Ujian Fizikal Pembantu Penguasa Kastam WK19

Korang dipanggil ke ujian fizikal Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 pada 14 – 20 November 2023 ini? Korang tahukan, penempatan jawatan ni adalah di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)? Dah sedia ke? Apa benda kena prepare untuk ujian fizikal Pembantu Penguasa Kastam WK19 ni sebenarnya?Jom.. Hayati bebelan atok kali ni. Haha..

Ujian Fizikal Pembantu Penguasa Kastam WK19

Nota Penting: Bagi yg dah berjaya melepasi ujian fizikal dan kecergasan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini dengan jayanya, cabaran terakhir yg korang kena harung ialah sesi temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19 utk ambilan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yg dijadualkan pada 18 Disember 2023 – 22 Disember 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh korang baca di soalan temuduga Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini.

Untuk korang yg dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Penguasa Kastam WK19 ambilan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yg dijadualkan pada kali ini. Bahan-bahan utk persiapan ke ujian psikometrik Gred WK19 boleh korang perolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini.

Bagi korang yg dapat panggilan PSEE Pembantu Penguasa Kastam WK19 ambilan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada kali ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk exam ni boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19.

Penjadualan Ujian Fizikal Pegawai Penjara KA19

  • Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19
    (Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) )
    (Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan (UFPK))
    [Tarikh Peperiksaan : 14 – 20 November 2023]

Ujian Fizikal ni hape?

Nama penuh ujian fizikal ni ialah Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan. Singkatannya pula ialah UFPK. Ujian pemeriksaan fizikal dan pancaindera berperanan menentusahkan bahawa korang memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal yang telah ditetapkan dan memiliki kebolehan pancaindera yang diisyaratkan serta mempunyai tahap kecergasan yang diperlukan untuk menjadi seorang Pembantu Penguasa Kastam WK19.

Ujian pemeriksaan fizikal termasuk BMI

Fizikal calon-calon Pembantu Penguasa Kastam WK19 akan diperiksa untuk memastikan syarat-syarat berikut dipenuhi :

1) Tinggi korang hendaklah mencapai 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita. Minta maaf cakap, kalau tinggi korang tak sampai. Jangan buang masa pegi ujian fizikal JKDM ni. Konfem korang kena reject mentah-mentah. Daripada korang sedih dan hampa. Elok jangan datang terus. Baik mohon kerja lain..

Tak payah terfikir nak pakai kasut tumit tinggi (untuk wanita) atau kasut sukan tapak tebal (untuk lelaki). Masa korang diukur ketinggian tu korang kena bukak kasut!

Stage ni memang tak leh bawak bincang. Di sinilah pembuangan calon paling ramai berlaku. Katakanlah, ujian fizikal Pembantu Penguasa Kastam WK19 kali ni dihadiri oleh 300 calon. Dianggarkan 70 ke 80 calon akan stack sini. Lebih kurang 220 orang calon saja boleh terus ke stage berikutnya..

2) Sekurang-kurangnya berat 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. Jadi kalau korang agak berisi. Sila jangan makan dahulu sebelum menjalani ujian fizikal ni. Kalau gemuk, kena diet dulu.

3) Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (ini lelaki sahaja yang diuji).

4) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26. Kalau tinggi korang dan berat badan korang dalam lingkungan di atas, biasanya tiada masalah. Boleh lepas ujian BMI ni punya.

Ujian Vision Acquity dan pendengaran

Ujian fizikal Pembantu Penguasa Kastam WK19 yg seterusnya ialah pemeriksaan pancaindera calon. Korang hendaklah menenuhi syarat yang telah ditetapkan, yakni :

Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens).

Juga, lepas pengecaman warna (rabun warna) dan pendengaran yang tidak cacat.

Nota: Jangan pakai kanta sentuh semasa ke ujian fizikal ni. Korang akan ditanya dahulu, kemudian mata sorang-sorang akan diperiksa. Nanti kantoi jugak.

Ujian Pemeriksaan Tubuh

Korang akan diuji dan ditentusahkan sama ada cukup sihat dan cergas. Latar belakang kesihatan korang juga akan disemak. Sama ada korang pernah menjalani pembedahan sebelum ini atau tidak pun akan disiasat. Serta diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

Nota: Seeloknya, untuk calon wanita agar memakai sport bra. Korang akan diarahkan untuk membuka tudung dan baju. Seluar akan disuruh angkat sampai paras lutut. Off course la penguji perempuan yang buat pemeriksaan.

Ujian kawad

Ujian fizikal (UFPK) Pembantu Penguasa Kastam WK19 yang ini paling getir. Sini la tempatnya dimana ramai yang kantoi. Calon lulus atau tidak akan ditentukan sebahagian besar adalah melalui ujian kawad ini. Korang akan diarah berdiri tegak dan disuruh angkat tangan.

Pemeriksaan akan dilakukan ke atas keadaan lutut dan tangan korang. Bengkok sedikit pun sudah menjadi satu kekurangan yang ketara.

Stage yang ni juga tak boleh bawa bincang. Ntah la kenapa. Asal siku bengkok sikit, habis. Asal lutut tak rapat, habis. Asal celah jari jemari banyak lobang atau renggang, pun habis. Korang akan disuruh balik kampung tanam jagung!

Ujian kecergasan

Bila dah lepas yang atas tu. Memang alhamdulillah la kan. Tapi ujian kecergasan ni pun satu lagi.

Ini ujian kedua paling getir.

Kenapa?

Setelah lepas semua ujian di atas, korang akan diuji tahap kecergasan pula. Bagi memastikan korang mempunyai tahap fizikal dan mental yang kuat. Antara ujian kecergasan yang dilakukan adalah :

  • Larian 2.4km dalam 14 minit.
  • Bangkit tubi dalam masa 2 minit sebanyak 30 kali.
  • Lari ulang alik 4x10m dalam 11 saat.
  • Lompat jauh berdiri.

Nota : Jenis ujian kecergasan ni tak tetap ya. Ikut jabatan yang buat ujian fizikal tu. Contohnya, ujian fizikal untuk Imigresen sedikit berbeza daripada ujian fizikal JKDM.

Tips tambahan

A) Pada hari ujian fizikal tu, korang hendaklah berpakaian kemas (bukan jeans atau kemeja-T), berkasut, berambut pendek dan kemas, membawa alat tulis secukupnya dan pakaian sukan.

B) Bawa bersama kad pengenalan dan surat panggilan Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan (UFPK) Pembantu Penguasa Kastam WK19.

C) Korang mestilah mematuhi arahan ketua penguji / pegawai pemeriksa. Jangan tunjuk degil. Suruh berdiri, berdiri. Suruh duduk, duduk. Jangan cari pasal. Mentah-mentah nanti pegawai penguji tu suruh balik.

D) Korang hendaklah berada di pusat Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera Dan Kecergasan Pembantu Penguasa Kastam WK19 lima belas (15) minit lebih awal daripada masa ujian fizikal bermula.

E) Seminggu sebelum ujian fizikal, korang hendaklah tidur dan rehat dengan secukupnya. Jangan pengsan waktu ujian kecergasan gais! Memang naya Pak Karim..

F) Atok tahu, korang nak buat badan sebelum ujian fizikal dijalankan. Ada yang makan protein powder, ada yang masuk gym, ada yang jogging. Macam-macam lagi la. Tapi buatlah latihan dengan cara yang betul dan berperingkat. Jangan sampai cedera. Takut tak sempat sembuh sampai waktu ujian fizikal tu tiba.

G) Makan dengan kadar yang betul dan minum air secukupnya. Pastikan diri korang dalam keadaan yang paling tip top semasa ujian fizikal APM itu berlangsung.

H) Satu lagi, ni last. Kuda-kuda lu kasi mantap geng. Kisah benar. Semasa ujian fizikal tu, jangan pelik atau terkejut jika tiba-tiba ada pegawai penguji datang tolak korang dari belakang. Kadang-kadang mereka langgar korang dari tepi. Jangan sampai jatuh geng. Itu ujian sampingan. Boleh dapat markah tambahan kalau korang tak jatuh.

Beberapa FAQ mengenai pengambilan JKDM

Apakah jawatan yang ditawarkan di JKDM?

Jawatan-jawatan yang ditawarkan JKDM adalah seperti berikut:

  • Jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19
  • Jawatan Penolong Penguasa Kastam WK29
  • Jawatan Penguasa Kastam WK41

Apakah kelayakan akademik diperlukan untuk menjadi skuad di bawah JKDM?

Kelayakan minimum akademik yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Pembantu Penguasa Kastam WK19 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Penolong Penguasa Kastam WK29 – Diploma
  • Penguasa Kastam WK41 – Ijazah

Di manakah ujian fizikal Pembantu Penguasa Kastam WK19 diadakan? Dan berapa lama?

Calon yang berjaya pada peringkat awal akan dipanggil untuk menjalani ujian fizikal Pembantu Penguasa Kastam WK19 dalam tempoh satu hari. Ujian fizikal ini diadakan di institusi-institusi di bawah JKDM yang telah ditetapkan. Antara ujian fizikal yang dilakukan adalah mengukur ketinggian dan berat badan, memeriksa keseluruhan badan, kecergasan calon, command kawad.

Sekianlah

Ok, sekian sahaja bebelan atok kali ini dan disudahi dengan ucapan selamat menempuh onak dan ranjau ujian fizikal Pembantu Penguasa Kastam WK19 itu nanti. Atok doakan korang yg terlibat dan terbaca post ni beroleh kejayaan dalam ujian fizikal ini dan juga kejayaan di akhirat kelak. Aamin..

P/s: Bagi korang yang dipanggil ke UFPK Pegawai Keselamatan, ujian ni memang leceh dan tak senang nak lepas. Korang kena tahu apa keperluan sebelum korang gerak ke pusat pemeriksaan kecergasan itu nanti. Baca beberapa petua ujian fizikal Pegawai Keselamatan KP41 ni.

Atok
Follow me

2 thoughts on “Ujian Fizikal Pembantu Penguasa Kastam WK19”

Leave a Comment

error: Content is protected !!