Tgh kusut mencari rujukan dan contoh soalan temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29? Jangan kusut-kusut lagi! Baca sampai habis perkongsian ini. Khusus untuk korang yang dipanggil ke temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 untuk ambilan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor.
Sebelum itu, bagi korang yg dipanggil ke ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Tahfiz Al-Quran) DG29 pada 21 Disember 2022 ini utk ambilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Bahan latih tubi dan contoh-contoh soalan ujian psikometrik Gred DG29 korang boleh baca di contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29.
Andainya korang tengah mengejar masa dan mungkin tak sempat baca perkongsian ni dengan tenang. Korang boleh lompat mana-mana tajuk yang betul-betul perlu. Klik mana yang berkenan dalam daftar isi kandungan berikut.
Permohonan jawatan kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
Sekiranya ingin mengisi kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.
Tempoh sahlaku permohonanan
Suka diingatkan, tempoh sahlaku permohonan adalah satu (1) tahun. Korang dikehendaki mengisi semula atau mengemaskini permohonan SPA9 apabila tempoh sahlaku telah luput.
Semakan penjadualan temuduga
MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG29 DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM JOHOR
TARIKH TEMUDUGA : SILA SEMAK SMS DAN EMEL YANG DIHANTAR
Nota:
- Panggilan temu duga melalui SMS dan EMEL adalah secara 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓
- Tertakluk kepada calon yang telah LULUS PAC yang telah dilaksanakan sahaja.
- Sila semak status permohonan melalui laman web eSPAJ https://espaj.johor.gov.my
Persaingan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
Panggilan ke temuduga jawatan ini adalah ramai dan ini pasti mengundang persaingan yang tinggi. Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah!
Ini kerana, tidak lain, sesi temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 lah yang akan menjadi medan pembuangan calon.
Jadi sekiranya korang calon yang dipanggil,
Berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi temuduga yang mantap!
Pesan Atok
Atok tidak mahu, korang gagal padahal sudah pergi sejauh ini.
Sebelum ke contoh soalan temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29, sedikit pengenalan untuk jawatan ini.
Gaji Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
Perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 adalah jawatan yang termasuk di dalam kumpulan pelaksana/sokongan dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu. Calon yang melepasi temuduga akan ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam.
Gaji permulaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 ialah RM1,698.00 (minimum).
Kadar gaji maksimum adalah RM5,717.00.
Sementara kadar KGT (kenaikan gaji tahunan) adalah sebanyak RM145.00.
Syarat Lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
Warganegara Malaysia;
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
Dan
Diploma dalam bidang perguruan daripada institusi Perguruan tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00)
atau
Diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,844.44).
Dan
Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Semakan keputusan temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29
Bagi korang yang dah menduduki temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 pada sesi interview yang lepas, keputusan temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 sudah dikeluarkan oleh pihak SPA.
Semakan keputusan temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 boleh dibuat melalui pautan berikut:
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Pengajian Islam)
(Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka)
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 (Bahasa Arab)
(Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka)
Syabas dan tahniah atok ucapkan kepada yang telah berjaya. Tinggal tunggu surat lantikan sementara saja korang sekarang kan.. Wah, bukan main.
Bagi korang yang baru nak duduk temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 ni, kalau nak lulus temuduga juga, sila teruskan membaca.
Skop Kerja Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
Korang mesti tahu deskripsi tugas seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29. Jarang sekali soalan berkaitan bidang tugas tidak disoal dalam temuduga jawatan kerajaan.
Apakah tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29?
Seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 adalah bertanggungjawab:
1) Menjalankan tugas-tugas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (kurikulum), ko-kurikulum (sukan/ kelab/ persatuan/ badan beruniform), dan
2) Pengurusan hal ehwal murid (keselamatan/ kebajikan/ kesihatan/ bina insan/ sistem maklumat murid/ koperasi/ lawatan), dan
3) Menjalankan tugasan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan pengurusan pejabat dan pentadbiran serta kewangan, pembangunan fizikal, pembangunan staf dan hubungan komuniti, dan
4) Tugas yg diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa.
Contoh Soalan Temuduga berkaitan jabatan / kementerian
Pada kebiasaannya, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 akan ditempatkan di :
- MARA
- JAIS
- SPP
- SUK
- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
- Pelbagai Kementerian (terutama KPM) dan lain-lain agensi kerajaan
Jadi korang kena study kementerian-kementarian dan jabatan-jabatan ni betui2.
Soalan mengenai kementerian dan jabatan ini dijamin akan keluar. Cuma tak tahu la yang mana satu.
Basically, atok nasihatkan hafal maklumat seperti nama menteri, timbalan menteri, Ketua Pengarah, timbalan Ketua Pengarah, fungsi jabatan-jabatan, fungsi institut-institut, misi, visi dan lain-lain.
Contoh Soalan Bonus Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
Kenapa awak mohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 ni?
Soalan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
Biasanya ini juga merupakan antara soalan yang sering diajukan. Atok tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak korang, kerana lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya.
Sila baca semua yang korang mampu mengenai jawatan ini dan kementerian / jabatan terlibat. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan korang sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 yang berkaliber. – pesan atok
Contoh Soalan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 – soalan wajib
Sila ceritakan serba sedikit mengenai diri awak.
Contoh Soalan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga tidak kira untuk jawatan kerajaan mahupun swasta.
Sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup korang termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). Pesan atok
Tekankan aspek-aspek ini agar korang tampak sesuai untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29. Cuma pastikan korang tak melalut. 2 minit adalah jangkamasa yang sesuai, lebih daripada itu akan membuat penemuduga bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap korang.
Pada pandangan awak, apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29?
Contoh Soalan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
Jawapan untuk soalan ini hanya akan korang perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan ini. Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan ini.
Apakah yang awak boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan ini?
Contoh Soalan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
Sekiranya bernasib baik dan korang diajukan dengan soalan ini. Maka, ini adalah soalan yang menjadi peluang terbaik kepada korang untuk menunjukkan kebolehan. Kaitkan pengalaman dan kemahiran korang kemudian sesuaikan dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29.
Korang perlu kreatif dalam soal ini. Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana korang boleh berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.
Contoh Soalan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 – soalan popular
- Sila kenalkan diri awak.
- Keja kat mana sebelum ni?
- Apa kelebihan awak untuk diserap ke dalam jawatan ni?
- Apa tugas seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29?
- Awak graduan USM kan? Apa yang awak belajar di USM dan kaitannya dengan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29?
- Apa tema kemerdekaan tahun ini?
- Ingat kan Rukun negara? Apa dia yg keempat?
- Apa beza Raja dengan Agong?
- Apakah yang awak sertai masa sekolah? Adakah awak seorang yang aktif?
- Apakah subjek yang paling awak minati dan boleh terangkan mengapa?
- Apakah cabaran pendidikan negara pada masa ini dan bagaimana mengatasinya?
- Apakah matlamat jangka masa pendek awak?
- Bagaimana menagani masalah disiplin di kalangan pelajar?
- Apakah tugasan paling sukar pernah awak selesaikan?
- Apa peranan dalam tugasan berkenaan?
- Apakah persediaan yang awak buat untuk temuduga ini?
- Apa cadangan awak untuk menjadikan Malaysia lebih proaktif dalam NAM?
- Jelaskan peranan negara dalam NAM?
- Awak rasa ASEAN masih releven?
Contoh Soalan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 yang atok beri di atas hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin korang akan dapat soalan yang serupa.
Tapi sebaiknya cuba dapatkan jawapan bagi soalan contoh soalan temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 di atas. Manalah tahu kalau untung sabut, maka timbul la ia. Terapung-apung camtu. Kan..
Untuk persediaan yang lebih rapi, terus dapatkan rujukan di bawah.
Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan
Dah bersedia untuk temuduga jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29? Ianya adalah salah satu jawatan kerajaan. Rujukan persediaan yang paling tepat untuk temuduga kerja kerajaan adalah:
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh dapatkan rujukan temuduga SPA (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang sudah dikongsikan sebelum ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan jawapan temuduga SPA.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada lapan sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Korang dibimbing oleh panel penemuduga sendiri
Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil. Siapakah beliau?
Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.
Korang rasa?
4) Lebih masa main PUBG
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan temuduga SPA (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
5) Guna pengalaman 15 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 15 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
6) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang gorang la kan..
7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan temuduga SPA ni murah giler. Cuma RM40 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sgt pun pada masa ini. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
8) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
First of all, rujukan soalan temuduga Kerja Kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi dalam musim COVID ni). Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Korang akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.
Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?
Klu korang guna billplz (FPX) / online banking, biasanya proses ni memakan masa di antara 1 – 2 jam shaja. Jadi tak perlu lagi berminggu tunggu Pos Laju atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang patut miliki segera panduan persediaan temuduga yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Kerja ini.
Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga di sektor awam.
Penutup
Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam tempoh terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam pula sambil cuma berdoa mahu lulus saja. Doa saja tanpa usaha, memang tak berapa nak jalan. Jadi usaha sikit dengan membaca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.
Lagi satu, contoh soalan temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 ni untuk korang yang minat kerja kerajaan.
Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab prospek kerjaya yang lebih menjanjikan), korang baca cara memohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.
Sebelum korang jalan berlenggang kangkung, kangkung masak belacan ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.
Lagi Penutup
Sapa cakap atok lupakan sahabat2 driver H11 kita, untuk korang, jemput baca perkongsian contoh soalan temuduga Pemandu Kenderaan H11 ni.
Lastly, yang da kena hadir temuduga Penolong Pegawai Penilaian di JPPH. Atok hadiahkan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penilaian W29 ni. Buat bekal.
Juga, kepada yang terlibat dengan temuduga gred Q19 dan S19. Baca contoh soalan temuduga Pembantu Penyelidik Q19 (ambilan under Jabatan Perhutanan) dan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Penerangan S19 kepada yang bakal menganggotai Jabatan Penerangan.
Yang akan menjadi tenaga pengajar di ILP dan IKTBN sebagai Penolong Pegawai Latihan, temuduga korang akan dijalankan tidak lama lagi. Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 ni pasti akan banyak membantu persiapan.
Ini baru penutup!
Bagi yang dipanggil untuk temuduga bagi mengikuti latihan separa under MOH. Atok percaya, korang akan mendapat banyak faedah membaca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan.
Buat semua bakal Jururawat kita yang cantik manis tu, perkongsian contoh soalan temuduga Latihan Jururawat ni tanda kasih sayang daripada atok. Haha gatai.
Kekosongan jawatan utk Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19 masih terbuka kepada semua. Adakah korang mohon jawatan ni dlm SPA9? Bagi yg dipanggil ke temuduga, jemput baca contoh soalan temuduga Pembantu Pegawai Latihan Vokasional DV19.
OK, ni btl2 last. Interview SPA untuk calon PPT N29 (rekod perubatan) akan dijalankan dalam tempoh yg tidak berapa lama lagi. Buat persiapan dari sekarang dan jangan lupa baca contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Rekod Perubatan) ni.
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Aribaa dulu dari atok. Gud luck semua!
Terima kasih Atok