Tanda Tanda Kencing Manis, Ni Korang Kena Selalu Alert..

Kencing manis atau diabetes adalah satu penyakit mempengaruhi metabolism gula dalam darah kita. Penghasilan insulin tidak mencukupi dari organ pankreas atau sel yang kurang responsif terhadap insulin, menyebabkan fungsi insulin terjejas. Jadi, kalau korang tiada sejarah mempunyai kencing manis tapi risau. Korang boleh buat checkup sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengetahui tanda tanda kencing manis pada peringkat awal.

Tanda Tanda Kencing Manis, Ni Korang Kena Selalu Alert..

Ada kebaikan juga kalau korang mengenali tanda-tanda awal kencing manis. Hal ini demikian kerana, mungkin korang dapat mengesan dan merawat seawal mungkin. Selain itu juga, mengamalkan gaya hidup sihat tanpa gula darah dapat dikawal dengan baik.

Kencing manis ini akan menyebabkan gangguan saluran darah di otak, mata, jantung dan kaki. Pesakit yang mempunyai kencing manis juga mudah dijangkiti kuman dan mendapat infection di bahagian paru-paru, gigi, gusi dan saluran kencing.

Tanda tanda kencing manis:

1. Kerap buang air kecil (poliuria)

Korang tahu tak, kerap membuang air kecil tanda awal korang mempunyai kencing manis. Hal ini kerana, tubuh badan korang tidak dapat memproses glukosa dengan baik kerana paras gula yang tinggi.

Jadi, disebabkan itulah korang akan kerap membuang air kecil. Buah pingang membuang sebahagiannya melalui air kencing dan orang akan kerap membuang air kecil.

2. Kerap dahaga (polydipsia)

Kerap merasa dahaga dan kerap minum air melebihi kuantiti yang sepatutnya korang ambil merupakan tanda awal kencing manis juga. Tapi, korang yang suka minum air dan kerap membuang itu bukan satu masalah.

Tapi korang akan rasa korang akan berlebihan mengambil air dari yang sepatutnya. Kenapa korang dahaga, disebabkan glukosa dalam darah yang tinggi.

3. Tanda-tanda kencing manis yang ketiga ialah kerap rasa lapar (polifagia)

Sel-sel tubuh badan korang berfungsi menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Sebaliknya kepada korang yang mempunyai kencing manis, sel-sel dalam tubuh tidak berupaya menyerap jumlah glukosa seperti biasa. Korang akan berasa lapar walaupun selepas makan.

Tubuh kita akan menghantar signal untuk mendapatkan lagi sumber gula. Jadi, korang dah makan pun tetap lapar atau cepat lapar itu salah satu tanda tanda diabetes yang perlu diambil perhatian.

4. Lesu dan lemas

Korang pernah rasa lesu dan lemas? Ha, macam tulah Atok rasa kalau dah hujung bulan. Atok bergurau sahaja, korang jangan marah eh.

Berbalik kepada topik kita semula, korang akan lesu dan lemas disebabkan sel-sel badan tidak dapat menyerap dan akan menggunakan glukosa dalam darah seperti biasa akibat kencing manis. Disebabkan proses itu, korang akan berasa lemah dan lesu serta kurang bermaya.

5. Penurunan berat badan

Penurunan berat badan secara tidak sengaja boleh terjadi kepada pesakit kencing manis. Walaupun, point di atas, Atok ada bahas mengenai kerap lapar. Tapi, itulah hakikatnya.

Paras gula tinggi dalam darah menyebabkan keupayaan sel-sel tubuh yang menyerap glukosa dan nutrient terjejas. Saluran lapisan darah juga akan terjejas kerana glukosa tidak dikawal dengan baik.

Diharapkan perkongsian tanda tanda kencing manis yang telah Atok kongsikan di atas ini semoga bermanfaat dan berguna untuk korang. Sekiranya korang mempunyai simptom seperti yang Atok nyatakan di atas ini, korang cepat-cepat berubat.

Pergi ke hospital yang terdekat untuk mendapatkan rawatan lebih awal. Tapi kepada korang yang tidak mempunyai sejarah kencing manis lagi, lebih baik mencegah dari merawat. Jadi sila amalkan gaya hidup yang sihat dan kawal pengambilan gula dalam tubuh korang.

Rujukan Lain

Sebelum beli iPhone, cuba kena cek dahulu. Jadi, artikel ini Baca cara check iPhone original atau refurbish bagi korang dah terbeli atau bakal beli..

Jika korang berminat ingin belajar di Maktab Rendah Sains MARA, di sini Atok kongsikan kepada korang senarai MRSM di Malaysia..

Ini ialah senarai harga pakej umrah 2023 dan syarikat berlesen yang boleh dipercayai kalau korang merancang pergi umrah dalam tahun ini..

Atok kongsikan kepada korang petua hilangkan sakit gusi berdenyut bagi mengurangkan rasa sakit di bahagian gusi tu sementara menunggu doktor..

Mesti korang tengah pening nak fikir hantaran untuk lelaki macam mana. Jangan risau, Atok dah sediakan senarai barang hantaran lelaki bajet (checklist) ni.

Korang kena baca artikel ini dulu untuk mengetahui lebih mengenai 8 khasiat minyak zaitun dan boleh dijadikan amalan kepada diri dan keluarga..

Tahu tak, sapa orang dalam gambar duit kertas tu? Itulah Agong yang pertama. Ok.. Pada kali ini jom kita tengok senarai yang DiPertuan Agong Malaysia.

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!