Setiap orang mempunyai minat dan cita rasa sendiri. Begitu juga dengan kawan-kawan korang kan. Jadi, kali ini Atok akan kongsikan kepada korang senarai hadiah untuk kawan perempuan korang yang mungkin membantu. Lagi-lagi kalau korang ada kawan perempuan yang agak ‘cerewet’. Artikel ini mungkin sesuai dan dapat membantu korang memilih hadiah untuk kawan perempuan korang. Ada 20 idea bajet di sini..
Isi Kandungan
20 Idea Bajet Hadiah untuk kawan perempuan
Tapi, kalau korang seorang lelaki nak beri penghargaan kepada kekasih hati atau kawan perempuan korang boleh lah teruskan membaca artikel yang Atok tulis ni. Seperti yang korang tahu, hadiah merupakan satu bentuk penghargaan kepada seseorang sebagai tanda menghargai seseorang itu.
Hadiah ini ada pelbagai bentuk jenis mengikut kesesuaian seseorang kan. Oleh itu, Atok akan beri cadangan kepada korang senarai hadiah untuk kawan perempuan yang popular tahun ini.
1. Handbag
Handbag merupakan satu aksesori penting dalam kalangan wanita. Semua lapisan umur memang suka menggunakan handbag lagi-lagi nak raya ni confirm ramai cari handbag untuk di kenakan musim beraya nanti.
Bukan apa, handbag ini memudahkan mereka untuk mengisi barang-barangan seperti telefon bimbit, lipstick dan purse semasa berjalan. Seperti yang orang cakap, semua barang kalau boleh ada dalam handbag perempuan. Macam poket doremon pula kan.
2. Perfume
Kepada lelaki di luar sana, korang nak bagi hadiah untuk kekasih hati. Korang boleh jadikan perfume sebagai hadiah utama untuk diberikan kepada mereka. Namun, korang pilih jenis dan bau perfume mengikut karakter dan minat mereka. Misalnya, perfume yang memberikan bauan wanita feminine tapi berkaliber.
3. Tudung
Tudung memang sesuai untuk mereka yang berhijab. Mesti diorang tengah fikir nak beli tudung apa nak pakai nanti kan. Untuk menyenangkan mereka, korang boleh lah pilih pelbagai jenis tudung sama ada shawl dan bawal manakala warna ada yang terang dan pastel berwarna lembut.
Terpulang juga dari seseorang wanita sama ada sesuai ataupun tidak kepada si pemakai. Yang paling penting, korang hadiahkan tudung, korang dapat pahala juga kan. Belikan benda baik kepada mereka untuk menutup aurat seseorang wanita.
4. Wallet / Purse
Purse atau wallet merupakan salah satu hadiah terbaik untuk kawan perempuan korang. Ia boleh digunakan dalam masa tempoh yang panjang dan bermanfaat untuk diorang dengan meletakkan barang seperti kad pengenalan, kad bank dan duit. Setiap kali melihat dan memakainya mesti diorang akan teringat kepada si pemberi.
5. Bunga
Untuk memujuk dan memikat hati seseorang wanita mesti korang terfikir nak bagi bunga kan. Bagi Atok, korang boleh lah beri hadiah bunga yang membawa maksud yang tersendiri atau menunjukkan perasaan korang kepada si wanita. Confirm diorang akan suka dan tak akan merajuk lagi lah lepas tu.
Berikan sejambak bunga kepada si dia akan membuatkan dia berasa istimewa. Kalau korang nak tahu, bunga ni dapat melahirkan mood yang positif hingga membangkitkan senyuman kepada si penerima. Termasuk hati si penerima pun turut berbunga-bunga.
6. Skincare
Set skincare merupakan set yang paling mewah bagi Atok dan menjimatkan duit diorang. Skincare yang merupakan set barang sangat berguna di mana ia mengandungi set skincare yang lengkap iaitu bermula daripada pencuci muka, toner, serum dan pelembab muka.
Set skincare memakan masa yang lama untuk habis dan lama untuk digunakan. Ia menjimatkan duit untuk membeli skincare bulan depan.
7. Pajamas / Baju tidur
Baju tidur ataupun pijamas merupakan pakaian terkenal tahun 2023 ni. Jadi, ia memang sesuai untuk diberikan sebagai hadiah. Tapi sebelum tu korang kena tahu saiz individu yang korang nak beri hadiah. Kang, nanti tak muat pulak kan. Merajuk pula di dia nanti. Jadi peringatan untuk korang boleh la siap-siap tanya diorang pakai baju saiz apa.
8. Daily jurnal
Tanya seorang individu yang paling sibuk mesti beliau mempunyai jadual yang padat. Jadi, untuk membantu diorang menjaga masa yang dengan betul korang bolehlah hadiahkan buku daily journal ni kepada mereka. Daily journal ini boleh dijadikan diari atau record setiap perjalanan dan perbuatan yang kita buat sehari-hari. Menghadiahkan kawan korang sebuah jurnal semestinya hadiah yang berharga dan berguna untuk mereka.
9. Lipstick
Seseorang wanita mesti tak tinggal dengan lipstick kan lagi-lagi untuk dipakai apabila bekerja dan berjalan. Jadi, menghadiahkan lipstick untuk kawan perempuan salah satu hadiah yang berguna dan bermanfaat untuk mereka.
Sebagai seorang wanita, menjaga kecantikan merupakan satu perkara yang penting termasuklah memakai lipstick. Tahun ni iaitu 2023, terdapat pelbagai jenis dan jenama yang telah dikeluarkan oleh pengeluar jenama kosmetik. Kalau korang nak tahu, pemakaian jenis dan warna lipstick memainkan peranan seseorang yang memakainya.
10. Jam tangan
Pemakaian sebuah jam tangan ini melambangkan seseorang itu menjaga masa dan seorang yang menepati masa. Dengan memakai jam tangan juga menyebabkan seseorang itu kelihatan kemas dan menarik. Menghadiahkan seutas jam tangan merupakan hadiah yang paling berguna kepada si penerima.
11. Kasut
Kasut merupakan kegunaan harian yang kita akan gunakan sehari untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Ianya penting kepada semua terutamanya mereka yang bekerja banyak bergerak meeting berjumpa dengan client dan sebagainya.
Jadi, Kasut merupakan hadiah yang sesuai diberikan kepada kawan perempuan korang. Pastikan korang tahu saiz si penerima, jangan sampai tersalah saiz pula tau.
12. Scented candle
Scented candle atau pun lilin pewangi merupakan hadiah yang menarik korang boleh hadiahkan kepada kawan perempuan korang. Lebih-lebih lagi mereka yang suka bau-bauan wangi dan menenangkan. Scented candle ini memberikan impak yang positif kepada seseorang misalnya mereka yang stress dan mengalami gangguan tidur.
Dengan adanya bauan yang wangi dan menyenangkan, ia akan mendorong kepada mood dan energy kita untuk lebih tenang. Jadi, scented candle ini memainkan peranan penting terutamnya kepada mereka yang suka dengan bau-bauan.
13. Topi
Zaman sekarang topi terkenal kepada golongan wanita juga tidak kiralah mereka yang bertudung ataupun tidak bertudung. Menjadi trend sekarang wanita bertudung juga mengenakan topi, mengikut fasyen yang mereka gayakan
Selain itu juga, topi sesuai untuk kita melakukan aktiviti diluar rumah terutamnya apabila matahari terpacak naik atas kepala. Jadi, memang sesuai korang hadiahkan kepada kawan perempuan korang.
14. Tote bag
Lately ni, Atok perasan banyak juga wanita di luar sana yang suka memakai tote bag sebagai bag sampingan kalau keluar bekerja. Tujuannya untuk menyimpan barang makanan, barang makeup ataupun kelengkapan solat iaitu telekung dan sejadah.
Christy Ng ini memang sesuai untuk korang jadikan sebagai hadiah hari jadi. Beg seperti ini sangat simpan tapi cantik dan elegan apabila seseorang memakainya.
15. Bracelet & Necklace
Barang aksesori seperti cincin, gelang dan rantai merupakan satu perhiasan yang sangat diminati oleh golongan wanita. Jadi, ia merupakan hadiah yang sesuai untuk korang jadikan buah tangan kepada kawan perempuan korang. Mereka akan lebih kelihatan cantik dan menarik dengan memakai aksesori seperti di atas.
16. Wireless earphone
Sekarang memang tengah trending pemakaian earphone yang tidak berkabel atau wayar. Terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan earphone yang jenis wireless yang berbaloi dan comel-comel.
17. Rak makeup
Sebagai seorang perempuan, makeup dan skincare korang mesti banyak dan penuh atas meja kan. Jadi, korang sebagai seorang kawan yang baik, bolehlah hadiahkan rak makeup untuk membantu diorang organize dan susun barang kelengkapan makup dan skincare diorang.
18. Berus makeup
Berus makup merupakan kelengkapan sama seperti makeup juga, kalau diorang ada makeup mesti diorang gunakan berus makeup sebagai alat untuk menghiasi muka agar lebih menarik dan cantik.
Mungkin ada yang lebih selesa memakai makeup dengan tangan sahaja, namun lebih baik menggunakan berus khas untuk menjadikan makeup muka lebih kemas. Jadi, berus solek ni salah satu hadiah yang terbaik untuk korang hadiahkan kepada kawan perempuan korang.
19. Botol air
Hadiah lain selain yang di atas mungkin juga korang boleh hadiahkan botol air kepada kawan perempuan korang. Kebanyakan perempuan di luar sana, mesti mempunyai botol air di dalam beg mereka. Lebih-lebih lagi apabila pergi ke kelas ataupun bekerja.
20. Sejadah
Sejadah merupakan salah satu hadiah yang menarik untuk korang beri kepada kawan perempuan korang. Sejadah keperluan harian juga, di mana korang akan gunakan apabila menunaikan ibadah seperti solat fardu. Hadiah sejadah ini akan memberi keselesaan dan menyebabkan kawan korang rajin untuk menunaikan ibadah.
Kesimpulannya, pemberian hadiah ini merupakan penghargaan ikhlas daripada kita sebagai seorang kawan. Memberi hadiah juga akan menyebabkan seseorang individu itu bahagia dan ceria.
Jadi, Atok harap dengan senarai hadiah untuk kawan perempuan ini memberi inspirasi kepada korang untuk memberikan hadiah kepada orang yang tersayang.
Info-info Lain
Topik Atok pada kali ini, kesultanan melayu Melaka dan perbincangan mengenai pengasasan dan sistem pentadbiran masyarakat melayu Melaka terdahulu..
Kali ini Atok akan kongsikan kelebihan selawat jibril yang antaranya membuka pintu rahmat dan menyingkap pintu rezeki. Mudah-mudahan korang boleh amalkan..
Di sini Atok sediakan 20 ucapan selamat pengantin baru (ringkas & islamik) untuk korang. Sesuai diujarkan kepada kawan, family & crush korang! Yeah..
Kali ini Atok akan kongsikan kepada korang tanda-tanda influenza A yang perlu diketahui. Pengesanan awal, boleh menyelamatkan nyawa korang..
Mesti korang serabut dan pening nak bawa barang apa masuk asrama. Jom baca senarai barang keperluan asrama perempuan yang wajib korang bawa..
Rasanya yang enak dan memiliki banyak kebaikan. Persoalannya, menghasilkan telur separuh masak berapa minit? Jadi, ini dia cara yang betul!
Nak beli kereta baru? Lagi-lagi kereta Myvi baru 2023 ni. Jadi, hari ni Atok akan kongsikan untuk korang harga myvi baru dan bayaran bulanan..
Thanks for sharing.
hadiah untuk perempuan
minyak wangi lelaki