Adakah adakah korang terlibat dengan ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Pendidikan Islam) pada 6 September 2024 ini? Jawatan ini adalah utk ambilan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Tak kira mana satu pun. Di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 yang boleh dijadikan latihan calon ujian. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 yang disediakan di bawah.
Isi Kandungan
Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan Ujian Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama ujian psikometrik pada tahun 2023 ini.
Nota Penting: Bagi korang yang terlibat dengan sesi temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 untuk ambilan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor pada Bulan Februari 2024 ini. Sila tambahbaik persediaan korang dengan membaca beberapa contoh soalan temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9.
Untuk makluman, rujukan khas ujian psikometrik yang dicadangkan di bawah adalah sesuai digunakan untuk kedua-dua gred, sama ada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 mahu pun Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9.
Ujian Psikometrik MARA Assessment Centre Competency Test
Kebelakangan ini atok mendapat banyak pertanyaan daripada calon-calon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 panggilan MARA yg bakal menjadi tenaga pengajar di MARA. Sama ada di MRSM atau institut-institut latihan MARA. Lebih kurang di bawah bunyinya:
Tok, adakah rujukan ini sesuai dijadikan rujukan untuk ujian psikometrik MARA Assessment Centre Competency Test?
Begini, pada dasarnya, rujukan psikometrik yg atok syorkan dalam post ini ditulis khusus untuk calon-calon ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 panggilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Namun, memandangkan skop soalan ujian psikometrik MAC (MARA Assessment Centre) adalah hampir sama. Jadi atok berpendapat ia sesuai dan boleh dijadikan rujukan tambahan untuk ujian psikometrik MAC korang.
Cuma, bezanya ialah ujian psikometrik SPA dijalankan secara online. Manakala ujian psikometrik MAC dijalankan secara bertulis di pusat-pusat temuduga MARA Assessment Centre.
Tapi itu sebelum pandemic COVID 19 ini membadai la, iaitu pada sesi MAC 2013 dan sesi MAC 2017 la. Untuk tahun ni, atok pun tak pasti MARA adakan macamana.
Ok, jom kita teruskan..
Kekosongan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 Tahun 2025
Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 15 Jun 2024, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 (Bahasa Arab) di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan adalah sebanyak 5 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 10 orang.
Sementara, kekosongan untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Bahasa Inggeris/TESL) DG9 yang diiklankan SPA pada 19 Jun 2024, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 (Bahasa Inggeris/TESL) di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan adalah sebanyak 1 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 2 orang.
Terbaru, iklan kekosongan jawatan untuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertarikh 13 Julai 2024 menyatakan bahawa, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 (Bahasa Melayu) adalah sebanyak 15 tempat, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 (Matematik ) sebanyak 17 kekosongan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 (Pendidikan Islam) sebanyak 15 kekosongan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 (bimbingan Dan Kaunseling) sebanyak 5 kekosongan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 (Sains) sebanyak 13 kekosongan dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 (Bahasa Inggeris) sebanyak 15 kekosongan.
Tidak perlu ditekankan betapa peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh ujian psikometrik tiba. Korang da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..
Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini!
Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9
MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Pendidikan Islam)
(Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[Tarikh PSEE : 6 September 2024]
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Bahasa Inggeris)
(Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[Tarikh PSEE : 8 September 2024]
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (Bimbingan dan Kaunseling)
(Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[Tarikh PSEE : 8 September 2024]
Atau
Sila layari laman web :
https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
Apa itu Psikometrik?
Psikometrik merupakan suatu cabang kajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Psikometrik juga adalah sebahagian daripada bidang berkaitan dengan pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan.
Psikometrik berangka (matematik) pula digunakan untuk mengukur dan menunjukkan keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Psikometrik berangka mengandungi set soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang. Sebab itulah, dalam ujian psikometrik SPA juga terdapat soalan matematik.
Pada masa ini, ujian psikometrik banyak digunakan oleh institusi dan kerajaan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Sebagai sebahagian daripada instrumen untuk menapis kemasukan anggota baharu ke dalam sistem perkhidmatan.
Ujian psikometrik SPA Diperkenalkan
Kalau korang mengikuti perkembangan ujian psikomerik sedari awal, akan didapati bahawa seksyen ini sebenarnya berasal dari seksyen yang lama iaitu kertas Sahsiah dan Minat. Inilah nama original kepada ujian psikometrik (pada era ketika ujian SPA masih lagi dijalankan secara bertulis). Atok suka untuk berikan korang perkaitan ini untuk menjelaskan kekeliruan korang.
Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan tekanan. Di mana calon dihimpit dengan masa yang amat singkat. Masa pendek yang diperuntukkan bagi menjawab soalan yang banyak. Ini akan memaksa calon untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri masing-masing.
Calon-calon dikehendaki menjawab (tanpa sempat berfikir panjang) item-item (yang telah disusun sedemikian rupa) bagi mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Format Ujian Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9
Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 juga tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.
Aneka yang macamana?
Calon berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan yang menguji keyakinan korang.
- (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah),
- (Setuju atau Tidak Setuju atau Tidak Pasti);
ataupun
Calon berkemungkinan diberi 4 atau 5 pilihan jawapan sebagai refleksi keyakinan korang dalam membuat pilihan.
- (Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang),
- (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)
Selain jenis soalan psikologi di atas, ujian psikometrik juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa reasoning? Bagi yang x tahu, jangan tak baca post lepas atok yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA (Updated 2022) dan menerangkan jenis soalan ini sejelasnya.
Tips lulus Ujian Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9
Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah :
Jangan berlakon jadi orang lain semasa menjawab item-item. Jadi diri sendiri. Cuma sembunyikan keburukan korang.
Sedaya upaya keluarkan kualiti terbaik dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9
1) Saya kurang gemar mencampuri urusan kawan-kawan.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
2) Saya tidak suka meminta pinjam wang daripada rakan-rakan.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
3) Biarpun membincangkan sesuatu hal yang cukup mustahak, saya masih boleh berjenaka.
a. Ya
b. Tidak
4) Saya lebih suka hadiah berbentuk wang, daripada setakat ucapan semasa menyambut harijadi.
a. Ya
b. Tidak
c. Kurang Pasti
5) Pepatah ‘Patah tumbuh, hilang berganti’ sudah tidak releven pada masa ini.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Saya berasa geram apabila dipaksa oleh pensyarah untuk menyiapakan tugasan.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Saya memang gemar aktiviti luar dan lasak.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Saya sedaya-upaya buktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada sepanjang masa.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Menunggu nombor giliran sampai ketika berurusan di kaunter bank adalah leceh.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Ketika kecil, saya lebih suka bermain bersama sahabat-handai berbanding adik-beradik.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Apabila berbicara dengan sesiapa pun, saya berasa segan memandang tepat ke wajahnya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
12) Saya malas dan tidak suka berbaris di ATM untuk mengambil duit.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
13) Apabila ada seseorang yang mengundang curiga, saya tidak kisah, asalkan dia tidak mengganggu saya.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
14) Idea terlalu banyak, masalahnya saya berasa sukar mengeluarkan idea-idea itu.
a. YA
b. TIDAK
15) Apabila peluang baik sudah muncul di depan mata, kita tidak perlu lagi berusaha.
a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti
16) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan, adalah amat membebankan saya.
a. betul
b. agak betul
c. tidak betul
17) Dalam kerja secara berpasukan, saya lebih suka menjadi ahli yang membentangkan hasil kerja.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
18) Saya suka meminta pertolongan dalam menyiapkan sesuatu, walaupun ia menyusahkan saya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
19) Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab kebudayaan.
A. Ya
B. Tidak
20) Saya berminat menjadi pengajar.
A. Ya
B. Tidak
21) Saya suka menonton rancangan berunsur islamiah.
A. Ya
B. Tidak
22) Saya tidak suka memandu dengan laju.
A. Ya
B. Tidak
23) Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, saya mesti bersikap positif.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
24) Walau di mana saya berada, saya tetap boleh menyesuaikan diri dengan keadaan.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
25) Saya tidak perlu membalas semula budi kawan saya apabila dia membantu saya kerana dia merupakan kawan baik saya.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
Demikianlah beberapa contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.
Bagaimanpun, jika korang mahu lebih banyak contoh soalan ujian psikometrik yang dilengkapi dengan skema jawapan padu. Segera dapatkan rujukan di bawah.
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Korang juga boleh baca penjelasan komprehensif dan panjang lebar atok mengenai ujian psikometrik SPA. Amaran : artikel ni agak panjang.
Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9
Rujukan di atas mengandungi 200 contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 / DG9 yang berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh SPA.
Apa Kandungan Rujukan Psikometrik Ni?
Bukan itu sahaja, rujukan ini turut dilengkapi dengan nota-nota ringkas dan contoh soalan psikometrik Matematik. Ia akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 pada tahun 2025 ini.
Atok da gtaw sebelum ni, tapi atok tekankan sekali lagi. Sebahagian ujian psikometrik (bukan semua jawatan) mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Soalan berbentuk Matematik.
Itu juga turut di-cover oleh rujukan ni. Dijelaskan sedetil-detilnya termasuk jalan pengiraan untuk mendapatkan jawapan yang betul!
Tapi tok, confirm lulus ke kalau saya beli rujukan ini?
Atok tidak berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada apa yang pasti. Esok pun belum tentu kita masih hidup. Entah2 tak sempat nak duduk psikometrik ni!
Rujukan ini hanya sekadar usaha. Iaitu usaha meningkatkan kemungkinan korang untuk lulus.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Tapi atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik SPA terbaik yang ada di pasaran setakat ini.
Tapi tok, sempat ke pos buku ni?
Rujukan contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG9 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.
Berapa lama saya terima eBook rujukan ujian psikometrik ini selepas bayaran diselesaikan?
Kalau korang pilih cara pembayaran menggunakan billplz / online banking, biasanya proses ini hanya mengambil masa 1- 2 jam sahaja!
Jadi korang tak payah duk bertenggek atas pagar rumah, tunggu orang hantar barang tak kunjung tiba.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Tapi tok..
Banyak no la tapi-tapi korang ni. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus psikometrik?
Kalau nak, kena usaha lebih sikit la. Dapatkan rujukan ujian psikometrik ni, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang disediakan.
Demikianlah..
Jadi, demikianlah adanya. Sedikit sebanyak contoh soalan Ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 yang akan korang hadapi pada tahun 2025 ni.
Namun, harus diingat. Contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki ujian psikometrik!
Penutup
Korang dah bersedia untuk ujian psikometrik penolong pegawai pertahanan awam? Kalau belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP5.
Bagi yang dipanggil psikometrik untuk jawatan penolong pegawai penguatkuasa, tolong baca contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP5 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.
Panggilan psikometrik penolong pegawai seni bina baru sahaja dikeluarkan SPA. Sudah bersedia? Kalau sudah, baik usha sikit juga contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA5 ni. Memang baek punya!
Last but not least, korang dah ready untuk duduk PSEE ujian psikometrik online penolong arkitek landskap? Kalau belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA5.
Ini baru penutup
OK, ni btl2 last. Selain lima jawatan di atas, ada lima lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan rujukan korang.
- Contoh soalan Psikometrik Juruaudio Visual N1
- Contoh soalan psikometrik Pembantu Kemahiran H1
- Contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S5
- Contoh soalan psikometrik Juru X-Ray U5
- Contoh soalan psikometrik Jururawat U9
- Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Adieu dan ciao dulu dari atok.
Gud luck semua!