Makanan Orang Berpantang (Selepas Bersalin Czer)

Bagi ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak pasti akan ada pantang yang perlu mereka ikuti seperti pantang dari segi makanan. Justeru itu, di sini akan dibincangkan tentang makanan orang berpantang lepas bersalin khususnya ibu yang bersalin secara pembedahan. Oleh itu, mari kita lihat beberapa makanan orang berpantang selepas bersalin czer.

Makanan orang berpantang (selepas bersalin czer)

Menerima kehadiran cahaya mata dalam hidup adalah sesuatu perkara yang membahagiakan kepada semua ibu. Namun begitu, sebelum lahirnya anugerah yang akan menyerikan kehidupan ini, seorang wanita yang digelar ibu perlu bertarung nyawa demi melahirkan bayi kecil anugerah daripada Allah SWT.

Walau bagaimanapun, tidak semua ibu atau bakal ibu melahirkan anak dengan cara normal dek kerana ada sesetengah ibu terpaksa melahirkan bayi mereka dengan pembedahan czer.

Bagi bakal-bakal ibu yang mengandung anak sulung dan ingin mengetahui tentang pembedahan czer ini, ianya melibatkan pembedahan perut major. Untuk pengetahuan korang, pembedahan czer ini juga di kenali sebagai pembedahan caesarean atau c-section.

Di mana prosedur ini boleh menjadi salah satu penyelamat kepada bayi dan ibu yang sedang bertarung nyawa tetapi dalam masa yang sama pembedahan czer ini juga boleh membawa risiko serta memerlukan masa yang lama untuk pemulihan.

Jom, lihat beberapa makanan orang berpantang (selepas bersalin czer) yang boleh korang ambil. Agar luka cepat sembuh dan boleh segera kembali kepada kehidupan normal seperti sebelumnya.

Sayur-sayuran dan buahan

Bagi ibu yang sedang berpantang terutama ibu yang bersalin secara czer, makanan yang perlu diambil adalah makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Hal ini di katakan demikian kerana, makanan seperti sayuran dan buahan ini memiliki vitamin dan mineral yang mampu membantu untuk proses penyembuhan luka.

Sebagai contoh, sayur-sayuran berdaun hijau seperti sawi, brokoli dan pucuk paku kaya dengan vitamin C, vitamin A, Zat besi, Magnesium yang penting dalam membantu menghasilkan sel-sel darah merah, peningkatan sistem imun, mengurangkan keradangan dan juga penyembuhan luka.

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh diamalkan oleh ibu yang bersalin czer seperti jambu air, bayam, buah manga, buah tembikai, dan buah betik. Justeru, ini merupakan salah satu makanan orang berpantang selepas bersalin czer yang boleh korang amalkan.

Ubi keledek

Seterusnya, ubi keledek merupakan salah satu makanan orang berpantang selepas bersalin czer yang boleh ibu tengah pantang amalkan. Hal ini demikian kerana, ubi keledek adalah makanan yang tinggi dengan karbohidrat yang penting dalam proses penyembuhan luka.

Tambahan pula, jika ibu kurang mengambil makanan yang berkabohidrat semasa berpantang, secara tidak langsung peyembuhan luka akan menjadi lambat.

Oleh itu, ibu yang berpantang selepas bersalin czer perlu memperbanyakkan karbohidrat dalam badan agar ianya dapat membekalkan tenaga kepada badan sekaligus membantu menyembuhkan luka.

Halia

Selanjutnya, halia juga merupakan salah satu makanan berpantang bagi ibu yang bersalin secara czer. Hal ini kerana, selain perlu memberi fokus terhadap penyembuhan luka, faktor kesihatan badan juga perlu dititikberatkan.

Halia merupakan makanan yang sesuai bagi ibu yang berpantang selepas czer amalkan, sekiranya mengalami angin atau kembung perut selepas pembedahan.

Bukan itu sahaja, selain sesuai untuk angin dan kembung perut, halia ini juga bertindak sebagai makanan yang boleh mencegah serta mengurangkan mual dan muntah sebelum pembedahan dilakukan.

Bijirin

Selain sayur-sayuran dan buah- buahan mahupun halia serta ubi keledek, bijirin juga merupakan antara makanan berpantang yang sesuai bagi ibu yang bersalin czer.

Hal ini dikatakan sedemikian kerana, untuk makluman korang, makanan yang terdiri daripada bijirin penuh ini memiliki sumber yang baik bagi mendapatkan tenaga dan makanan jenis begini sangat kaya dengan serat.

Tambahan pula, makanan yang mengandungi bijirin ini mampu mencegah terjadinya sembelit. Oleh itu, antara makanan bijirin penuh yang boleh ibu berpantang ambil adalah seperti oatmil, beras perang dan roti wholemeal atau whole grain.

Senarai di atas merupakan antara makanan orang berpantang selepas bersalin czer yang boleh diambil dan diamalkan oleh ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan czer.

Masih banyak lagi makanan pantang bersalin yang boleh diamalkan oleh ibu yang bersalin secara czer, dan di atas ini merupakan sebahagian daripadanya. Oleh itu diharapakan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu yang sedang berpantang selepas bersalin czer.

Rujukan Lain

Madu kelulut asli mempunyai tahap antioksidan tinggi yang boleh melindungi daripada penyakit kronik. Baca pelbagai khasiat madu kelulut di sini..

Muka korang penuh jerawat? Baca 3 cara hilangkan jerawat pasir di dahi dengan cepat dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah ini..

Prestasi korang merosot? Pernah dengar khasiat bawang putih bakar? Jom cari tahu sedikit mengenai khasiat bawang putih untuk lelaki pada kali ini..

Lesen perniagaan korang dah nak luput? Jangan bertangguh. Jom tengok how to renew SSM online atau cara renew SSM online EzBiz..

Kalau kena penangan pickup line padu menusuk ke hati ni, memang boleh cair. Jom try 20 ayat pickup line sweet untuk lelaki ni. Memang bersemut bhai!

Dalam artikel kali ini Atok akan kongsikan kepada korang ciri ciri negara bangsa kerajaan alam melayu sebelum kedatangan barat..

Kali ini Atok akan kongsikan tanda tanda mengandung minggu pertama, khas untuk mereka yang mengandung anak pertama. Cuba cek, ada tak?

Bermacam-macam petua dan cara hilangkan sakit gigi berdenyut dicuba oleh orang yang tak suka pergi ke hospital atau klinik. Jom cuba yang ini..

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!