Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen KP19

Di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP19 yang boleh dijadikan latihan atau ulangkaji untuk korang yg terlibat dengan ujian ini pada 27 Jun 2023 ini. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP19 yang disediakan di bawah.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen KP19

Other than that, calon juga boleh dapatkan rujukan khas Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen KP19 yang disarankan di bawah. Untuk dijadikan bahan latih tubi sebagai persediaan ujian psikometrik pada tahun ini.

Nota Penting: Sementara itu, bagi yg terpilih menduduki sesi temuduga Pegawai Imigresen KP19 yg dijadualkan pada 20 Ogos 2023 – 24 Ogos 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Pegawai Imigresen KP19 ini.

Kepada korang yg baru saja dipanggil ke ujian SPiER Pegawai Imigresen KP19 pada kali ini. Tolong jangan sia-siakan peluang yg diberi dan buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian ini boleh diperolehi di contoh soalan SPiER Pegawai Imigresen KP19.

Khas untuk korang yg baru sahaja dapat panggilan untuk menghadiri ujian fizikal Pegawai Imigresen KP19 bagi ambilan di Jabatan Imigresen Malaysia pada kali ini. Apa yang berlaku di sana? Apa persediaan perlu korang buat? Baca di ujian fizikal Pegawai Imigresen KP19.

Bagi korang yg dapat panggilan exam online Pegawai Imigresen KP19 pada kali ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk exam ni boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19.

” Mohon spa hapuskan exam psikometrik utk pegawai yg sedang bkhidmat di jabatan yg sama.ada yg lulus kpsl dan berkhidmt lebih dr 10 tahun, tp gagal ujian psikometrik. “

Husna

” Hapuskan pd yg belum berkhidmat la jugak. Baru adil sama rata. Psikometrik ni xtau lah apa kriteria dan cara penilaian dia utk kita lulus. “

Natashah

” Jawapan ya atau tidak.. Tp kenapa ada gagal n lulus… Formula permakahan mcm mana tu? “

Faezul

Itu adalah antara luahan-luahan yang disuarakan oleh calon ujian psikometrik SPA. Kalau luahan korang hampir serupa, baca perkongsian ini sampai noktah terakhir.

Kekosongan Jawatan Pegawai Imigresen KP19 Tahun 2023

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 29 Mei 2023, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia adalah sebanyak 404 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 500 orang.

Tidak perlu ditekankan betapa perlu dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh ujian psikometrik tiba. Korang da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang amat-amat tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP19 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini!

Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen KP19

MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19 DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

TARIKKH UJIAN : 27 JUN 2023

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/online/jadual-psikometrik-pegawai-imigresen-kp19

Atau

Sila layari laman web :

https://www.spa.gov.my/ web/guest/ senarai-penjadualan-peperiksaan/

Apa itu Psikometrik?

Psikometrik adalah satu cabang kajian berkaitan teori dan amali serta teknik pengukuran human psychology. Secara ringkas, psikometrik adalah bidang yang mengamalkan kaedah pengukuran objektif : kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti dan pencapaian pendidikan manusia.

Psikometrik berdigit pula digunakan untuk mengukur dan menilai keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan digit dengan cepat dan tepat. Psikometrik berdigit mengandungi set soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend, penukaran mata wang dan lain-lain.

Pada masa ini, ujian psikometrik amalkan secara meluas di institusi-institusi luar dan dalam sektor awam di seluruh dunia (termasuk Malaysia). Ujian psikometrik telah dijadikan sebagai sebahagian instrumen saringan wajib untuk menapis kemasukan anggota baharu ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan.

Apa itu Ujian psikometrik SPA?

Di dalam konteks negara Malaysia, psikometrik turut diamalkan dan dijadikan salah satu daripada tapisan. Untuk mengasingkan calon-calon yang sesuai untuk satu-satu jawatan. Dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti terhadap jawatan tertentu dalam kerajaan.

Sebelum individu tersebut layak dan diperakukan sesuai, menyandang satu-satu jawatan dalam sektor awam di Malaysia.

Proses penapisan ini dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Kalau korang mengikuti perkembangan ujian psikomerik ini, akan didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yang lama iaitu ‘kertas Sahsiah dan Minat’.

Inilah nama asal kepada ujian psikometrik (semasa era ujian oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam masih lagi dijalankan secara bertulis dan berpusat). Atok suka untuk berikan korang info ini untuk menambah kefahaman korang.

Faktor Kesukaran Ujian Psikometrik

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format tahun 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan terletak pada ‘tekanan’. Di mana calon dihimpit dengan kekangan masa (yang amat pendek).

Masa yang diperuntukkan hampir tidak mencukupi bagi menjawab jumlah soalan yang banyak. Ini akan memaksa mengeluarkan apa yang ada dalam diri setiap calon.

Kalau tidak silap atok, pada waktu itu calon dikehendaki menjawab 200 soalan dalam tempoh 60 minit sahaja!

Calon-calon dipaksa menjawab (tanpa sempat berfikir lebih panjang) set item-item (yang telah disusun rapi) bertujuan mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Penerangan Format Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen KP19

Format soalan dan jenis piihan jawapan Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen KP19 adalah tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.

Aneka pilihan yang macamana? Calon berkemungkinan hanya diberi :

A) 2 pilihan jawapan.

(Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Wajar atau Tidak Wajar)

B) 3 pilihan jawapan.

(Setuju atau Tidak Setuju atau Tidak Pasti), (Ya atau Tidak atau Tidak Pasti), (Wajar atau Tidak Wajar atau Tidak Pasti)

C) 4 pilihan jawapan.

(Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang),

ataupun,

D) 4 pilihan jawapan.

(Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)

In addition to the above type of psychological questions, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘Numerical Reasoning Test‘. Apa test? Korang yang belum tahu, sila baca terlebih dahulu post lepas yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA yg menerangkan jenis soalan ini dengan lengkap.

(Ini hanyalah ringkasan format psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih jelas dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).

Cara Jawab Ujian Psikometrik SPA

Soalan ujian psikometrik ini telah dirangka dengan teliti oleh pakar psikologi. Ia digubal untuk menentukan kebenaran jawapan korang. Tip terpenting ialah – pastikan jawapan korang selalu konsisten.

Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama, bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian ‘lalang’. Kenapa ‘lalang‘ pula? Sebab ia cuma mengikut arah angin bertiup. Sinonim dengan pendirian yang tidak tetap.

Mari atok ambil contoh soalan yang bakal memerangkap korang, berdasarkan ciri positif – ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain‘.

Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan buah fikiran saya.

Pernyataan 1

Hasil mesyuarat agak kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.

Pernyataan 2

Saya tidak suka pandangan saya ditolak.

Pernyataan 3

Kesemua 3 pernyataan di atas mewakili nilai ‘aura negatif‘ dalam diri seseorang dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

That’s why, jawapan korang harus SAMA untuk semua 3 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

Cuba korang bayangkan semua soalan di atas ‘diselerakkan’ di dalam 80 pernyataan lain, boleh korang pastikan yang korang memberikan jawapan yang konsisten?

Tanpa latih tubi yang banyak, usaha ini bak ‘cari jarum dalam jerami’.

(Ini hanyalah ringkasan cara menjawab psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih terperinci dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).

Tips lulus Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen KP19

Tips utama untuk menjawab dengan baik ujian ini ialah :

Kekalkan konsistensi seperti yang sudah dijelaskan di atas. Selain itu, sila jangan berlakon jadi orang lain semasa menjawab item-item. Jadi diri sendiri.

Sedaya upaya keluarkan nilai positif dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak. 😉

Sekali lagi diingatkan, soalan psikometrik SPA sudah digubal dan disusun rapi untuk menapis perkara-perkara negatif dalam diri korang (termasuk penipuan).

21 Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Imigresen KP19

1) Saya berasa tidak selesa menerima hadiah berbentuk wang. Berbanding ucapan semasa menyambut ulang tahun saya.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

2) Pepatah ‘biar putih tulang, jangan putih mata’ sudah tidak releven pada masa ini.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

3) Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

4) Saya sentiasa melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

5) Apabila berbincang dengan sesiapa pun, saya berasa kurang perlu memandang tepat ke wajahnya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

6) Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

7) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan, adalah perkara membimbangkan saya.

a. betul
b. agak betul
c. tidak betul

8) Dalam kerja secara berpasukan di universiti, saya lebih suka menjadi ahli yang membentangkan hasil perbincangan.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

9) Saya paling tidak gemar meminta pertolongan dalam menyiapkan sesuatu, walaupun ia menyusahkan saya nanti.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

10) Saya tetap memandu dengan perlahan walaupun sudah kesuntukan masa.

A. Ya
B. Tidak

11) Biarpun menghadapi situasi menakutkan, saya mesti bersikap tenang.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

12) Walau di mana saya berada, saya tetap mudah menyesuaikan diri dengan keadaan. dan situasi

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

13) Saya akan berasa menyampah apabila orang lain berperangai pelik.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

14) Demi memastikan kejayaan rakan saya dalam bidang akademik, saya sebagai kawan yang setia sanggup membimbingnya.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

15) Bagi membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat, saya akan mencari peluang untuk lebih dekat dengan mereka.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

16) Marah merupakan emosi negatif yang boleh menimbulkan masalah lebi teruk jika tidak dikawal.

A. Betul
B. Salah

17) Sekiranya saya melihat rakan saya mendapat pencapaian yang lebih baik, saya akan berusaha mencontohinya.

A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti

18) Saya mendapat prestasi baik, kawan sekerja saya mendapat prestasi cemerlang. Saya sedih kerana saya yang sepatutnya mendapat prestasi cemerlang.

A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti

19) Saya rasa amat gembira apabila bersama ramai kawan.

A. Betul
B. Salah

20) Saya lebih suka gunakan teknik meminta daripada memerintah.

A. YA
B. Bukan

21) Saya tidak takut kesunyian kerana saya boleh lupakannya semasa membaca.

A. YA
B. Bukan

Demikianlah beberapa contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP19 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.

Mahukan lebih banyak contoh soalan psikometrik? yang dilengkapi dengan skema jawapan padu? Segera dapatkan rujukan di bawah!

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen Gred KP19 Jabatan Imigresen Malaysia

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen KP19

Rujukan yg dicadangkan ini mengandungi 200 contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP19 (dan jawapan). Berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Not limited to that, rujukan ini turut dilengkapi dengan nota-nota ringkas dan contoh soalan matematik psikometrik. Ini akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab soalan ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP19 korang nanti.

Atok tau da gtaw sebelum ini, tapi ditekankan sekali lagi. Ujian psikometrik SPA turut mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Soalan berbentuk numerical.

Itu juga turut di-cover oleh rujukan ni. Dijelaskan sedetil-detilnya termasuk jalan kira untuk mendapatkan jawapan yang betul!

Tapi tok, confirm lulus ke kalau saya beli rujukan psikometrik ni?

Atok x berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada apa yang pasti (kecuali mati). Entah sempat, entah tidak, nak duduk psikometrik ni. Kadang2, dah ready abis tapi last2 ujian kena tanggu pulak!

Rujukan ini cuma sekadar ikhtiar meninggikan kemungkinan korang untuk lulus psikometrik Pegawai Imigresen KP19.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Tapi atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik SPA Pegawai Imigresen KP19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini.

Tapi tok, mahal sangat la rujukan psikometrik ni..

Yup, memang mahal. Julat harga antara RM40 hingga RM100 (tgk pakej mana korang pilih). Pergghh.. RM100 tu!

Cuma, ia masih tak semahal phone korang (yg harga beribu tu). Think about it.. 😉

Tapi tok, sempat ke pos buku rujukan psikometrik ni?

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Imigresen KP19 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi softcopy. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.

Jadi korang tak payah duk bertenggek atas pagar rumah. Tunggu kurier hantar barang. Dah 3 minggu x sampai juga.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Tapi tok..

Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus psikometrik SPA?

Kalau nak, kena usaha lebih sikit. Dapatkan rujukan ni, guna utk study, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang telah disediakan.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP19 yang akan korang hadapi pada tahun ini.

Harus diingat. Contoh soalan psikometrik Pegawai Imigresen KP19 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!

senarai fAQ

Saya nak download preview copy ujian psikometrik, camna caranya?

Klik download preview copy rujukan psikometrik untuk memuat turun contoh soalan psikometrik.

Adakah rujukan psikometrik ini sesuai untuk jawatan Pegawai Imigresen KP19?

Rujukan ini adalah umum dan sesuai digunakan untuk kebanyakan jawatan yang menjalankan ujian psikometrik.

Betul ke ujian psikometrik ada soalan Matematik?

Tidak semestinya. kalau ada pun, soalan yg diajukan adalah dalam aras yg mudah dan lebih kepada logik akal sahaja.

Penutup

Korang dah ready untuk duduk ujian psikometrik online SPA penolong pegawai pertahanan awam? Kalau belum, terus siapkan diri dgn contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29.

Bagi yang dipanggil ke ujian psikometrik online SPA untuk jawatan penolong pegawai penguatkuasa, tolong bca contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.

Panggilan ujian psikometrik online SPA bagi penolong pegawai seni bina baru sahaja dikeluarkan SPA. Sudah bersedia? Kalau sudah, usaha lebih sikit juga contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 ni. Memang baek punya!

SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai ujian psikometrik SPA jawatan pemandu kenderaan di portal rasmi mereka. Kepada yang dipanggil, molek sungguh andainya korang dapat baca contoh soalan psikometrik Pemandu Kenderaan H11 ni.

Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan PSEE – ujian psikometrik untuk calon pegawai perkhidmatan pendidikan yg akan ditempatkan di JAWI. Jika korang salah sorang yang dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 / DG41.

Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke ujian psikometrik SPA penghantar notis, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan psikometrik Penghantar Notis N11 yang atok kongsi sebelum ni.

Aweks comel yg bakal jadi jururawat tu mesti tengah kelam-kabut sekarang ni cari rujukan psikometrik kan? Kalau korang salah seorang daripadanya, relaks jer dan baca contoh soalan psikometrik Jururawat U41.

Ujian psikometrik SPA pembantu perawatan kesihatan wajib diadakan setiap tahun. Korang ada mohon jawatan ini dalam borang SPA8i? Kalau ada, siap2 baca contoh soalan psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11.

Selain pembantu perawatan kesihatan, satu lagi jawatan yg jarang tidak dijalankan ujian psikometrik SPA ialah pembantu operasi. X perlu dikatakan lagi betapa perlunya korang mempersiapkan diri. Kalau ada mohon jawatan ni, elok la awai2 baca contoh soalan psikometrik Pembantu Operasi N11.

Last but not least, permintaan untuk jawatan pembantu awam di kalangan jabatan-jabatan kerajaan pada setiap tahun adalah stabil. Amatlah rugi jika korang mengabaikan jawatan ini. Jadi baca contoh soalan psikometrik Pembantu Awam H11 ini untuk persiapan awal.

Ini baru la penutup

OK, ni btl2 last. Selain 10 jawatan di atas, ada empat lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan rujukan korang.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!

Leave a Comment

error: Content is protected !!