Korang dapat panggilan exam online Pembantu Antidadah Gred S19 pada kali ni? Tgh pening kepala? Nasib baik! Sebab di bawah adalah beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19 yang boleh dijadikan latihan sebelum menduduki peperiksaan Pembantu Antidadah S19 AADK pada tahun ini. Korang adalah digalakkan cuba menjawab contoh-contoh soalan Pembantu Antidadah S19 di bawah sebagai sebahagian daripada latihan.
Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Antidadah S19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Pembantu Antidadah S19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.
Nota Penting: Kepada korang dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Antidadah S19 (calon Semenanjung) untuk penempatan di Agensi Antidadah Kebangsaan yang dijadualkan pada 21 Mei 2023 – 26 Mei 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga KP29 boleh korang baca di soalan temuduga Pembantu Antidadah S19 ini.
Kepada korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Antidadah S19 (calon Semenanjung) utk ambilan di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yg dijadualkan pada kali ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Antidadah S19.
Sementara, korang yg dapat panggilan ke ujian SPiER Pembantu Antidadah S19 ambilan AADk pada kali ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian SPiER AADK ini! Bahan-bahan bacaan utk ujian SPiER ni boleh diperolehi di contoh soalan SPiER Pembantu Antidadah S19.
Untuk memudahkan bacaan korang, boleh gunakan pautan tajuk-tajuk kecil di bawah. Nak terus ke tajuk yang spesifik, klik jer.
Kekosongan Jawatan Pembantu Antidadah S19
Berdasarkan iklan yg dikeluarkan oleh SPA bertarikh 21 Mei 2021. Jumlah kekosongan Pembantu Antidadah S19 yg diperlukan adalah seramai 20 orang. Manakala bilangan simpanan adalah sebanyak 50 tempat.
Ini adalah jumlah tempat yg sedikit berbanding panggilan ke peperiksaan S19 ini yg begitu ramai. Jika korang dapat panggilan, sila buat persediaan penuh!
Jadual gaji Pembantu Antidadah S19
Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Antidadah S19;
Gaji minimum | RM1,352.00 |
Gaji maksimum | RM4,003.00 |
KGT | RM100.00 |
*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Antidadah S19 layak terima.
Deskripsi tugas Pembantu Antidadah S19
Apa senarai tugas/ skop kerja seorang Pembantu Antidadah S19
” Mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, program pencegahan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan. ”
Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Antidadah S19
Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :
- Kewarganegaraan Malaysia;
- Umur 18 tahun atau lebih;
Dan
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00);
Atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40);
Atau
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
Dan
- Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Semakan peperiksaan Pembantu Antidadah S19
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
PEMBANTU ANTIDADAH GRED S19 DI AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN
TARIKH PEPERIKSAAN : 20 JANUARI 2022 dan 25 JANUARI 2022
Pautan Alternatif:
https://e-semakan.spa.gov.my/pembantu-antidadah-s19/
Sila layari laman web:
https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
PERHATIAN :
“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”
*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 2:00 petang hingga 3:00 petang.
Peperiksaan Pembantu Antidadah S19
Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Antidadah S19 untuk tahun 2022 baru sahaja dikeluarkan oleh SPA.
Peperiksaan online Pembantu Antidadah S19 akan dijalankan dua (2) kali dalam tahun ini yakni pada 20 Januari 2022 (Khamis) dan 25 Januari 2022 (Selasa).
Kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 2:00 petang sampai la jam 3:00 petang. Inilah petang paling singkat yg akan menentukan masa hadapan korang.
Senario Peperiksaan Pembantu Antidadah S19
Untuk menyandang jawatan Pembantu Antidadah S19, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan.
Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan dan tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan dipanggil untuk menghadiri temuduga yang akan dijadualkan kemudian.
Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan pertama.
Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pembantu Antidadah S19.
Format Peperiksaan Pembantu Anti Dadah S19
Format Peperiksaan Pembantu Anti Dadah S19 pada tahun 2022 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.
Jika korang perasan, format soalan Pembantu Anti Dadah S19 untuk sesi 2018 berbeza dengan format 2022. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.
Format 2018 vs Format 2022
Format Pembantu Antidadah S19 2017/2018
Seksyen A | Pengetahuan Am |
Seksyen B | Daya Menyelesaikan Masalah |
Format Pembantu Antidadah S19 2021/202
Seksyen A | Daya Menyelesaikan Masalah |
Seksyen B | Kefahaman Bahasa Inggeris |
Kelihatan macam sama ja. Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen tetapi perasan tak, ada perubahan di situ.
Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.
Jadi jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Antidadah S19 sesi exam 2018 memang korang akan buang masa.
Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.
Elak tersangkut atas pokok
Cumanya, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘tersangkut atas pokok’.
Untuk seksyen A, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi konsep matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian.
Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan Pembantu Antidadah S19 setiap seksyen dan penjelasan topik.
Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah S19 – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini mengkehendaki korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan melalui pemahanan konsep-konsep matematik.
Alergi sepi
Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai ‘alergi sepi’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan.
Kalau tgk jer soalan berkaitan angka dan rumus, terus sepi sesepi-sepinya..
Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Pembantu Antidadah S19, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Lega bukan?
Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)
Berikut beberapa contoh soalan Pembantu Antidadah S19 – Daya Menyelesaikan Masalah:
1. Jika kadar tukaran matawang antara Ringgit dan Dolar Singapura ialah RM100 = S$31.56.
S$157.78 = RM _
A) 500
B) 550
C) 600
D) 650
2. Negara Pinang Sebatang mempunyai bangsa A seramai 0.47 juta orang. Bangsa B pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa A. Manakala Bangsa C adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa B. Berapakah jumlah Bangsa C di Negara Pinang Sebatang itu?
A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang
3. Upin dan Ipin baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Ipin mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?
A) 454
B) 228
C) 452
D) 226
4. Atiqah seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Sains dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Sains yang boleh dijawab oleh Atiqah dalam masa 1 jam 15 minit?
A) 55
B) 50
C) 40
D) 45
5. Ameerah ialah adik kepada Atiqah. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman Ameerah untuk mendapat dividen sebanyak RM81?
A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun
6. Harga 40 biji mangga Harum Manis ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji Harum Manis?
A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50
Untuk contoh lengkap dan skema jawapan lengkap bagi seksyen A Pembantu Antidadah S19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Antidadah S19 yang atok recommend di bawah.
Atau pun,
Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.
Contoh Soalan Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Antidadah S19 Dengan Jawapan: Sebagai Bonus
1) Dalam Persatuan Kebudayaan SMK Pekan II, ada 10 orang berat 35 kg, 20 orang berat 40 kg. Berapakah purata berat ahli dalam persatuan tersebut?
A. 45.3 kg
B. 50.3 kg
C. 38.3 kg
D. 48.3 kg
Jalan Kira:
Purata berat
= Berat keseluruhan pesilat ÷ Bilangan pesilat
= ((35 x 10) + (20 x 40)) ÷ 30 orang
= 1150 ÷ 30
= 38.33 kg
2) Hitungkan 144 ÷ (14 – 6 + 4) x ( – 6) =
A. -72
B. -60
C. -54
D. -46
Jalan Kira:
Peraturan matematik : Selesaikan yang dalam kurungan dahulu.
= 144 ÷ (12) x (- 6)
= -72
3) Merry Lynn mempunyai RM220. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli M buah buku dengan harga RM22 seunit dan N batang pensil dengan harga RM2 seunit. Persamaan yang menyambungkan P dan Q ialah..
A. N + 11M = 110
B. 11M + 2N = 220
C. M + N = 22
D. 22M + N = 120
Jalan Kira:
22M + 2N = 220
Dipermudahkan
= (22M + 2N = 220 ) ÷ 2
= 11M + N =110
Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah S19 – Kefahaman Bahasa Inggeris
Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.
Soalan diolah dalam bentuk; sama ada petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan pemahaman atau soalan berkaitan grammar atau vocabulary.
Contoh soalan Pembantu Antidadah S19 – seksyen kefahaman bahasa inggeris adalah seperti berikut :
1. The clown pulled silly faces to make the children laugh.
The word silly in this sentence means:
A. funny
B. pretty
C. tricky
D. scary
2. The sentence below does not have any punctuation. Choose the option with the correct punctuation.
i am a good runner
A. i am a good runner.
B. I am a good runner
C. Im a good runner.
D. I am a good runner.
3. Erni has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.
Which of the following is true?
A. Erni has three animals in total.
B. Erni has more cats than dogs.
C. One of Erni’s cats is black.
D. None of these.
4. For the little boy, a lolly was tangible, whereas a promise was not.
The word tangible in this sentence means:
A. basic
B. untouchable
C. actual
D. edible
5. Please read the following sentence.
Once Adeela lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy …
What will the ending be?
A. after starting.
B. after lifting her pen.
C. once Adeela lifted her pen and made a start.
D. once she lifted her pen and made a start.
6. The boy’s incorrigible behaviour puzzled his sister.
The word incorrigible in this sentence means:
A. appalling
B. reformed
C. incurable
D. frustrated
Untuk contoh soalan lengkap bagi seksyen B Pembantu Antidadah S19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Antidadah S19 di bawah.
Selain itu,
Korang juga boleh baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2022) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.
Contoh Soalan Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Antidadah S19 Dengan Jawapan: Sebagai Bonus
1) Marinna gave __________________________ for his birthday.
A) her little brother a football
B) a football her little brother
C) to her little brother a football
D) a football for her little brother
2) I’ve never ___________ to the Swiss.
A) been
B) gone
C) being
D) going
3) I play tennis twice ________ week.
A) the
B) in the
C) a
D) for a
Rujukan Penuh Peperiksaan Pembantu Antidadah S19
Untuk sesi 2022, rujukan penuh kali ini sedang dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.
Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
1) Korang jadi insan mulia
Untuk pengetahuan korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19 ini akan atok salurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa peperangan, kebuluran dan kem-kem pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam peperiksaan Pembantu Antidadah S19 ini, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan Pembantu Antidadah S19 ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main PUBG
Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn atok pula. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Pembantu Antidadah S19, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 14 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan peperiksaan online Pembantu Antidadah S19 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 14 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!
5) Memudahkan hidup korang
Skema jawapan dalam rujukan Pembantu Antidadah S19 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi Hawau..
Rujukan contoh soalan Pembantu Antidadah S19 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Cara beli rujukan penuh Pembantu Antidadah S19
Jualan rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19 sudah dibuka. Tempah cepat-cepat. Sebab ia hanya dijual untuk tempoh 2 hari sahaja.
Buat tempahan segera. Link pembelian rujukan Pembantu Antidadah S19 Versi 2022 ada di Channel Telegram S19 ini.
Arahan:
- Join ‘Channel Telegram Pembantu Antidadah S19‘.
- Dapatkan link pembelian di sana.
- Scroll ke bawah dan pilih pakej sama nak ada Platinum, Gold, Super atau Basic.
- Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout‘.
- Korang akan dibawa login ke online banking korang.
- Buat bayaran.
- Tunggu link download rujukan S19 dihantar ke emel.
Testimoni Pembeli Rujukan Peperiksaan Pembantu Antidadah S19
Atok jamin, pasti korang masih rahu-ragu kan. Ntah betul, ntah tidak rujukan S19 ni. Ntah membantu, ntah buang duet je.
Ok, di bawah atok sertakan testimoni pembeli lepas yg baru sahaja menduduki exam Pembantu Antidadah S19 pada sesi 20 Januari 2022.
Macam? Dah ada keyakinan sekarang? Join telegram tu utk membuat pembelian korang sekarang!
Pasti lulus ke tok kalau saya beli rujukan ini?
Atok tak janjikan korang lulus. Apa yang atok recommend ni adalah rujukan termasuk nota, contoh soalan dan penerangan jawatan untuk memudahkan persediaan peperiksaan Pembantu Antidadah S19 korang.
Pernah beli buku rujukan SPM? Camtula lebih kurang situasinya.
Demikianlah adanya.
Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19 yang akan korang hadapi pada kali ini.
Contoh soalan Pembantu Antidadah S19 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki peperiksaan!
Penutup
Lagi satu, ini rujukan untuk korang yang nak kerja dengan sektor kerajaan. Korang yang lebih suka kerja swasta, baik baca cara mohon kerja swasta yang atok da kongsi sebelum ni. Maklumlah gaji swasta ni lebih tinggi. Bonus pon mantep!
Tapi sebelum korang nekad ke mana-mana karnival kerjaya, kena tahu la apa tips penting temuduga terbuka swasta.
Bagi yang dipanggil ke peperiksaan skim S29, sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.
Yang tengah neves untuk hadap temuduga gred W29 di JPPH, relaks la bro. Atok nasihatkan bacalah contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penilain Gred W29.
Sapa cakap Atok lupakan abg-abg driver H11 kita, abg2 semua baca perkongsian contoh soalan temuduga Pemandu Kenderaan H11 ni.
Untuk calon yang akan menduduki exam N29, korang pon atok syg. Atok da bagi lebih 10 contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (Pengurusan Stor).
Ramai yang dipanggil untuk menduduki PSEE Pegawai Khidmat Pelanggan. Ada juga yang tanya, ada rujukan ke tok? Okeh, yg tanya tu boleh rujuk contoh soalan peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 ni.
Agak jarang SPA keluarkan panggilan untuk pengambilan Q29 di Jabatan Perikanan. Jika korang terlibat, sila dapatan input berguna di contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penyelidik Q29.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui SPA sudah mengeluarkan panggilan exam online untuk menapis pembantu muzium yg berkelayakan. Dpt panggilan? Sila dapatkan info penting di contoh soalan peperiksaan Pembantu Muzium S19 ni.
Kementerian Kerja Raya membuka peluang kepada calon-calon yg berasal daripada Semenanjung utk berkhidmat di kementerian tersebut sebagai Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19. Bagi yg mahu membuat persediaan bagi exam ini, dapatkan rujukan yg sesuai di contoh soalan peperiksaan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19.
Kementerian Belia dan Sukan sedang mencari calon yg sesuai utk dilantik ke jawatan Pembantu Belia Dan Sukan S19. Adakah korang dah menyediakan diri sebaiknya? Kalau masih belum, study dulu contoh soalan peperiksaan Pembantu Belia Dan Sukan S19 ini.
Ni betul-betul penutup
Kepada bakal warga ILP dan IKBN, jangan duduk temuduga korang tu sebelum baca contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29.
Apa? Dipanggil untuk psikometrik? Boleh. Nah.. Baca penjelasan penuh mengenai ujian psikometrik SPA. Inilah artikel terpanjang yang atok pernah tulis. Naik kremmm jemari atok menaipnya hari tu. Ermm.. Jemari ke jejari? Konpius atok.
Jawatan penghantar notis mencatatkan antara jumlah panggilan ke PSEE yang agak tinggi. Boleh dikatakan ini adalah salah satu daripada jawatan yang popular di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11.
Tidak lupa juga kepada calon peperiksaan PSEE SPA atendan hospital ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sila baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11. Atok harap sedikit sebanyak membantu persiapan korang.
Buat cucu atok yang dipanggil peperiksaan online SPA untuk jawatan pembantu juruaudit. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19 ini akan memberi sedikit input berguna.
Oleh kerana ura-ura PKP bakal ditamatkan semakin jelas. Pihak SPA dengan sikap proaktif telah mengeluarkan panggilan kepada calon yang layak. Jika korang dipanggil ke exam S29, sila buat persiapan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29 ini.
Kepada bakal perwira negara di perairan Malaysia sebagai Laskar Maritim sedang dipanggil untuk menduduki PSEE. Jika korang turut dipanggil, sila luaskan bacaan mengenai contoh soalan peperiksaan Laskar Kelas II Maritim T1.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar membuka ruang dan peluang kepada korang untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Dpt panggilan exam utk jawatan Pegawai Veterinar Gred GV41? Jgn bertangguh lagi, terus baca info penting di contoh soalan peperiksaan Pegawai Veterinar GV41 ni.
Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta melalui SPA sedang menapis calon-calon Pembantu Penilaian W19 yg sesuai utk diserap masuk ke dalam jabatan. Bagi yg dapat panggilan PSEE, syabas diucapkan. Namun, persediaan padu mesti dibuat. Baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Penilaian W19 ni sekarang!
OK, ni btl2 last. Kepada yang dipanggil PSEE penolong pegawai perangkaan, luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap berjumlah puluhan ribu.
Yaribaa dulu dari atok. Gud luck semua!
Sangat berguna…
Brpa ya
Assalamuaikum. Hi. Saya sedang menunggu tarikh utk peperiksan pembantu antidadah ni, di mn saya boleh dptkan rujukan memandangkan tempahan telah ditutup?(exam urusan kod sabah). Terima kasih ☺️
Wkslm Jasee,
boleh hantarkan pada atok emel panggilan Exam Pembantu Antidadah S19 tu? Emelkan ke – atokpencen.com@gmail.com
nanti atok tgk dulu sukatan peperiksaan tersebut dan tgk jika ada rujukan yang bersesuaian. Tq..
Assalamualaikum atok, saya dapat pangilan Online utk pembantu antidadah gred s19 pada 20 January ini. Di mna sya boleh dapatkn rujukan untuk exam online daya menyelesaikan Masalah dan kefahaman bahasa English tersebut kerana pembelian utk buku tersebut telah tutup. Saya dari sabah. Mohon ada yang membantu ☺🙏🏻
Wkslm Sharinah,
Tahniah kerana dipanggil kali ini. Didoakan semoga berjaya ya..
Utk makluman Sharinah, jualan rujukan Pembantu Antidadah S19 versi 2022 masih dalam proses kemaskini lagi. Jualan akan dibuka tidak lama lagi.
Bagi tidak ketinggalan info jualan rujukan ni, mohon join link telegram di bawah:
https://t.me/+Wx0FrsO_w6ZlNjY9
Terima kasih doanya atok.. semoga dpermudahkn bagi kami semua yg menjawab exam nanti. Semoga proses kemaskini nya tdak lama..
sama sy pon exam tarikh yg sama ..all the best
Walaikumslm saya doakan kau lulus exam, saya pun samalah belum ada tarikh ujian psee pembantu antidadah gred s19 , calon sabah. Tp dh melepasi syarat2 , kira syukur lh berkat doa ibubapa. Mna thu ada yg bijak2 di sini tlong tunjuk ajar , InshaAllah semoga berjaya semua yg betul2 ikhlas .
Salam Atok .. dimana saya boleh dapatkan rujukan berkenaan peperiksaan utk pembantu anti dadah s19 ya memandangkan tempahan telah ditutup. saya sedang menunggu tarikh peperiksaan.. (calon sarawak)
Wkslm Hidayah,
Boleh emelkan pada atok panggilan Exam Pembantu Antidadah S19 (Sarawak) tu ke – atokpencen.com@gmail.com
Atok blm nampak sukatannya. Jadi tak pasti rujukan yg mana sesuai..
Salam mcm mana nk beli buku soalan pembantu antidadah S19
Wkslm Nazufah,
Buat masa ini jualan rujukan pembantu antidadah S19 masih blm dibuka. Mohon maaf ya..
Assalamualaikum , selamat tahun baru, semoga ibu bapa kita di beri kebahagiaan dan kesenangan dunia akhirat, klu aku dapat kerja ni syukur sgt2 , bagaimana kah cara hendak lulus exam psee ni? Dah 4kali gagal kesian tgok ibu ayah sedih 😅
Atok mcmner saya nk dpt soalan ini. Esok Exam. Sy baru Check spa tadi.
Hrp maaf Jurinah, jualan dah ditutup.
Selamt lagi, boleh sy tahu berapa bilangan soalan dalam peperiksaan SPA antidadah s19 nanti?
Hai Arisha,
Seksyen A – 10 soalan (25 minit)
Seksyen B – 20 soalan (20 minit)
Sertai channel telegram S19 ni utk info lain:
https://t.me/+Wx0FrsO_w6ZlNjY9