Perkahwinan merupakan salah satu momen yang paling istimewa dan bermakna dalam kehidupan seseorang. Dalam pelbagai tradisi dan budaya, doa memainkan peranan penting dalam memberkati pernikahan dan pasangan pengantin baru. Doa bukan sahaja menjadi medium untuk memohon perlindungan dan keberkatan, tetapi juga untuk menyampaikan harapan dan aspirasi bagi masa depan pasangan tersebut. Kali ini atok akan kongsikan beberapa doa untuk pengantin baru yang sesuai untuk korang hadiahkan kepada sahabat handai atau saudara mara yang bakal menjadi pengantin.
Isi Kandungan
Kepentingan doa untuk pengantin baru
Doa adalah bentuk komunikasi dengan Yang Maha Kuasa. Melalui doa, kita memohon petunjuk, kekuatan, dan perlindungan. Dalam konteks perkahwinan, doa untuk pengantin baru membantu mereka dalam dua hal di bawah..
1) Menghadapi Cabaran
Pernikahan pastinya akan dihadapkan dengan pelbagai cabaran. Doa untuk pengantin baru memberikan kekuatan dan keberanian untuk mereka menghadapi cabaran tersebut dengan bijaksana dan penuh kesabaran.
2) Mengawali Perjalanan Baru Dengan Keberkatan
Doa turut membantu pasangan pengantin memulakan perjalanan baru dengan restu dan keberkatan daripada Ilahi. Ini memberikan keyakinan bahawa hubungan mereka diberkati dan dilindungi.
6 doa untuk pengantin baru
Berikut adalah enam doa untuk pengantin baru yang atok ambil dari pelbagai sumber:
1) Doa Sebelum Akad Nikah (dibaca oleh pengantin lelaki):
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Ertinya:
“Dan orang-orang yang berkata: ‘Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.'” – Surah Al-Furqan, Ayat 74.
2) Doa Semasa Akad Nikah (dibaca oleh tetamu):
“Barakallahu laka wa ‘alaika. Wajama’a bainakuma fii khairin.”
Ertinya:
“Berkah Allah (semoga tercurahkan) bagimu. Dan (semoga) Allah mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.” – Hadis Riwayat Ahmad dan Ibn Majah.
3) Doa untuk Pengantin Lelaki kepada Isterinya:
“Allahumma inni as-aluka khairohaa, wa khoiro maa jabaltahaa ‘alaihi, wa a’uuzubika min syarrihaa, wasyarrimaa jabaltahaa ‘alaihi.”
Ertinya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu kebaikan perempuan atau budak ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejelekan perempuan atau budak ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya.” – Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi
4) Doa untuk Pengantin Wanita kepada Suaminya:
“Allahumma inni as-aluka min khairiha wa khairi ma fiha wa khairi ma ja baltaha alaihi wa a’uzubika min sharriha wa sharri ma fiha wa sharri ma jabaltaha alaihi.”
Ertinya:
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan yang ada dalam dirinya serta kebaikan yang Engkau ciptakan dalam dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang ada dalam dirinya serta kejahatan yang Engkau ciptakan dalam dirinya.” – Hadis Riwayat Abu Dawud.
5) Doa untuk Kebahagiaan dan Kesejahteraan (dibaca oleh tetamu):
“Ya Allah, anugerahkanlah mereka kebahagiaan yang sejati dalam pernikahan ini. Berkatilah mereka dengan kesihatan, kesejahteraan, dan kedamaian. Jadikanlah mereka pasangan yang saling mengasihi dan menghormati.”
6) Doa untuk Ketabahan dan Kesabaran (dibaca oleh tetamu):
“Ya Allah, kuatkanlah hati mereka dalam menghadapi segala ujian dan cubaan. Anugerahkanlah mereka kesabaran dan ketabahan untuk sentiasa bersatu dalam suka dan duka. Jadikanlah mereka pasangan yang sentiasa saling menyokong.”
Tip untuk Mendukung para Pengantin Baru
Selain berdoa untuk pengantin baru, terdapat beberapa cara lain untuk mendukung atau menyokong pengantin baru dalam memulakan perjalanan perkahwinan mereka, antaranya:
Menghormati Privasi mereka
Setiap pasangan mempunyai cara unik mereka sendiri dalam menjalani bahtera perkahwinan. Sebagai ibubapa atau sanak saudara, kita hendaklah menghormati privasi mereka dan elakkan mencampuri urusan peribadi mereka kecuali diminta.
Memberi Nasihat yang Bijaksana
Sebagai orang yang lebih dulu makan garam, korang janganlah kedekut berkongsi pengalaman dan nasihat yang bijaksana dapat membantu pasangan pengantin baru dalam menghadapi cabaran dunia perkahwinan.
Mendengar dengan Empati
Adakalanya, pasangan pengantin baru hanya memerlukan seseorang untuk mendengar. Sebagai sahabat yang baik, korang jadilah pendengar yang baik dan berempati terhadap permasalahan mereka.
Memberikan Sokongan Emosional
Sokongan emosional sangat penting, terutamanya pada awal pernikahan. Pastikan korang sebagai kawan karib sentiasa ada untuk mereka dan memberikan sokongan positif semasa diperlukan.
3 tips semasa menghadiri majlis perkahwinan
Menghadiri majlis perkahwinan memerlukan korang untuk menjaga kesopanan dan tatatertib. Ikuti tiga tips berikut untuk memastikan korang kelihatan bersopan dan yakin semasa menghadiri mana-mana majlis perkahwinan sepanjang musim cuti sekolah ini..
Pertama, memilih pakaian yang sesuai sangat penting. Elakkan pakaian yang terlalu mencolok mata. Misalnya terlebih ketat atau sendat. Pakaian yg terlalu kasual juga kurang digalakkan. Sebaiknya, pilih pakaian yang sopan dan kemas. Bagi wanita, pilih baju kurung, kebaya, atau pakaian formal yang tidak terlalu terdedah. Bagi lelaki, pakai baju Melayu, kemeja dan seluar panjang, atau pakaian formal yang sesuai. Pastikan pakaian korang bersih dan diseterika dengan kemas. Paling penting – mesti harum! So, perfume jangan lupa.
Kedua, semasa menghadiri majlis, tunjukkan adab yang baik seperti memberi salam kepada tuan rumah dan tetamu lain, serta mengucapkan tahniah kepada kedua pengantin. Berbicaralah dengan nada yang sopan dan tidak mengganggu tetamu lain. Hormati jadual majlis dengan tiba tepat pada masanya – ini penting! Satu lagi, tidak meninggalkan majlis terlalu awal tanpa sebab yang munasabah.
Last sekali, membawa hadiah adalah satu tanda penghargaan dan sokongan kepada pengantin. Pilih hadiah yang sesuai dan bermanfaat, seperti peralatan rumah tangga atau sesuatu yang mempunyai nilai sentimental. Elakkan membawa hadiah yang tidak praktikal. Jangan lupa, sertakan juga kad ucapan yang mengandungi ucapan selamat pengantin baru dan atau doa-doa untuk pengantin yang sudey atok kongsikan di atas tu.
Dengan mengikuti tips ini, korang pasti akan kelihatan bersopan dan dihormati semasa menghadiri mana-mana majlis perkahwinan keluarga. Tips ini pasti membantu korang tampil lebih yakin dan bergaya!
Penutup
Doa untuk pengantin baru merupakan salah satu cara terbaik untuk memberkati dan mendukung mereka dalam perjalanan pernikahan mereka. Dengan menggabungkan doa dengan beberapa tips sokongan yg dikongsikan di atas. Seperti memberikan nasihat, mendengar dengan empati, dan memberikan sokongan emosional, kita dapat membantu pasangan pengantin baru untuk membina kehidupan yang lebih bahagia dan penuh berkat.
Info-info Lain
Nak beli kereta baru? Lagi-lagi kereta Myvi baru 2025 ni. Jadi, hari ni Atok akan kongsikan untuk korang harga myvi baru dan bayaran bulanan..
Senarai ini mungkin sesuai dan dapat membantu korang memilih hadiah untuk kawan perempuan korang. Ada 20 idea bajet di sini..
Dalam artikel ini Atok kongsikan mengenai cara korang buat semakan cukai tanah Selangor melalui kad pengenalan sahaja. Diharap membantu..
Topik yang akan dibincangkan kali ini mengenai ciri-ciri pelajar cemerlang untuk kegunaan karangan dan ulasan korang. Jangan tiru bulat-bulat pula..
Artikel ini berkaitan petua turunkan darah tinggi yang confirm berkesan, khas kepada mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi..
Loan aku ni lepas tak? Rekod CCRIS clear ke? So, hari ini Atok akan kongsikan kepada korang cara semak CCRIS online percuma. Jom baca..
Bagi ibu-ibu yg baru pertama kali bersalin, belum ada pengalaman. Jom baca beberapa tanda-tanda nak bersalin (dan dah perlu ke hospital) yang perlu diketahui..
Buat medical checkup untuk mengetahui tanda tanda kencing manis atau baca saja di sini tanda tanda kencing manis pada peringkat awal. Agar langkah awal mengatasi dapat dilakukan.