Korang rasa, korang ada masa untuk sakit kepala ketika sedang menjawab soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 ambilan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada kali ini? Memang tak hado la kan. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 JAKIM yang diberikan di bawah sebagai latih tubi.
Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan eXtra contoh soalan peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam S41 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan PSEE SPA pada kali ini.
Nota Penting: Kepada korang yang terpilih ke sesi temuduga Pegawai Hal Ehwal Islam S41 (Kontrak) utk ambilan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah yg dijadualkan pada 15 Mei 2023 – 18 Mei 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga dan bahan persediaan utk jawatan ni boleh korang dapatkan di soalan temuduga Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ini.
Bagi korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Pegawai Hal Ehwal Islam S41 untuk penempatan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada kali ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Hal Ehwal Islam S41.
Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Hal Ehwal Islam S41
Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam S41 secara rasmi di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau lain-lain kementerian / jabatan / agensi kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i).
Permohonan jawatan sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam S41 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.
Kekosongan Jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 Bagi Tahun 2021
Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA bertarikh 24 November 2020, bilangan kekosongan jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah sebanyak 60 tempat. Manakala, calon simpanan pula dinyatakan sebanyak 80 tempat.
Tidak perlu atok tekankan betapa perlu. Dan akan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh peperiksaan tiba. Korang da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..
Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Pegawai Hal Ehwal Islam S41 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.
Tempoh Luput Permohonan
Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk permohonan jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.
Semakan Penjadualan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)
PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41 DI JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
TARIKH PEPERIKSAAN : 28 MEI 2021
MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI – 11:40 PAGI
Pautan Alternatif:
http://e-semakan.spa.gov.my/psee-pegawai-hal-ehwal-islam-s41
Sila layari laman web:
http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
PERHATIAN :
“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”
*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yg sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:40 pagi.
Jadual Gaji Pegawai Hal Ehwal Islam S41
Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Hal Ehwal Islam S41;
Gaji minimum | RM2,078.00 |
Gaji maksimum | RM9,544.00 |
Kenaikan Gaji Tahunan | RM225.00 |
*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam dengan gred S41 layak terima.
Deskripsi Tugas Pegawai Hal Ehwal Islam S41
Apakah skop kerja atau senarai tugas Pegawai Hal Ehwal Islam S41?
Secara am, tugas seorang Pegawai Hal Ehwal Islam S41 merangkumi tujuh (7) skop utama di bawah:
1) Menyelaras, membantu dan merancang program berkaitan keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
2) Bertanggungjawab menguruskan program keagamaan kepada pegawai dan kakitangan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
3) Memantau dan menganalisis prestasi dan melapor pelaksanaan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
4) Menjadi pakar rujuk dan memberi khidmat nasihat mengenai hal ehwal Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
5) Membantu pihak Kementerian/Jabatan/Agensi merancang dan melaksana program berkaitan hari-hari kebesaran Islam di Kementerian/Jabatan/Agensi.
6) Bertanggungjawab menyediakan bajet tahunan berkaitan dengan program-program keagamaan di Kementerian/Jabatan/Agensi.
7) Melaksanakan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Syarat Lantikan Dan Kelayakan Pegawai Hal Ehwal Islam S41
Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :
Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;
Dan
Ijazah sarjana muda dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00)
Atau
Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pengajian islam berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)
Dan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Peperiksaan Online Pegawai Hal Ehwal Islam S41
Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Hal Ehwal Islam S41 untuk tahun 2021 telah dikeluarkan oleh SPA.
Peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam S41 akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.
Tarikh yang dijadualkan ialah pada 28 Mei 2021. Bersamaan dengan hari Jumaat. Pada sebelah pagi.
Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Hal Ehwal Islam S41 selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan. Bermula jam 10:00 am sehingga la jam 11:40 am.
Inilah tempoh pagi paling singkat dalam hidup korang yg akan menentukan masa hadapan!
Senario Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41
Syarat untuk menyandang jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam S41, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online.
Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 yang akan dijadualkan kemudian.
Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..
Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 terutama di seksyen B.
Format Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41
Format Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 sesi 2020/2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.
Format 2016/2017 Vs Format 2020/2021
Format Pegawai Hal Ehwal Islam S41 – 2016/2017
Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Format Pegawai Hal Ehwal Islam S41 – 2020/2021
Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris
Eh.. Bukan Sama Ke Tok?
Yup, nampak macam sama. Tapi ngak serupa.
Penilaian dah ditambah. Daripada 2 (dua) seksyen kepada 3 (tiga) seksyen. Perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS telah dimasukkan. Dah la benda ni jadi kelemahan ramai calon!
Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 sesi peperiksaan 2016 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.
Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling memeningkan dan memakan banyak masa calon sebenarnya.
Elak Tersilap Menyelaras ‘Program Keagamaan’ (Sekadar Metafora)
Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah lalai menjalankan tugas-tugas hakiki sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam S41 sehingga tersilap menyelaras ‘program keagamaan jabatan’ yg telah direncanakan. Cuma kali ini, bukan menyebabkan kecelaruan atau kelam-kabut kepada pihak yang terlibat. Tetapi akan berakibat sama buruk iaitu mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA Pegawai Hal Ehwal Islam S41!
Sementara, untuk seksyen B, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense, present continuous tense dan lain-lain benda alah tu. Hadoi..
Ada Satu Masa’ela
Sebelum kita ke contoh soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41, atok nak kongsi satu masalah.
Boleh dikatakan setiap minggu, akan ada saja yg bertanya soalan ini kepada atok:
Salam Atok, adakah markah akan dikira kalau tak sempat jawab habis semua soalan?
Jawapannya:
Yup.. Markah tetap akan dikira. Cuma peluang untuk lulus adalah rendah!
Kenapa korang nak rendahkan peluang lulus? Sudah tentu bukan saja-saja kan..
Situasinya begini:
” Ada sorang budak (calon exam la). Budak ni baik dan taat kepada raja dan negara. Haha.. Dia sedang menjawab soalan berkaitan diskaun di seksyen B peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41. Dia pun mengira untuk mendapatkan jawapan. Sambil membuat kira-kira tu, dia cuba mengingat formula diskaun. Masa terus berlalu. Soalan seterusnya mengenai halaju. Rumus halaju pun dia dah tak berapa nak ingat. Aahh.. sudah. Akhirnya, dia tak sempat menjawab beberapa soalan terakhir di seksyen B kerana kehabisan masa. “
So, elakkan masa’ela ni menimpa korang. Buat ulangkaji dan latih tubi sekarang juga. Agar semua rumus dan persamaan math tu jelas dan bold dlm ingatan!
Ok.. Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 – Pengetahuan Am
Dalam banyak2 seksyen yang ada dalam peperiksaan online SPA Pegawai Hal Ehwal Islam S41, paling susah nak skor ialah seksyen A Pengetahuan Am. Kenapa?
Ini adalah disebabkan oleh skop soalan seksyen Pengetahuan Am Pegawai Hal Ehwal Islam S41 adalah cukup luas. Seluas Malaysia. Dan bidang yg disoal adalah amat sukar diramal.
Walaubagaimanapun, suka sekali atok mencadangkan korang untuk membuat pembacaan ringan mengenai topik-topik yang atok suggest di bawah:
- Soalan Berkaitan Jawatan
- Skop Tugasan Badan dan Penjawatan
- Isu-isu Nasional
- Dasar Pentadbiran Negara
- Tarikh/Sejarah dan Fakta Penting
- Struktur organisasi kerajaan Malaysia
- Majlis Raja-Raja
- Jata dan lambang Negara
- Ketua Setiausaha Negara (KSN)
- Badan perundangan di Malaysia
- Menteri dan Kementerian di Malaysia
- Jabatan-Jabatan kerajaan di Malaysia
- Fungsi dan struktur JAKIM
- Deskripsi tugas jawatan Gred S41
Nampak tak? Bapak besar skop dia! Kalau nak prepare semua memang sakit la. Tapi satu ja yang confirm korang boleh buat persediaan tepat:
- JAKIM dan Program Keagamaan
Pastikan soalan berkaitan JAKIM dan PROGRAM KEAGAMAAN ni korang jawab semua betul. Pernah peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 sebelum ni ditanya mengenai:
- Kekeluargaan Islam
- Pendidikan Islam
- Quran dan Hadith
- Solat & Masjid
- Hukum dan Perundangan Islam
- Isu-isu Dakwah
Jadi bahagian ni korang kena master. Kalau nak study bab PERKEMBANGAN SEMASA memang korang akan ‘melayang tak tentu arah’. Boleh study secara kasar, tapi bab Pendaftaran ni fokus sebab ianya pada skop yang terarah untuk study.
Kalau ada masa tambahan baru korang explore di Internet berkaitan isu semasa, kenegaraan dan lain-lain skop yang atok maklum tadi.
Apa yang penting, fokus pada benda yang korang tahu dengan jelas apa nak baca iaitu berkaitan Pendaftaran!
Buat secepat mungkin!
Di bawah beberapa contoh soalan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 – Seksyen A : Pengetahuan Am (yg ni atok bagi jenis kenegaraan punya saja) bukan berkaitan bidang tugas.
1) Nyatakan senarai yang digunakan untuk melantik raja mengikut giliran.
A) Senarai Negeri
B) Senarai Bersama
C) Senarai Persekutuan
D) Senarai yang disusun semula
2) Padanan kenyataan yang manakah tidak benar tentang pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan?
A. Kerajaan Negeri: Agama Islam, pertanian dan Kerajaan Tempatan.
B. Kerajaan Negeri: Bekalan air, penyu dan penangkapan ikan di sungai.
C. Kerajaan Persekutuan: Kewangan, pertahanan, tanah dan perhutanan.
D. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri: Kebajikan masyarakat dan ternakan haiwan.
3) Organisasi manakah yang dicadangkan untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah negara ?
A) OPEC
B) CEDC
C) OECD
D) MTDC
4) Free Trade atau perdagangan bebas merupakan
I. perdagangan antarabangsa yang tidak tertakluk kepada campur tangan kerajaan atau peraturan sebagai contohnya ialah pengenaan sebarang duti.
II. perkongsian dagangan yang bertujuan membangunkan pengeluar – pengeluar di tahap sederhana dan mundur.
III. perdagangan antara negara – negara tanpa adanya halangan seperti tarif dan kuota.
IV. perdagangan berasaskan kepada ideologi neo-liberalisme.
A. III dan IV
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
5) Tingkat pendapatan penduduk tinggi adalah :
A) Penduduk bergantung kepada sektor pertanian
B) Penduduk tidak bergantung kepada sektor industri
C) Variasi pekerjaan pelbagai sektor membolehkan peroleh pendapatan
D) Pendapatan penduduk tinggi menyebabkan pendapatan per kapita tinggi
6) Apakah industri yang dimaksudkan berasaskan Bukan Sumber?
A. Farmaseutikal
B. Berasaskan kayu
C. Berasaskan getah
D. Eletrik dan eletronik
7) Microsoft Office dan Open Office merupakan perisian pejabat yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja. Manakah merupakan padanan yang betul?
I. Microsoft Excel – BASE
II. Microsoft Access – CALC
III. Microsoft Word – WRITER
IV. Microsoft Power Point – IMPRESS
A. I dan III
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan IV
8) Manakah antara berikut merupakan bukan petunjuk negara maju?
A) Dapat mengatasi masalah kependudukan
B) Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi
C) Kebanyakan eksport adalah bukan hasil industri dan perkhidmatan
D) Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi
9) Greater KL merupakan kluster pertumbuhan ekonomi yang penting serta menyumbang lapan kali ganda KDNK berbanding bandar lain di Malaysia. Berikut adalah program yang bakal dilaksanakan sepanjang tempoh RMK-10 kecuali
A. membangunkan Sime Darby Vision Valfey
B. mewujudkan rangkaian ruang awam terbuka
C. meningkatkan akses kepada pasaran antarabangsa
D. mewujudkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur
10) Seni Khat ialah seni yang dikaitkan dengan
A. Seni lukis yang berlatarbelakang kesenian Islam.
B. Seni dan budaya Islam yang menggunakan tulisan Arab.
C. Seni bina bangunan yang berlatarbelakangkan kesenian Islam.
D. Seni lukis yang menggunakan alat tulis khat yang diperbuat daripada daun lontar.
11) Manakah di bawah BUKAN maksud kesedaran dan kepatuhan kepada undang-undang, kesetaraan gender dan penghormatan terhadap hak asasi manusia ?
A) Memiliki disiplin yang tinggi terhadap undang-undang
B) Menghormati hak asasi manusia termasuk golongan minoriti seperti OKU
C) Akauntabiliti adalah satu prinsip dalam melakukan suatu tindakan
D) Keterbukaan dalam tindakan merupakan bukan prinsip akauntabiliti
12) Gempa bumi dan tsunami telah berlaku di negara Jepun pada 11 hb Mac 2011 yang mengakibatkan kebocoran loji nuklear. Di manakah letaknya loji nuklear tersebut?
A. Chiba
B. Kyoto
C. Takashi Kurita
D. Fukushima Daiichi
13) Selepas kapal angkasa yang membawa Angkasawan Negara meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), di manakah kapal tersebut telah mendarat?
A. Moscow, Rusia
B. Arkyik, Kazakhstan
C. Astana, Kazakhstan
D. Baikonour, Kazakhstan
14) Langkah-langkah berikut BUKAN kaedah untuk membina Negara maju Dan Sejahtera ialah :
A) Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapuskan birokrasi
B) Tidak mengambil kira pelaksanaan program sosial merentasi kaum yang bertujuan untuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial
C) Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat
D) Membina ekonomi berasaskan pengetahuan yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti dan inovasi
15) Manakah antara berikut merupakan empat tonggak asas yang telah dilancarkan dalam Dasar Teknologi Hijau Negara?
I. Tenaga
II. Ekonomi
III. Alam sekitar
IV. Sains dan Teknologi
A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. I, III dan IV
Untuk lebih banyak contoh soalan (dan skema jawapan) bagi seksyen A Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ini. Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Seksyen Pengetahuan Am berikut.
Tapi,
Korang boleh baca dulu perkongsian lepas yang membincangkan skop dan contoh soalan SPA Pengetahuan Am (Updated 2021) dengan detil. Ia akan meningkatkan lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :
- kemahiran pemikiran logik,
- kemampuan menginterpretasi data
- melalui pemahanan konsep-konsep matematik.
Jangan Sampai Duk Mencangkung Sambil Nangis ‘Tepi Pejabat JAKIM’
Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘pandangan mata berpinar’ apabila meneliti soalan yang berkaitan nombor dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus pandangan tu kabur-kabur gitu. Padahnya duk mencangkung sambil nangis kat ‘tepi pejabat JAKIM’ la selepas result exam SPA keluar nanti.
Walaupun dikatakan bahawa dalam peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam S41, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja.
Tapi korang jangan terima bulat-bulat kata manis SPA tu.
Ada baiknya korang buat latih tubi yang banyak. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi dpt panggilan ke tak utk exam online yg akan datang kan..
Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian & Logik (macam IQ test)
Di bawah beberapa contoh soalan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 – Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
1) Ashida ialah adik kepada Nurhaizan. Selain turut cantik seperti kakaknya, Ashida juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Ashida untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?
A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun
2) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Uncle James ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Uncle James?
A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50
3) Encik Shahruddin membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Shahruddin dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?
A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000
4) Khusyairi bin Ibrahim baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 di JAKIM. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Khusyairi bin Ibrahim membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?
A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00
5) 27 batang pensel warna babyblue daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna babyblue yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?
A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082
6) 257 orang ahli Kelab Petanque Kolej Bestari membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang Kelab Petanque Kolej Bestari yang tinggal?
A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70
7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Muthuswamy dan Mohindra masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Muthuswamy mendapat 43.75kg?
A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg
8) Prisma pentadekagonal M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Prisma pentadekagonal O. Prisma pentadekagonal P pula lebih berat daripada Prisma pentadekagonal O, tetapi lebih ringan daripada Prisma pentadekagonal M. Susun kedudukan Prisma pentadekagonal tersebut bermula dengan yang paling ringan.
A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N
9) Harga sebuah kereta BMW warna titatium yellow terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW titatium yellow terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?
A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105
10) Harga sebuah kondominium 3 bilik tidur dan 2 bilik air di Temerloh ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?
A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%
11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu N dan ruang tamu O. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu O?
A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416
12) Hetty Henrietta seorang gadis suku Rungus yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Hetty Henrietta dalam masa 1 jam 15 minit?
A) 55
B) 50
C) 40
D) 45
13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk quindekagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk quindekagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?
A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit
14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 buah Kekut (sejenis buahan liar). Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah Kekut tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah Kekut daripada Tajol. Berapakah jumlah buah Kekut yang tinggal pada Tajol?
A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250
15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji kurma jenis Saidy diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah kurma Saidy tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki kurma Saidy tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan kurma Saidy yang akan diperolehi oleh kumpulan R?
A) 117
B) 142
C) 468
D) 568
Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen B Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ini. Korang boleh dapatkan rujukan eXtra seksyen Daya Menyelesaikan Masalah berikut.
Atau pun,
Boleh baca dahulu post atok satu lagi yang khusus membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.
Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 – Kefahaman Bahasa Inggeris
Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Pegawai Hal Ehwal Islam S41. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen C ini masih tidak melebihi sukatan yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.
Soalan diolah dalam bentuk;
a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).
Berikut adalah contoh soalan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 utk seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris:
1) Mr. Ranganath needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:
A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears
2) Hilda Thong has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.
Which of the following is true?
A) Hilda has three animals in total.
B) Hilda has more cats than dogs.
C) One of Hilda’s cats is black.
D) All of Hilda’s dogs have spots.
3) Pratiksha’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.
A) some
B) many
C) little
D) any
4) Please read the following sentence.
Once Nurhidayah Hizrah lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy..
What will the ending be?
A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Nurhidayah Hizrah lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.
5) Choose the correct sentence with the same meaning of
“I will cook a special dinner tonight,” Ridzal said to his wife.
A) Ridzal told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Ridzal told his wife to cook his special dinner that night.
C) Ridzal’s wife will cook a special dinner with Ridzal at night.
D) Ridzal’s wife told Ridzal to cook a special dinner for him that night.
6) Where ____________ Libu Seam live?
A. are
B. is
C. do
D. does
7) Aparna __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.
A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking
8) King Malcolm VIII was so feared by his people because his face was ____________ .
A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common
Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 15).
April 2010 – One Sunday afternoon in Kazakhstan last August, three dozen fishermen met near the shore of the North Aral Sea. They brought food to eat and they had races and throwing contests. Afterwards, they relaxed telling stories and singing songs about the Aral Sea and fishing and how much they loved both of these things. For many years before this, there had been no reason to celebrate. The Aral Sea in Central Asia, once the fourth largest lake in the world, had shrunk because of irrigation and drought. Then in 2005, the Kazakh government and the World Bank constructed a dam that separated the northern and southern parts of the sea, allowing the northern part of the Aral Sea to start to recover. There are fish in the water again and for the past four years, fishermen have come here to celebrate. Philip Micklin is a scientist who has been studying the sea since the 1980s. ‘Nature can come back.’ he says.
October 2014 – Satellite images released this week show that the eastern part of the Aral Sea is completely dry. ‘It is likely the first time it has completely dried up in 600 years,’ said expert Philip Micklin. The Aral Sea once covered 67,300 square kilometres. It’s actually a freshwater lake, not a saltwater sea, since two of Central Asia’s biggest rivers, the Amu Darya and the Syr Darya, flow into it. The Aral Sea used to be a busy place. It provided work for 40,000 people and supplied the Soviet Union with a sixth of its fish. As the lake dried up, it separated into several small lakes which together were only a tenth of the lake’s original size. The eastern part nearly dried up in 2009, but it recovered in 2010 after substantial rainfall. Now, it’s completely dry.
June 2015 – Yusup Kamalov, a scientist from Uzbekistan, is my guide. We’re standing looking at a vast desert. Except that it’s not like any other desert – there are abandoned fishing boats lying on the sand. Fifty years ago, the southern shore of the Aral Sea was right where we stand. Now it is 80 kilometres away to the northwest and we set off to drive to the water’s edge. On the way, we pass oil and natural gas rigs standing on the sand. ‘Each year a few more are put up,’ says Kamalov. ‘Can you imagine,’ he says, ‘that 40 years ago the water was 30 metres deep right here?’ Eventually, we see a silver line sparkling on the horizon. We reach the water and I try to swim – but the water is so salty I just float on the surface. And with 110 grams of salt per litre of water (compared to about 35 grams in the world’s oceans), no fish are able to survive here. ‘This is what the end of the world looks like,’ says Kamalov.
9) What happened to the Aral Sea over the period of the news stories?
A) It dried up more.
B) It filled up more.
C) The water level didn’t change.
D) The water level did change.
10) Which of these things are NOT mentioned as having an effect on the Aral Sea water level?
A) fishing
B) irrigation
C) the dam
D) water treatment
11) How many areas of the Aral Sea are mentioned?
A) two
B) three
C) four
D) five
12) Which term describes the first news story?
A) negative
B) optimistic
C) pessimistic
D) positive
13) According to the first news story, what happened after the building of the dam?
A) The Aral Sea returned to its former size.
B) There was more water available for irrigation.
C) There were more fish in the northern part of the Aral Sea.
D) There were more reef in the northern part of the Aral Sea.
14) According to the second news story, …
A) the Aral Sea has shrunk into ten small lakes.
B) the eastern part of the Aral Sea has never been dry before.
C) the water in the Aral Sea comes from rivers.
D) the water in the Aral Sea comes from mountains.
15) According to the second news story, …
A) about 40,000 fishermen used to fish in the Aral Sea.
B) most of the fish people in the Soviet Union ate came from the Aral Sea.
C) the Aral Sea used to provide food and jobs.
D) about 140,000 fishermen used to fish in the Aral Sea.
Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?
Untuk lebih banyak contoh soalan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 di Seksyen C ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris di bawah.
Atau pun,
Boleh baca dahulu perkongsian atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.
Kunci Kejayaan Calon Pegawai Hal Ehwal Islam S41 Yang Lepas-Lepas
Kunci kejayaan calon Pegawai Hal Ehwal Islam S41 sebelum ni adalah:
1) Study dengan pantas.
Tak bertangguh. Terus baca semua nota berkaitan. Terus hafal mana yg patut. Terutama rumus dan formula math.
2) Buat latihan.
Lagi banyak soalan, lagi bagus. Korang akan jadi lebih bersedia. Dalam rujukan eXtra seksyen Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ni, korang akan dapat 90 contoh soalan Pengetahuan Am dan jawapan, 70 contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah dan jawapan dan 65 contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris dan jawapan.
Paling istimewa ialah..
Bonus Eksklusif – Pegawai Hal Ehwal Islam S41
Untuk sesi Mei 2021 ini, sebuah bonus eksklusif khas utk korang.
Tidak perlu keluarkan bajet lebih utk mendapatkannya. Ia percuma sahaja. Bagi yg dah dptkan rujukan eXtra seksyen sebelum ni, jangan risau. Just kembali semula ke laman download korang utk muaturun!
Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41
Untuk PSEE sesi 2021, rujukan penuh Pegawai Hal Ehwal Islam S41 kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.
Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
1) Korang jadi insan mulia
Untuk pengetahuan korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ini akan atok salurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ini, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pun tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main PUBG
Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn atok pula. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam S41, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan FF, PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 12 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan peperiksaan online Pegawai Hal Ehwal Islam S41 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama lebih 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!
5) Memudahkan hidup korang
Skema jawapan dalam rujukan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ini ada disediakan. Yup.. ketiga-tiga seksyen A, B dan C ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi Hawau..
Rujukan contoh soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Cara Beli Rujukan Penuh
Berikut step by step cara membuat pembelian:
1. Klik Rujukan eXtra Seksyen. Scroll ke bawah sekali. Klik butang ‘Pilih Rujukan Anda‘.
2. Scroll ke bawah, sampai nampak pilihan pakej. Tak bleh scroll ke kanan (atok dah try). So, kena klik guna butang ke kanan yg atok bulatkan dlm gambar di bawah ni. Korang cari pakej ‘ULTIMATE‘. Dan klik butang ‘TEMPAH SEKARANG‘.
4. Selepas itu, korang akan dibawa ke laman di bawah:
- 1) Korang kena isi emel peribadi yg betul (sebaiknya pakai gmail).
- 2) Jgn lupa tick kotak ‘syarat & terma pembelian‘.
- 3) Klik butang ‘Proceed to checkout‘.
5. Selepas itu, korang dibawa ke sini. Ikuti betul2 arahan berikut:
- A) Tak payah isi apa-apa ‘cupon’ di sini. Biarkan jer kosong.
- B) Isi billing information dgn lengkap. Ruangan ‘Company’ tu biarkan kosong.
- C) Ini pun tak payah buat apa-apa.
- D) Tick semua kotak yg ada.
- E) Akhirnya klik butang ‘Complete your order‘.
6. Seterusnya, korang akan sampai ke ruangan pembayaran ni.
- 1) Pilih online banking korang. Atok bagi contoh guna myBSN. So, korang just klik ikon myBSN.
- 2) Tick kotak ‘I understand and accept the terms and conditions‘.
- 3) Klik butang ‘PAY‘.
Selepas itu, korang kena login dlm online banking mcm biasa la. Username, password dan mungkin nombor TAC. Alaaa.. Bukan tak biasa beli di shoppee atau Lazada kan.
Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?
Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..
Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 yg terbaik ada di pasaran setakat hari ini. Mengandungi contoh soalan, skema jawapan, penerangan jalan kira dan nota-nota ringkas untuk memudahkan persediaan sebelum tarikh Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 korang tiba.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Dah Lupa Formula Matematik La Tok..
Jangan risau. Dalam rujukan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.
Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2020.
Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.
Exam Da Dekat Ni Tok, Sempat Ke Pos Buku Ni?
Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ni bukan buku. Tiada pengeposan dan tiada penghantaran yg perlu dibuat.
Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 20 minit (pegi ulang-alik amik barang).
Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.
Lagi pula, jika korang beli menggunakan sistem FPX (via Billplz) / online banking. Link download rujukan ni akan diterima dalam tempoh satu ke dua jam sahaja!
Tapi Tok, Saya Lebih Suka Baca Buku..
Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.
Jadi, Demikianlah Adanya.
Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 yg akan korang hadapi pada tahun 2021 ini.
Satu lagi, contoh soalan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 yg atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki peperiksaan!
Penutup
Ramai yg bilang (bukan siti bilang yer), exam online Penolong Pegawai Penguasa Penjara KA41 sedikit sukar. Jadi, elok benar kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Penguasa Penjara KA41 ni. Mana tahu ada contoh yg atok beri tu naik exam SPA. Sapa tahu kan..
Untuk korang yg mungkin akan menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai seorang Pembantu Hal Ehwal Islam S19. Persiapan rapi haruslah dilakukan bagi menghadapi exam online ni. Jawablah exam online tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Hal Ehwal Islam S19.
Tak lupa juga untuk calon exam online SPA Pegawai perikanan G41 ambilan Jabatan Perikanan Malaysia. Sila baca, & hadam maklumat dalam contoh soalan peperiksaan Pegawai Perikanan G41. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.
Khas untuk cucu atok yg memenuhi kelayakan & sudah dipanggil exam online Pembantu Pertahanan Awam bagi ambilan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19 ini pasti memberi sedikit input bermanfaat.
Dah dapat emel panggilan exam Penolong Pegawai Senibina JA29? Jawatan ni agak rare dan jarang diadakan pengambilan. Antara bahan bacaan yg amat sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Senibina JA29 ni.
Sudah tentu korang dah tahukan, ke tak? Yg exam online Pegawai Pendaftaran Gred KP41 akan dijalankan tidak lama lagi? Kali tak tahu, maka ketahui la olehmu. Jadi, untuk yg dipanggil peperiksaan Pegawai Pendaftaran, luangkan sedikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Pendaftaran KP41.
Sape yg sudah menerima emel panggilan ke peperiksaan Pegawai Latihan Vokasional DV41 ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia? Klu korang dipanggil, alhamdulillah. Kena buat persediaan rapi tu. Boleh baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Latihan Vokasional DV41.
Last but not least, khusus untuk calon exam online SPA bagi jawatan Pembantu Operasi Gred N11, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah peperiksaan Gred N11 tu.
Serius, Ni Baru Penutup!
Exam Online SPA yg pertama bagi jawatan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29 ambilan Kementerian Belia dan Sukan bagi tahun 2021 ni akan diadakan dalam a few days lagi. Kepada korang yg dah dipanggil, tidak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29 ni.
Walaupun kita dlm suasana Covid-19 yg sedang membadai negara, sesi exam online SPA untuk jawatan Leftenan Muda Maritim T13 mungkin tetap akan dijalankan pada bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Kepada yg terlibat, sila penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Leftenan Muda Maritim T13 ni.
Khas utk korang yg hado mengisi jawatan Penolong Pustakawan S29 dalam portal SPA9 (sebelum ni dikenali sebagai SPA8i), panggilan exam online telah diumumkan oleh SPA. Jangan da last minit baru kelam-kabut cari informasi. Awal-awal baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pustakawan S29.
Kepada mereka dijangka akan menjadi kakitangan Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai Penolong Juruukur Bahan JA29. Atok ada siapkan beberapa bahan bacaan bermutu yg sesuai, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi KKR k..
KKM sedang mengalukan kedatangan calon-calon Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) yg akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan berkenaan exam online online SPA bagi jawatan N41 ni, bolehlah tambahkan lagi kemahiran korang tu dengan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 ni.
Kepada korang yg layak & barangkali telah selamat menerima emel panggilan ke peperiksaan online Pegawai Farmasi UF41, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan bahawa exam online SPA ni sedikit sukar. Itu cakap-cakap orang la. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, bolehlah usha contoh soalan peperiksaan Pegawai Farmasi UF41 yg atok kongsi sebelum ni.
Emel panggilan exam online SPA Pegawai Veterinar GV41 masih belum dikeluarkan oleh SPA. Tapi, dengar khabarnya, jumlah yg dipanggil memang tak beragak lagi ramainya. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Veterinar GV41 ni.
OK, ni btl2 last. Calon exam SPA bagi jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 adalah tinggi bilangannya pada tahun 2019. Keadaan sama dijangka tahun ini. Jadi, kesilapan kecil sudah cukup membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!
Macam mana nk dpt kan contoh2 soalan utk s41?
Salam Hassan,
Pembelian rujukan eXtra seksyen ini adalah secara online. Bayaran secara online banking (via FPX). Setelah bayaran disahkan, link download rujukan akan dihantar ke emel yg digunakan semasa pembelian dibuat.
Tempahan boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://atokpencen.com/baca/exam-spa/