Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41

Korang rasa, korang ada masa untuk sakit kepala ketika sedang menjawab soalan peperiksaan Pegawai Pertanian Gred G41 ambilan Jabatan Pertanian Malaysia pada 14 April 2022 ni? Memang tak hado. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pegawai Pertanian G41 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Pegawai Pertanian G41 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan online Pegawai Pertanian G41 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan PSEE SPA pada kali ini.

Tidak mahu ketinggalan info penting seperti ini? Nak terus tahu bila ada exam dan apakah rujukan yg sesuai digunakan utk exam tersebut. Follow atokpencen.com di Twitter dan atokpencen.com di Facebook.

Sementara itu, bagi yg dah berjaya melepasi PSEE ini dengan baik. Cabaran getir seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga Pegawai Pertanian G41 utk ambilan di Jabatan Pertanian yg dijadualkan pada 21 Jun – 30 Jun 2022 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Pegawai Pertanian G41 ini.

Kepada korang yg dapat panggilan ujian psikometrik Pegawai Pertanian G41. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Pertanian G41.

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Pertanian G41

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Pertanian G41 secara rasmi di Jabatan Pertanian Malaysia atau lain-lain kementerian / jabatan / agensi kerajaan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i). Permohonan jawatan sebagai Pegawai Pertanian G41 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Pegawai Pertanian G41 Tahun 2022

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA bertarikh 10 September 2021, bilangan kekosongan jawatan Pegawai Pertanian G41 Jabatan Pertanian Malaysia adalah sebanyak 46 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 13 orang.

Sikit benar kekosongan yg ditawarkan. Camna nak menyelit masuk ni?

Jadi..

Tidak perlu atok tekankan betapa perlu. Dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh peperiksaan tiba. Korang da besar dan da bleh pikir sendiri..

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Pegawai Pertanian G41 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh Luput Permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk permohonan jawatan Pegawai Pertanian G41 ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan Penjadualan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEGAWAI PERTANIAN GRED G41 DI JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : 14 APRIL 2022

MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI HINGGA 10:50 PAGI

Pautan Alternatif:

https://e-semakan.spa.gov.my/psee-pegawai-pertanian-g41

Sila layari laman web:

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yg sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 10:50 pagi.

Jadual Gaji Pegawai Pertanian G41

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Pertanian G41 ;

Gaji minimum RM 2,084.00
Gaji maksimum RM 9,551.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 225.00
Jadual Gaji Pegawai Pertanian Gred G41

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pegawai Pertanian dengan gred G41 layak terima.

Deskripsi Tugas Pegawai Pertanian G41

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pegawai Pertanian G41?

Secara am, tugas seorang Pegawai Pertanian G41 merangkumi aspek berikut:

Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai aktiviti dan program Jabatan Pertanian dalam industri tanaman makanan. Memberi khidmat kepakaran teknikal pertanian kepada pelanggan melalui program pengembangan Jabatan.

Syarat Lantikan Dan Kelayakan Pegawai Pertanian G41

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kimia, biokimia, pertanian, hortikultur, bioindustri, bioteknologi, perniagaan tani, pengeluaran makanan, teknologi makanan, agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37)

atau

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,492.57)

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peperiksaan Online Pegawai Pertanian G41

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Pertanian G41 untuk tahun 2022 baru sahaja dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online Pegawai Pertanian G41 mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikh yang dijadualkan ialah pada 14 April 2022.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Pertanian G41 selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan. Bermula jam 10.00 pagi sampai la jam 10.50 pagi.

Inilah tempoh pagi yg paling singkat dalam hidup korang yg akan menentukan masa hadapan!

Senario Peperiksaan Pegawai Pertanian G41

Syarat untuk menyandang jawatan Pegawai Pertanian G41, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pegawai Pertanian G41 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pegawai Pertanian G41 terutama di bahagian A.

Format Peperiksaan Pegawai Pertanian G41

Format Peperiksaan Pegawai Pertanian G41 sesi 2021/2022 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pegawai Pertanian G41 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2021/2022. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2016/2017 Vs Format 2021/2022

Format Pegawai Pertanian G41 – 2016/2017

Seksyen A: Kefahaman Bahasa Inggeris

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pegawai Pertanian G41 – 2021/2022

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Eh.. Bukan Sama Ke Tok?

Yup, nampak macam sama. Tapi ngak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS ditiadakan dan telah digantikan dengan PENGETAHUAN AM.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pegawai Pertanian G41 sesi peperiksaan 2016 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Kefahaman Bahasa Inggeris. Seksyen ini adalah seksyen yang paling memeningkan dan memakan banyak masa calon sebenarnya.

Elak Tersalah Selaras ‘Subsidi Baja Padi’ (Sekadar Metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah lalai menjalankan tugas-tugas sehingga berlaku kesilapan dalam penyelerasan ‘subsidi baja padi’. Cuma kali ini, bukan menganiayai petani yg benar-benar memerlukan. Tetapi akan berakibat buruk dengan mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA Pegawai Pertanian G41!

Sementara, untuk seksyen A, ia melibatkan Pengetahuan Am. Ini pun bukan mudah juga. Skop dia luas gila. Kena banyak membaca..

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41 – Pengetahuan Am

Dalam banyak2 seksyen yang ada dalam peperiksaan online SPA Pegawai Pertanian G41, paling susah nak skor ialah seksyen A Pengetahuan Am. Kenapa?

Ini adalah disebabkan oleh skop soalan seksyen Pengetahuan Am Pegawai Pertanian G41 adalah cukup luas. Seluas Malaysia. Dan bidang yg disoal adalah amat sukar diramal.

Walaubagaimanapun, suka sekali atok mencadangkan korang untuk membuat pembacaan ringan mengenai topik-topik yang atok suggest di bawah:

  • Soalan Berkaitan Jawatan
  • Skop Tugasan Badan dan Penjawatan
  • Isu-isu Nasional
  • Dasar Pentadbiran Negara
  • Tarikh/Sejarah dan Fakta Penting
  • Struktur organisasi kerajaan Malaysia
  • Majlis Raja-Raja
  • Jata dan lambang Negara
  • Ketua Setiausaha Negara (KSN)
  • Badan perundangan di Malaysia
  • Menteri dan Kementerian di Malaysia
  • Jabatan-Jabatan kerajaan di Malaysia
  • Fungsi dan struktur Jabatan Pertanian Malaysia
  • Deskripsi tugas jawatan Gred G41

Di bawah beberapa contoh soalan Pegawai Pertanian G41 – Seksyen A : Pengetahuan Am (yg ni atok bagi jenis kenegaraan punya saja).

1) Nyatakan senarai yang digunakan untuk melantik raja mengikut giliran.

A) Senarai Negeri
B) Senarai Bersama
C) Senarai Persekutuan
D) Senarai yang disusun semula

2) Padanan kenyataan yang manakah tidak benar tentang pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan?

A. Kerajaan Negeri: Agama Islam, pertanian dan Kerajaan Tempatan.
B. Kerajaan Negeri: Bekalan air, penyu dan penangkapan ikan di sungai.
C. Kerajaan Persekutuan: Kewangan, pertahanan, tanah dan perhutanan.
D. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri: Kebajikan masyarakat dan ternakan haiwan.

3) Organisasi manakah yang dicadangkan untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah negara ?

A) OPEC
B) CEDC
C) OECD
D) MTDC

4) Free Trade atau perdagangan bebas merupakan

I. perdagangan antarabangsa yang tidak tertakluk kepada campur tangan kerajaan atau peraturan sebagai contohnya ialah pengenaan sebarang duti.
II. perkongsian dagangan yang bertujuan membangunkan pengeluar – pengeluar di tahap sederhana dan mundur.
III. perdagangan antara negara – negara tanpa adanya halangan seperti tarif dan kuota.
IV. perdagangan berasaskan kepada ideologi neo-liberalisme.

A. III dan IV
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

5) Tingkat pendapatan penduduk tinggi adalah :

A) Penduduk bergantung kepada sektor pertanian
B) Penduduk tidak bergantung kepada sektor industri
C) Variasi pekerjaan pelbagai sektor membolehkan peroleh pendapatan
D) Pendapatan penduduk tinggi menyebabkan pendapatan per kapita tinggi

6) Apakah industri yang dimaksudkan berasaskan Bukan Sumber?

A. Farmaseutikal
B. Berasaskan kayu
C. Berasaskan getah
D. Eletrik dan eletronik

7) Microsoft Office dan Open Office merupakan perisian pejabat yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja. Manakah merupakan padanan yang betul?

I. Microsoft Excel – BASE
II. Microsoft Access – CALC
III. Microsoft Word – WRITER
IV. Microsoft Power Point – IMPRESS

A. I dan III
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan IV

8) Manakah antara berikut merupakan bukan petunjuk negara maju?

A) Dapat mengatasi masalah kependudukan
B) Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi
C) Kebanyakan eksport adalah bukan hasil industri dan perkhidmatan
D) Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi

9) Greater KL merupakan kluster pertumbuhan ekonomi yang penting serta menyumbang lapan kali ganda KDNK berbanding bandar lain di Malaysia. Berikut adalah program yang bakal dilaksanakan sepanjang tempoh RMK-10 kecuali

A. membangunkan Sime Darby Vision Valfey
B. mewujudkan rangkaian ruang awam terbuka
C. meningkatkan akses kepada pasaran antarabangsa
D. mewujudkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur

10) Seni Khat ialah seni yang dikaitkan dengan

A. Seni lukis yang berlatarbelakang kesenian Islam.
B. Seni dan budaya Islam yang menggunakan tulisan Arab.
C. Seni bina bangunan yang berlatarbelakangkan kesenian Islam.
D. Seni lukis yang menggunakan alat tulis khat yang diperbuat daripada daun lontar.

11) Manakah di bawah BUKAN maksud kesedaran dan kepatuhan kepada undang-undang, kesetaraan gender dan penghormatan terhadap hak asasi manusia ?

A) Memiliki disiplin yang tinggi terhadap undang-undang
B) Menghormati hak asasi manusia termasuk golongan minoriti seperti OKU
C) Akauntabiliti adalah satu prinsip dalam melakukan suatu tindakan
D) Keterbukaan dalam tindakan merupakan bukan prinsip akauntabiliti

12) Gempa bumi dan tsunami telah berlaku di negara Jepun pada 11 hb Mac 2011 yang mengakibatkan kebocoran loji nuklear. Di manakah letaknya loji nuklear tersebut?

A. Chiba
B. Kyoto
C. Takashi Kurita
D. Fukushima Daiichi

13) Selepas kapal angkasa yang membawa Angkasawan Negara meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), di manakah kapal tersebut telah mendarat?

A. Moscow, Rusia
B. Arkyik, Kazakhstan
C. Astana, Kazakhstan
D. Baikonour, Kazakhstan

14) Langkah-langkah berikut BUKAN kaedah untuk membina Negara maju Dan Sejahtera ialah :

A) Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapuskan birokrasi
B) Tidak mengambil kira pelaksanaan program sosial merentasi kaum yang bertujuan untuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial
C) Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat
D) Membina ekonomi berasaskan pengetahuan yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti dan inovasi

15) Manakah antara berikut merupakan empat tonggak asas yang telah dilancarkan dalam Dasar Teknologi Hijau Negara?

I. Tenaga
II. Ekonomi
III. Alam sekitar
IV. Sains dan Teknologi

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. I, III dan IV

Untuk lebih banyak contoh soalan Pegawai Pertanian G41 (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A ini. Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Pengetahuan Am berikut.

contoh soalan pengetahuan am Pegawai Pertanian G41

Atau pun,

Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Pengetahuan Am (Updated 2022) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. pemahaman konsep-konsep matematik.

Jangan topup jumlah ‘rekod kegagalan’ peribadi korang lagi

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘tak suka digit’ atau ‘nyampah digit’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan angka. Asal tengok masalah yang melibatkan formula atau rumus math saja, terus rasa ‘kemalasan’ pun melanda atau dalam hati cakap – ‘nyampah tol den’.

Kenapa ‘nyampah’ sesangat tu?

Ingat lagi tak teori kecerdasan pelbagai? Ala.. teori si Howard Gardner tu. Calon yang mengalami simptom ini adalah dari kalangan mereka yang lebih cenderung pada kecerdasan verbal-linguistik / kecerdasan naturalis / kecerdasan kinestetik / kecerdasan muzik berbanding kecerdasan logikal-matematik.

Dan padahnya bilangan ‘rekod kegagalan’ peribadi bertambah lagi! Masuk ni da 4 kali kecundang dalam exam online. Semenjak era sebelum ada PKP lagi. Setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan.

Jika korang salah satu daripadanya, tiada jalan lain kecuali buat latih tubi yang banyak. Percayalah! Ia akan banyak membantu korang dalam menjawab exam online nanti.

Namun begitu pun, jangan terlalu stress kerana dalam Peperiksaan online Pegawai Pertanian G41, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidaklah bertaraf dewa. Bahkan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Pecahan Seksyen A

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian & Logik (like IQ test la)

Di bawah merupakan beberapa contoh soalan Pegawai Pertanian G41 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Encik X dan Encik Y , bila berkerja bersama, habis memasang jubin lantai sebuah bilik dalam masa 6 hari. Bila Encik X bekerja sendiri, dia mengambil masa 5 hari kurang daripada daripada Encik Y yang bekerja sendiri. Berapa lama Encik X dan Encik Y ambil untuk menghabiskan kerja ini sendiri tanpa bantuan?

A) X = 11 hari , Y = 16 hari
B) X = 12 hari , Y = 17 hari
C) X = 10 hari , Y = 15 hari
D) X = 10 hari , Y = 16 hari

2) Dicksen dan abangnya Doni baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu dibeli oleh Dicksen mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

3) Budak yang duduk di depan kelas 4 Setia mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak yang duduk di belakang kelas pula mendapat kurang 250 markah daripada budak yang duduk di tengah kelas 4 Setia. Manakala budak yang duduk di tengah kelas pula mendapat kurang 350 markah daripada Budak yang duduk di depan kelas. Berapakah jumlah markah ketiga-tiga budak di kelas 4 Setia tersebut?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

4) Daerah Lundu mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Lundu?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

5) Noor Ilya seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Noor Ilya dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

6) Sarah Izumi ialah adik kepada Noor Ilya. Selain turut cantik seperti kakaknya, Sarah Izumi juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Sarah Izumi untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

7) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Jupirin ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Encik Jupirin?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

8) Encik Mohd Zain membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Mohd Zain dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

9) Cevianah baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pegawai Pertanian G41 di Jabatan Pertanian Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Cevianah membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

10) 257 orang ahli Kelab Kaunseling dan Kerjaya membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan dewan. Berapakah baki wang Kelab Kaunseling dan Kerjaya yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

Untuk lebih banyak contoh soalan Pegawai Pertanian G41 (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A ini. Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Daya Menyelesaikan Masalah berikut.

contoh soalan daya menyelesaikan masalah Pegawai Pertanian G41

Atau pun,

Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41

Untuk sesi 2022, rujukan penuh eXtra Seksyen kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

1) Korang berkongsi kasih

Hasil jualan rujukan eXtra Seksyen ni atok tak makan sorang. Tidak sekali-kali!

Utk makluman korang, sebahagian daripada jualan rujukan ini akan disalurkan ke badan, persatuaan atau NGO yg memerlukan. Misalnya membina semula negara yg musnah, memberi makan pelarian yg kebuluran, membeli selipar utk kanak-kanak fakir, menyediakan pendidikan kepada pelajar miskin dan banyak lagi.

Jadi korang tidak gagal. Dengan mendapatkan rujukan ini, korang berjaya membantu insan yg lemah. Dengan mendapatkan rujukan ini, korang menjadi hero kemanusiaan. Walaupun, gagal dalam keputusan SPA tapi korang menang sebagai seorang insan.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan peperiksaan online Pegawai Pertanian G41 ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran x kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main PUBG

Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn atok pula. Korang kaki game kan? Tak payah susah-payah. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Pegawai Pertanian G41, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

4) Guna pengalaman 14 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan peperiksaan online Pegawai Pertanian G41 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 14 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!

5) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan dalam rujukan Pegawai Pertanian G41 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pegawai Pertanian G41 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pegawai Pertanian G41 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara Beli Rujukan Penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan eXtra Seksyen.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan eXtra Seksyen Ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan peperiksaan Pegawai Pertanian G41 yg terbaik ada di pasaran setakat hari ini. Mengandungi contoh soalan, skema jawapan, penerangan jalan kira dan nota-nota ringkas untuk memudahkan persediaan sebelum tarikh Peperiksaan Pegawai Pertanian G41 korang tiba.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah Lupa Formula Matematik La Tok..

Jangan risau. Dalam rujukan Pegawai Pertanian G41 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2022.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Exam Da Dekat Ni Tok, Sempat Ke Pos Buku Ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41 ni bukan buku. Tiada pengeposan dan tiada penghantaran yg perlu dibuat.

Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 20 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi Tok, Saya Lebih Suka Baca Buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Pertanian G41 yg akan korang hadapi pada tahun 2022 ini.

Satu lagi, contoh soalan Pegawai Pertanian G41 yg atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Ramai yg bilang (bukan siti bilang yer), exam online Penolong Pegawai Veterinar G29 sedikit sukar. Jadi, elok benar kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Veterinar G29 ni. Mana tahu ada contoh yg atok beri tu naik exam SPA. Sapa tahu kan..

Buat korang yg mungkin akan menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai seorang Jurutera. Persiapan rapi haruslah dilakukan untuk menghadapi exam online. Jawablah exam online tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Jurutera Gred J41.

Tak lupa juga buat calon exam online SPA Pegawai perikanan G41 ambilan Jabatan Perikanan Malaysia. Sila baca, & hadam maklumat dalam contoh soalan peperiksaan Pegawai Perikanan G41. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khas buat cucu atok yg memenuhi kelayakan & sudah dipanggil exam online Pembantu Pertahanan Awam untuk ambilan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19 ini pasti memberi sedikit input bermanfaat.

Dah dapat emel panggilan exam Pembantu Tadbir P/O? Jawatan femes nih. Antara bahan bacaan yg amat sesuai buat korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 ni.

Sudah tentu korang dah tahukan, ke tak? Yg exam online pembantu tadbir (p/o) dan exam pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Kali tak tahu, maka ketahui la olehmu. Jadi, buat yg dipanggil peperiksaan pembantu tadbir kewangan w19, luangkan sedikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Sape yg sudah menerima emel panggilan ke peperiksaan Pegawai Penyelidik ambilan Jabatan Perikanan Malaysia? Klu korang dipanggil, alhamdulillah. Kena buat persediaan rapi tu. Boleh baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41.

Last but not least, khusus buat calon exam online SPA untuk jawatan Pembantu Operasi Gred N11, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah peperiksaan Gred N11 tu.

Serius, Ni Baru Penutup!

Exam Online SPA yg terakhir untuk jawatan Pembantu Arkib S19 ambilan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bagi tahun ni akan diadakan dalam a few days lagi. Buat korang yg dah dipanggil, tidak rugi baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Arkib S19 ni.

Walaupun kita dlm suasana Covid-19 yg sedang membadai negara, sesi exam online SPA for jawatan Akauntan WA41 tetap akan dijalankan pada bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Akauntan Gred WA41 ni.

Khas korang yg hado mengisi jawatan Penguasa Bomba dalam portal SPA9 (sebelum ni dikenali sebagai SPA8i), panggilan exam online telah diumumkan oleh SPA. Jangan da last minit baru kelam-kabut cari informasi. Awal-awal baca contoh soalan peperiksaan Penguasa Bomba KB41.

Buat mereka dijangka akan menjadi kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai Penolong Penguasa Bomba. Atok ada siapkan beberapa bahan bacaan bermutu yg sesuai, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi bomba k..

KKM sedang mengalukan kedatangan calon-calon Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) yg akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan berkenaan exam online online SPA untuk jawatan N41 ni, bolehlah tambahkan lagi kemahiran korang tu dengan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 ni.

Buat korang layak & barangkali telah selamat menerima emel panggilan ke peperiksaan online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan bahawa exam online SPA ni juga sedikit sukar. Itu cakap-cakap orang la. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, bolehlah usha contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yg atok kongsi sebelum ni.

Emel panggilan exam online SPA Pembantu Awam gred H11 masih belum dikeluarkan oleh SPA. Tapi, dengar khabarnya, jumlah yg dipanggil memang tak beragak lagi ramainya. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

OK, ni btl2 last. Calon exam SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 adalah tinggi bilangannya pada tahun 2019. Keadaan sama dijangka tahun ini. Jadi, kesilapan kecil sudah cukup membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

4 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pertanian G41”

Leave a Comment

error: Content is protected !!