Dpt emel panggilan exam online Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 ambilan Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada kali ni? Dah prepare? Klu belum, nasib baik! Sebab di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 JKDM yang diberikan di bawah.
Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada kali ini.
Nota Penting: Bagi yg terpilih ke sesi temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19 utk ambilan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yg dijadualkan pada 18 Disember 2023 – 22 Disember 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh korang baca di soalan temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini.
Khas untuk korang yg baru sahaja dapat panggilan untuk menghadiri ujian fizikal Pembantu Penguasa Kastam WK19 bagi ambilan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada kali ini. Apa yang berlaku di sana? Apa persediaan perlu korang buat? Baca di ujian fizikal Pembantu Penguasa Kastam WK19.
Kepada korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Penguasa Kastam WK19 untuk ambilan Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada kali ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan bacaan utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Penguasa Kastam WK19.
Sementara itu, bagi korang yg terlibat dengan sesi temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19 ambilan Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada kali ini. persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Contoh-contoh soalan temuduga WK19 boleh korang dapatkan di contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini.
Permohonan jawatan kosong Pembantu Penguasa Kastam WK19
Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Penguasa Kastam WK19 secara rasmi di Kementerian Kesihatan Malaysia dan di pelbagai kementerian / jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA8 di Portal SPA8i. Permohonan jawatan sebagai Pembantu Penguasa Kastam WK19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.
Tempoh luput permohonan
Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19 di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.
Kesosongan Jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19
Berdasarkan iklan SPA bertarikh 17 November 2020, bilangan kekosongan jawatan adalah sebanyak 64 tempat. Calon simpanan pula ada seramai 700 tempat. Jangan tanya atok kenapa sampai sebegitu ramai calon simpanan tu.
Berdasarkan jumlah kekosongan yg ditawarkan cukup sedikit, tidak perlu lagi diperingatkan betapa perlu dan pentingnya korang membuat persediaan rapi. Tak payah banyak, silap sedikit pun sudah memadai untuk korang gagal exam ni!
Semakan penjadualan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED WK19 DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
TARIKH PEPERIKSAAN: BELUM DIUMUMKAN
MASA PEPERIKSAAN: 10.00 PAGI – 11.00 PAGI
Pautan Alternatif:
http://www.spa.gov.my/spa/psee-pembantu-penguasa-kastam-wk19
Sila layari laman web:
http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
PERHATIAN :
“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”
*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.
Jadual gaji Pembantu Penguasa Kastam WK19
Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Penguasa Kastam ;
Gaji minimum | RM 1,353.00 |
Gaji maksimum | RM 4,005.00 |
Kenaikan Gaji Tahunan | RM 100.00 |
*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 layak terima.
Deskripsi tugas Pembantu Penguasa Kastam WK19
Apakah skop kerja atau senarai tugas Pembantu Penguasa Kastam WK19?
Secara am, tugas seorang Pembantu Penguasa Kastam adalah seperti berikut:
” Bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan ke atas barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar / masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar / masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti, menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal / kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa. “
Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Penguasa Kastam WK19
Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :
Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;
Dan
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,353.00);
atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,409.40);
atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred WK19: RM1,465.80).
Dan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) /Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Exam Online Pembantu Penguasa Kastam WK19
Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Penguasa Kastam WK19 untuk tahun 2021 sudah dikeluarkan oleh SPA.
Exam online Pembantu Pendaftaran KP19 akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.
Tarikhnya masih belum ditentukan. Bersamaan hari Jumaat yg berkah.
Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama satu jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.00. Inilah tempoh singkat dalam hidup korang yang akan menentukan masa hadapan!
Senario Peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19
Syarat untuk menyandang jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).
Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pembantu Penguasa Kastam yang akan dijadualkan kemudian.
Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal.
Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Pembantu Penguasa Kastam WK19 terutama di bahagian B.
Format Peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19
Format Peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 sesi 2020/2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.
Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pembantu Penguasa Kastam WK19 untuk sesi 2017/2018 berbeza dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.
Format 2017/2018 vs Format 2020/2021
Format Pembantu Penguasa Kastam WK19 – 2017/2018
Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Format Pembantu Penguasa Kastam WK19 – 2020/2021
Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris
Eh.. bukan sama ke tok?
Yup, nampak macam sama. Tapi tak serupa.
Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.
Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 sesi peperiksaan 2018 dan ke bawah, memang korang akan bazir masa.
Masa korang akan terbazir dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.
Elak ‘terkehel lidah’
Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘terkehel lidah‘ lalu mendapat keputusan tidak berjaya dalam peperiksaan online SPA.
Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau teacher masuk pun, memang ‘yes’ ngan ‘no’ je la yg fasih.
Sementera, untuk seksyen A, ia melibatkan daya penyelesaian masalah. Masalah yang dikemukakan hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi konsep matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian.
Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.
Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :
- kemahiran pemikiran logik,
- kemampuan menginterpretasi data
- melalui pemahanan konsep-konsep matematik.
Jangan sampai ‘nangis tak berair mata’
Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘loya dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus rasa nak pitam dan padahnya ‘nangis tak berair mata’ setelah result exam SPA keluar.
Namun begitu pun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?
Pecahan Seksyen A
Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian & Logik (macam IQ test)
Di bawah beberapa contoh soalan Pembantu Penguasa Kastam WK19 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
1) Budak berbaju biru dan berseluar hitam jeans mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak berbaju merah hati berseluar jeans biru pula mendapat kurang 250 markah daripada Budak berbaju hijau lembut. Manakala Budak berbaju hijau lembut muda mendapat kurang 350 markah daripada Budak berbaju biru dan berseluar jeans hitam. Berapakah jumlah markah mereka bertiga?
A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500
2) Daerah Samarahan mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Samarahan?
A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang
3) Afifi dan abangnya Aqif baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Afifi mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?
A) 454
B) 228
C) 452
D) 226
4) Maryian seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Maryian dalam masa 1 jam 15 minit?
A) 55
B) 50
C) 40
D) 45
5) Monika ialah adik kepada Maryian. Selain turut cantik seperti kakaknya, Monika juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Monika untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?
A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun
6) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Vashu ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Vashu?
A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50
7) Encik Amirudin membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Amirudin dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?
A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000
8) Jesmond baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Penguasa Kastam WK19 di JKDM. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Jesmond membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?
A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00
9) 27 batang pen merah daripada jumlah 156 kotak pen didapati rosak. Jumlah pen merah yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pen. Berapakah jumlah semua pen tersebut?
A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082
10) 257 orang ahli Kelab Memancing membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan dewan. Berapakah baki wang yang tinggal?
A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70
Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 berikut.
Atau pun,
Baca post atok satu lagi yang khas membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.
Jangan keliru: Ramai yg mengadu pada atok. Beli rujukan Pembantu Penguasa Kastam WK19 tapi dapat eBook bonus Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29. Betul? Ok begini, korang tak perlu download eBook bonus Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 tu. Sebab korang tak terlibat pun. Cuma download Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris sahaja. Tapi nanti, pada 4 April, korang masuk semula ke ruangan download utk dptkan eBook bonus Pembantu Penguasa Kastam WK19. Ia akan automatik ada di sana. Dan ia adalah percuma. Boleh?
Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 – Kefahaman Bahasa Inggeris
Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘menipiskan’ peluang ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.
Pecahan Seksyen B
Soalan diolah dalam bentuk sama ada; a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, b) soalan berkaitan vocabulary dan c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).
Di bawah beberapa contoh soalan Pembantu Penguasa Kastam WK19 – Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris
1) Shila has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.
Which of the following is true?
A) Shila has three animals in total.
B) Shila has more cats than dogs.
C) One of Shila’s cats is black.
D) None of these.
2) Please read the following sentence.
Once Wannie lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy..
What will the ending be?
A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Wannie lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.
3) Where _____________ Cecelia Lim live?
A. are
B. is
C. do
D. does
4) Azrizam ____________ English, Mandarin and a bit of Arabic.
A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking
5) I have only a ______________ Hari Raya cards left to write.
A. few
B. fewer
C. less
D. little
Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 6 – 7).
There is a place forty kilometres north-east of Portland, Victoria, which makes for an unusual visit. It is Lake Condah. Here are to be found remains of aboriginal settlements: the circular stone bases of several hundred huts, rock-lined water channels, and stone tools chipped from rock not normally found in the area. One of the attractions of Lake Condah long ago was its fish and the most startling evidence of aboriginal technology and engineering to be found there are the systems built to trap fish.
Water courses had been constructed by redirecting streams, building stone sides and even scraping out new channels. At strategic spots, they piled rocks across the water courses to create weirs and build funnels to channel eels and fish into conical baskets. This is an eel-fishing technique which has hardly changed to the present day. Beside some of the larger traps, there are the outlines of rectangular, stone-lined ponds, probably to hold fish and keep them fresh.
On the bluffs overlooking the lake, stone circles are all that remain of ancient dwellings. Not all of the stones were quarried locally. The huts vary in size, but all have gaps for doorways located on the lee side, away from the prevailing wind. One theory is that the stone walls were only waist to shoulder high, with the top roofed by branches and possibly packed with mud.
The site presents a picture of a semi-settled people quite different from the stereotype of nomadic hunter-gatherers of the desert.
6) The word ‘stereotype’, as used in the above passage, means
A. distant culture.
B. opposite picture.
C. electronic print version.
D. standard view.
7) Lake Condah is seen as unusual, mainly because
A. it is so close to a main town.
B. there are remains of buildings still to be seen.
C. it reveals a society that was at least partly settled and had building and engineering skills.
D. there is evidence that some of the building stone was imported.
Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?
Untuk lebih banyak contoh soalan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 di bawah.
Atau pun,
Baca perkongsian atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.
Kunci Kejayaan Calon Pembantu Penguasa Kastam WK19 Yang Lepas-Lepas
Kunci kejayaan calon Pembantu Penguasa Kastam WK19 sebelum ni adalah:
1) Study dengan pantas.
Tidak bertangguh.
Terus baca semua nota berkaitan. Terus hafal mana yg patut. Terutama rumus dan formula math.
2) Buat latihan.
Lagi banyak soalan, lagi bagus.
Korang akan jadi lebih bersedia. Dalam rujukan extra peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ni, korang akan dapat 70 contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah dan jawapan dan 65 contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris dan jawapan.
Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19
Untuk sesi 2021, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.
Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
1) Korang beramal soleh tanpa sengaja
Untuk pengetahuan korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini atok akan salurkan kepada badan-badan kebajikan seperti Serantau Muslim, Iman Care, AmanPalestine dan beberapa tempat lagi. Bak kata orang – membeli sambil beramal la korang ni.
Lagi pun, bukankah korang bakal-bakal ustaz dan ustazah di JAKIM? Atok percaya, inilah yg paling meriangkan korang. Sebab tiada yg lebih membahagiakan selain daripada dapat membantu sesama muslim. Di samping mengumpul bekalan amal utk hari kemudian.
(Nota: Pakej amal ini hanya efektif melalui pembelian yang dibuat dari laman ini sahaja).
Ke mana hasil sumbangan tersebut akan diagihkan?
Badan kebajikan Serantau Muslim menguruskan dana yg terkumpul utk disalurkan kpd rakan-rakan yang kurang bernasib baik di sekitar Asia Tenggara. Misalnya pembinaan masjid yang runtuh akibat gempa, pembikinan semula sekolah yang ranap akibat tsunami, menggali perigi untuk penduduk yg tiada bekalan air, mendirikan rumah buat fakir miskin, membekalkan Al-Quran kepada pondok-pondok pengajian/madrasah dan banyak lagi.
Manakala, Badan kebajikan Iman Care lebih berfokuskan kpd nasib saudara-saudara kita yg berada di negara-negara bergolak. Antara kegunaan dana yang terkumpul ialah bagi bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria (berupa selimut, alat pemanas, khemah dll), menanggung kos pembuatan roti untuk penduduk Palestin, membeli bantuan perubatan kepada rakyat Gaza dan seumpamanya.
Best kan? Sambil cuba2 mengubah nasib korang n family. Dapat pula beramal soleh. Korang memang anak yg baik!
2) Hati korang jadi riang ria
Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan peperiksaan online Pembantu Penguasa Kastam WK19 ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran x kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main PUBG
Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn atok pula. Korang kaki game kan? Tak payah susah-payah. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Pembantu Penguasa Kastam WK19, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Jom streaming sampai pagi!
4) Guna pengalaman 13 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 13 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!
5) Memudahkan hidup korang
Skema jawapan dalam rujukan extra Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi Hawau..
Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Cara Beli Rujukan Extra
Berikut step by step cara membuat pembelian:
1. Klik Rujukan Extra Seksyen. Scroll ke bawah sekali. Klik butang ‘Pilih Rujukan Anda‘.
2. Scroll ke bawah, sampai nampak pilihan pakej. Tak bleh scroll ke kanan (atok dah try). So, kena klik guna butang ke kanan yg atok bulatkan dlm gambar di bawah ni.
3. Korang klik jer sampai jumpa ‘Pilihan SINGLE #2‘ (yg kaler hijau tu). Ini kalau korang nak pakej utk eBook Daya Menyelesaikan Masalah. Pastu, klik butang ‘Tempah Sekarang‘.
4. Tapi klu korang nak pakej utk eBook Kefahaman Bahasa Inggeris. Korang klik lagi sampai jumpa ‘Pilihan SINGLE #3‘ (yg kaler kuning aka gold tu). Pastu, klik butang ‘Tempah Sekarang‘.
4. Korang akan sampai ke halaman di bawah.
- 1) Korang kena isi emel peribadi yg betul (sebaiknya pakai gmail).
- 2) Jgn lupa tick kotak ‘syarat & terma pembelian’.
- 3) Klik butang ‘Proceed to checkout‘.
5. Selepas itu, korang dibawa ke sini. Ikuti betul2 arahan berikut:
- A) Tak payah isi apa-apa cupon di sini. Biarkan jer kosong.
- B) Isi billing information dgn lengkap. Ruangan ‘Company’ tu biarkan kosong.
- C) Ini pun tak payah buat apa-apa.
- D) Tick semua kotak yg ada.
- E) Akhirnya klik butang ‘Complete your order‘.
6. Seterusnya, korang akan sampai ke ruangan pembayaran ni.
- 1) Pilih online banking korang. Atok bagi contoh guna myBSN. So, korang just klik ikon myBSN.
- 2) Tick kotak ‘I understand and accept the terms and conditions.’.
- 3) Klik butang ‘PAY‘.
Selepas itu, korang kena login dlm online banking mcm biasa la. Username, password dan mungkin nombor TAC. Alaaa.. Bukan tak biasa beli di shoppee atau Lazada kan.
Jelas tak korang? Kalau masih tak faham jugak. Boleh emel atok, di atokpencen.com@gmail.com utk bantuan pembelian. Nnt atok balas klu online.
Itu cara bayaran menggunakan billplz / online banking.
Macamana pula dengan calon yang tiada online banking?
Untuk korang yg takda online banking tu. Korang juga boleh membuat pembelian rujukan extra ni dengan kaedah transfer menggunakan ATM atau kedah bank-in menggunakan CDM. Cara bayaran manual ni ada lain sikit dan agak banyak step-nya. Klu korang pilih kaedah ni, bleh emel atok di atokpencen.com@gmail.com untuk bantuan pembelian secara manual.
Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ini?
Atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin.
Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 korang.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Dah lupa formula Matematik la tok..
Jangan risau. Dalam rujukan Pembantu Penguasa Kastam ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula formula-formula matematik yang da hampir terpadam dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.
Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2021.
Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nak duduk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂
Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?
Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam ni bukan buku. Tiada pengeposan barang dibuat. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.
Berapa lama dpt rujukan extra tu tok lepas buat bayaran?
Klu korang pilih pembayaran billplz (FPX) / online banking, proses ini hanya mengambil masa 1- 2 jam sahaja!
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 30 minit (pegi ulang-alik amik barang).
Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.
Tapi tok, saya lebih suka baca buku..
Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni dan binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.
Jadi, demikianlah adanya.
Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 yang akan korang hadapi pada tahun ini.
Satu lagi, contoh soalan Pembantu Penguasa Kastam WK19 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki peperiksaan!
Penutup
Kepada yang bakal menganggotai AADK sebagai pembantu anti dadah. Tolong hapuskan sama sekali ancaman ini daripada negara kita. Jawablah exam online SPA tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.
Tidak lupa juga kepada calon exam SPA penolong pegawai tadbir ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.
Khusus buat cucu atok yang dipanggil exam online SPA penolong pegawai pembangunan masyarakat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini akan memberi sedikit input berguna.
Dapat panggilan PSEE SPA pembantu tadbir P/O? Tak tahu nak prepare apa? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.
Korang tahukan, PSEE SPA pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Jadi, kepada yang dipanggil PSEE pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.
Khusus calon pembantu operasi, sila dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah PSEE tu. Jangan sekali-kali.
Jabatan Pertanian Malaysia sedang memantapkan industri makanan negara. Dalam rangka itu, pengambilan Penolong Pegawai Pertanian G29 yang baharu adalah diperlukan. PSEE Penolong Pegawai Pertanian G29 akan dijalankan oleh SPA. Jika korang terlibat, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pertanian G29.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah meminta SPA untuk membuat tapisan dan saringan untuk calon-calon Pegawai Farmasi UF41 yg bakal diserap. Jawatan ni agak sukar nak lepas kalau tak buat persediaan betul-betul. Mulakan persiapan korang dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 ni.
Last but not least, , PSEE SPA yg terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.
Ni baru penutup!
Sesi peperiksaan online SPA untuk pegawai bomba akan dijalankan bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ni.
Pada bila-bila masa, SPA akan keluarkan panggilan exam online SPA Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam SPA8i atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.
Kepada buat yang bakal menganggotai SPRM sebagai penolong pegawai siasatan. Atok ada sediakan beberapa bahan bacaan tambahan, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasaan P29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi SPRM nanti k..
KKR dan KKMM sedang menantikan calon-calon pembantu kemahiran yang akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang sudah menerima emel panggilan peperiksaan online SPA untuk jawatan ni, suka atok cadangkan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.
Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke exam online SPA penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.
Panggilan peperiksaan online SPA pembantu awam sudah dikeluarkan oleh SPA. Dengar khabar, jumlah yang dipanggil tak beragak ramai. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.
Calon untuk exam online SPA pembantu pembangunan masyarakat adalah tinggi bilangannya. Kesilapan kecil boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.
OK, ni btl2 last. Kalau korang ada mohon pembantu pendaftaran dalam SPA8i, panggilan boleh jadi dikeluarkan oleh SPA pada bila-bila masa saja. Jangan da last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!
YG dah pernah beli kena beli Lagi ke bos
Salam Irwan,
Tak perlu beli semula.
Cuma pada 4 April nanti, akan ada eBook bonus Pembantu Penguasa Kastam Wk19.
Irwan just masuk semula ke ruangan download pada 4 April dan dptkan eBook bonus tersebut.
No charge. Free jer. Dgn harapan semoga ia membantu sedikit sebanyak persiapan Irwan nanti.
Salam, ya masih sama.
DAYA MENYELESAIKAN MASALAH& KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS
Wkslm Na. Terima kasih.
salam. lepas peperiksaan online, akan ade iv bersemuka dan ujian fizikal tak? syarat2 fizikal spt BMI, ketinggian diambil kira tak sperti Pem.Peg Pertahanan Awam KP19?
Wkslm Azzahrah,
Btl. Klu ikut flow asal. Ada UKJK (check tinggi, BMI dsbnya tu). Klu lepas UKJK, baru gi iv.
Maaf bertanya untuk pembantu penguatkuasa Kastam KW19 ada ujian fizikal tak atau terus kepada IV
Sebelum ni, biasa ujian fizikal dahulu kemudian IV. Klu ada perubahan semasa, itu tertakluk kepada keputusan pihak SPA.
Selalunya ada berapa soalan akan diberi pada daya penyelesaian masalah waktu exam nanti? Berapakah bilangan jawapan diperlukan untuk lulus?
Hai Johns,
Biasanya soalan daya menyelesaikan masalah antara 20 – 30 soalan. Bergantung kepada keputusan pihak SPA dari masa ke masa.
Utk lulus, ia masih menjadi rahsia pihak SPA. Atok sendiri tak tahu berapa kerana ia tidak dinyatakan.
Nak tanya..yang eBook bonus pembantu penguasa kastam WK19 tu dah boleh download ke?
Salam Hakim,
Iya. Dah boleh download. Dah dimasukkan ke dalam ruangan download ya..
Nanti dalam latihan boleh bawa smartphone ke ?training dia teruk macam polis dan askar tak ?
Rasanya boleh bawa kot. Dan latihan tak la seteruk askar pon. Jgn bimbang k..
Nak tnya, klau ujian on9 guna zoom atau google meet ke? Ke hanya paper on9 je?
Salam Faiz,
Stahu atok, ujian online spa guna sistem khas / paper online. Tak pakai aplikasi lain..
Assalamualaikum.. esok saya ad exam pembantu penguatkuasa kastam.. sempat lg ke nak study ni 🥺
Salam Shakinah,
Mmg tak sempat dah. Apa pun, gud luck for today..
Assalammualailum tok.. just nk bertanya selalu lpas kita jawab bape hari br kita tau samaada lpas ataupon tidak?
Wkslm, biasanya klu ikut sifir SPA ialah 30 hari daripada peperiksaan. Tapi kadang2, sekarang atok tgk 2 minggu keputusan exam dah kuar.
Salam..nak tnya, brapa lama keluar keputusan ujian on9 ya?
Wkslm,
Biasanya, di antara 2 ke 4 minggu selepas exam.
assalam. tumpang tanya, d mna sy boleh dptkn jwpn contoh2 soalan d atas ya tok ?
Wkslm,
Untuk ujian psikometrik Pembantu Penguasa Kastam WK19, Umi boleh rujuk post berkaitan di pautan ini:
https://www.blogtipskerjaya.net/contoh-soalan-ujian-psikometrik-pembantu-penguasa-kastam-wk19/