Barang Hantaran Lelaki Bajet (Checklist)

Dengar-dengar, ramai yang nak kawen lepas raya ni? Betul ker? Atok ucapkan tahniah kalau begitu. So, korang tengah cari barang hantaran untuk kawin la ni kan? Mesti korang tengah pening nak fikir barang hantaran untuk lelaki macam mana. Jangan risau, Atok yang dah berpengalaman ni (ehem..) akan sediakan senarai untuk barang hantaran lelaki bajet (checklist) untuk korang.

Barang Hantaran Lelaki Bajet (Checklist)

Atok ni tumpang gembira jer untuk mereka yang akan membina hubungan kekeluargaan antara kedua-dua pihak.

Senarai barang hantaran lelaki bajet

Bagi yang lain, mungkin nak bertunang dalam beberapa bulan lagi, tapi pening nak beli barang hantaran tunang untuk pihak lelaki? Jangan risau semua, kejap lagi Atok akan sediakan checklist barang hantaran lelaki bajet korang. Insha’allah artikel ini mungkin membantu korang mencari idea barangan hantaran pihak lelaki.

1. Jam tangan

Jam tangan merupakan salah satu keperluan barang hantaran lelaki yang sangat digemari. Bukan apa, ia boleh digunakan untuk tempoh masa yang panjang dan semestinya boleh digunakan sebagai hadiah dan kenangan korang.

Ia merupakan hadiah yang berbaloi untuk lelaki untuk dijadikan sebagai barang hantaran. Sekarang untuk lebih mudah mencari jam tangan korang boleh sahaja cari di platform media sosial seperti Shopee, Lazada, Tiktok dan Shien. Terdapat pelbagai macam jenis dan jenama jam tangan mampu menambat hati bakal suami korang.

Atok tunang dolo-dolo dapat hantaran jam tangan Guess. Brand ni bagus juga. Ada harga sikit la. Sebelum promosi, harga dalam lapan ratus lebih juga. Ini harga lama ya. Sekarang dah naik. Tapi orang umah atok beli time promo. Tak silap atok, dapat dalam tiga ratus lebih sikit. Itu pun, setelah beberapa bulan juga la dia intai harga tu nak turun. Gigih betul..

Atok pakai jam tu hampir 10 tahun lebih juga. Sekali jer tukar bateri. Kira berbaloi juga la.

Kesimpulannya – cari brand elok pada harga yang baik.

2. Set dompet dan tali pingang

Dompet dan tali pingang satu aksesori yang penting untuk seorang lelaki. Lagi-lagi kepada mereka yang bekerja di pejabat. Kedua-dua set ini juga boleh dipakai dalam jangka masa yang lama tau. Korang akan rasa berbaloi dan tidak rugi kerana boleh dipakai selepas majlis. Tapi, jangan main beli sahaja pula, korang kenalah pilih berdasarkan citarasa pasangan. Pasangan tak berkenan, rugi pula tak pakai kan.

Sebaiknya cari yang jenis leather. Long lasting. Anak dah 3 orang, bapak masih pakai barang-barang hantaran yang mak bagi!

3. Kasut

Kasut ini ada pelbagai jenis kasut korang boleh jadikan barang hantaran. Jadi, sebelum membeli, pastikan ukur dahulu saiz kaki pasangan. Lebih-lebih lagi kepada korang yang suka membeli barang secara online. Jenis kasut pula, korang boleh berbincang dan lihat citarasa pasangan. Terdapat pelbagai jenis jenama kasut yang popular dan berpatutan. Janji kasut boleh dipakai dan mengikut bajet korang juga.

4. Minyak wangi

Minyak wangi ini merupakan penambah aura apabila seseorang itu memakainya. Mengikut daripada bau. Ada orang, apabila dia memilih wangian, dia akan pilih mengikut karakter. Minyak wangi yang bersifat elegen dan tegas dan ada yang manis dan lembut. Tapi, untuk dijadikan hadiah kepada seorang lelaki, Atok cadangkan memilih hadiah minyak wangi yang maskulin.

Sebaiknya cari minyak wangi yang ada tiga layer wangian – base notes, middle notes dan top notes. Tapi tu la, kebanyakan minyak wangi yg camni memang ‘agak’ mahal juga. Kena pandai cari la. Boleh dapat tu.

Peringatan: Elakkan minyak wangi murahan. Bau cepat tengik. Baru sebulan pakai, bau dah pelik. Kadang tu, simpan lama sikit, dah tak bau langsung. Hilang wanginya.

5. Barang hantaran lelaki bajet yang terakhir iaitu baju

Baju ini barang hantaran yang sangat terkenal dan mudah untuk dicari tau. Biasalah baju kan, terdapat pelbagai jenis baju yang menjadi pilihan untuk korang dapatkan. Sama ada baju melayu, kurta, kemeja untuk kerja, t-shirt dan juga hoodie. Dekat sini, korang boleh pilih warna yang sama untuk korang padankan dengan pasangan. Barulah orang cakap sweet gitew, bakal pengantin baharulah kata kan.

6. Al-Quran

Sebagai bakal isteri yang solehah. Ewah2.. bukan main korang ya. Gatal. Jangan sekali-kali lupa untuk jadikan Quran sebagai hantaran. Cari yang saiz kecik atau sederhana (nanti tak muat dalam dulang), pastika ada tajwid berwarna dan ada terjemahannya. InsyaAllah benda ni akan digunakan bertahun-tahun selepas korang nikah. Amat jarang sekali Quran rosak. Walau pun digunakan setiap hari.

Enam benda ni je yang korang kena cari ‘premium’ sikit. Selebihnya tu, untuk korang cukupkan dulang hantaran tu cari la yang simple-simple jer. Ini termasuklah:

1. Buah-buahan

2. Kek

3. Coklat

4. Sejadah

5. Cincin perak (silver)

Akhir kata kali ini, Atok harap dengan senarai checklist barang hantaran lelaki bajet untuk korang ini membantu. Atok nasihatkan korang jangan beli barang yang tidak digunakan, membazirkan namanya. Make sure beli barang barangan yang penting sahaja dan harga yang munasabah mengikut bajet masing-masing.

Sekali lagi diingatkan, jangan beli ikut suka hati korang ya. Sila berbincang dahulu dengan bakal imam korang. Nanti dia tak pakai benda tu atau dia tak suka benda tu. Orang lain pula yang untung. Korang juga yang geram.

Murah tak semestinya cepat rosak. Mahal pun tak semestinya tahan lama. Kena pandai pilih mengikut kebijaksanaan masing-masing.

Apa-apa pun, Atok harap kepada yang nak membina masjid, diharap urusan korang dipermudahkan dan selamat pengantin baru diucapkan.

Rujukan Lain

Jom ketahui perkara-perkara yang membatalkan puasa. Hal ini, agar ibadah kita di bulan Ramadhan yang barokah ini tidak menjadi sia-sia..

Banyak lagi ke hutang rumah tu? Lagi berapa tahun nak habis? Kalau tak pasti, cuba buat semakan baki pinjaman LPPSA korang. Tiga cara dikongsikan di sini..

Munafik atau talam dua muka juga dikenali sebagai hipokrit. Biasanya, berpura-pura mengikuti ajaran agama namun tidak membenarkan dalam hatinya. Oleh itu, artikel ini berkaitan ciri-ciri orang munafik..

Sebelum beli iPhone, cuba kena cek dahulu. Jadi, artikel ini Baca cara check iPhone original atau refurbish bagi korang dah terbeli atau bakal beli..

Jika korang berminat ingin belajar di Maktab Rendah Sains MARA, di sini Atok kongsikan kepada korang senarai MRSM di Malaysia..

Ini ialah senarai harga pakej umrah 2024 dan syarikat berlesen yang boleh dipercayai kalau korang merancang pergi umrah dalam tahun ini..

Atok kongsikan kepada korang petua hilangkan sakit gusi berdenyut bagi mengurangkan rasa sakit di bahagian gusi tu sementara menunggu doktor..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!