Korang rasa, korang ada masa untuk sakit kepala ketika sedang menjawab soalan peperiksaan Pembantu Keselamatan Gred KP19 ambilan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) pada kali ini? Memang tak hado. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19 CGSO yang diberikan di bawah sebagai latih tubi.
Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan online Pembantu Keselamatan Gred KP19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan PSEE SPA pada tahun 2023 ini.
Bagi korang yg dah dapat panggilan ke sesi temuduga Pembantu Keselamatan Gred KP19 (calon Semenanjung) utk ambilan di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) pada 09 Januari 2023 – 13 Januari 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga Gred KP19 boleh korang baca di soalan temuduga Pembantu Keselamatan KP19 ini.
Kepada korang yg dapat panggilan utk ujian psikometrik Pembantu Keselamatan Gred KP19 (calon Semenanjung) bagi ambilan di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia yg dijadualkan pada kali ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan bacaan utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Keselamatan KP19.
Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Keselamatan KP19
Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Keselamatan KP19 secara rasmi di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) atau lain-lain kementerian/jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i). Permohonan jawatan sebagai Pembantu Keselamatan KP19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.
Kekosongan Jawatan Pembantu Keselamatan KP19
Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 8 April 2022, bilangan kekosongan jawatan yg ditawarkan adalah sebanyak 30 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 20 orang.
Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Pembantu Keselamatan KP19 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.
Tempoh Luput Permohonan
Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.
Semakan Penjadualan Peperiksaan Pembantu Keselamatan Gred KP19
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP19 DI PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA
TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN
MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI – 11:00 PAGI
Pautan Alternatif:
https://e-semakan.spa.gov.my/psee-pembantu-keselamatan-kp19-cgso
Sila layari laman web:
https://www.spa.gov.my/ web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
PERHATIAN :
“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”
*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.
Jadual Gaji Pembantu Keselamatan KP19
Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Keselamatan KP19 ;
Gaji minimum – RM1,352.00
Gaji maksimum – RM4,003.00
KGT – RM100.00
*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Keselamatan dengan gred KP19 layak terima.
Deskripsi Tugas Pembantu Keselamatan KP19
Apakah skop kerja atau senarai tugas Pembantu Keselamatan KP19?
Secara am, tugas seorang Pembantu Keselamatan KP19 di CGSO adalah:
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
Syarat Lantikan Dan Kelayakan Pembantu Keselamatan Gred KP19
Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :
Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;
Dan
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,360.00)
atau
Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,360.00)
atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,416.40)
atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,472.80)
Dan
Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera berikut:
- Ketinggian badan sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Dan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) /Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Exam Online Pembantu Keselamatan Gred KP19
Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Keselamatan KP19 untuk tahun 2023 masih lagi belum dikeluarkan oleh SPA.
Exam online Pembantu Keselamatan KP19 ini mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.
Tarikhnya masih lagi dalam proses perbincangan.
Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Keselamatan KP19 selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.00.
Inilah tempoh pagi yg paling singkat dalam hidup korang yang akan menentukan masa hadapan!
Senario Peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19
Syarat untuk menyandang jawatan Pembantu Keselamatan KP19, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online.
Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pembantu Keselamatan KP19 yang akan dijadualkan kemudian.
Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..
Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19 terutama di bahagian A.
Format Peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19
Format Peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19 sesi 2022/2023 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.
Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pembantu Keselamatan KP19 untuk sesi 2017/2018 berbeza dengan format 2022/2023. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.
Format 2017/2018 Vs Format 2022/2023
Format Pembantu Keselamatan KP19 – 2017/2018
Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Format Pembantu Keselamatan KP19 – 2022/2023
Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris
Eh.. Bukan Sama Ke Tok?
Yup, nampak macam sama. Tapi ngak serupa.
Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.
Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19 sesi peperiksaan 2018 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.
Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.
Elak ‘Tertidur Semasa Syif malam’ (Sekadar Metafora)
Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen A iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah ‘tertidur semasa syif malam’. Cuma kali ini, bukan menyebabkan pelawat tak diundang terlepas masuk tanpa direkodkan. Tetapi akan berakibat buruk dengan mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA Pembantu Keselamatan KP19.
Sementara, untuk seksyen B, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense, present continuous tense dan lain-lain benda ala tu. Hadoi..
Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.
Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19 – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :
- kemahiran pemikiran logik,
- kemampuan menginterpretasi data
- melalui pemahanan konsep-konsep matematik.
Jangan Sampai ‘Nangis Di Bucu Katil’
Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘geli geleman dan pening lalat nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan angka. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus rasa nak pitam dan padahnya ‘nangis di bucu katil’ la selepas result exam SPA keluar nanti.
Walaupun dikatakan bahawa dalam peperiksaan online Pembantu Keselamatan KP19, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja.
Tetapi latih tubi yang banyak diperlukan. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi dpt panggilan ke tak utk exam online yg akan datang.
Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian & Logik (macam IQ test)
Di bawah beberapa contoh soalan Pembantu Keselamatan KP19 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah
1) Asyikin Nailla ialah adik kepada Ronna Naylah. Selain turut cantik seperti kakaknya, Asyikin Nailla juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Asyikin Nailla untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?
A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun
2) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Uncle Din ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Uncle Din?
A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50
3) Encik Zaitus membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Zaitus dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?
A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000
4) Khoon Chong baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Keselamatan Gred KP19 di CGSO. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Khoon Chong membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?
A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00
5) 27 batang pensel warna maroon daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna maroon yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?
A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082
6) 257 orang ahli Kelab Tari Kolej B membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang kelab Tari Kolej B yang tinggal?
A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70
7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Santesh dan Sivaraj masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Santesh mendapat 43.75kg?
A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg
8) Prisma Segitiga M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Prisma Segitiga O. Prisma Segitiga P pula lebih berat daripada Prisma Segitiga O, tetapi lebih ringan daripada Prisma Segitiga M. Susun kedudukan Prisma Segitiga tersebut bermula dengan yang paling ringan.
A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N
9) Harga sebuah kereta BMW warna perak mettalic terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW warna perak mettalic terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?
A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105
10) Harga sebuah kondominium 3 bilik tidur dan 2 bilik air di Bukit Bendera ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?
A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%
11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu O dan ruang tamu P. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu P?
A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416
12) Cyalitta seorang gadis suku murut yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Cyalitta dalam masa 1 jam 15 minit?
A) 55
B) 50
C) 40
D) 45
13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan seksagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan seksagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?
A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit
14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 bungkus ketumbar. Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah bungkus ketumbar tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah bungkus ketumbar daripada Tajol. Berapakah jumlah bungkus ketumbar yang tinggal pada Tajol?
A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250
15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji kurma madu diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah kurma madu tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki kurma madu tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan kurma madu yang akan diperolehi oleh kumpulan R?
A) 117
B) 142
C) 468
D) 568
Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pembantu Keselamatan KP19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Keselamatan Gred KP19 berikut.
Atau pun,
Boleh baca post atok satu lagi yang khusus membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2023) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.
Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19 – Kefahaman Bahasa Inggeris
Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Pembantu Keselamatan KP19. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.
Soalan diolah dalam bentuk;
a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).
Contoh soalan adalah seperti berikut :
1) Mr. Nathan needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:
A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears
2) Florence Kim has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.
Which of the following is true?
A) Florence has three animals in total.
B) Florence has more cats than dogs.
C) One of Florence’s cats is black.
D) All of Florence’s dogs have spots.
3) Milah’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.
A) some
B) many
C) little
D) any
4) Please read the following sentence.
Once Afrahah Lieyna lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy..
What will the ending be?
A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Afrahah Lieyna lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.
5) Choose the correct sentence with the same meaning of
“I will cook a special dinner tonight,” Rahmat said to his wife.
A) Rahmat told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Rahmat told his wife to cook his special dinner that night.
C) Rahmat’s wife will cook a special dinner with Rahmat at night.
D) Rahmat’s wife told Rahmat to cook a special dinner for him that night.
6) Where ____________ Han Kui Ling live?
A. are
B. is
C. do
D. does
7) Shamim Kurfan __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.
A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking
8) King Edmund V was so feared by his people because his face was ____________ .
A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common
Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 10).
Dry fruits are useful in various diseases of the brain, muscles and tissues. Particularly almond has got unique properties to remove brain weakness and strengthen it.
Almond preserves the vitality of the brain, strengthens the muscles, destroys diseases originating from nervous and bilious disorders.
Walnut is another dry fruit that possesses wonderful qualities of curing brain weakness. According to Dr. Johnson, almonds, figs, grapes, dates, apples* and oranges are rich-in phosphoric element and should normally be used by brain workers.
Phosphorus nourishes the vital tissues of the body. It keeps the mind full of enthusiasm for more work.
9) Dry fruits are useful because they
a) strengthen our heart
b) cure various diseases of the brain, muscles and tissues
c) give confidence to us
d) empower us to do challenging tasks.
10) Which one is not a property of almond?
a) It preserves the vitality of the brain
b) It strengthens the muscles
c) It destroys diseases originating from nervous and bilious disorders
d) It strengthens our digestive system.
Read the following paragraphs to answer the next five questions (Questions 11 – 15).
What writers struggle to express through numerous newspaper columns, the cartoon manages in a pointed one-liner. Little wonder then, that the first thing most of us like to see when we pickup a newspaper is the cartoon. Simple though it may seem, making a cartoon is an art that requires a combination of hard work, training and a good sense of humour. Cartoonists say that the cartoons that make us laugh the most are in fact the cartoons that are hardest to make. Even celebrated cartoonists like R.K.Laxman admit that making a cartoon is not a piece of cake. Laxman says he has to wait for over six hours, which includes spending a lot of time scanning newspapers and television channels before any idea strikes him.
So how does one become a cartoonist? Which of us has the talent to make it? How can we master the rib-tickling strokes and the witty one-liners? How can we make people smile or laugh? There are few colleges or schools for cartoonists. Most cartoonists come from art colleges, while some learn the craft on their own. Most established cartoonists are of the view that no institute can teach you to make a cartoon. “You can pick up the craft, you may learn to sketch and draw in institutes, but no one can teach anyone how to make a good cartoon,” says Uday Shanker, a cartoonist with Navbharat Times. While basics, like drawing and sketching can be learnt in an art college, and are important skills, these alone, do not make a good cartoonist.
Because it’s a question of one’s creativity and sense of humour; two qualities one simply may not have. The advice established cartoonists give is that just because you can sketch, don’t take it for granted that you will become a cartoonist.
11) What, according to Laxman, is the challenge in creating a good cartoon?
A) waiting for the right thought
B) browsing newspapers to emerge. and television.
C) getting the right kind of
D) good drawing and sketching training. skills.
12) Which of these words BEST describes this passage?
A) humorous
B) technical
C) challenging
D) informative
13) Of the many qualities that cartoonists should have, which of the following is not referred to directly but can be inferred from the passage?
A) knowledge of current
B) knowledge of educational technologies. institutions.
C) knowledge of news and
D) knowledge of different current affairs. languages.
14) According to the passage, which group of people is of the opinion that one cannot learn to make a cartoon in institutions?
A) many struggling writers.
B) highly creative artists.
C) well-respected cartoonist.
D) all newspaper editors.
15) “Don’t take it for granted that you will become a cartoonist.” Choose the option that is closest in meaning to the sentence.
A) Don’t assume that you will
B) Don’t hope that you will become a cartoonist. become a cartoonist.
C) Don’t believe that you will
D) Don’t imagine that you will become a cartoonist. become a cartoonist.
Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?
Untuk lebih banyak contoh soalan Pembantu Keselamatan KP19 di Seksyen B ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Keselamatan Gred KP19 di bawah.
Atau pun,
Boleh baca perkongsian atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2023) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.
Rujukan & Contoh Soalan Pembantu Keselamatan KP19
Untuk sesi 2023, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.
Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
1) Hati korang jadi riang ria
Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan peperiksaan online Pembantu Keselamatan KP19 ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran pon x kusut. Hati jadi riang ria di hari raya. Haha..
2) Lebih masa main game
Korang jangan acah-acah soleh la dgn atok. Korang kaki game kan? Tak payah susah-payah. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Pembantu Keselamatan KP19, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
3) Guna pengalaman 15 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan Pembantu Keselamatan KP19 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 15 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!
4) Memudahkan hidup korang
Skema jawapan dalam rujukan Pembantu Keselamatan KP19 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.
4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
5) Lagi Hawau..
Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Cara Beli Rujukan
Berikut step by step cara membuat pembelian:
1. Klik Rujukan Extra Seksyen. Scroll ke bawah sekali. Klik butang ‘Pilih Rujukan Anda‘.
2. Scroll ke bawah, sampai nampak pilihan pakej. Tak bleh skroll ke kanan (atok dah try). So, kena guna butang ke kanan yg atok bulatkan dlm gambar di bawah ni.
3. Korang klik jer sampai jumpa pakej yg berkenan di hati korang. Sebagai contoh, korang nak beli rujukan Extra seksyen Daya Menyelesaikan Masalah. Klik smpai jumpa ‘Pilihan SINGLE #2‘ (yg kaler hijau). Ini ialah pakej utk eBook Daya Menyelesaikan Masalah. Pastu, klik butang ‘TEMPAH SEKARANG‘.
4. Korang akan sampai ke halaman di bawah.
- 1) Korang kena isi emel peribadi yg betul (sebaiknya pakai gmail).
- 2) Jgn lupa tick kotak ‘syarat & terma pembelian‘.
- 3) Klik butang ‘Proceed to checkout‘.
5. Selepas itu, korang dibawa ke sini. Ikuti betul2 arahan berikut:
- A) Tak payah isi apa-apa cupon di sini. Biarkan jer kosong.
- B) Isi billing information dgn lengkap. Ruangan ‘Company’ tu biarkan kosong.
- C) Ini pun tak payah buat apa-apa.
- D) Tick semua kotak yg ada.
- E) Akhirnya klik butang ‘Complete your order‘.
6. Seterusnya, korang akan sampai ke ruangan pembayaran ni.
- 1) Pilih online banking korang. Atok bagi contoh guna myBSN. So, korang just klik ikon myBSN.
- 2) Tick kotak ‘I understand and accept the terms and conditions’ tu.
- 3) Klik butang ‘PAY‘.
7. Selepas itu, korang akan dibawa ke laman utk login dlm online banking. Masukkan username, password dan TAC. Mcm biasa la. Bukan tak biasa beli di shoppee atau Lazada kan..
Jelas tak? Kalau korang masih tak faham jugak. Boleh emel atok, di atokpencen.com@gmail.com utk bantuan pembelian. Nnt atok balas klu online.
Itu cara bayaran menggunakan online banking.
Macamana pula dengan calon yang tiada online banking?
Untuk korang yg takda online banking tu. Korang juga boleh membuat pembelian rujukan contoh soalan SPA ni dengan kaedah transfer menggunakan ATM atau kedah bank-in menggunakan CDM. Cara bayaran manual ni ada lain sikit dan agak banyak step-nya. Korang bleh emel atok di atokpencen.com@gmail.com untuk bantuan pembelian secara manual. Nanti atok bagi panduan step by step (format pdf). Korang just ikut jer.
Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?
Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..
Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan Pembantu Keselamatan KP19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19 korang.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Dah Lupa Formula Matematik La Tok..
Jangan risau. Dalam rujukan Pembantu Keselamatan KP19 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.
Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2023.
Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.
Exam Da Dekat Ni Tok. Sempat Ke Pos Buku Ni?
Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19 ni bukan buku. Tiada pengeposan dan tiada penghantaran yg perlu dibuat.
Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm sejam lebih (pegi ulang-alik amik barang).
Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.
Tapi Tok, Saya Lebih Suka Baca Buku..
Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.
Jadi, Demikianlah Adanya.
Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Keselamatan KP19 yang akan korang hadapi pada tahun 2023 ini.
Satu lagi, contoh soalan Pembantu Keselamatan KP19 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki peperiksaan!
Penutup
Agak ramai yg bilang (bukan siti bilang yer), exam PSEE Pembantu Makmal sedikit sukar. Jadi, elok benar kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Makmal C19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu naik exam SPA. Sapa tahu kan..
Kpd korang yg mungkin bakal menyertai sektor perkhidmatan kerajaan Negeri Johor Darul Takzim. Persiapan rapi haruslah dilakukan utk menghadapi exam. Jawablah exam online tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.
Tak lupa juga kepada calon peperiksaan online SPA penolong pegawai pertahanan awam ambilan under APMM. Sila baca, & hadam maklumat dalam contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.
Khas buat cucu atok yang memenuhi kriteria & sudah dipanggil peperiksaan online PSEE Laskar Kelas II Maritim T1 untuk ambilan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Pastinya contoh soalan peperiksaan Laskar Kelas II Maritim T1 ini pasti memberi sedikit input bermanfaat.
Dah terima emel panggilan PSEE SPA Pembantu Tadbir P/O? Jawatan femes nih. Antara bahan bacaan yang amat sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 ni.
Sudah tentu korang dah tahukan, exam pembantu tadbir (p/o) dan exam pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Kali tak tahu, maka ketahui la olehmu. Jadi, kepada yang dipanggil PSEE pembantu tadbir kewangan w19, luangkan sedikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.
Sape yang sudah menerima surat panggilan ke ujian bertulis Pegawai Tadbir N41 untuk kerajaan negeri Terengganu? Exam ni agak rare sbb masih diadakan secara bertulis dan berpusat. Klu korang dipanggil, alhamdulillah. Kena buat persediaan rapi tu. Boleh baca Contoh Soalan Ujian Bertulis Pegawai Tadbir N41 Terengganu.
Last but not least, khusus buat calon peperiksaan online Pembantu Operasi Gred N11, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah PSEE Gred N11 tu.
Serius, Ni Baru Penutup!
PSEE Online SPA yang terakhir bagi jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11 bagi tahun 2020 ni akan diadakan dalam a few days lagi. Kepada korang yang dah dipanggil, tidak rugi baca contoh soalan peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 CGSO ni.
Walaupun kita dlm suasana Covid-19 yang sedang membadai, sesi exam online SPA untuk jawatan Akauntan WA41 akan dijalankan pada bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Akauntan Gred WA41 ni.
Bagi korang yg hado mengisi jawatan Pembantu Pendaftaran KP19 dalam portal SPA9 (sebelum ni dikenali sebagai SPA8i), panggilan exam telah dikeluarkan oleh SPA. Jangan da last minit baru kelam-kabut cari informasi. Awal-awal baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.
Kpd mereka dijangka akan menjadi anggota Jabatan Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19. Atok ada siapkan beberapa bahan bacaan bermutu yg sesuai, termasuk contoh soalan peperiksaan Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi KKR k..
KKMM sedang mengalu-alukan kehadiran calon-calon Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) yang akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan berkenaan exam online SPA untuk jawatan N41 ni, bolehlah tambahkan lagi kemahiran korang tu dengan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ni.
Kpd korang layak & barangkali telah menerima emel panggilan ke online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan bahawa exam SPA ni jg sedikit sukar. Itu cakap-cakap orang la. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, bolehlah usha contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.
Emel panggilan PSEE online SPA Pembantu Awam gred H11 telah dikeluarkan oleh SPA. Dengar khabarnya, jumlah yang dipanggil memang tak beragak lagi ramainya. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.
OK, ni btl2 last. Calon PSEE SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 adalah tinggi bilangannya pada tahun 2019. Dan dijangka tahun ini pun sama juga kejadiannya. Jadi, kesilapan kecil sudah cukup membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!