korang da berusaha sebaik mungkin.
Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, skema jawapan serta penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 korang.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Dah tak ingat formula Matematik la tok..
Jangan risau. Dalam rujukan ni dah sediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu.
Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2019.
Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukan nak duduk SPM pon. Yang bestnya, dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂
Exam da dekat. Sempat ke pos buku ni tok?
Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm setengah jam. Pegi ulang-alik amik barang.
Korang juga tak perlu tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai mana.
Tapi tok, saya lebih suka baca buku..
Kalau korang yg banyak sgt ink tu, boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikannya buku. Boleh conteng2 nota kaki. Takda masalah. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.
Jadi, demikianlah adanya.
Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29 yang akan korang hadapi pada tahun 2021 ini.
Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki peperiksaan!
Penutup
Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni. Korang jangan tinggal duduk diam. Tidur, bangun, makan, main hp, tidur lagi dan seterusnya. Terus baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.
Lagi satu, Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29 ni untuk korang yang nak masuk kerja kerajaan sahaja.
Bagi yang lebih meminati kerja swasta (atas sebab peningkatan kerjaya dirasakan lebih cerah), korang bacalah cara mohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.
Sebelum menghadirkan diri korang tu ke mana-mana temuduga terbuka swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta. Jangan da gerak, baru nak rojer atok pula. Dah terlambat.
Penutup juga
Jabatan Arkib Negara memerlukan calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai jabatan mereka. Iklan PSEE S19 sudah dibukan. Jika orang calon dipanggil, sila baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pemuliharaan S19 ini.
Tarikh exam Pembantu Laut da semakin hampir. Elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar exam. Sapa tahu kan..
Kepada yang bakal menganggotai AADK sebagai pembantu S19. Tolong hapuskan sama sekali ancaman ini daripada negara kita. Duduklah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.
Tak lupa juga kepada calon exam penolong pegawai tadbir ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.
Khas cucu atok yang dipanggil exam penolong pegawai pembangunan masyarakat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini akan memberi sedikit pendedahan berguna.
Keperluan jawatan Pegawai Penyelidik Q41 di Jabatan Perikanan Malaysia adalah pada tahap kritikal. Disebabkan itulah, maka telah SPA diarahkan untuk membuat pengambilan segera. Panggilan PSEE sudah dikeluarkan. Jika korang terlibat, dapatkan input maksima di contoh soalan peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 ini.
Last but not least, dapat panggilan PSEE pembantu tadbir P/O? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.
Hokey, ni baru penutup!
Jawatan sebagai Pembantu Makmal C19 adalah merentas kementerian/jabatan. Maksudnya, banyak agensi kerajaan yang memerlukan perkhidmatan ini. Jika korang ada isi dalam SPA9 dan dah dpt panggilan, kumpulkan maklumat penting di contoh soalan peperiksaan Pembantu Makmal C19.
Korang tahukan, exam pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? So, bagi yang dipanggil exam pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.
Khusus calon pembantu operasi, dapatkan info bermanfaat dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah exam ni. Kekosongan banyak tu..
Exam online terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Kepada yang dipanggil, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.
Sesi exam online untuk pegawai bomba akan dijalankan bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat penting seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ni.
JPA telah memaklumkan SPA untuk membuat tapisan bagi calon-calon Pegawai Latihan Vokasional DV41 yg bakal diserap. Jadi, panggilan exam dah dikeluarkan. Jika korang terlibat, atok ada sediakan beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Latihan Vokasional DV41.
OK, ni btl2 last. Anytime SPA akan keluarkan panggilan exam Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam SPA9, atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Bon voyage dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!