Ucapan Selamat Pengantin Baru (Ringkas & Islamik)

Baru-baru ni ramai pula melaksanakan majlis khawin eh. Bermacam-macam fesyen tau. Perkahwinan merupakan perkara yang dinanti-nantikan oleh pengantin baru, begitu juga keluarga dan sahabat handai. Jadi, bila pula turn korang nak kawin? Jangan marah guys, Atok gurau je. Apa-apapun, kali ini Atok akan sediakan ucapan selamat pengantin baru (ringkas & islamik) kepada korang. Untuk diujarkan kepada kawan, keluarga, sepupu-sepapat dan paling penting untuk crush korang! Yeah..

Ucapan Selamat Pengantin Baru (Ringkas & Islamik)

Sebelum itu, untuk korang yang masih lagi belum ada idea nak bagi hadiah apa untuk kawan korang yang akan melangsungkan hari bahagia tidak lama lagi. Jom tengok apakah yang sesuai dijadikan hadiah untuk kawan perempuan (20 idea bajet).

Ucapan selamat pengantin baru

Berikut 20 koleksi ucapan selamat pengantin baru yang boleh korang gunakan..

1. Cinta sesama manusia kerana Allah akan menuju syurga nan indah. Bawalah cinta ini mencari redha Allah agar pertalian ini kekal abadi selamanya. Selamat membina masjid yang indah.

2. Semoga Allah menghimpunkan yang terserah daripada keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat.

3. Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. Amin.

4. Semoga Allah swt menyempurnakan kebahagiaan korang dan menjadikan perkawinan korang sebagai ibadah kepada-Nya. Amin.

5. Aku berdoa agar keluarga kecil baru korang ini akan selalu dalam keadaan bahagia dan penuh rukun. Semoga menjadi keluarga sakinah, mawaddah dan warrohmah.

6. Selamat menempuh kehidupan yang baru sahabat. Semoga Allah menyempurnakan kebahagiaan korang berdua dan menyempurnakan ibadah korang.

7. Alhamdulillah selamat atas ikatan perkahwinan. Semoga perkahwinan kamu sentiasa dilimpahi rahmat, kasih sayang, kebaikan, dan kebahagiaan. Jazakallahu khair khatira.

8. Semoga Allah Subhanahu wa ta’ala mengeratkan ikatan perkahwinan kalian dan memberkati hati kalian dengan iman dan kasih sayang selamanya. Selamat pengantin baru!

9. Selamat pengantin baru! Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fii khoir. (Maksudnya: Semoga Allah swt. melimpahkan rahmat kepada kamu, dan semoga Allah swt. mengumpulkan kamu dalam kebaikan.)

10. Semoga perkahwinan kamu menjadi perkahwinan yang berkekalan hingga ke jannah dan dapat membawa kebahagiaan kepada orang sekeliling.

11. Semoga Allah sentiasa memberikan rahmatNya kepada kamu untuk dapat merasai kebahagiaan dan ketenangan. Amin.

12. Semoga kalian dapat mencipta syurga di dunia sebelum mana syurga di akhirat. Jalani perkahwinan ini dengan sabar, jalannya Al-Quran, dan redhanya dari Allah.

13. Alhamdulillah selamat atas ikatan perkahwinan. Semoga perkahwinan kamu sentiasa dilimpahi rahmat.

14. Jadikanlah niat menikah untuk ibadah dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

15. Assalamualaikum pengantin baru, semoga Allah SWT mengikat cinta korang seperti utuhnya cinta Adam dan Hawa yang datangnya dari syurga.

16. Kami doakan agar perkahwinan ini menjadi iman serta taqwa dalam diri korang. Semoga zuriat yang bakal lahir menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin.

17. Selamat Pengantin Baru! Semoga kebahagiaan milik kalian hingga ke Jannahtul Firdaus.

18. Cinta sesama manusia keranan Allah akan menuju syurga nan indah. Semoga ikatan perkahwinan yang terbina diredhai dan membawa 1001 kebaikan di dunia dan akhirat.

19. Cinta di antara kedua insan adalah kejadian yang cukup indah dan istimewa kerana datangnya dari Allah.

20. Selamat pengantin baru, semoga perkahwinan ini membuka pintu rezeki semakin besar pada korang berdua.

Akhir sekali, perkahwinan merupakan khabar yang baik kepada kita. Dengan ucapan selamat pengantin baru menjadi penghubung silaturahim dan menghiburkan semasa majlis berlangsung.

Ucapan semasa majlis, ucapan yang bertulis dan hantaran mesej ringkas sangat bererti kepada kedua mempelai.

Atok harap dengan ucapan selamat pengantin baru ini memudahkan korang mencari idea ucapan untuk pengantin dan merapatkan lagi silaturrahim korang kepada pengantin.

Kepada mereka yang baru berkahwin, Atok ucapakan selamat pengantin baru dan didoakan semoga kekal bahagia hingga menuju ke syurga Allah SWT. Amiin..

Rujukan Lain

Mesti korang tengah pening nak fikir hantaran untuk lelaki macam mana. Jangan risau, Atok dah sediakan senarai barang hantaran lelaki bajet (checklist) ni.

Korang kena baca artikel ini dulu untuk mengetahui lebih mengenai 8 khasiat minyak zaitun dan boleh dijadikan amalan kepada diri dan keluarga..

Tahu tak, sapa orang dalam gambar duit kertas tu? Itulah Agong yang pertama. Ok.. Pada kali ini jom kita tengok senarai yang DiPertuan Agong Malaysia.

Korang tiada sejarah mempunyai kencing manis tapi risau? Sebagai langkah berjaga-jaga, baca tanda tanda kencing manis pada peringkat awal ini..

Bagi yang masih belum memahami apa itu i-saraan KWSP dengan lebih jelas, di sini akan diterangkan serba sedikit tentang apa itu i-saraan KWSP..

Topik Atok pada kali ini, kesultanan melayu Melaka dan perbincangan mengenai pengasasan dan sistem pentadbiran masyarakat melayu Melaka terdahulu..

Kali ini Atok akan kongsikan kelebihan selawat jibril yang antaranya membuka pintu rahmat dan menyingkap pintu rezeki. Mudah-mudahan korang boleh amalkan..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!