Kesultanan Melayu Melaka (Pengasasan & Sistem Pentadbiran)

Mempelajari sejarah bukan sesuatu yang mudah, lagi-lagi aspek menghafal segala fakta. Pelajar perlu menghafal dan mengingati maklumat dan fakta yang telah diajarkan oleh guru. Kalau korang hafal fakta sejarah ini korang bukan sahaja dapat mengingati fakta sejarah namun secara tidak langsung mendapat ilmu pengetahuan mengenai sejarah-sejarah yang terdahulu. Oleh itu, topik Atok pada kali ini, kesultanan melayu Melaka dan perbincangan mengenai pengasasan dan sistem pentadbiran masyarakat melayu Melaka terdahulu.

Kesultanan Melayu Melaka (Pengasasan & Sistem Pentadbiran)

Perbincangan mengenai Kesultanan melayu Melaka ini kita bahagikan kepada dua bahagian, yakni: sistem pentadbiran dan pengasasannya:

Jap.. jap! Saja nak pesan. Nanti bila korang dah habis baca kesultanan melayu melaka (pengasasan & sistem pentadbiran) ni, apa kata korang layan pula koleksi teka teki best ni. Ada teka teki lawak, teka teki haiwan. Rileks ar. Lama lagi kan nak kena hantar keja tu..

1) Struktur pentadbiran kesultanan melayu Melaka

Mengekalkan tradisi pentadbiran Melayu

  • Pembesar sebagai pentadbir dan wazir-wazir dengan tanggungjawab khusus.
  • Pembesar utama Melaka mempunyai empat tingkat iaitu:

– Orang besar empat
– Orang besar lapan
– Orang besar 16
– Orang besar 32

  • Pentadbir utama ialah Orang Besar empat terdiri daripada:

– Bendahara (Ketua Pentadbir spt Perdana Menteri)
– Penghulu
– Bendahari
– Temenggung
– Laksamana

  • Jawatan lain:

– Datuk
– Penghulu
– Pemugut cukai
– Saudagar

Satu lagi, korang juga boleh baca artikel mengenai ciri-ciri negara bangsa kerajaan alam melayu sebelum kedatangan barat ini..

2) Peranan pembesar pentadbiran Melaka

  • Bendahara
  1. Hanya boleh dipegang oleh kalangan keluarga dan keturunan bendahara sahaja
  2. Diamanah untuk menjaga harta dan kekayaan kerajaan negeri melaka
  3. Penasihat untuk kepada sultan melaka
  4. Bendahara bertanggungjawab dalam menguruskan segala kebajikan dan urusan melibatkan keluarga dan diri sultan
  5. Menguruskan istiadat rasmi di Istana melaka
  6. Memantau perkembangan agalam Islam dan adat di negeri Melaka
  • Laksamana
  1. Laksamana bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dalam negeri Melaka
  2. Menjaga protokol negeri melaka
  • Temenggung
  1. Temenggung bertanggungjawab dalam mengawal keamanan di sekitar perairan laut Melaka
  2. Menjadi duta ketika rombongan dengan kerajaan luar
  3. Menjaga keselamatan sultan
  • Syahbandar
  1. Syahbandar bertanggungjawab dalam bertanggungjawab aspek keselamatan pedagang dan pentadbiran di sekitar pelabuhan melaka terpelihara dan diuruskan dengan efisyen
  2. Menguruskan cukai di negeri melaka
  3. Mengawal laluan keluar masuk pedagang di pelabuhan melaka.

Selain itu, korang jangan lupa baca ciri ciri negara bangsa kerajaan alam melayu sebelum kedatangan barat ini..

3) Pengasasan kesultanan melayu Melaka

  • Kesultanan melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara tahun 1400
  • Lokasi dipilih ialah Sungai Melaka. Pada asalnya muara sungai perkampungan nelayan dan tempat berjual beli dan pertukaran barang.

4) Pembangunan Parameswara dalam kesultanan melayu Melaka

Sistem pemerintahan teratur:

  • Melantik pembesar mengurus hal ehwal balairong seri
  • 40 orang bentara menjalankan perintah raja
  • Biduanda kecil membawa alat kebesaran diraja

Kemudahan pelabuhan:

  • Bekalan air dan makanan
  • Tenaga kerja
  • Membaiki kapal
  • Tempat penginapan pedagang

Hubungan diplomatik:

  • Tujuan menjaga keselamatan dan mengiktiraf kedaulatan Melaka
  • Menjalinkan hubungan diplomatik dengan China sejak tahun 1404

Bantuan orang laut:

  • Menjaga keselamatan perairan

Ikatan konsep daulat

  • Hubungan raja dan rakyat umpama akar dan pohon

Kesimpulan bagi artikel di atas iaitu mengenai kesultanan melayu Melaka bermula daripada pengasasan sehingga sistem pentadbiran merupakan fakta dan ilmu pengetahuan yang sangat bermanfaat terhadap korang semua.

Seperti yang kita ketahui, kesultanan melayu Melaka berpusat di Melaka. Pada zaman dahulu, Melaka sangat gilang gemilang. Pesat dalam ekonomi dan politik hingga meninggalkan pelbagai kesan dan impak kepada negara kita sekarang.

Selain daripada menjadi pelabuhan antarabangsa yang pesat, Melaka juga muncul sebagai pusat pendidikan dan penyebaran Islam yang utama di nusantara ini. Dengan ini, Atok harap artikel tersebut memberi manfaat dan berguna kepada korang terutamanya pelajar tengah cari bahan-bahan untuk subjek Sejarah.

Rujukan Lain

Ini ialah senarai harga pakej umrah 2024 dan syarikat berlesen yang boleh dipercayai kalau korang merancang pergi umrah dalam tahun ini..

Atok kongsikan kepada korang petua hilangkan sakit gusi berdenyut bagi mengurangkan rasa sakit di bahagian gusi tu sementara menunggu doktor..

Mesti korang tengah pening nak fikir hantaran untuk lelaki macam mana. Jangan risau, Atok dah sediakan senarai barang hantaran lelaki bajet (checklist) ni.

Korang kena baca artikel ini dulu untuk mengetahui lebih mengenai 8 khasiat minyak zaitun dan boleh dijadikan amalan kepada diri dan keluarga..

Tahu tak, sapa orang dalam gambar duit kertas tu? Itulah Agong yang pertama. Ok.. Pada kali ini jom kita tengok senarai yang DiPertuan Agong Malaysia.

Korang tiada sejarah mempunyai kencing manis tapi risau? Sebagai langkah berjaga-jaga, baca tanda tanda kencing manis pada peringkat awal ini..

Bagi yang masih belum memahami apa itu i-saraan KWSP dengan lebih jelas, di sini akan diterangkan serba sedikit tentang apa itu i-saraan KWSP..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!