8 Khasiat Minyak Zaitun (Untuk Wanita & Lelaki)

Korang mesti pernah dengar kan minyak zaitun tapi mesti tak tahu kelebihan dan khasiat minyak zaitun. Minyak zaitun ini banyak diletakkan menjadi bahan asas dalam masakan dan produk kecantikan. Jadi, korang kena baca artikel ini dulu untuk mengetahui lebih mengenai 8 khasiat minyak zaitun dan boleh dijadikan amalan kepada diri dan keluarga.

8 Khasiat Minyak Zaitun (Untuk Wanita & Lelaki)

Atok nak cerita sikit mengenai kandungan minyak zaitun ini. Sebelum korang baca mengenai 8 khasiat minyak zaitun, sedikit pengenalan ringkas mengenai buah zaitun ini.

Minyak zaitun adalah hasil perahan buah zaitun atau olive yang terdapat banyak di rantau Mediterranean seperti negara Turki dan Morocco. Minyak zaitun mempunyai pelbagai jenis dan gred seperti Extra Virgin Oil, Virgin Olive Oil, Extra Light Dan Pomace. Di mana, minyak zaitun extra virgin boleh mengelakkan korang daripada terkena serangan sakit jantung.

Berikut 8 khasiat minyak zaitun (untuk wanita & lelaki):

1. Membantu mengawal kolestrol

Minyak zaitun ini mempunyai tahap lemak tepu dan tidak tepu yang minima. Ha, apa pula lemak tepu dan tidak tepu ni? Korang jangan pening pula tau. Ia mampu mengawal paras kolesterol dalam darah korang tau. Ha, baik tak baik tu?

Lagi-lagi kepada korang yang telah dan akan meningkat usia, antibodi semakin berkurangan. Jadi, khasiat minyak zaitun ini memang membantu mereka yang mempunyai kolesterol tidak baik tinggi kerana mampu membentuk kolesterol baik dalam badan.

2. Membantu mencegah diabetes

Penyakit diabetes ini sangat common di negara kita Malaysia. Dari pembacaan Atok, menurut hasil rujukan Harvard School of Public Health, zaitun ialah diet yang kaya dengan lemak. Lemak yang terdapat pada minyak zaitun dapat membantu mencegah diabetes.

Jadi, minyak zaitun ini baik untuk mengurangkan risiko terkena diabetes. Kepada korang yang mempunyai diabetes, korang juga boleh amalkan minyak zaitun ini.

3. Menurunkan berat badan

Minyak zaitun merupakan makanan yang boleh diamalkan menjaga kesihatan dan sekaligus menurunkan berat badan. Kalau korang nak turunkan berat badan, boleh lah gunakan minyak zaitun sebagai ubat yang mampu menurunkan berat badan.

Hal ini demikian kerana, minyak zaitun kalau korang amalkan, bukan sahaja menjaga kesihatan dalam badan korang ia juga sekaligus membantu mengawal metabolisma korang seterusnya mampu menurunkan berat badan.

4. Membantu mencegah kanser payudara

Korang tahu tak, kanser payudara merupakan kanser merupakan penyebab utama kematian wanita. Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri kanser payudara di Malaysia ialah 34.1 kes iaitu bagi setiap 100,000 populasi wanita. Dan antara khasiat minyak zaitun untuk wanita ialah ia mempunyai potensi sebagai antikanser payudara.

5. Mencegah penyakit Alzheimer

Minyak zaitun iaitu extra virgin seperti yang Atok telah terangkan di atas. Minyak zaitun extra virgin mampu meningkatkan pembelajaran dan memori pada tikus. Ha, tu baru tikus, apatah lagi manusia kan.

Kalau korang rasa asyik lupa-lupa je sebab minum banyak sangat air semut better korang amalkan minyak zaitun. Tapi yang pasti, minyak zaitun ini tidak akan membantu korang mengingati kenangan pahit pula.

Apa-apapun, ia memang membantu mereka yang mempunyai penyakit Alzheimer. Penyakit Alzheimer ini kan selalunya popular di kalangan orang dewasa yang telah berusia. Dan dikatakan lebih kerap menyerang di kalangan lelaki. Ini salah satu daripada khasiat minyak zaitun untuk lelaki Jadi, harap korang boleh amalkan untuk mengelakkan penyakit Alzheimer.

6. Memperkukuhkan tulang

Memperkukuhkan tulang ini selalunya kalsium sahaja kan. Jadi, minyak zaitun ini menyumbang kepada memperkukuhkan tulang yang kuat kalau korang amalkan. Mereka yang mengamalkan minyak zaitun, darah mereka didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi dan mampu membentuk tulang yang kuat. Sesuai untuk mereka yang berusia khususnya.

7. Mengelakkan sembelit

Minyak zaitun mempunyai khasiat kaya dengan lemak monounsaturated. Apa itu labu? Jadi, monounsaturated ini agen yang mampu membantu dalam menstabilkan mobiliti supaya makanan dapat bergerak dengan lancar melalui usus besar tanpa sebarang masalah. Selain itu juga, mempercepatkan pergerakan usus dan menghalang sembelit serta keradagan usus berlaku.

8. Mengurangi risiko kemurungan

Dengan khasiat minyak zaitun juga, ia membantu meningkatkan tahap serotonin, iaitu bahan kimia dalam otak. Dengan kata nama lain, ia merupakan antidepresi. Korang yang mengamalkan pengambilan minyak zaitun, kadar serangan depresi akan lebih rendah sebanyak 48 peratus.

Banyak tu, hampir setengah daripada 100%. Untuk mereka yang mengalami kemurungan depresi, 48% merupakan jumlah yang besar juga. Atok harap ia dapat membantu korang dalam mengawal kesihatan mental.

Akhir kata

Bagi korang yang nak menjaga kesihatan, minyak zaitun merupakan pilihan yang terbaik. Hal ini demikian kerana, minyak zaitun mempunyai khasiat yang tinggi dan melindungi sel-sel badan korang daripada kerosakan.

Dengan itu, Atok harap, dengan 8 khasiat minyak zaitun yang Atok telah kongsikan akan membuka mata korang untuk terus mengamalkan minyak zaitun. Atok pun sebenarnya dah mengamalkan minyak zaitun. Insha’Allah minyak zaitun memang mempunyai khasiat yang terbaik kepada badan.

Lagi pun, buah zaitun ni antara buah yang disebut dalam Al-Quran. Allah SWT bersumpah dengan nama buah ini dan buah tin, seperti yang termaktub di dalam surat At-Tin, Ayat 1 di bawah:

وَٱلتِّينِ وَٱلزَّيْتُونِ

Wat-tini waz-zaitụn

Maksudnya: Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun,

Dan mengenai buah tin itu, Insha’Allah atok akan kongsikan khasiatnya pada lain kali.

Rujukan Lain

Banyak lagi ke hutang rumah tu? Lagi berapa tahun nak habis? Kalau tak pasti, cuba buat semakan baki pinjaman LPPSA korang. Tiga cara dikongsikan di sini..

Munafik atau talam dua muka juga dikenali sebagai hipokrit. Biasanya, berpura-pura mengikuti ajaran agama namun tidak membenarkan dalam hatinya. Oleh itu, artikel ini berkaitan ciri-ciri orang munafik..

Sebelum beli iPhone, cuba kena cek dahulu. Jadi, artikel ini Baca cara check iPhone original atau refurbish bagi korang dah terbeli atau bakal beli..

Jika korang berminat ingin belajar di Maktab Rendah Sains MARA, di sini Atok kongsikan kepada korang senarai MRSM di Malaysia..

Ini ialah senarai harga pakej umrah 2023 dan syarikat berlesen yang boleh dipercayai kalau korang merancang pergi umrah dalam tahun ini..

Atok kongsikan kepada korang petua hilangkan sakit gusi berdenyut bagi mengurangkan rasa sakit di bahagian gusi tu sementara menunggu doktor..

Mesti korang tengah pening nak fikir hantaran untuk lelaki macam mana. Jangan risau, Atok dah sediakan senarai barang hantaran lelaki bajet (checklist) ni.

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!