Assessment Centre Pereka B1, B5 dan B9: Apa Yang Sebenarnya Berlaku Semasa Penilaian SPA?

Ramai antara korang yang menerima panggilan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mula tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku semasa Assessment Centre Pereka B1, B5 dan B9. Ada yang menyangka ia hanyalah temuduga biasa, manakala ada juga yang beranggapan mereka perlu menghasilkan reka bentuk secara spontan di hadapan panel.

Assessment Centre Pereka B5 Dan B9

Hakikatnya, Assessment Centre merupakan satu kaedah penilaian yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar menguji kemahiran teknikal korang, malah turut menilai kompetensi, kreativiti, komunikasi dan potensi seseorang untuk menjalankan tugas sebagai Pereka dalam sektor awam. SPA kini menggunakan pendekatan ini bagi beberapa skim perkhidmatan di bawah kategori Bakat dan Seni.

Nota penting: Kepada korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Pereka B5 bagi ambilan di Kementerian Komunikasi (Semenanjung) yg telah ditetapkan pada 5 Mei 2026 ini. Jangan sia-siakan rezeki dan peluang yg diberikan ini. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pereka B1 / B2 / B5 / B9.

Sementara itu, bagi yg berjaya melepasi ujian psikometrik ini dengan jayanya, cabaran getir terakhir yg anda kena harung ialah sesi temuduga Pereka B9 utk ambilan di Kementerian Komunikasi yg dijadualkan pada 25 Mei 2026 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh anda baca di soalan temuduga Pereka B1 / B2 / B5 / B9 ini.

Panggilan Assessment Centre Yang Sedang Berlangsung

Berdasarkan penjadualan rasmi SPA, Pereka Gred B9 di Kementerian Komunikasi dijadualkan menghadiri Assessment Centre pada 29 Julai 2026 ini. Pada masa yang sama, SPA turut menjadualkan Assessment Centre bagi jawatan Jurufotografi Gred B5 beberapa bulan sebelumnya.

Walaupun jadual semasa hanya memaparkan Pereka Gred B9, skim perkhidmatan Pereka sebenarnya merangkumi beberapa gred termasuk B1, B5 dan B9 di bawah skim perkhidmatan bersepadu. Oleh sebab itu, ramai antara korang yang membuat carian menggunakan kata kunci Assessment Centre Pereka B5 Dan B9, khususnya untuk mendapatkan gambaran awal sekiranya pengambilan bagi gred B5 dibuka pada masa hadapan.

Siapakah Pereka Dalam Perkhidmatan Awam?

Ramai yang menyangka tugas seorang Pereka hanyalah menghasilkan poster.

Sebenarnya, skop kerja jawatan ini jauh lebih luas. Mengikut penghuraian kerja rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam, seorang Pereka bertanggungjawab menghasilkan reka bentuk grafik, multimedia, bahan komunikasi visual, pameran, bahan publisiti serta menyokong pelbagai kempen kerajaan. Mereka juga terlibat dalam pembangunan identiti visual, penyuntingan imej, susun atur grafik dan penghasilan bahan kreatif digital.

Bagi Pereka Gred B9 pula, tanggungjawab berkembang kepada aspek pengurusan unit, penyeliaan kakitangan, perancangan belanjawan dan khidmat kepakaran dalam komunikasi visual.

Kenapa SPA Menggunakan Assessment Centre?

Dunia reka bentuk hari ini bukan hanya bergantung kepada bakat melukis.

Seorang pereka kerajaan perlu mampu berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah, bekerja dalam pasukan, memahami kehendak pelanggan dan menghasilkan komunikasi visual yang memenuhi objektif organisasi.

Atas sebab itu, SPA memilih pendekatan Assessment Centre kerana ia dapat menilai pelbagai kompetensi secara serentak, berbanding temuduga konvensional yang lebih tertumpu kepada sesi soal jawab.

Adakah Assessment Centre Sama Dengan Temuduga?

Jawapannya tidak.

Temuduga biasanya berlangsung dalam tempoh yang singkat dan memberi tumpuan kepada pengalaman, pengetahuan serta personaliti korang.

Sebaliknya, Assessment Centre melibatkan beberapa bentuk penilaian yang dijalankan mengikut jadual tertentu. Panel bukan sahaja mendengar jawapan korang, malah memerhati bagaimana korang berfikir, berkomunikasi dan bertindak ketika melaksanakan tugasan.

Inilah sebabnya ramai calon menganggap Assessment Centre Pereka B1, B5 dan B9 lebih mencabar berbanding temuduga biasa.

Apakah Aktiviti Yang Berkemungkinan Dijalankan?

SPA tidak menerbitkan modul terperinci kepada umum kerana kandungan penilaian adalah sulit.

Namun berdasarkan tujuan Assessment Centre dan sifat skim perkhidmatan Pereka, korang lazimnya perlu bersedia untuk beberapa bentuk penilaian kompetensi seperti tugasan penyelesaian masalah, perbincangan, pembentangan idea atau aktiviti yang membolehkan panel menilai cara korang berfikir dan berkomunikasi.

Apa yang penting, korang tidak seharusnya menghafal jawapan semata-mata. Sebaliknya, mereka perlu menunjukkan kreativiti, profesionalisme dan kebolehan menyampaikan idea dengan jelas.

Adakah Perlu Menghasilkan Reka Bentuk?

Ini antara persoalan paling kerap ditanya.

SPA tidak menyatakan secara rasmi bahawa setiap calon akan diminta menghasilkan reka bentuk semasa Assessment Centre.

Namun begitu, berdasarkan skim perkhidmatan Pereka dan syarat pengesahan dalam perkhidmatan yang merangkumi Penilaian Amali Pereka, adalah munasabah untuk korang membuat persediaan terhadap aspek kemahiran praktikal berkaitan reka bentuk. Penilaian amali ini memang wujud dalam skim perkhidmatan Pereka bagi tujuan pengesahan selepas lantikan.

Oleh itu, membawa portfolio digital atau mengulang kaji hasil kerja terdahulu merupakan langkah yang bijak walaupun ia mungkin tidak diminta.

Kemahiran Yang Wajar Dikuasai

Seorang Pereka dalam sektor awam tidak hanya menghasilkan visual yang cantik.

Mereka perlu memahami prinsip komunikasi visual, tipografi, warna, susun atur, identiti korporat, bahan promosi kerajaan dan penggunaan perisian reka bentuk yang bersesuaian.

Di samping itu, kemahiran menjelaskan rasional sesuatu reka bentuk juga sangat penting. Ramai pereka mampu menghasilkan visual yang menarik, tetapi sukar menerangkan mengapa sesuatu konsep dipilih.

Panel biasanya lebih menghargai calon yang mampu mempertahankan idea mereka secara profesional.

Jangan Abaikan Pengetahuan Mengenai Organisasi

Ramai calon terlalu fokus kepada aspek reka bentuk sehingga terlupa membuat kajian tentang organisasi.

Jika dipanggil ke Kementerian Komunikasi, luangkan masa memahami fungsi kementerian, kempen komunikasi kerajaan dan peranan jabatan yang bakal menempatkan jawatan tersebut.

Langkah ini membantu korang memberi jawapan yang lebih matang sekiranya diminta mengaitkan idea reka bentuk dengan objektif organisasi.

Portfolio Masih Memberi Nilai

Walaupun SPA tidak menyatakan portfolio sebagai syarat wajib semasa Assessment Centre, memiliki portfolio yang kemas boleh menjadi kelebihan.

Pilih hasil kerja yang benar-benar menunjukkan kepelbagaian kemahiran seperti reka bentuk grafik, media sosial, infografik, identiti visual atau bahan multimedia.

Pastikan setiap hasil kerja mempunyai penerangan ringkas tentang objektif, konsep dan perisian yang digunakan.

Sikap Turut Dinilai

Assessment Centre bukan sekadar menguji bakat.

Sepanjang sesi berlangsung, panel juga akan memerhatikan disiplin, etika berpakaian, keyakinan diri, cara berinteraksi dan kemampuan bekerjasama.

Kadangkala perkara kecil seperti ketepatan masa, kesediaan mendengar arahan dan cara menghormati peserta lain memberi gambaran awal tentang profesionalisme korang.

Itulah sebabnya Assessment Centre Pereka B1, B5 dan B9 bukan hanya tentang bakat seni, tetapi juga tentang sikap sebagai penjawat awam.

Persediaan Yang Boleh Dilakukan

Beberapa hari sebelum menghadiri Assessment Centre, cuba semak semula portfolio, ulang kaji prinsip asas reka bentuk dan ikuti perkembangan semasa dalam bidang komunikasi visual serta baca eBook berkaitan persiapan ke temuduga.

Latih diri membuat pembentangan ringkas selama beberapa minit. Kemahiran bercakap dengan tenang sering membantu apabila panel meminta korang menerangkan sesuatu idea.

Selain itu, pastikan anda memahami tanggungjawab Pereka mengikut skim perkhidmatan rasmi supaya jawapan yang diberikan lebih tepat dan relevan.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Assessment Centre Pereka B1, B5 dan B9 merupakan proses penilaian kompetensi yang lebih menyeluruh berbanding temuduga biasa. Walaupun jadual rasmi SPA ketika ini memaparkan Assessment Centre bagi Pereka Gred B9 di Kementerian Komunikasi, calon bagi gred B5 juga boleh menjadikan proses ini sebagai rujukan kerana kedua-duanya berada di bawah skim perkhidmatan Pereka yang sama.

Jangan membuat andaian bahawa sesi ini hanya menguji bakat melukis atau penggunaan perisian reka bentuk. Sebaliknya, bersedialah dari segi kreativiti, komunikasi, penyelesaian masalah dan pengetahuan tentang peranan seorang Pereka dalam sektor awam.

Akhir sekali, anggap panggilan Assessment Centre sebagai satu peluang besar. Jika anda telah dipanggil, bermakna anda sudah melepasi beberapa peringkat saringan awal. Kini tiba masanya untuk menunjukkan bahawa anda bukan sahaja seorang yang kreatif, malah mampu menjadi aset kepada organisasi kerajaan.

Panduan Lulus Temuduga SPA (Versi Rahmah)

Dah bersedia untuk Assessment Centre Pereka B9? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga kerja kerajaan adalah:

Rujukan contoh soalan temuduganPereka B5 Dan B9

Atau pun,

Bagi korang yang ada bajet lebih dan nak kan rujukan yang lebih premium. Boleh dapatkan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dengan Mudah ini. Cukup lengkap dan amat memudahkan persiapan korang!

Kedua-dua rujukan temuduga yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Pereka B1, B5 dan B9).

Selain itu,

Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan panduan lulus temuduga SPA ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) Korang jadi insan mulia

Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Pereka B1, B5 dan B9 ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga Pereka B1, B5 dan B9 yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Korang dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh AtokPencen.com. Siapakah beliau?

AtokPencen.com merupakan penulis rujukan ujian psikometrik dan temuduga yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau telah menghasilkan puluhan eBook rujukan kerjaya untuk pelbagai jenis jawatan.

Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel. Selain itu, beliau pernah menjadi ahli lembaga pemilihan tender pembekalan. Maksudnya menemuduga dan memilih syarikat untuk kesesuaian harga dan bahan. Jadi Atokpencen.com ni memang bukan calang-calang orang!

Korang rasa?

4) Lebih masa main League of Legends

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan temuduga SPA ni (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Pereka B1, B5 dan B9). Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa iv je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

5) Guna pengalaman 18 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 18 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

6) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Panduan Lulus Temuduga SPA (Versi Rahmah) ni murah giler. Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang.

Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan panduan lulus temuduga SPA ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

eBook akan dihantar melalui emel kepada korang.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Klu payment korang tiada masalah, kurang daripada 12 jam (maksimum) sudah boleh dapat. Biasanya lebih cepat daripada itu!

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang patut miliki segera panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Kerja ini.

Info-info Lain

Persediaan rapi menghadapi PAC Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 2026 adalah penentu sama ada korang layak melangkah ke sesi temuduga akhir atau terkandas..

Panduan lengkap dan praktikal tentang Cara Lulus Pinjaman Peribadi Bank Rakyat & Maybank Dengan Cepat, khas untuk korang..

Cukai Untuk Influencer bukan satu perkara untuk ditakuti, sebaliknya, ia adalah tonggak penting dalam menguruskan kewangan korang..

Korang mungkin pernah mendengar istilah ini dalam pelajaran bahasa atau saat membaca. Sila baca panduan komprehensif tentang penggunaan kata bantu ini.

Mari kita selami bagaimana kata kata semangat, baik yg anda baca, dengar, maupun ucapkan, dapat menjadi jangkar dan kompas dalam kehidupan..

Ini senarai 10 Kad Kredit Cashback Terbaik Malaysia 2026 Untuk Jimat Petrol yang popular dan berbaloi berdasarkan tawaran semasa bank-bank utama di Malaysia.

Panduan lengkap & praktikal supaya korang tak panik bila tiba masa perlukan rawatan. Berikut dikongsikan cara claim medical card 2026..

Pasti korang ingin tahu bagaimana cara kurangkan PCB yang perlu korang bayar. Artikel ini akan membimbing korang..

Baiklah, mari kita selami dunia kata nama am, atau dalam bahasa Inggerisnya ‘common noun’. Korang mungkin pernah mendengarnya, tetapi adakah korang..

Menurut rujukan tatabahasa terkini, kata tugas boleh dibahagikan kepada beberapa jenis utama berdasarkan fungsinya dalam ayat..

Kata majmuk adalah gabungan dua atau lebih kata dasar yang membentuk satu unit bermakna. Jom kenali kata majmuk dengan lebih mendalam..

Secara ringkas, kata adjektif (juga dikenali sebagai kata sifat) ialah perkataan yang menerangkan atau memberi sifat kepada kata nama.

Artikel ini akan menerangkan apa itu Lemon Law Malaysia, perkembangan terkini (2025–2026) dan apa implikasinya untuk pembeli kereta dan barangan lain..

Berikut senarai 11 online game paling bahaya untuk kanak-kanak. Permainan dan pengalaman dalam platform maya yang ibu bapa perlu waspada.

Kali ini, Atok kupas dengan ringkas tapi mendalam tentang kelebihan dan kekurangan Proton e.MAS 5, agar korang boleh buat keputusan pembelian dengan bijak. Sesuai ke tak sesuai EV ni dengan korang..

Memahami format dan contoh soalan UKCG 2026 adalah kunci kejayaan korang sebelum menduduki e-UKCG..

Dalam perkongsian ini, kita akan kupas format terkini dan bebrapa contoh soalan PKSK Tingkatan 1..

Kalau korang bercita-cita menjadi guru dan telah memohon program pendidikan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), baca contoh soalan MEdSI ni..

Dengan memahami format & berlatih menggunakan contoh soalan PKSK tingkatan 4, korang boleh menghadapi ujian dengan tenang & bersedia.

Kita akan belajar penjodoh bilangan buah, biji, batang, bilah, helai, pisang, pinggan, buku, kunci, payung dan banyak lagi

Kalau korang ibu atau bapa yang sedang mencari peluang pendidikan terbaik untuk anak, topik “permohonan MRSM 2026” memang wajib korang ambil tahu.

Kalau korang pelajar Tingkatan 3 yang minat belajar secara praktikal, suka buat kerja tangan, atau nak terus bersedia untuk dunia pekerjaan, maka permohonan Kolej Vokasional 2025 memang wajib korang ambil tahu.

Atok akan kupas topik pakej STEM KPM, lengkap dengan definisi, jenis pakej, subjek teras dan elektif, serta strategi memilih pakej yang sesuai.

Dalam perkongsian ini, kita akan menyelami dunia peribahasa Melayu. Lengkap dengan definisi, fungsi, contoh terkini, dan cara menggunakannya dengan betul..

Program Latihan Khidmat Negara 3.0, lengkap dengan fakta terkini, tarikh penting, lokasi, modul latihan dan cara menyertainya..

Kita akan kupas tentang kalori nasi putih dan mitos yang sering dikaitkan dengannya, serta cara bijak untuk terus menikmatinya tanpa rasa bersalah..

10 ayat Surah Al-Kahfi adalah sebagai pelindung daripada fitnah paling dahsyat di akhir zaman yakni fitnah Dajjal..

Setiap tahun, umat Islam menyambut satu hari yang penuh keberkatan dan termasuk sejarah penting dalam bulan Muharram iaitu Hari Asyura..

Apa itu Kolej Komuniti dan kenapa ia pilihan yang bagus? Dan yang paling penting, senarai kolej komuniti dan lokasi mengikut negeri di Malaysia…

Apa itu Baucar Buku Guru MADANI 2026? Macam mana nak tebus, dan kenapa ia sangat berbaloi untuk korang?

Artikel ni bukan nak buat korang rasa bersalah. Sebaliknya, kita nak belajar Bahasa Inggeris untuk temuduga sama-sama..

Kita akan sembang santai pasal bunga cengkih termasuk asal usulnya, fungsi dalam masakan, khasiat kesihatan, dan kegunaan tradisional bunga cengkih..

Leave a Comment

error: Content is protected !!