Korang dapat panggilan exam online Pembantu Laut Gred A19 pada bulan ni? Tgh pening kepala? Nasib baik! Sebab di bawah adalah beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 yang boleh dijadikan latihan sebelum menduduki peperiksaan Pembantu Laut A19 pada tahun ini.
Isi Kandungan
Nota Penting: Khas utk korang yg dapat panggilan ke sesi temuduga Pembantu Laut A19 ambilan Jabatan Laut Malaysia yg ditetapkan pada 29 April 2024 – 30 April 2024 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan persediaan utk temuduga ini boleh diperolehi di soalan temuduga Pembantu Laut A19.
Kepada korang yg baru saja dapat panggilan ujian psikometrik Pembantu Laut A19 ambilan Jabatan Laut Malaysia pada 20 Oktober 2023 ini. Sila dapatkan bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Laut A19.
Misalnya korang dalam situasi terburu-buru dan tak sempat baca ni sampai habis. Just klik tajuk2 kecil berikut untuk ke topik yang benar-benar korang perlu baca sahaja.
Bagi yang santai, jangan nak skip2 pulak. Baca jer sampai habis.
Semakan Peperiksaan Pembantu Laut A19
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
PEMBANTU LAUT GRED A19 (SEMENANJUNG) DI JABATAN LAUT MALAYSIA
TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN
Pautan Alternatif:
http://e-semakan.spa.gov.my/psee-pembantu-laut-a19/
Sila layari laman web:
http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
PERHATIAN :
“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”
*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:20 pagi.
Permohonan jawatan kosong Pembantu Laut A19
Sekiranya mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Laut A19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan kosong Pembantu Laut A19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.
Tempoh sahlaku permohonan
Suka atok ingatkan, tempoh sahlaku permohonan jawatan kosong Pembantu Laut A19 bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.
Kekosongan Jawatan Pembantu Laut A19 Bagi Tahun 2022
Berdasarkan iklan SPA bertarikh 15 Oktober 2021, adalah dinyatakan bahawasanya terdapat 24 tempat kosong untuk diisi. Untuk calon simpanan pula, dinyatakan ada 50 tempat.
Ini memang satu jumlah yg kecil. Memandangkan bilangan yg memohon jawatan ini adalah ramai. Jadi sila ber tumpuan korang pada perkongsian ini untuk meningkatkan peluang korang agar dapat menyelit masuk ke dalam jawatan ini.
Jadual kadar gaji Pembantu Laut A19
Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Laut A19;
Gaji minimum – RM1,362.00
Gaji maksimum – RM4,034.00
KGT – RM100.00
*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan yang seorang penjawat jawatan Pembantu Laut A19 layak terima.
Deskripsi tugas Pembantu Laut A19
Berikut adalah senarai tugas am seorang Pembantu Laut A19 berdasarkan aspek :
Aspek Kewangan dan Personel
- Melaksanakan pengutipan hasil-hasil negeri dan persekutuan;
- Melaksanakan pengumpulan data-data kutipan hasil kerajaan;
- Melaksanakan pembelian aset dan perolehan pejabat;
- Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor;
- Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan.
Aspek Industri (Perkapalan)
- Melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot;
- Menyediakan dokumen dalam pengurusan dan penyelarasan siasatan untuk tujuan pendakwaan kes-kes marin;
- Menyediakan dokumentasi kes-kes saman dan kompaun;
- Menyediakan rekod, perangkaan dan laporan pendaftaran kapal dan bot berlesen.
Aspek Keselamatan Pelayaran
- Membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran beroperasi mengikut garis panduan International Association Of Marine Aids To Navigation And Lighthouse Authority (IALA);
- Membantu dalam urusan yang berkaitan dengan melawan dan mengawal pencemaran marin;
- Membantu dalam aktiviti penerimaan bangkai kapal dan salvaj;
- Membantu mengumpul maklumat untuk penerbitan buku air pasang surut.
Aspek Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan
- Membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut;
- Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi bot;
- Bertanggungjawab dalam senggaraan dan inventori aset dan jeti jabatan;
- Melaksana urusan pentadbiran pejabat pelabuhan;
- Menyediakan perangkaan bot dan urusan pejabat pelabuhan secara berkala.
Aspek Penyelidikan dan Pembangunan (Latihan dan Infrastruktur)
- Membantu penyediaan maklumat dan dokumen dalam membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautika); kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan;
- Membantu mempromosi program latihan melalui media cetak dan elektronik;
- Membantu dalam penyediaan penilaian dan analisis program latihan;
- Membantu dalam penyediaan dokumentasi program latihan dan penyelidikan.
Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Laut A19
Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :
Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;
Dan
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf.
(Gaji permulaan Gred A19: RM1,362.00)
atau
Memiliki Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf.
(Gaji permulaan Gred A19: RM1,362.00)
atau
Memiliki Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
(Gaji permulaan Gred A19: RM1,420.12)
atau
Memiliki Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
(Gaji permulaan Gred A19: RM1,420.12)
atau
Memiliki Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
(Gaji permulaan Gred A19: RM1,478.24)
atau
Memiliki Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
(Gaji permulaan Gred A19: RM1,536.36)
Dan
Mempunyai Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Peperiksaan Pembantu Laut A19
Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Laut A19 untuk tahun 2022 masih belum dikeluarkan oleh SPA.
Peperiksaan online Pembantu Laut A19 mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.
Kesemua calon adalah diwajibkan menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama 1 jam 20 minit untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.20 pagi.
Senario Peperiksaan Pembantu Laut A19
Untuk memasuki skim A19 dan layak menyandang jawatan Pembantu Laut A19, calon perlu, terlebih dahulu menduduki dan lulus peperiksaan yang disyaratkan.
Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online dan tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan dipanggil menghadiri sesi temuduga yang akan dijadualkan kemudian.
Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon tak mampu melepasi (gagal) proses tapisan awal.
Antara sebab yang dikenalpasti : kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan Pembantu Laut A19.
Format Soalan Peperiksaan Pembantu Laut A19
Format Soalan Peperiksaan Pembantu Laut A19 pada tahun 2022 terdapat perbezaan besar berbanding tahun-tahun lepas.
Kalau korang perasan, format soalan Peperiksaan Pembantu Laut A19 sebelum ini hanya mengandungi 2 seksyen. Tetapi pada 2022, SPA melakukan perubahan drastik. Bermula pada Peperiksaan Pembantu A19 Laut bulan Jun lepas, ia telah ditambah menjadi 3 seksyen!
Format Soalan Peperiksaan Pembantu Laut A19 tahun 2022
- Seksyen A: Pengetahuan Am
- Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris
So, kalau korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai format & contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 sesi 2018 memang korang akan buang karan ja.
Elak tersangkut atas tiang kapal
Calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen C iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘tersangkut atas tiang kapal‘.
Untuk seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah), masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan kemahiran logika.
Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan ringkas topik.
Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Laut A19 – Pengetahuan Am
Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki mengetahui cara umum berkaitan dengan kenegaraan Malaysia secara amnya. Selain pengurusan sumber manusia, perhubungan perusahaan, pentadbiran kerajaan serta lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara.
Selain itu, calon juga dinasihatkan agar mendapatkan informasi sebanyak mungkin mengenai perjawatan Pembantu Laut A19. Termasuklah diskripsi tugas dan semua info mengenai Jabatan Laut.
1. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah
A. Setiausaha Bahagian Gred Khas C
B. Setiausaha Bahagian Gred Khas A
C. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52
D. Ketua Penolong Setiausaha Gred F48
2. Siapa mantan Perdana Menteri yang mengasaskan Transformasi Pembangunan Luar Bandar Pertama pada tahun 1957?
A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Onn Jaafar
3. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk urusan di peringkat antarabangsa melalui agensi di bawahnya TIDAK TERMASUK
A. United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC)
B. United Nations High Commissioner on Refugees (UNHCR)
C. Gagasan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)
D. Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR)
4. Perdana Menteri perlu merujuk kepada satu pihak sebelum membuat lantikan Hakim Besar. Siapakah pihak tersebut?
A. Ketua Hakim Borneo
B. Ketua Hakim Sarawak
C. Ketua Hakim Negara
D. Hakim-Hakim Besar
5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyelia agensi dan jabatan kerajaan di bawah KECUALI
A. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
B. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
C. Lembaga Tabung Haji (TH)
D. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
6. Seorang ahli Dewan Rakyat mempunyai had umur minimum untuk menjadi ahli iaitu bermula pada umur
A. 18 tahun
B. 21 tahun
C. 25 tahun
D. 30 tahun
Untuk lebih banyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 – Pengetahuan Am (beserta skema jawapan lengkap), korang boleh dapatkan rujukan eXtra Seksyen berikut (sebagai latih tubi) :
Atau
Baca dulu perkongsian lepas yang membincangkan skop dan contoh soalan SPA Pengetahuan Am (Updated 2022) dengan detil. Ia akan meningkatkan lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.
Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Laut A19 – Daya Menyelesaikan Maslah
Seksyen ini mengkehendaki calon menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan melalui pemahanan konsep-konsep matematik.
Masalah Navigasi
Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai ‘masalah navigasi‘ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Menyebabkan jalan pengiraan mereka menyimpang ke tengah laut.
Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Pembantu Laut A19, soalan aplikasi konsep Matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Lega bukan?
Cuma, bukan semua topik Matematik SPM disoal dalam peperiksaan ni. So jangan buang masa untuk study semua topik. Membazir tenaga saja.
Nak tahu topik yang mana? Supaya navigasi pelayaran korang menuju ke haluan yang betul.
Rujukan yang akan atok sarankan di bawah akan menjelaskan semuanya.
Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)
Beberapa Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah – Daya Menyelesaikakn Masalah
1. Negara ABC mempunyai bangsa P seramai 0.47 juta orang. Bangsa Q pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa P. Manakala Bangsa R adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa Q. Berapakah jumlah Bangsa R di negara ABC itu?
A) Bangsa R : 72 956 Orang
B) Bangsa R : 88 125 Orang
C) Bangsa R : 117 500 Orang
D) Bangsa R : 150 750 Orang
2. Kimin baru pulang dari kedai buku. Sebuah novel yang baharu saja dibeli oleh Kimin mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam novel Kimin tersebut?
A) 454
B) 228
C) 452
D) 226
3. Arianna bukan sahaja seorang gadis yang cantik dan bersopan. Malah rajin belajar. Dia dapat menjawab 6 soalan Sains dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Sains yang boleh dijawab oleh Arianna dalam masa 1 jam 15 minit?
A) 55 soalan
B) 50 soalan
C) 40 soalan
D) 45 soalan
4. Natalia ialah adik kepada Arianna. Nataliah mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank X dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman Natalia untuk mendapat dividen sebanyak RM81?
A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun
5. Harga 40 biji Manggis ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji Manggis?
A) RM 10.00
B) RM 09.00
C) RM 08.50
D) RM 09.50
6. Kotak Q lebih ringan daripada kotak S, kotak R lebih ringan daripada kotakh P dan kotak Q lebih berat daripada kotak P.
Susun kotak-kotak bermula dengan yang paling berat.
A) R, P, Q, S
B) S, P, Q, R
C) R, Q, P, S
D) S, Q, P, R
7. Syarikat Jamal Pak Tongko mengadakan majlis ulang tahun. Antara acaranya ialah cabutan bertuah. Setiap orang diberi sekali peluang untuk mencabut nombor bertuahnya daripada sebuah kotak. Kotak itu mengandungi kad-kad bernombor 10 hingga 99. Kalau nombor bertuah ialah nombor yang sama digit, cari kebangkalian bahawa seorang pekerja Jamal Pak Tongko tidak memenangi apa-apa hadiah.
A) 0.9
B) 0.8
C) 0.7
D) 0.6
8) Hasil tambah panjang dan lebar sebuah chalet satu tingkat ialah 100 m. Chalet itu mempunyai ruang lantai sebanyak 2500 meter persegi. Apakah panjang dan lebar chalet itu?
A) panjang 50 m dan lebar 50 m
B) panjang 51 m dan lebar 52 m
C) panjang 52 m dan lebar 54 m
D) panjang 53 m dan lebar 58 m
9) Abu dan Bakar , bila berkerja bersama, habis memasang jubin lantai sebuah bilik dalam masa 6 hari. Bila Abu bekerja sendiri, dia mengambil masa 5 hari kurang daripada daripada Bakar yang bekerja sendiri. Berapa lama Abu and Bakar ambil untuk menghabiskan kerja ini sendiri tanpa bantuan?
A) Abu = 10 hari , Bakar = 15 hari
B) Abu = 10 hari , Bakar = 16 hari
C) Abu = 11 hari , Bakar = 17 hari
D) Abu = 11 hari , Bakar = 18 hari
Untuk lebih banyak Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Laut A19 – Daya Menyelesaikan Masalah (beserta skema jawapan lengkap), dapatkan segera rujukan eXtra Seksyen berikut (sebagai latih tubi) :
Atau pun,
Sila baca perkongsian lepas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022) dengan detil. InysAllah, ia akan meningkatkan lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen matematik ini.
Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Laut A19 – Kefahaman Bahasa Inggeris
Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘melemaskan’ peluang ramai calon di lautan exam. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen C ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM.
Soalan diolah dalam bentuk, sama ada :
- petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension; atau
- Soalan berkaitan grammar; atau
- Vocabulary.
Contoh soalan adalah seperti berikut :
1. Choose the option which will best replace the underlined words in the sentence to make it correct.
She done it to quick, so it came out looking rough.
A. done it too quickly
B. did it too quick
C. did it too quickly
D. did it to quickly
2. Naniey has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.
Which of the following is true?
A. Naniey has three animals in total.
B. Naniey has more cats than dogs.
C. One of Naniey’s cats is black.
D. All of Naniey’s dogs have spots.
3. Read the following paragraph to answer question.
Tailgating another vehicle is unsafe and illegal. Many rear-end collisions are caused by drivers following too close to the vehicle in front of them. The rules state that a driver must keep sufficient distance from the vehicle in front in order to stop safely and avoid a collision. Drivers should allow a minimum two seconds’ gap between their vehicle and the one ahead. At sixty kilometres an hour, this equates to thirty-three metres; at a hundred it equates to fifty-five metres. More distance is needed to safely stop in rain or poor visibility.
Tailgating another vehicle is unsafe because:
A. all rear end collisions are caused by drivers following too close to the vehicle in front.
B. it may not allow sufficient time and space to stop and avoid a collision.
C. it is against the road rules.
D. it is a reckless practice.
4. Please read the following sentence.
Once Azharina lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy..
What will the ending be?
A. after starting.
B. after lifting her pen.
C. once Azharina lifted her pen and made a start.
D. once she lifted her pen and made a start.
5. The boy’s incorrigible behaviour puzzled his sister.
The word incorrigible in this sentence means:
A. appalling
B. reformed
C. incurable
D. frustrated
6. A cooking utensil with a wide, flat blade that is not sharp, used especially for lifting pan; this tool called a..
A. whisk
B. colander
C. spatula
D. ladle
7. Read the following paragraph to answer the question.
Genealogy is fun. Just as a piece of furniture or a picture takes on much more interest if you know its history, so does an individual become more real once the ancestral elements that shaped him are known. An in-depth family history is a tapestry of all those to whom we owe our existence.
Which statement best conveys the theme of this paragraph?
A. Finding out about our ancestors is more interesting than researching the history of objects.
B. Genealogy is a study of people and their belongings in the past.
C. Genealogy is a study of family history.
D. Genealogical research can bring meaning and life to a family’s history.
Untuk lebih banyak Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Laut A19 – Kefahaman Bahasa Inggeris (beserta skema jawapan lengkap), miliki segera rujukan berikut (sebagai latih tubi) :
Atau,
Jemput baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2022) dengan detil. Ia akan meningkatkan lagi kefahaman korang terhadap ‘pecahan dalam pecahan‘ soalan dalam seksyen killer ini.
Kenapa korang kena dapatkan rujukan tambahan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni?
- Soalan latih tubi (membiasakan korang dengan soalan)
- Skema jawapan lengkap (menambah kepandaian korang)
- Menjimatkan masa (terus study tanpa pening2)
Demikianlah adanya.
Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 yang akan korang hadapi pada tahun ini.
Contoh-contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Namun, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon peperiksaan Pembantu Laut A19 Semenanjung, Jabatan Laut Malaysia.
Selamat menduduki peperiksaan!
Penutup
Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam pula. Baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.
Lagi satu, contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni untuk korang yang nak kerja dengan kerajaan.
Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab bonus yang mantep), korang baca cara mohon kerja swasta yang atok da kongsi sebelum ni.
Sebelum korang jalan berlenggang kangkong ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.
Untuk yang dipanggil ke PSEE online Penolong Pegawai Pembangunan S29, korang cerna dahulu contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.
Siapa bilang atok lupakan sahabat2 driver H11 kita, untuk calon H11, jemput baca perkongsian contoh soalan temuduga Pemandu Kenderaan H11 ni.
Penutup betul ni
Lastly, yang harus hadir temuduga Penolong Pegawai Penilaian di JPPH. Atok bekalkan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penilai W29 ni. Sebagai hadiah.
Sapa calon peperiksaan PPT N29 untuk penempatan di KKM tu? Sila angkat tangan. Atok ada coretkan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (Pengurusan Stor).
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bakal mengadakan pengambilan bagi jawatan Leftenan Muda Maritim T13 tahun ini. Andainya korang ada isi dalam SPA9, baik bersiap sedia. Mulakan dengan membaca beberapa contoh soalan peperiksaan Leftenan Muda Maritim T13 ni.
Serius, ni baru penutup!
Bagi yang bakal menjadi tenaga pengajar di ILP dan IKTBN, temuduga korang akan dijalankan tidak lama lagi. Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 ni pasti akan banyak membantu persiapan korang.
Kepada yang bakal memerangi najis dadah di negara kita. Syabas atok ucapkan. Duduklah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.
Bagi yang dipanggil untuk temuduga bagi mengikuti latihan separa under KKM. Jangan menggiggil, relaks la dan baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan ni.
Buat korang yang bakal jadi Jururawat (yang cute miut tu), perkongsian contoh soalan temuduga Latihan Jururawat ni tanda kasih sayang daripada atok untuk korang. Haha.. orang tua gatai.
Panggilan temuduga Q19 under Jabatan Perhutanan telah dikeluarkan. Jika korang dipanggil, terus baca hasil karya atok berjudul contoh soalan temuduga Pembantu Penyelidik Gred Q19.
Calon untuk exam online SPA pembantu penguasa kastam adalah tinggi bilangannya. Kesilapan kecil boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19.
OK, ni btl2 last. Kalau korang ada mohon pembantu pendaftaran dalam SPA8i, panggilan boleh jadi dikeluarkan oleh SPA pada bila-bila masa saja. Jangan da last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!