Senarai Yang DiPertuan Agong Malaysia

Korang tahu tak, siapa orang dalam gambar duit kertas yang korang pegang hari-hari tu? Itulah Agong yang pertama. Ok.. Pada kali ini jom kita tengok senarai yang DiPertuan Agong Malaysia.

Senarai Yang DiPertuan Agong Malaysia

Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang mengamalkan sistem demokrasi, di mana Malaysia mempunyai raja-raja yang berperlembagaan. Raja-raja secara bergilir akan memerintah persekutuan Malaysia dan berperanan memastikan persekutuan Malaysia sentiasa kekal aman dan harmoni.

Kalau senarai perdana menteri, rasanya ramai yang dah tahu tapi bagaimana pula dengan senarai yang DiPertuan Agong Malaysia?

Pemilihan Yang diPertuan Agong

Pasti ada di antara korang yang ingin mengetahui dengan lebih detail mengenai Yang di- Pertuan Agong Malaysia. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua persekutuan Malaysia dan jawatan ini akan digilir-gilirkan setiap lima tahun sekali dari kalangan Sembilan buah negeri beraja iaitu Perak, Selangor, Terengganu, Pahang, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan timbalan Yang di-Pertuan Agong akan dilakukan secara sulit oleh ke Sembilan raja-raja melayu yang menjadi ahli majlis raja-raja melayu dan mesyuarat majlis raja-raja.

Oleh itu, melalui pemilihan tersebut, persekutuan Malaysia telah memiliki beberapa sultan yang memerintah persekutuan melalui senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ini.

Senarai Yang diPertuan Agong Malaysia

Bagi sesetengah individu yang masih tidak mengetahui atau mungkin terlupa akan senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia, maka di sini akan dinyatakan senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang perlu korang tahu.

Berikut merupakan senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia:

1. Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Negeri Sembilan), (tempoh pemeritahan: 31 Ogos 1957 hingga 01 April 1960.

2. Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alaidin Sulaiman Shah (Selangor), (tempoh pemerintahan: 14 April 1960 hingga 01 September 1960)

3. Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Perlis), (tempoh pemerintahan; 21 September 1960 hingga 20 September 1965)

4. Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin (Terengganu), (tempoh pemerintahan: 21 September 1965 hingga 20 September 1970)

5. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah ( Kedah), (tempoh pemerintahan: 21 September 1965 hingga 20 September 1970)

6. Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim (Kelantan), (tempoh pemerintahan: 21 September 1970 hingga 20 September 1975)

7. Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah (Pahang), (tempoh pemerintahan: 26 April 1979 hingga 25 April 1984)

8. Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail (Johor), (tempoh pemerintahan: 26 April 1984 hingga 25 April 1989)

9. Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Shah Ghafarullahu-lah (Perak), (26 April 1989 hingga 25 April 1989)

10. Almarhum Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (Negeri Sembilan), (tempoh pemerintahan: 26 April 1994 hingga 25 April 1999)

11. Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj (Selangor), (tempoh pemerntahan: 26 April 1999 hingga 21 November 2001)

12. Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Perlis), (tempoh pemerintahan: 13 Disember 2001 hingga 12 Disember 2006)

13. Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Terengganu), (tempoh pemerintahan: 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011)

14. Almarhum Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (Kedah), (tempoh pemerintahan: 13 Disember 2011 hingga 12 Disember 2016)

15. Sultan Muhammad V (Kelantan), (tempoh pemerintahan: 13 Disember 2016 hingga 06 Januari 2019)

16. Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Pahang), (tempoh pemerintahan: 31 Januari 2019 hingga kini)

Demikian adalah merupakan senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang perlu semua golongan rakyat Malaysia ketahui.

Kesimpulannya, bagi golongan remaja mahupun dewasa yang masih tidak mengambil peduli tentang raja-raja atau sultan yang menjadi ketua persekutuan, maka korang perlulah mula mengambil perhatian akan sultan-sultan yang menjadi ketua persekutuan dengan melihat senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang telah dinyatakan di atas ini.

Rujukan Lain

Munafik atau talam dua muka juga dikenali sebagai hipokrit. Biasanya, berpura-pura mengikuti ajaran agama namun tidak membenarkan dalam hatinya. Oleh itu, artikel ini berkaitan ciri-ciri orang munafik..

Sebelum beli iPhone, cuba kena cek dahulu. Jadi, artikel ini Baca cara check iPhone original atau refurbish bagi korang dah terbeli atau bakal beli..

Jika korang berminat ingin belajar di Maktab Rendah Sains MARA, di sini Atok kongsikan kepada korang senarai MRSM di Malaysia..

Ini ialah senarai harga pakej umrah 2024 dan syarikat berlesen yang boleh dipercayai kalau korang merancang pergi umrah dalam tahun ini..

Atok kongsikan kepada korang petua hilangkan sakit gusi berdenyut bagi mengurangkan rasa sakit di bahagian gusi tu sementara menunggu doktor..

Mesti korang tengah pening nak fikir hantaran untuk lelaki macam mana. Jangan risau, Atok dah sediakan senarai barang hantaran lelaki bajet (checklist) ni.

Korang kena baca artikel ini dulu untuk mengetahui lebih mengenai 8 khasiat minyak zaitun dan boleh dijadikan amalan kepada diri dan keluarga..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!